Followers

Tuesday, October 19, 2010

"Anugerah Blogger harapan" untuk semua blogger yang melawat aku...

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih la pada balqis kerana telah menganugerahkan award yang ke-2 untuk aku. Anugerah blogger harapan? hahaha men blog pon sebulan sekali je mcm ne la leh dapat anugerah blogger harapan ni ye...tapi terima kasih la kerana menyokong aku seorang blogger yang merapu....terima kasih.



soalan nape korang suka balqis?
sebab entry die semuanya sempoi2..hehe~~

Reaksi korang lepas dapat award ni..
senyumm..sampai ke telinga..sila lah percaya~

Tag 15 kawan@blogger yang laen
nak tag semua blogger boleh..coz semua adalah blogger harapan malaysia..waahh!!
2 insan yang lain dari blogspot aku nak tag (blogger dari multiply) :
atikah site dan taman anak mak

so..siapa yang masuk blog nie sila lah ambil ye..jangan segan2..semua blogger adalah yang terbaik!

Monday, October 18, 2010

Rasima Express

Hari ini aku terpanggil untuk bercerita dan berkongsi idea dengan anda semua tentang Syarikat Rasima Express. Bukan tujuan ku untuk mengutuk atau mencerca syarikat tersebut tetapi sekadar untuk memberi pendapat tentang pengurusan bagi syarikat tersebut. Aku akui bahawa syarikat tersebut mempunyai servis yang baik. Apa tidaknya, hanya syarikat tersebut yang berjalan menggunakan jalan lama dari Ipoh ke Kelantan. Aku juga akui yang aku kerap menggunakan perkhidmatan bas ini dan aku begitu menghormati akan servis yang diberikan dan aku begitu yakin dengan pemandu bas syarikat tersebut. Apa yang peliknya adalah apabila bas yang digunakan itu tidak secantik dan secanggih bas-bas dari syarikat lain. Walhal mereka mempunyai begitu ramai pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut. Pelanggan mempunyai kuasa dalam memilih perkhidmatan dan keselesaan yang baik. Sekiranya mereka ingin maju dalam perniagaan, mereka perlu menambahbaik servis yang telah ada.
Aku bukan ingin mengajar pihak pengurusan syarikat terbabit dalam pengurusan yang baik. Cuma selaku pelanggan yang biasa dengan servis mereka ingin melihat mereka berjaya dan sekali gus aku sendiri mendapat servis yang cemerlang. Tiada kerugian bagi aku sekiranya penambahbaikan dibuat malahan keuntungan dapat mereka perolehi aku rasa. Seperti yang diketahui bahawa internet merupakan satu servis yang amat penting pada masa kini bagi orang yang seperti aku. Laluan bas rasima ini adalah melalui lebuh raya timur barat, Celcom broadband servis boleh diletakkan pada bas mereka. Ini boleh menarik minat pelanggan yang ingin menaiki bas ke Ipoh. Bas yang cantik juga merupakan satu cabang bagi menarik minat pelanggan. Kenapa tidak dicuba? Tidak perlu sampai berpuluh bas diperlukan cukup 2-3 biji sahaja untuk permulaan.
Ramai kawan-kawan aku yang bercerita dengan aku malah ada yang pelik kenapa aku sukakan rasima berbanding bas lain ke Ipoh? Pelik... hahahaha bagi aku langsung tidak pelik kerana aku mempunyai 2 sebab kukuh iaitu setahu aku rasima tidak pernah lagi mengalami apa-apa kemalangan yang meragut nyawa penumpang. Kemalangan yang sikit-sikit mungkin ada berlaku. Tetapi yang melibatkan nyawa tiada aku rasa. Yang ke -2 adalah hanya bas tersebut yang turun ke laluan Kati - Sg. Siput. Itu yang membuatkan aku memilih Rasima berbanding bas lain. Ini sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti syarikat tersebut. Sudah terlalu nampak bahawa bukan setakat keuntungan yang dicari semata tetapi kepentingan dan kemudahan pelanggan juga turut diambil kira.Malahan pemandu bas juga begitu jujur dan beretika ketika memandu. Ini jelas kerana pernah pemandu itu berkata yang dia tidak mampu untuk memandu pada waktu malam di lebuh raya Utara-Timur, nasib baik second driver mampu untuk memandu. Kejujuran seperti ini perlu bagi menjaga keselamatan penumpang.Ini bukan menunjukkan kelemahan driver tersebut tetapi kekuatan dan kejayaan syarikat tersebut dalam mendidik pemandu yang berkaliber dan profesional.
Jadi untuk menambahkan lagi kekuatan pada syarikat tersebut, Adakah menjadi masalah kepada syarikat tersebut untuk menukarkan bas dan menambahkan perkhidmatan yang sedia ada kepada yang lebih baik? Mungkin aku tidak mengetahui sekiranya mereka ada masalah dari segi sumber kewangan. Aku bukanlah salah seorang dari pihak pengurusan atasan. Tetapi sebagai seorang pelanggan yang tidak mengharapkan untuk syarikat itu merudum jatuh,aku menyuarakan pendapat aku. Keuntungan mungkin tidak dapat bergolek dengan cepat, tetapi kadangkala setiap permulaan dengan niat yang baik akan mendapat pulangan yang baik dimasa hadapan. Kita tidak semestinya berjaya dengan perubahan. Tapi tanpa perubahan pasti kejayaan tidak akan datang. Para ulama pernah berkata yang sesuatu yang baik datang dari niat yang baik disamping usaha dengan jalan yang baik. InsyaAllah.

