Followers

Saturday, January 19, 2013

Tutorial : Basic Checking Untuk Tiada Display Monitor

Assalamualaikum...

Pernah terjadi tak komputer ada tiada display... Dah on komputer tapi gambar tak keluar-keluar... Ada beberapa sebab mengapa terjadi demikian... Disini penulis memberi beberapa sebab dan cara-cara untuk troubleshoot komputer anda sendiri sebelum hantar ke kedai... Jimat lah beberapa puluh ringgit kan... baik bagi pada penulis dari bagi ke Kedai tu kan... hehehehe

OK lah, ini adalah cara untuk anda troubleshoot...



Kemungkinan  : RAM, Battery CMOS, Monitor
Penyelesaian    :
  1. Cabut RAM dan cuci plate RAM.
  2. Test Komputer setelah RAM dipasang, then try tgk ok ke x... klu xok proceed ke step 3...
  3. Cabut Battery CMOS dan Reset CMOS – then try tgk ok ke x... klu xok proceed ke step 4...
  4. Check keyboard function @ tidak. 
    1. -          kalau berfungsi – monitor rosak 
    2. -          kalau tidak berfungsi – CPU rosak
Cara lain




Kemungkinan  : Motherboard short with body (Casing). ini boleh dikenalpasti sekiranya kita sentuh dengan casing terasa arus elektrik.

Penyelesaian    :
  1. motherboard diletakkan diluar daripada casing dan diuji sekali lagi – didapati computer hidup seperti sediakala.
  2. kemudian computer di letakkan didalam casing dan didapati tiada paparan yang keluar.
  3. motherboard tadi dikeluarkan dan dilapikkan sekeping span bagi mengelakkan daripada motherboard tersentuh dengan casing dan computer didapati berfungsi seperti sedia kala.
Kesimpulan     : Motherboard litar pintas dengan casing. Span digunakan bagi mengatasi masalah ini... 
Sekian Terima Kasih...

 

Tak Sedar Diri... Ptuih...

Assalamualaikum...

Kasarkan bunyi tajuk dia... Bukan penulis nak kutuk sesapa cuma nak mengeluh tentang diri ini. Penulis tadi mencuba satu aplikasi baru didalam google iaitu google mobile blog. Maklumlah blogger kan so kena la update sikit-sikit kowt-kowt boleh je update by symbian phone N96 penulis. Ternyata sebenarnya penulis xlayak untuk update blog by symbian. Semua Android, android dan android.... 



Penulis sebenarnya kekadang terkilan juga semua orang pakai dan bercerita tentang Android, sikit-sikit android... Kekadang kita terlupa yang betapa ramai lagi yang susah diluar sana yg menitik air liur untuk mendapatkan benda yg sama... Mana tidaknya, klu para remaja belasan tahun sudah memakai telefon canggih semeta utk FB, twitter dan SMS. BB ngan Whatsup jarang-jarang ok la... Call? haha.. kredit xde! Pastu mintak duit Mak Bapak untuk Topup... 

Penulis sekarang pown pakai symbian N96 saja.. tu pown xhabis bayar lagi... tertunggak lama mana... xpe2 yang tu dalam senarai pembayaran... jgn risau... Cuma bila searching itu nak android, searching ini nak android... rasa tercabar juga... Nak beli duit byk lagi nak guna... nak bayar Astro yang penulis sendiri xtengok pown setakat beli ni... Nak bayar Bill telefon, walaupun xde android masih leh pakai bill utk call dan sms. xpernah la tersangkut sbb xde kredit... Nak bayar yuran MASTER lagi, walupun gred 17 je masih nak ada MASTER.... So android kena la tolak tepi... Ada laptop tu pown dah bersyukur nikmat... Nak repair keta ni pown kena mintak duit Mama.. mcm ne nak pakai android... Puithhh... Buat Penulis : "Jangan xsedar diri pulak... bersyukur atas apa yg ada...."


Friday, January 18, 2013

Final Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum....

Sekarang ini diwaktu ini dan disaat ini penulis tengah melayan Maharaja Lawak Mega 2012 akhir... Jadi penulis nak berkongsi dengan semua rakan-rakan blogger dan para pembaca... Click sini :

http://vecasts.blogspot.com/2011/10/watch-astro-warna-online-malaysia.html

Selamat berhibur....


Thursday, January 17, 2013

Listen, Let me speak....

Asslamualaikum...

