Followers

Thursday, January 21, 2016

Tiada Istilah Terlambat...


Sumber : Google

Sudah terlambat... Itu yang selalu diperkatakan oleh orang kepada kita, penulis juga sentiasa mendengar perkataan ini... Sebenarnya tiada istilah terlambat didalam dunia ini, setiap apa yang kita hendak lakukan, perlu lakukan, lakukan lah sekarang kerana ada bahagian kita didalam setiap perlakuan kita... 

Nabi pernah mengajar kita tentang ini dimana kata Nabi S.A.W "Jika esok pasti berlaku kiamat dan ditangan kamu ada sebiji benih, maka tanam lah benih itu..." Ini menunjukkan bahawa kita lakukan sahaja apa yang perlu kita lakukan dihari ini walaupun kita tahu esok sudah tiada hari utk kita lagi. 

Penulis sekarang ini cuba untuk melibatkan diri didalam dunia mengajar, cuba untuk menyediakan sebuah pusat latihan komputer bagi masyarakat khasnya melayu untuk menerokai bidang komputer secara profesional terutama kepada mereka yang belajar di pusat - pusat kemahiran seperti ILP, Politeknik dan lain-lain pusat kemahiran. 

Penulis pernah merasakan sudah terlambat lagi penulis menerokai perkara-perkara seperti ini dizaman yang penuh mencabar namun, diatas kata-kata Ustz Don hari ini, penulis kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita penulis. InsyaAllah jika diberikan kekuatan dan kesempatan pada 30-31 Jan 2016 ini penulis akan menyertai sebuah kursus INDUKSI utk Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi merealisasikan hasrat penulis. 

Jika kita ingin melihat kita di masa hadapan, kita harus melihat apa tindakan kita sekarang.... 
Lihat kata-kata Master Oogway :-



Jadi inilah motivasi semangat kepada penulis hari ini, Harap apa yang penulis rancang dan lakukan mendapat berkat dari Allah S.W.T dan terus maju kehadapan InsyaAllah.. Harap pembaca mendoakan apa yang penulis rancang dimakbulkan oleh Allah S.W.T Aminnn...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...