Saturday, October 16, 2010

FAM disalahkan Atau Pasukan Negeri (FAS & KAFA)

Hari ini aku ada terbaca sebuah berita tentang insiden kematian seorang penyokong kelantan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba mencari bukti untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua pasukan KAFA dan FAS. Yang aku pelik sekalinya adalah kenapa tindakan dikenakan kepada pasukan tersebut. Masalah penyokong, kita nak buat mcm ne? Nak larang jgn buat pon klu dia nak buat jugak,dia buat jugak.

Nak bg dia jgn datang stadium pon susah juga. Bukan kita kenal sapa2 yang buat kecoh. Dalam masalah ini FAM kena la fikir satu cara yang lebih baik. Ubahsuai stadium tu ke, supaya mercun xleh dilempar, atau buat checking setiap pintu supaya bahan terlarang tidak dibawa masuk. Ramai mmg la ramai...tapi klu dah buat satu lorong khas keluar masuk dan setiap lorong keluar masuk ada penjaga dan penjaga tidak bersubahat maka hal ini boleh selesai.

Setengah Jam terakhir jgn bagi sapa2 dari stadium keluar dan keluar pula mesti la satu pasukan by satu pasukan. Jgn keluar serentak. Nak keluar serentak pon boleh tapi jalan keluar pasukan semestilah setentang dengan pasukan yang lain supaya tidak bertembung. Dengan cara ini maka pergaduhan insyaAllah dapat dielakkan.


Friday, October 15, 2010

Tiket Bola Kelantan VS Selangor

Ari ni aku berjalan-jalan ke kedai minum dekat kg aku di Kelantan. Aku dah bugget dah yang mesti diorang bercerita pasal tiket bola kali nih. Maklum la ari perlawanan lepas ada orang mati akibat sesak nafas ketika pergaduhan antara penyokong selangor dan Kelantan. Aku xminat pon bola nih. Tapi saje seronok nak bersembang. Nak ko...diorang sanggup lepas subuh p tunggu kaunter buka untuk beli tiket nih. Ada sorang mamat nih dia bengang je bila kul 10 dia kuar p beli tiket bola sekali habis dah. Kekeke...Nasib baik ada la ketua kampung aku ni seorang yang suka berkawan dengan orang. dapat la belikan tiket untuk orang kampung beliau...hahaha...ni aku bagi gambar untuk korang tiket bola ni. Tgk la pulak berapa orang yang mati mlm ni...waktu ujan lak tu entah ada orang d stadium ke x baik dok rumah tgk dengan astro hahahaha

 