Hari ni sebelum penulis bertolak ke Perak, penulis nak memberikan pendapat penulis dalam hal video mahasiswi Listen,Let Me speak @ Listen! Listen! Listen!.... Harap pembaca menerima secara terbuka pendapat saya ini kerana saya juga seorang mahasiswa. Saya juga berhak untuk bercakap. Namun walaupun saya seorang penyokong kerajaan namun saya juga seorang yang suka berkawan dengan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Namun apa yang saya ingin dirungkaikan disini Mahasiswi yang berkata tadi adalah tidak benar. Kenapa? Apa yang ingin dibangkitkan oleh Mahasiswi tersebut adalah :

1.) Pendidikan percuma
Erm.. membandingkan Malaysia dengan negara luar adalah tidak patut sama sekali dan menuntut hak belajar secara percuma adalah mengundang padah bagi anak² Malaysia... Kerana 90% dari seluruh Mahasiswa Universiti meminjam daripada PTPTN. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Jadi jangan korang anggap yang dengan menggulingkan kerajaan sekarang hutang korang akan dilupuskan begitu sahaja. Pelajaran amat penting bukan hanya untuk kita tetapi untuk anak² kita, cucu² kita yang mana suatu masa nnt kita mengharapkan bantuan PTPTN seperti ini atau scholarship yang lain bagi membantu mereka mendapat ilmu pengetahuan. 

Klu betul ko mempunyai idea yang bernas dalam mengendalikan duit negara, ko buat dulu income buat fakulti dan universiti then we allow you to speak Miss... Andai ko masih meminta duit dari elaun PAMA so jangan nak bercerita tentang duit negara sebab ko sendiri pown xmampu untuk mengurus kewangan sendiri. Apa yang dikatakan oleh "her lecturer" is correct... setuju sangat-sangat... Xpuas hati dengan pentadbiran Malaysia then go outsider and proof to us that we are wrong. 

2.) Ambiga pencetus "Anarkisme Malaysia"??
Apa itu anarki? 
Menurut http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1386/Adab-berpolitik-dan-bukan-politik-biadab "Anarkisme berakar umbikan perkataan "anarkis" dan membawa maksud "keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (keterlibatan umum atau pemerintahan yang teratur)"; dan, kekacauan atau porak peranda (dalam negeri dan lain-lain)." Anarkisme pula membawa maksud "fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan."

Penulis setuju untuk perkara ini kerana banyak perhimpunan telah dibuat sepanjang nama beliau naik pada tahun lepas, malah LGBT juga dia mendesak supaya ianya diiktiraf... Apa benda ini... ??  klu fahaman kerajaan menindas, aku sokong untuk di tindas kerana LGBT, perhimpunan yang boleh membawa kekacauan dan melampau itu lagi teruk... Melawan kepada kehendak agama, merosakkan masyarakat. Bila demo diadakan, mereka tidak turun padang rasanya, mereka hanya bersuara untuk mencetus Anarkisme Malaysia...

3.) Ini ramai daripada pandangan FB menyatakan pelik... YDP tidak menyokong suara mahasiswa tersebut...
Memang la.. penulis pown xbersetuju dan menyokong kata-kata lecturer tersebut... ramai yang menyatakan lecturer tu tidak menjawab soalan. 1st aku nak tanya, korang tidak pernah bercakap menggunakan bahasa kias ker? Penulis yang tidak berapa pandai pown faham dengan apa yang cuba ingin disampaikan oleh Sharifah, lecturer UUM tu... walaupun agak kasar sedikit la...Namun kiasan ini memberi segala jawapan kepada MAHASISWI tersebut...xpuas hati dengan jawapan ini... sila pergi kesini :~> https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/437328083005674 dan buat perbandingan sendiri... selidik sendiri dan buat andaian sendiri kerana anda bebas untuk bersuara...

Tak puas hati dengan post ini jangan marahkan penulis kerana ini pendapat penulis, anda boleh comment disini namun adalah hak penulis untuk menilai akan comment anda dan berhak untuk men"deleted" sekiranya penulis merasakan ianya melampau dan tidak patut disiarkan. Dan segala artikel ini tidak boleh dibawa ke mahkamah sebagai apa-apa bentuk bukti.

Terima Kasih...

Burger Bakar KB (BBKB)

Assalamualaikum...

