Followers

Sunday, July 29, 2012

InsyaAllah Boleh...

 

 InsyaAllah boleh... khas untuk anak & Isteri ku, serta anak yg dalam kandungan....

Monday, July 23, 2012

Nafsu Ramadhan

Bulan Puasa... besar ertinya klu nk diceritakan di sini... hikmah berpuasa adalah untuk kita sama-sama mengenal erti kelaparan, kesusahan orang lain yang tidak mempunyai makanan dan untuk mengawal nafsu kita. Nafsu ada banyak pengertian dimana kebanyakan dari kita apabila bercakap pasal nafsu akan bercerita tentang hubungan kelamin semata... tidak hanya itu wahai kawan-kawan sekalian. Nafsu ini banyak kategori dia dan salah satunya ialah nafsu berbelanja...

Didalam bulan ramadhan yang mulia ini, kita akan banyak berbelanja, yang mana makanan kita akan beli secara berlebih-lebihan sehingga tidak habis dimakan dan makanan akan dibuang. Ini tidak mencapai objektif dibulan ramadhan yang mana mendidik kita untuk mendidik nafsu dari segala segi, baik berbelanja sehingga kepada beribadat. Kita hanya tahu lapar dan dahaga tetapi ketika membeli makanan kita sudah lupa akan orang-orang miskin yang mungkin tidak ada makanan untuk berbuka. Anak-anak mereka mungkin sedang kelaparan, sedang kita kenyang sehingga tidak habis dimakan makanan berbuka tadi.

Bagi penulis, ini adalah tanggung-jawab tok penghulu kampung, ketua-ketua Flat dan ketua-ketua kawasan memantau orang-orang islam yang fakir miskin ini, dan hebahkan kepada masyarakat supaya masyarakat sama-sama dapat membantu mereka yang kesusahan. Penulis pernah mendengar rungutan masyarakat setempat yang mana mereka tidak tahu fakir miskin yang ada disekitar mereka, begitu juga dengan penulis sendiri juga tidak tahu yang mana yang dikategorikan sebagai miskin @ fakir miskin. Penghulu @ ketua kawasan perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat fakir miskin ini dan sebarkan kepada masyarakat supaya nasib mereka juga terbela dan boleh menikmati nikmat yg sama dengan kita. Ramai yang ingin membantu tetapi tersekat oleh kesombongan politik, hinggakan meninggalkan ISLAM yang patut menjadi keutamaan.

Penulis tidak salahkan politik, dan politik ini sebenarnya bagus klu digunakan dengan betul, tetapi apaa yang penulis lihat sekarang ini politik Malaysia menjadi agak kucar kacir. Disebabkan mereka yang taksub dengan politik sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab mereka akan kembali apabila mengundi telah tiba. Sebelum itu hilang entah kemana... Sepatutnya mereka yang dipilih ini perlu mengambil tahu semua masyarakat walaupun yg dijaga itu kita tahu dia yang melawan kita dahulu, dalam masa 5 tahun selepas dipilih, ambil tahu dan hapuskan kemiskinan dikalangan masyarakat melayu ISLAM. Itu yang sepatutnya... lebih-lebih lagi dibulan ramadhan yang mulia ini.

Didalam masyarakat ISLAM, kita tiada istilah KAYA MULIA, MISKIN HINA.... Mulia dan hina disisi Allah S.W.T adalah berdasarkan ketaqwaan kita terhadap Allah. Tetapi kita didalam masyarakat MELAYU terbalik sedikit dimana KAYA dimuliakan, MISKIN dihina2... kan sampai kan didalam lagu raya pown ada disebut perkara ini...

Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka
Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka

( korus )
Hari raya orang bersuka
Melawat sanak dan saudara
Tapi aku miskin hina
Berselubung duka

Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka

( korus )
Mereka berpakaian indah
Serba-serbi semuanya mewah
Aku saja sedih hati
Pakaian pun tak berganti

Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka

Mcm ne perkara ini boleh berlaku, di hari raya kita sebenarnya perlu bergaul dan saling bergembira... Tiada beza antara kaya @ miskin... Yang miskin dibantu, Yang kaya membantu... Yang kaya belum tentu akan kaya sentiasa... yang miskin belum tentu dia miskin, yang miskin hanya cukup mkn pakai harian tetapi tidak berhutang sana sini... yang kaya berhutang sana sini kemudian muflis... jadi sapa lagi miskin? xde bezakan? yang kaya makan nasi yang miskin pown makan nasi jugak kan? ke yang kaya makan kipas angin @ aircond.... xkan? So penulis menyerulah kepada mereka yang ada duit sedikit sebanyak tolonglah mereka yang kurang berpendapatan tu supaya dapat merasa apa yg kita rasa... Ingtlah untuk kita menjadi kaya @ lebih kaya dan lebih mulia adalah dengan amalan bersedekah dan yang paling afdal untuk disedekahkan adalah benda yang paling kita sayang, bukan benda yang paling kita tidak suka... Wallahua'lam....


Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan.....

Penulis rasa masih belum terlambat untuk penulis memohon maaf kepada semua yang mengenali penulis baik ahli keluarga penulis, rakan-rakan FB penulis, rakan-rakan blog, dan semua yang mengenali penulis samada secara dekat atau jauh... Semoga dibulan Ramadhan yang mulia ini kita isikan bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia dan berpahala... Penulis sekali lagi memohon ampun dan maaf andai penulis ada tersilap bicara, tersilap kata, sekiranya ada terhutang, diharap boleh lah menuntut hutang itu sbb takut² penulis terlupa, yang ingt penulis tetap ingt... yang terlupa dan tidak dituntut tu penulis harap halalkanlah hutang piutang penulis itu... Begitu juga dengan penulis, menghalalkan hutang-hutang yang penulis lupa siapa yang berhutang dengan penulis dan akhir sekali SELAMAT BERPUASA....


HO HO HO.....Horlicks??

Inilah jadinya klu asik dengan TV 24 jam....

Di suatu pagi yang buta (sahur ler tu)..

Emak : Alim, bangun lim.. nak makan sahur ni..
Alim : (masih menarik selimut sambil bertanya kpd emaknya) Mak buat HO HO HO HOrlick yer?
Emak : HO HO HO HOtak engkau.. bangun cepat!!

Monday, July 16, 2012

Iktibar Kepada Semua

"Tersentuh. Perlu selalu bercerita dengan anak-anak. Kisah-kisah yang membina keimanan."

Tentang seorang anak perempuannya yg berumur 7 tahun...

Dia seorang yg miskin..tapi sgt menjaga agama,di rumahnya tiada tv tp yg ada cuma pembacaan hadis dan kisah2 sahabat nabi saw..dia seorang pendakwah tnpa gaji yang berdakwah ikhlas dgn wang sendiri..

Tiap hari dia hantar anak perempuannya ke sekolah dan berikan wang saku...anaknya terima dgn senyuman dan ciuman pada bapanya...

Pada satu hari,bapanya ingin keluar berdakwah ke satu tempat yg agak jauh,tapi duitnya tak cukup utk dia tinggalkan nafkah pada anak isteri sepeninggalannya dan juga belanjanya sendiri ketika berdakwah....dia mulai runsing dan berbincang dgn isterinya,tanpa dia sedar,anak kecil nya tu terdengar perbualan mereka...

Lalu dia datang dgn sejumlah wang yg agak byk dlm sebuah bekas dan serahkan pd bapanya sambil berkata,

'abi, ni nana bg hadiah kt abi,abi buatlah belanja keluar dakwah....'

Dia terkejut lalu bertanya:

'dari mana nana dpt byk duit sebanyak ni?'

Anaknya menjawab..

'ni duit belanja yg abi bagi setiap hari.... ^_^ (dgn snyuman ceria)...'

Maka dia bertambah terkejut dan bertanya..

'habis tu,nana makan apa kat sekolah??????'

Anaknya menjawab...