Hitler & Bangsa Melayu



Pernahkah anda melihat dan ambil tahu bagaimana sejarah Hitler..Dia pernah menggemparkan dunia dengan mencetuskan perang dunia Ke-2. Sekiranya anda seorang yang prihatin dengan dunia atau negara kita sekarang, anda semua perlu mengetahui bahawa kita ini masih lagi dijajah dengan secara senyap. Kita masih lagi melihat rakyat kita masih lagi meminta-minta...Kita selaku orang melayu harus bangkit dan mengubah semua ini. Ini negara kita. Hitler juga merupakan seorang yang meminati seni. Seorang bekas pelajar Art & Design. Seorang yang berjiwa seni ini selalu lembut. Tetapi dia sedar bahawa negaranya dijajah dan dia ingin mengubah negaranya. Bermain dengan kata-kata pada asalnya, berjuang dengan pena, politik di disertai dan mengubah dengan senjata pada peringkat ahir hanya demi bangsa dan negara? Merampas kembali segala negara yang telah dicuri - Adakah kita merupakan pengganas? Sesekali fikir, mengapakah khazanah kita,dokumen rasmi negara kita banyak disimpan di negara-negara eropah? Itu harta kita... Bukan kah bodoh jika kita membeli harta kita kembali yang kita langsung tidak jual kepada mereka? Mereka mencuri hak kita? Tapi untuk mendapatkan salinannya kita terpaksa membeli kembali.


Terang lagi bersuluh kepunyaan kita tapi apa yang kita mampu lakukan? Kita bumiputra dah berkorban segala-galanya. Demi mendapat kemerdekaan kita melepaskan byk hak-hak kita kepada bangsa lain. Bukan niat kita nak menghalau mereka sekarang. Tetapi melayu harus ingat...kita harus ingatkan mereka jasa nenek moyang mereka yang mereka disini bukan kerana nenek moyang mereka asal di Tanah Melayu, tetapi pengorbanan orang melayu demi bangsa dan kedamaian Malaysia semata-mata. Klu melayu masih layu dan membiarkan sahaja, akan mundur lah kita selamanya. Sebelum ini kisah sosilawati dibunuh india? bangsa melayu dianiaya oleh cina (along), Kita melayu buat apa? mereka kaya...kita merana... Melayu ditangkap isap ganja,dadah,merempit semua tu tidak boleh menaikkan bangsa kita. Cina ditangkap sebab jual dadah dekat melayu (belia)...Mereka boleh kaya...kita tetap merana..

Lagi satu contoh kita melayu yang langsung tidak berjaya... kita bila membeli barang,kita lebih sukakan kedai cina...kenapa murah sikit dari kedai melayu...Kenapa ini berlaku, kekadang silap melayu..."hang p wat naik barang tu mahai2 hang nak p mekah awai ka apa"? Kurangkan sikit harga..bukan xleh untung pon, tetapi kekadang kita orang melayu dapat harga dari cina pembekal pon dah mahal dah. Pembekal cina tu jual kat cina murah lak....mcm ne nak men harga. Sebab tu Islam menyarankan bahawa setiap atas dunia ini fardhu kifayah yang mana akan bertukar menjadi fardhu ain bg setiap umat islam sekiranya didalam bidang tersebut masih tidak mencukupi. Kenapa? Kerana untuk mengelakkan saluran wang pergi ke kaum kafir yang dilaknat Allah ini.

Bangkitlah semua belia melayu...mari berganding bahu untuk melindungi bangsa kita dan agama kita. Bg mereka yang beragama islam sokonglah dan berikan suntikan semangat bagi bangsa melayu untuk melindungi hak-hak bangsa dan agama mereka...


Tuesday, October 12, 2010

Malang atau Tuah

Semalam aku terima berita mengejutkan tentang kereta kancil aku, aku baru je lepas tukar drive shaft, clucth, timing belt, dan ada la 2-3 benda lagi kat sebuah kedai india dekat tanjung malim.Abih dalam 850 tu. Kereta tu sebenarnya wife aku yang guna. Masalahnye seminggu je tukar dah rosak balik. tayar patah. Bow joint tercabut. Bayangkan perkara tersebut berlaku pada seorang perempuan. Aku xleh terima benda macam tu berlaku selepas satu minggu repair. Aku bergerak dari kelantan ke Tanjung Malim semata-mata nak settlekan dengan india tu. Nak kira rugi mmg la rugi. Minyak sahaja dah 200. repair 185 je. tapi aku xleh nak biar kan india tu buat sesuka ati dia je. Aku direct g jumpa india tu petang tu juga dan setelah bincang2 , dapat la 200 balik. ok la tu. xberbaloi tapi bagi aku berbaloi la.
Hari ni aku akan bawa balik kancil tu ke kelantan dan tinggalkan satria tu kepada isteri aku. harap2 xde masalah pe la satria tu pulak. Aku rasanya dah repair dah apa yang patut untuk satria tu. wiring,enjin,tapi klu ada masalah lain tu wallahua'lam.
Aku harap dalam masa sebulan 2 ni xde pe la masalah yang akan berlaku. Aku bercuti hari ini dan insyaAllah tiada masalah dekat machang tu nanti.