Hari ini penulis nak bercerita tentang sebuah kedai makan di Kota Bharu... Kalau dulu ramai yang berkata Kelantan ini tiada apa yang menarik... Wayang tiada, Snooker tiada, Disco tiada, semua benda tiada... Apa ntah lagi dengan Sport Toto, 4D Magnum dan lain-lain... Balik-balik wayang kulit, Main tarian puteri (teri), lain-lain lah dan semua tradisional, kampung betul lah... Itu dulu bro... sekarang di kelantan sudah mempunyai segalanya yang menarik... Tapi Sport toto, stable lumba kuda semua xde lah... Penulis pown xnak benda mcm tu ada kat kelantan... Tapi klu setakat bowling dan Snooker tu bercambah dah di kelantan ini.

Apa yang Unik di Kelantan ini adalah kedai makan... Contoh klu di KL sekarang ini sudah mempunyai kedai Burger Bakar dekat Wangsa Maju sampai kena amik no bagai semua, Kelantan juga mempunyai kedai yang sama... Jom sama-sama jalan-jalan cari makan... 

Kedai Burger Bakar Kota Bharu ini wujud pada pertengahan tahun lepas rasanya. Namun sebelum ini penulis tidak pernah amik port sehinggalah penulis merasai sendiri pada 2-3 minggu lepas. Hari ini penulis terpanggil sekali lagi untuk menjamu selera BBKB ini. Sengaja penulis beli untuk berkongsi bersama keluarga. Burger ini sangat mahal klu bagi penulis dengan harga sekitar RM 8.00 sebiji bagi normal BBKB, Double BBKB tidak lupa berapa xtaw, dan Triple BBKB sekitar RM 20.00. Apa yang penulis suka dengan servis yang diberikan cukup memudahkan penulis. Khidmat itu boleh dikatakan sebagai phone order, kita call no dia, then order dan bgtaw pukul berapa kita dijangka sampai... Bila dah sampai tadaaaa... dah siap...

Penulis tidak tahulah klu orang lain dapat x servis mcm ni... Tp dengan penulis Alhamdulillah tidak pernah menghampakan lagi harapan penulis... Orang lain tunggu 15 minit, penulis 5 minit je dah sampai... Ke sbb penulis ni seorang blogger yang tidak bertauliah? Hehehe apa-apa pown respect ah dekat BBKB... layan gambar dibawah :~>







www[dot]kaishuhaikal[dot]com



Assalamualaikum...
Bermula pada hari ni, disaat ini penulis ingin memberitahu kepada semua pembaca dan follower kaishuhaikal.blogspot.com bahawasanya domain bagi kaishuhaikal,
KaiSHu_HaiKaL



sudah berpindah selama setahun dan mungkin akan menyambung kontrak nya pada 2014 nnt insyaAllah kepada www.kaishuhaikal.com secara rasminya hari ini 17/01/2013 jam 12:12 tengah hari tadi... Penulis dengan teruja dan bangganya terus melakukan upacara perasmian seorang diri di bilik penulis dengan memotong riben Merah tanda merasmikan laman blog ini. Jadi penulis berharap penulis akan terus menulis apa sahaja yang terlintas pada kepala penulis dan ianya hanya pendapat penulis sahaja... Dan ini tidak laku untuk dibawa ke Mahkamah ataupun Mahkamah Syariah sebagai bahan bukti... Sekian Wassalam.


Pemenang Domain.com

Assalamualaikum...

Alhamdulillah penulis berpeluang untuk menukar domain penulis dari kaishuhaikal.blogspot.com kepada kaishuhaikal.com sahaja selepas ini secara percuma... Sebenarnya penulis sudah lama menunggu kehadiran tuah seperti ini kerana domain ".com" selalu bermain di minda dan angan-angan. Ye lah nak buat domain ini sekurang-kurang nyer kena bayar RM 30 kowt setahun. sikit kan bayaran dia? tapi penulis rasa mcm xsanggup nak bayar semeta untuk domain. Tetapi dengan peluang yang diberikan oleh ejoeSolutions dalam promotion beliau, Penulis mengambil peluang untuk mencuba domain ini selama setahun dan sekiranya penulis berminat dan berpuas hati dengan domain ini maka penulis akan mengekalkannya dengan bayaran... Klu tidak selepas setahun kaishuhaikal.com akan kembali seperti sediakala... .blogspot.com huhuhu... Apa-apa pon terima kasih sekali lagi kepada company ejoeSolution diatas kesudian beliau menganugerahkan kepada kaishuhaikal domain selaku orang yg ke-6 dari 10 blogger terawal mempromosikan laman beliau... Berikut adalah bukti penulis telah dipilih... menunggu feedback dari beliau untuk menukar domain blogspot.com kepada [dot] [com]....



Wednesday, January 16, 2013

Domain Percuma? Wahhhh...