'nana tahu,abi x byk duit,nana juga faham,agama tu penting,sbb tu nana simpan smua duit yg abi bagi dlm satu bekas,nana kumpul smua sbb nk bg kat abi supaya abi gunakan duit tu di jalan Allah...abi jgn lah risau,nana teringin sgt nak jadi mcm fatimah,khadijah,sumayyah yg mcm abi dan ummi critakan pd nana tiap2 malam tu...tapi nana kan kecik lg,nana x mampu bjuang mcm diorang..ini je yg nana mampu korbankan utk agama...tiap hari kan,nana kat sekolah,bila nana lapar je,nana akn minum air paip...abi jgn lah risau...^_^ '

Maka umi dan abinya pun menangis laju..teresak2....
Syukur yg teramat kerana dikurniakan anak yg masih kecil tp faham agamanya tinggi seperti wanita2 yg ditarbiah Rasulullah S.A.W...

Skrg hisab diri kita?

Apakah kita seperti mereka yg ditarbiah oleh Rasulullah S.A.W?
Atau kita seperti mereka yg ditarbiah yahudi,nasrani,barat?

✿ Mari berubah jadi baik..
~lala.. biar pedas sampai kebas, mati itu pasti jadi hidup biar bererti
~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

Friday, July 6, 2012

APA ITU RAKAN COP (RC)?


RAKAN COP (Community Oriented Policing) adalah bererti rakan Polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan slogan "Bersama Memerangi Jenayah". Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam melalui perkhidmatan telefon (hotline, SMS, MMS) dan komputer (e-mail dan website). Sehubungan itu, maklumat mengenai kemalangan jalan raya, kesalahan lalulintas atau kesesakan lalulintas juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis.

Menghantar Maklumat melalui SMS:

POLIS[negeri] [maklumat/aduan]
hantar ke DAPAT|32728

Untuk mendapat maklumat taip:
POLIS[negeri]

Pendaftaran Individu:
POLIS[negeri] DAFTAR [nama pengenalan]

Pendaftaran Unit(Kumpulan):
RAKANCOP UNIT WUJUD [nama unit]

Menyertai Unit:
RAKANCOP UNIT SERTAI [nama unit]

Menyemak pendaftaran:
RAKANCOP SEMAK

Berchat dengan RakanCOP lain:
RAKANCOP CHAT [nama/no ahli] [mesej]

Ubah nama:
RAKANCOP UBAH [nama pengenalan baru]

Tukar telefon
RAKANCOP TUKAR [no tel lama] [no tel baru] [no keahlian RakanCOP]

Menghantar MMS, mulakan mesej dengan:
POLIS[negeri] [mesej] hantar ke mms@dapat.com

HANTAR SEMUA SMS KE : DAPAT / 32728

SMS ID Negeri

Negeri SMS ID Negeri
KUALA LUMPUR KL
SELANGOR SL
PERLIS PL
KEDAH KD
PENANG PP
PERAK PK
MELAKA MLK
JOHOR JHR
TERENGGANU TRG
KELANTAN KN
PAHANG PHG
SABAH SBH
SARAWAK SWK

Sumber yang penulis ambil ni dari pages FB Rakan Cop (RC). Penulis dah masuk semalam Rakan Cop. Selain dari kita dapat membantu polis, Dengan menyertai RC ni, kita juga boleh mendapat bantuan polis dengan lebih cepat. Sebagai contoh, klu kita ni jenis traveller mcm penulis, kereta breakdown di dalam hutan grik, atau berlaku excident kereta lain disana, kita hanya Msg RC dan polis terdekat akan memberi bantuan dengan segera. So xperlu lah nak masuk persatuan yang mengarut-mengarut yg konon je nak jaga kita itu. Polis dah cukup. Tp penulis xde la try lagi sms RC ni tgk tahap efficient RC ni... Klu penulis tgk RC ni xefficient nnt penulis review balik. Setakat ini... mengikut maklumat penulis terima dari pegawai tinggi  mereka di depan Bank Rakyat semlm sewaktu hari bersama pelanggan, apa yang ditawar oleh RC ini amat baik sekali. 

TAHNIAH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA. Semoga RC ni efficient dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sejajar dengan Objektif PDRM untuk RC ni, untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat InsyaAllah....
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...