Friday, October 8, 2010

Bosan...

Aku hari sebenarnya excited gila nak present, aku datang ke sekolah dengan tidak menjamah sebarang makanan dan minuman dan memandangkan aku tidak sempat mencetak scheme presentation maka aku pergi mencetak scheme of presentation sebanyak 9 keping bagi semua group. Korang taw apa dah jadi selepas itu, 9 keping xcukup sehingga aku memberikan scheme tu kepada group lain. Bila aku punya xde, maka aku kena lah cetak kembali...Opis pulak tutup...nak tunggu diorang kena tunggu sampai kul 10 lebih pagi. Dah aku kena tunggu dulu. Bila dah siap print semua dah menyerahkan kepada mereka semua, eh aku kena tunggu turn pulak untuk present. yang sepatutnya group yang ke-3 present dah kena jadi group yang ke - 30 ratus...xpasal2 aku kena tunggu. Aku dah la kena balik awal, Aisyah ari ni dok ngan tokwan ngan tok chik je ari ni, tok ma dia dah pergi kuantan. Ikot ati aku nak je aku maki semua yang ada kat sini...tapi selesai ke masalah aku....entah la lantak la nak present bila...xpayah present pon lagi bagus.....biar aku duduk kat school ni sampai taun depan tungu untuk present ni.

Thursday, October 7, 2010

The Knight Move

THE KNIGHT MOVE a.k.a Red Indian Move merupakan sebuah satu cara permainan dalam chess. Aku pernah menggunakan knight moves ini untuk berperang dengan pihak lawan dan menang. Yang kalah pon banyak juga. Tapi apa yang aku nak cerita kan disini adalah Knight move ini sebenarnya berbahaya klu dibiarkan. Movement dia sangat sukar untuk dijangka. Cara selamat ialah dengan membunuh terus Si kuda tersebut. Bagi yang ingin mencuba Knight move ini anda perlu menggunakan kuda untuk memecah kawasan pihak lawan. Sambil berjalan kuba tersebut mestilah dilindungi dengan buah lain dan mencari untung dengan pergerakan kuda tersebut. Nescaya pihak lawan boleh jadi gila dengan pergerakan sebegini. Tetapi inilah adalah satu cara pergerakan bukan semestinya boleh menang. Kemenangan bergantung juga kepada kekuatan mental,emosi dan strategi anda.









Hasil Nukilan:
Kaishuhaikal.

Tuesday, October 5, 2010

Kereta dan Perempuan

Kekadang aku terfikir adakah seorang lelaki lebih sayang kan seorang perempuan atau sebuah kereta? Jika dilihat dari segi meminang seorang perempuan idaman 10-15 K cukup susah bukan untuk dikeluarkan, namun bagi sebuah kereta idaman 40-50 K senang je nak cari duit. Nak bagi duit untuk perbelanjaan RM 10 sehari susah juga bukan....Minyak? Lu pikir la sendiri... Hari ini Soalan yang sama aku ajukan kepada kawan aku setempat kerja...Jawapannya sama... Lelaki lebih sayangkan kereta dari perempuan. Alasannya cukup mudah... Kalau kereta kita akan ELAK dari masuk LUBANG kan? klu perempuan kalau kita jumpa LUBANG kita usaha untuk MASUK...

