Followers

Tuesday, August 28, 2012

Rahsia dibalik Fail Rahsia

Didalam Fail Rahsia aku ni... ada makna lain disebaliknya.. jom kita lihat apa yang sebenarnya :~

garang tp bek hati : 
cth : org mintak sedekah, aku marah dulu pastu aku bg seribu kat org tu...bek hati aku kan???

Rupa Paras Yang Terbaik : 
mmg tidak dinafikan, lepas aku dilahirkan doc pompuan yg sambut aku tu terus cakap "hensem budak ni bila besar nnt..."

Tidak pandai tipu sunat: 
mana ada istilah tipu sunat, mmg aku tidak pandai menipu...

Setia 1% : 
maksudnya aku setia pada yg satu...

Suka wat hal sendri :
nk buat hal org lain wat pa.. buat hal sendri dah la kan .... lalalala...

Fail ni terbaikkkkkk.....

Saturday, August 18, 2012

Orang baru di dalam keluarga Penulis



Alhamdulillah... Tanggal 13.08.2012 penulis di anugerahkan oleh Allah S.W.T seorang lagi warga baru didalam keluarga penulis. Beliau dilahirkan tepat jam 11.45 mlm... Walaupun lahir awal sebulan dari tarikh jangkaan namun beliau selamat dilahirkan sihat Walafiat.... Selamat Datang wahai anak ku didalam keluarga ini... semoga anak menjadi seorang yang sebaik umat diatas muka bumi ini dan menjadi khalifah yang baik dalam menjaga segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala yang dilarang oleh NYA InsyaAllah....

Saturday, August 11, 2012

Kepada yg Nak Dating Dengan Adik2 @ Anak2 Pompuan aku....

Ni aku buat satu surat kebenaran untuk Boipren yang nak kuar dengan adik2 pompuan aku atau anak2 pompuan aku... dan surat ni jugak merupakan kebenaran untuk korang semua boipren2 sekalian untuk aku membuat sesuatu kat korang klu korang langgar perjanjian ini.... Haaa baca betul2 dan paham betul2 sebelum aku pi cari korang dekat umah mak bapak @ umah sewa korang... Ni bukan cubaan ni.. ni betul2 kejadian....

Kepada BF anak-anak aku & adik-adik aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak-anak @ adik-adik aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak-anak
@ adik-adik aku. Kalo ko tak leh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak-anak @ adik-adik aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak-anak
@ adik-adik aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak-anak
@ adik-adik aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua @ abang ipar ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku tak mo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak-anak
@ adik-adik aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak-anak
@ adik-adik aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak-anak @ adik-adik aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak-anak @ adik-adik aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak-anak @ adik-adik aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis pastu ko bersiap la utk hadap mkn sarapan pagi esok dengan straw bersama pompuan-pompuan nurse dekat hospital nnt yer.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak-anak
@ adik-adik aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak=anak
@ adik-adik aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak-anak @ adik-adik aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak tupai kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman, aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg perlu ko bimbang,
Ayahnda & Kekanda Kepada GF ko.


Wednesday, August 8, 2012

Rindu Saat Dahulu...

Aku sebenarnya rindukan saat dahulu... tapi sayang kan saat tu xdapat kembali... Benar kata tetua Kura-Kura dalam kung fu Panda.....:~>>

Yesterday is History
Tomorrow is Mystery
But Today is a Gift that way we call it "present"

Nak atau tidak aku sebenarnya kena tempuhi segala yang berlaku... Sekiranya apa yang kita lakukan itu betul then betul la tu... Jgn nak dgr sgt ckp orang-orang yang xtahu apa-apa itu... jgn jadi mcm kisah bapa, anak dan keldai... Sekiranya perkara yang kita lakukan itu bersebab dan munasabah kemudian dibilas dengan alasan yang kukuh maka "just do it" kata iklan NIKE... erm.. mcm tu lah... Apa kaitan dengan kisah aku?? Entah.. aku menulis bukan kerna NAMA... so aku tulis je la pape yang terbuku dalam hati.... Ada motif atau tidak itu tidak jadi hal sbb ini blog aku kan... nk bermotif haa buat blog sendri ek... Assalamulaikum...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...