Followers

Monday, December 31, 2012

APC, Penulis & Apex

Assalamualaikum kepada semua pembaca & yang tidak baca (sekadar melawat & buat lintas langsung) laman Teratak Kecil Kaishu HaikaL ni... 

Hari ini adalah hari yang paling bahagia buat semua staff di Organisasi Penulis kerana ada majlis Anugerah Inovasi Staf buat 2011 di Renaissance Hotel Kota Bharu. Penulis tidak ketinggalan dalam majlis tersebut memandangkan ianya sudah dekat dengan tempat tinggal penulis walaupun penulis masih belum sihat sepenuhnya... Yelah hujan-hujan macam ni, demam, batuk, muntah, sakit kepala semua ada la kan? 

Dalam keriangan & kalut ribut pasal Majlis Anugerah tu, penulis terjumpa sebuah background perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dengan Leuniey yang diadakan semalam di GrandBall Room Renaissance semalam. Semalam penulis tidak dapat hadir untuk menolong para rakan-rakan sejawat penulis kerana kesihatan tidak mengizinkan, maka terlepas lah penulis untuk bergambar dengan Apex ni... Jadi penulis sempat la mengambil gambar dengan background apex ni pown jadi lah bersama rakan sejawat penulis bernama "Hamba MU" ni...



Selepas bergambar dengan background Apex dan Leuniey tu... Penulis meneruskan acara didalam dewan tersebut kerana terdapat acara makan-makan di Hotel... Berbekalkan kelaparan dan makanan yang boleh lah dikatakan enak la jugak, ikan dan ayam dia jaa.. pastu desert, Penulis pown turun membawa barang-barang menolong pihak teknikal majlis... Lepas pada tu ini yang terjadi :


Korang nampak dengan sapa penulis berbual-bual tu... Haa tu lah kawan lama penulis yang mana penulis dah lama kenal dia... Tp dia xde la kenal penulis ni sapa hahahaha... Khairul Fahmi Che Mat (Apex)... Erm alang-alang dah sembang & kamera ditangan maka berlakulah pergambaran antara penulis dan Hero Malaya tu... Bangga betul penulis dapat bertentang mata dan bersembang dengan Apex... So yang mana xsempat jumpa dengan apex tu, jangan jeles yaaa... tp aku lagi jeles dengan Saljuhumairah la... Bergambar dengan Bojan Hodak, lagi rare... klu dapat bergambar dengan UAI, lagi lagi la RARE... Erm dibawah gambar penulis dengan Apex... Cayalah....



 
Sekian melaporkan dari TVRosak.com ~KaiSHu_HaiKaL~

Saturday, December 29, 2012

Boleh ke ni ??

Assalamualaikum...

Hari ini penulis lihat ramainya orang terutama perempuan post gambar mereka didalam FB. Penulis tidak marah lantak lah kome punya FB Account kan? Cuma Penulis terfikir ramainya mereka "post" kan gaya-gaya mereka dan ada yang bergaya dihadapan cermin tandas dengan gaya abstrak mereka ataupun lebih dikenali dengan gaya Gedik... 

Kenapa klu perempuan yang beraksi gedik macam ni mendapat pujian dan like yang berjuta-lion walhal itu akan mengundang dosa selama mana lelaki mata lelaki-lelaki hidung belang ni melihat. Ye lah benda free xkan tak nak tgk kan? Tok Imam pown tgk, ini kan kita hop cap ayam (kata UAI)... tapi agak-agak klu penulis yang beraksi mcm tu ada ke jadi mcm ni ??


Mau muntah penulis tgk... sama tp xserupa... bila penulis lihat gambar ini terus penulis xjadi nak buat aksi gedik yang mcm pompuan selalu buat... muncungkan mulut, pose tonggek2, buka dada sikit, angkat lengan tunjuk ketiak dan lain-lain... mesti berak cair korang kan klu penulis buat aksi mcm ni haha... xsanggup penulis.... lantaklah, biar penulis dalam hanya keadaan begini huhuhuhu...

Buku Jalanan Kota Bharu

Assalamualaikum...
Ada yang mengetahui dan ada yang masih samar-samar dengan Konsep Buku Jalanan Kota Bharu (BJKB). Penulis sendiri masih hairan masih ada orang yang sanggup menjaja untuk menganjur perpustakaan lambak seperti ini. Namun begitu penulis juga amat teruja dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda bagi sebuah program seperti ini. Langsung tidak mendapat apa-apa keuntungan malah mungkin akan menjadi bertambah rugi sekiranya ada yang ingin khianat dan tiada perasaan tanggungjawab, namun ianya tidak menjadi masalah bagi aktivis BJKB ini...

Penulis sudah lama mengetahui perihal BJ ini dari seorang blogger Dhani Ahmad hal aktivis BJ ini namun penulis belum lagi terpanggil untuk pergi merasai suasana BJKB ini. Namun hari ini di waktu Jumaat terakhir pada 2012 ini, ketika penulis tidak dapat kembali ke Perak bersama keluarga ini, penulis terpanggil untuk merasai suasana di BJKB ini. Anda boleh layari http://bilik.blogspot.com/2012/12/bjkb.html untuk mengetahui lebih lanjut perihal kewujudan BJKB ini.

Ada Apa dengan BUKU JALANAN?

Konsep yang mudah untuk difahami ianya adalah perpustakaan terbuka atau street library dan unformal... Ianya lebih bersifat santai bagi aktiviti membaca dan mampu untuk memupuk minat membaca dikalangan warga Kota Bharu.

Apa Aktiviti BJKB ni?

Ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh BJKB ini dan ianya bersifat santai.... Antaranya adalah :
# Peminjaman Bahan Bacaan Secara Percuma
# Conteng-Conteng
# Diskusi Perihal buku
# Berkongsi Idea bagi mengembangkan lagi BJKB
# Deklamasi Sajak atau Puisi
Itu antara aktiviti yang disajikan di BJKB ini... rasanya tiada lagi di Kelantan ini yang memperkenalkan konsep seperti ini. Namun di belah luar dari Kelantan ianya sudah pun terkenal seantero Malaysia...

Lokasi ?

BJKB ini beroperasi di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada hari JUMAAT, setiap 2 MINGGU SEKALI dari Jam 4 Petang hingga 7 Malam...

Gambar Kenangan?
Berikut adalah Gambar-Gambar sewaktu Penulis ke Aktiviti BUKU JALANAN KOTA BHARU (BJKB) Peace Yooooo.... Yang mana satu penulis KaiSHu_HaiKaL ini ya? Erm.. Seorang lelaki, memakai Jaket Hitam seolah pegawai tu (walhal kuli pencacai jaa), berkaca mata dan yang paling ketara sekali yang paling temukkkkk antara rakan-rakan aktivis BJKB disana... sebelah penulis yang setia menemani penulis adalah abe Dhani Ahmad, blogger http://bilik.blogspot.com .... Selamat melayan....















Dalam penulis menilik dan menilai karya-karya yang dipersembahkan, penulis sempat meminjam sebuah Zine bertajuk " Dek Neh" - (Zine Punk Rock budok kelate ni boh).    ~p(*-*)q~ KaiSHu_HaiKaL
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...