Assalamualaikum... 



Ini satu peluang baik untuk semua blogger yang ingin mendapatkan domain dengan percuma selama setahun... nak juga lah... Caranya cukup mudah, sila layari FB ejoeSolutions >> https://www.facebook.com/ejoeSolutions?fref=ts untuk keterangan lanjut...

Oklah... EjoeSolutions ini sebuah syarikat di kelantan yang pakar dalam pembinaan laman web dan hosting. jadi mana-mana yang berminat bolehlah layari >> www.ejoesolutions.com bagi tujuan tersebut. 

Serba sedikit tentang ejoe Solutions
Bermula pada tahun 2003 ejoeSolutions  telah merekabentuk lebih dari 300 laman web, laman kedai online & e-commerce, kursus ICT, perkhidmatan hosting, pendaftaran domain dan lain-lain lagi. ejoeSolutions menawarkan beberapa perkhidmatan berhubung dengan pembangunan laman web. Di antaranya pembangunan laman web menggunakan paltfon WordPress, penggunaan Adobe Photoshop dan banyak lagi perkhidmatan lain yang ditawarkan. Dalam ruangan Tips & Info, ada beberapa perkara baru yang boleh aku amalkan dalam kehidupan blogging seharian dan ianya penuh dengan informasi...Dah habis baca, silalah menjamu selera di halaman ejoeSolutions. Mungkin apa yang korang cari ada di halaman ni. Mana tahu kan. (copy and paste dari http://pondokkecil.com/blog/jom-kenali-ejoesolutions/ ) - penulis copy pown penulis baca dulu dan layari website tu... bukan copy saje orang kata hehehe...

Hehehe Penulis harap penulis tersenarailah dalam mendapat domain free nih,... apa-apa pown mana-mana blogger yang ingin mendapat domain free sila layari ejoesolutions yer....

KaiSHu_HaiKaL ... Kalah

Assalamualaikum...

Hari ni penulis telah dikejutkan dengan satu virus dari pendrive student (Hello Kitty) seperti gambar dibawah ini :


Apa yang mengejutkan penulis adalah sudah pelbagai cara penulis gunakan mengikut pengetahuan penulis namun tidak dapat lagi penulis berjaya untuk "Format" pendrive ini... Penulis pada asal menggunakan format cara biasa xdapat, format pakai command prompt xdapat, pakai disk management xdapat, pakai safemode xdapat, safemode with command prompt xdapat, tool - USB Format FAT 32 xdapat, unlocker - dapat scan explorer.exe 2 ketul tapi xdapat buang, HDD Low Level Format xdapat, dan lain-lain tools lagi lah... dan hasilnya, aku salute gila ah dekat virus ini, kerana berjaya menewaskan penulis... Seingt penulis klu macam mana pon hebat virus tu, dia akan kalah dengan format habis semua...Ni dia boleh je block formatting dengan write protection. Ini sudah hebat... Selama 8 tahun penulis berkecimpung dengan komputer, ini kali pertama penulis mengaku kalah dengan komputer ini... dan solution yang terakhir penulis ada transfer pendrive kepada sifu penulis yang hebat tahap dewa si Hamba MU...

sekian... Kaishu_haikal yg tertewas...

Friday, January 11, 2013

Tutorial : Recover File daripada RAW partition Hdd

 Assalamualaikum semua...

Hari ini penulis ingin berkongsi tutorial bagi ilmu komputer... Penulis xdelah hebat dalam komputer ini cuma hari ini terjumpa dengan masalah yang selama ini penulis memang mengelak dari terjumpa dengan perkara macam ini... 

Korang pernah x terjumpa dengan Harddisk (HDD) yang berformatkan RAW file. Mesti pernahkan klu korang tu juruteknik komputer dan seangkatannya. Ok.. solution yang biasa kita buat? Format lah of course... Erm hari ini penulis terjumpa dengan benda alah ini dan User nak backup semua data tesis beliau... Sakit kepala penulis nak fikir benda alah ini... Habis penulis tanya otai-otai komputer termasuklah dalam FB group Juruteknik Komputer semalaya... 

Ok lah... First step klu korang jumpa hdd korang jadi mcm ni : 

Nampak penulis buat bulat yg xberapa nak bulat tu ? langsung xde size partition pada hdd tu... Lepas tu korang pergi dekat search type "disk management" korang select "Create and Format harddisk Partition" nnt kuarlah disk management tu select ah ".........". Nnt korang akan nampak dia detect as a raw file.

