Followers

Monday, August 26, 2019

Perjalanan As Motovlogger

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kali ni dalam teratak Kaishuhaikal @lebih dikenali as PaktuaDCM di youtube Channel. Kenapa orang panggil Pak Tua ? Erm.. yang tu xpenting sangat kot, nama jer... ada kisah dia.. nnt lah aku cerita di lain entry... 

Kali ni aku nak mencerita kan perjalanan aku as a Motovlogger x bertauliah ni... Aku mulakan diri aku sebagai motovlogger atau aktif as motovlogger ni dalam masa setahun ni kot.. kalau xsilap lah. Sebelum ni aku buka youtube channel aku untuk aku simpan kenangan aku bermain gitar bersama teman-teman aku. Nak tgk ? haaa.. tgk kat sini >>>








Haaa... ini lah antara yang aku ngan member-member aku dulu cover... tapi sekarang x lagi dah... Diorang pon sekarang dah xterlibat dalam musik ni semua tinggal aku ngan qimie ja... biasa lah kan dalam sebuah band sampai satu masa akan berpecah juga kan... bukan gaduh tetapi dia hilang dengan sendiri.. Aku ngan qimie masih bergiat lagi dalam aktiviti music nih bersama Enco busker tetapi kami tidak selalu rakam. Jadi aku xde lah masukkan dalam youtube nih dah.

Lagi pon Enco busker nih semua geng-geng pro yang main.. aku tak dapat polo sangat cara diorang men sebab aku noob lagi dalam bidang music nih. Rasa diri nih kerdil jika nak banding dengan diorang. Bila diorang men aku lebih seronok nak dengar dari nak main hahaha...

ni gambar latest event Busker di Desa Chemor Makmur Fasa 2 & Sahabat DCMF2 >>>









Jadi inilah channel youtube aku pada awal pembikinan channel aku... kemudian aku membeli kuda liar aku sekitar 2 tahun lepas. Fzian's, itu nama aku berikan pada kuda liar aku nih... ada yang panggil Fauziah, ada yang panggil Fazura, tapi aku gelar kuda liar aku Fzian's. Ni gambar Fzian's aku ni pada 2 tahun lepas... Lepas aku beli terus upgrade atau modi bodypart aku sebab nak ke terengganu punya pasal ... Gathering Fz dan R15 pada masa tu... 


Gambar ni diambil sekitar Lembah Kuala Kangsar


Bersama kawan rapat aku Mr. Qimie Scada


Ni lah rupa motor aku 2 tahun lepas... lepas 2 tahun pon macam ni juga rupenyer... hahahaha

OKeylah... aku ingt setakat ini sahaja dulu aku menulis pasal aku dan dengan permulaan kisah motovlogger... nnt aku update lagi tentang video-video yang aku buat lepas aku bergiat as motovlogger ... hehehehe... adios... 

Subscribe Gais Youtube Channel aku :






Saturday, August 17, 2019

Blogger atau Motovlog ??

Assalamulaikum...

Dah lama penulis tidak menjenguk laman blog penulis nih... Maklum lah penulis dah mula terlibat secara tidak serius dengan Motovlog sekarang ni kan...  Editing video nih memang memenatkan... Mana nak rakam lagi dengan dan edit lagi, nak rancang lagi, tu xkira dengan penulis nak berlakon lagi... ada yang kena berlakon bila wat motovlog nih... rakam xjadi, footage hilang haihhhh... Last penulis update blog penulis nih Jan 2016 ... Sekarang nih dah tahun 2019... August .. Dah 3 tahun berlalu rupenye tinggal dunia penulisan nih... 

Motovlogger 

Motovlogger ni adalah seorang vlogger yang merakam video diatas motor kebiasaannya... tetapi dia juga tidak mewajibkan untuk sentiasa bercakap diatas motor. Tetapi dunia dia banyak berkisar diatas motor dan juga hal-hal berkaitan dengan motosikal. Tak kisah lah baiki motor ke, modified moto ke, review moto ke, event moto ke... apa-pa je lah berkaitan dengan moto... review tayar moto, block head piston semua boleh...

Lawat sini >>>  https://www.youtube.com/c/PakTuaDCM (Channel penulis)
Please subscribe Gais....
Good things Come to those who subscribe my Channel

Penulis membeli sebuah motosikal Yamaha Fz-150i (Fzian) pada tahun 2017 hujung February. Penulis sejak dulu minat dengan moto bertangki sejak penulis menaiki sebuah TZM sepupu penulis pada tahun 1998-1999 lagi. dari situ minat penulis timbul untuk memiliki sebuah moto bertangki dihadapan seperti TZM ini. Jadi pada tahun 2017, moto penulis telah mengalami kerosakan kali ke -5 dan membuatkan penulis terus membeli sebuah motor baru iaitu Fzian...