So apa pendapat kawan²....cuba renungkan dan selamat beramal...hehehehe

Friday, September 3, 2010

BMW idamanku

sebentar tadi aku melayari laman web MYSAT dan dalam laman tu ada satu forum tentang kereta idaman ku... Sebenarnya aku dah lama mengidamkan sebuah kereta BMW 3 series... xkisah la BMW pe pon asalkan BMW.. so tgh aku bercerita tu dan sambil2 search gambar aku pon terjumpa gambar ni dan aku begitu teruja sekali... so aku berharap dalam jangka masa 5 tahun akan datang iaitu 2015 aku bakal memiliki sebuah BMW mcm ni atau lebih lagi...InsyaAllah... Korang tgk la gambar kereta ni... klu berminat atau nak memberikan pendapat sila tinggalkan komen anda terima kasih.

ProCC Kelantan

Hari ini aku tetiba terpanggil untuk mencari sebuah club kereta proton di kelantan...bukan pe saje nak berkawan ramai. cari punya cari punya cari jupa la procc Kelantan tapi sayang xleh nak register lagi...aku dah try pm seorang orang besar Procc Kelantan melalui facebook. tapi aku xtaw la betul ke x dia nih....aku try search nama dia, kuar dia sorang jerk pastu gambar aku xleh nak besarkan dan pastikan dia ke x...ao aku add dan pm je dia klu bukan lantak la xpayah layan dah pasni kan....tapi benar2 harap yang itu adalah dia...\

SALAM 1 Malaysia
KaiShu_HaiKaL

Saturday, August 28, 2010

Gambar Anakku Editing...cover


Gambar bagi percubaan pertama editing untuk cover magazine...Untuk yang seterusnya akan di publish kemudian terima kasih...

Monday, August 23, 2010

Window 8

Windows 8
info mengenai window 8:

Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini :

· Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.

· Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.

· Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.

· Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.

· Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.

Bermula Kembali

Minta maaf kepada semua yang mengikut perkembangan kaishuhaikal.blogspot.com ni...Dah lama rasanya aku xupdate dengan cerita2 yang menarik. Aku rasa pon dah lama aku membisu diam seribu bahasa. Bukan apa aku terlalu sibuk dengan sesuatu yang kurang pasti. Aku tidak sibuk dengan kerja atau apa tetapi aku sibuk dengan keadaan diriku yang tidak diurus dengan baik aku rasa. Aku xmampu untuk mengasingkan mana yang penting atau yang tidak penting dalam diri aku ini. Aku terlalu alpa dengan keseronokan semasa dan tidak menghiraukan apa2 pon. Aku rasa aku dah terlalu jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya terjadi. Adakah ini yang terbaik buat aku....apakah ini yang ditakdirkan untuk aku...Huh salah sebenarnya apa yang aku berfikir...takdir itu terhasil dari apa yang kita usahakan. Takdir yang ditentukan berdasar apa yang selalu kita kerjakan...Masakan kita diajar untuk terus berusaha klu takdir sudah menentukan segala. Takdir ini bagi aku ada 2 keadaan dimana usaha dilakukan namun ianya masih tidak dapat diubah seperti mati, hidup, rezeki....namun bagaimana kita mati, rezeki bagaimana kita dapat, hidup bagaimana yang dipilih merempat atau tetap berdasar pada usaha kita. Sbb itu tuhan sudah berfirman yang mana "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha mengubahnya".... Erm marilah kita berfikir sejenak dan muhasabah diri kita agar tidak terlanjur dalam kehidupan kita ini. InsyaAllah....

Daripada
KaiShu_HaiKaL N Aliah Aisyah 

Tuesday, August 17, 2010

CTU Titas 553

Informasi kepada semua pelajar PLK Titas CTU 553 bagi sesi Julai-Nov 2010 , Assignment anda hendaklah dibuat dalam group antara 3-4 orang dalam satu group dan perlu dibentangkan. Tajuk anda adalah bebas dan mestilah berdasarkan tajuk yang ada didalam buku Teks TITAS Modul hubungan Etnik. Untuk lebih memudahkan anda supaya mendapat maklumat tentang CTU 553 dari masa ke semasa anda dinasihatkan untuk join Yahoo group Titas_553ctu yang mana telah disediakan dikiri web pages ini bagi memudahkan untuk disampaikan maklumat dari masa ke semasa. Harap Maklum.

Email titas group : titas_553ctu@yahoogroups.com

Sekian Terima Kasih....
p/s : tolong support blog ni sama klu rajin...jadilah follower dan isi lah Guest book tu tanda sokongan anda terima kasih....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...