Solution adalah seperti berikut :

Penulis continue ikot english ah... susah lah nak terjemah bagai... boleh ek... korang ikot jer step ni.. InsyaAllah berjaya...

1. Download the software first and after installing it on your PC, select "Complete Recovery" button on the main window.
 
 
2. Select all lost files to recover by ticking 'Search all lost files automatically' or just choose specified file types to recover. Tick 'Ignore bad sectors' to skip bad sectors when scanning.

3. You can see the list of logical volumes found on your computer. Then select the "RAW" disk or inaccessible logic disk.
4. Click "Next" to begin scanning for files.

- Part ini lama sikit sebab dia depend ikot hard disk lagi besar HDD lagi lama la... contoh mcm aku buat skunk ni.. HDD 320Gb.. dah 3 jam tapi xsiap lagi... Siap leh wat tutorial ni lagi sambil-sambil...

  

5. Select the files or directory that you want to recover and press the "Next" button.


6. Select a directory and press the "Next" button to save the files.

Selepas semua step ini bermakna anda telah recover semua file didalam hdd yang Raw file sebentar tadi. Selepas ini anda boleh la format kembali tanpa ada rasa gusar dihati anda semua....

Harap ini dapat membantu semua pembaca untuk bertindak dalam menyelamatkan data anda.
Sekian Terima Kasih.
 

Wednesday, January 9, 2013

Menarik!!! 3D Boleh dirumah Anda ke-2

Masih ingt lagi x kawan-kawan tentang bagaimana anda boleh melihat wayang 3 Dimensi dirumah anda ? kalau x ingt anda boleh rujuk disini : http://kaishuhaikal.blogspot.com/2013/01/menarik-3d-boleh-dirumah-anda.html atau boleh komen di komentar dibawah ini untuk bertanya sekiranya anda tidak faham akan sesuatu dan insyaAllah penulis akan membalas dengan secepat mungkin.

Hari ini penulis bukan ingin menambah tutorial tentang 3 D ini tetapi ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang penulis sudahpon mendapat specky 3D penulis yang dibeli dari laman lelong tersebut.  gambar adalah seperti dibawah :





Sekian Terima Kasih...

Sunday, January 6, 2013

Tutorial : Menarik!!! 3D Boleh dirumah Anda...

Assalamualaikum...

3D boleh dikatakan menjadi-jadi diabad ini... Penulis hari ini ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian bagaimana 3D boleh dilakukan dirumah anda... Ya betul, xpercayakah? Anda tidak perlu membeli sebuah televisyen dengan sokongan 3D apa yang perlu hanyalah sebuah laptop, sebuah Televisyen LCD 32 Inci, 24 Inci, 17 inci sesuka hati anda... tapi yang pasti LCD. LED lagi cantik klu ada hehehe....

Kemudian anda perlu mempunyai sebuah kaca mata Red Blue Anaglyphic 3D. Jgn cari yang macam penulis pinjam ni... sakit klu cari yang macam ni, buatan sendiri hehehe :


Yang Penulis suggest untuk korang cari adalah jenis mcm ni : 3D GLASSES RED BLUE NVIDIA 3D VISION PC TV MOVIE 3D - baru RM 19.90 w shipment RM 6 - cari je kat lelong .com... gambar dia lebih kurang mcm ni : 


Kenapa penulis cadangakan yang ini? Ini adalah kerana jenis ini sesuai bagi mereka yang memakai cermin mata dan untuk cerita 3D ini pencahayaan yang kurang adalah penting... So ini boleh menggelapkan suasana.

Kemudian anda juga perlu mempunyai RGB cable bagi menyambungkan laptop anda kepada TV anda. Tak tahu nak pasang mcm ne? xpe... pakai je laptop anda pown boleh hehehe... tp klu leh pasang dekat TV lagi best... 

Dan ini merupakan Part paling penting. Anda haruslah mempunyai software KMPlayer version_3.4.0.59,  software ini boleh didapati dari filehippo.com, software ini mempunyai sokongan 3D dan dengan mempunyai software sahaja tidak cukup untuk melayari 3D dirumah anda sekiranya anda tidak mempunyai cerita berbentuk 3D. Cerita jenis 3D ini boleh di download di laman ganool.com. 

Taada... ringkas bukan untuk mempunyai tayangan 3D dirumah anda... modal hanya RM 25.00 dan Internet dirumah untuk men"download"kan movie berbentuk 3D anda sudah boleh layari dirumah anda. Terpulang kepada anda untuk mencubanya dirumah... semoga berjaya...
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...