Ni moto sewaktu dengan member-member aku


Waktu ni kira dah hampir 3 bulan rasanya pakai... dah buat beberapa modifikasi dah dibuat... Nanti Entri lain (mungkin tentang ride) akan dibuat dari masa ke semasa insyaAllah ... Kebanyakan yang terbaru akan dibuat didalam youtube... So jangan lupa untuk 



Terima Kasih



Thursday, January 28, 2016

Zenfone 2 Laser



Assalamualaikum...
Zenfone 2 Laser keluaran snsv ... Dulu aku mmg xsuka dengan keluaran ni.. Dia mmg popular dengan Laptop tetapi telefon ?? What the Fish.... Aku pon pergi kepada Smart Phone Lenovo A850 tetapi malangnya sekarang dengan Internal Memory 2GB Ram 1GB kemudian dengan mudah Hang selepas bermain COC & Whats Up Bro, telefon tu sudah xmampu cacth up dengan penggunaan ku... Hayatnya habis dengan membunuh diri didepan mata ku dengan tidak mahu menerima charging lagi...

Kekecewaan aku di tebus setelah aku telah dirasuk dan di goda oleh Uddin the Minato's acc yang masa tu dia menggunakan smartphone snsv Zenfone 5. Dia kata dengan tidak pernah berlaku hang pada telefonnya aku tergoda dengan kata-katanya...

Aku terus pergi mencari jenama snsv dan tertarik dengan Zenfone 2 Laser nih... Okey Dokey... Jom tgk apa yang aku nak cakap tentang ini... Aku bukan duta Zenfone jadi aku akan cerita baik buruk dari segi PANDANGAN AKU... Diingatkan sekali lagi ini adalah dari sudut pandangan aku.

Kebaikan :

Camera Belakang 13Mp Depan 5Mp... 
Untuk selpiaq bagi aku yang xpakar ni aku rasa dah cukup kot  5Mp untuk aku sekeluarga berselpiaq nanti...

Laser Shot, Malam clear beb klu amik gambor tanpa flash pon. 
Dengan bantuan sedikit cahaya la... klu tempat gelap gelemat tok napok go skaro mu igat dengan 360Mp pong xnapok ugop boh hahaha (maaf berkecek luai sekejap)

dari segi kecekapan untuk "HANG" setakat ni xde lagi... 

Internet?? 
Aku menggunakan ALTEL sebagai medium... Okey ini ada sedikit masalah kadang-kadang dia searching Internet Line... tapi aku xtahu sebab ALTEL atau sebab phone... Dia support 4G LTE.. tp yang aku dia kuar H+ je... aku xtahu yang ini salah sapa.. masa aku guna A850 dulu pon dia kuar H+ tetapi xde lak selalu searching je line.. kadang-kadang putus terus... 

H+ ini yang aku faham dia support High Speed Connection for 3G... 4G LTE pulak lain... sepatut dia kuar simbol 4G... tapi aku ignore sbb aku nak kena periksa dulu nanti aku bagitaw lain dalam entri seterusnya.

16Gb Internal Memory support 128Gb External Memory...
Keperluan aku memerlukan space yang agak besar... Jadi 16Gb agak besar untuk aku kot??

Android baru...5.0.2
Apa yang best dengan android baru?? Okey dulu masa aku pakai kitkat version 4, orang call aku masa aku men COC, COC aku terus akan keluar dan perlu jawab call dulu... Skunk ni semua naik dekat atas tu ja... xkacau app pon... Ini menarik minat aku jugak...

Screen Shot
Haa ... ini pon aku suka jugak... Contoh dulu kita nak buat screenshot kita kena tekan butang power + volume serentak kan ?? Kini tidak perlu lagi semua di screen ja,,, selagi screen xpecah haaa guna la sepuas hati anda...

Unlock Screen... 
dulu klu nak unlock screen kena tekan butang power kan.. Sekarang anda cuma perlu tekan 2 kali pada screen .. then ini dapat menyelamatkan butang power button anda... oooo Yeah.....

Battery 2600 mAH
Nampak kecik kan.. setakat ni klu aku bateri full pada waktu pagi, aku men COC, buka sekejap-sekejap tapi kerap.. Intenet ALTEL sentiasa ON. Whatsap sentiasa masuk,,, Facebook Notification sentiasa masuk battery bertahan sehingga jam 11-12 Malam.... So masih menepati dengan aku....

Yang aku xsuka :

Zenfone ni dia sentiasa update software... klu xupdate xleh buka... yang tu je aku menyampah setakat ni... Lain-lain Alhamdulillah.... aku masih menyukai walaupun aku baru pakai 2 hari... Jika aku ada yang terbaru aku jumpa nnt akan aku update pada entri yang lain.

Sekian...






Pakar Industri Negara : Telekomunikasi
Free Lance Trainer In Communication
Al-Fatih Solution
Juruteknik Komputer UiTM Perak Caw. Seri Iskandar

Thursday, January 21, 2016

Tiada Istilah Terlambat...


Sumber : Google

Sudah terlambat... Itu yang selalu diperkatakan oleh orang kepada kita, penulis juga sentiasa mendengar perkataan ini... Sebenarnya tiada istilah terlambat didalam dunia ini, setiap apa yang kita hendak lakukan, perlu lakukan, lakukan lah sekarang kerana ada bahagian kita didalam setiap perlakuan kita... 

Nabi pernah mengajar kita tentang ini dimana kata Nabi S.A.W "Jika esok pasti berlaku kiamat dan ditangan kamu ada sebiji benih, maka tanam lah benih itu..." Ini menunjukkan bahawa kita lakukan sahaja apa yang perlu kita lakukan dihari ini walaupun kita tahu esok sudah tiada hari utk kita lagi. 

Penulis sekarang ini cuba untuk melibatkan diri didalam dunia mengajar, cuba untuk menyediakan sebuah pusat latihan komputer bagi masyarakat khasnya melayu untuk menerokai bidang komputer secara profesional terutama kepada mereka yang belajar di pusat - pusat kemahiran seperti ILP, Politeknik dan lain-lain pusat kemahiran. 

Penulis pernah merasakan sudah terlambat lagi penulis menerokai perkara-perkara seperti ini dizaman yang penuh mencabar namun, diatas kata-kata Ustz Don hari ini, penulis kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita penulis. InsyaAllah jika diberikan kekuatan dan kesempatan pada 30-31 Jan 2016 ini penulis akan menyertai sebuah kursus INDUKSI utk Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi merealisasikan hasrat penulis. 

Jika kita ingin melihat kita di masa hadapan, kita harus melihat apa tindakan kita sekarang.... 
Lihat kata-kata Master Oogway :-



Jadi inilah motivasi semangat kepada penulis hari ini, Harap apa yang penulis rancang dan lakukan mendapat berkat dari Allah S.W.T dan terus maju kehadapan InsyaAllah.. Harap pembaca mendoakan apa yang penulis rancang dimakbulkan oleh Allah S.W.T Aminnn...



Tuesday, October 20, 2015

Riding Off Road MTB...

Assalamualaikum... Dah lama penulis tidak bercerita dalam blog penulis ni, bukan apa penulis sekarang ni telah menjalankan satu perniagaan so skunk ni lebih menumpukan kepada mencari duit dulu hehehe...

Hari ini penulis bukan nak cerita pada perniagaan penulis tetapi penulis nak menceritakan hobi baru penulis... Ini semua gara-gara pengaruh rakan sebaya la nih yang menyebabkan penulis beralih arah dari menjadi gitaris separuh masa kepada riding jarang-jarang masa... 

Pada hari sabtu minggu lepas (17-10-2015) penulis berjaya mendapat kan sebuah Mountain Bike a.k.a MTB dengan harga second hand sebanyak RM 300.00... Sebenarnya dah lama penulis mencari sebuah basikal seperti harga yang penulis dapat sekarang... Kira mmg harga patut dah kot sebab yang tengok dan nilai pon orang yang dah expert dalam basikal... So dengan tanpa berfikir lebih panjang penulis bersetuju untuk mengambilnya... Sebelum ni penulis ada melihat sebuah bike yang berharga lebih dari nilai budget penulis, so dengan harga mampu tengok tersebut penulis hanya mampu menge"test" basikal tersebut dan hanya tengok dan simpan dalam angan-angan saja lah ... lihat gambar ini ...
___________________________________________________________________________



Basikal ini paling mahal.... Sampai skunk ni penulis mintak nak beli tapi owner dia xbagi... Basikal ni penulis dapat test dekat rumah terbalik Port Dickson. Tak pe abaikan dulu pasal Basikal ni... Yang penulis nak tunjuk adalah gambar dibawah....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okey Hokey.... Bike yang penulis naik ni ada di Cameron Highland, dekat bangunan yang ada sign Teh Tarik Place... Penulis pon dah lupa bangunan pe dah nama dia... tapi klu korang menghala ke Teh Boh tu korang nampak ler bangunan Shopping Complex nih... Harga dia bagi penulis harga mampu tgk sebab rege dia RM 2 XXX.00 bukan 2 hinggit bukan 200 hinggit tp 2K+, so penulis bukan seorang yang kaya, penulis buleh cakap harga mampu tengok hokey... korang ada duit korang buleh beli...

Ini yang mampu penulis dapatkan buat masa ni, penulis dapat ride dengan anak-anak penulis dan kadang kala penulis buleh ride dengan rakan-rakan sebaya yang selalu mempengaruhi penulis ... Si @Hsr Sel, @Marzuki Abu Mansor, @Pejoi D Ketumin Coffee BK Production ... Yang dalam On the Way kemungkinan join list kami adalah @D Ustak Zul, @Eddie Ism @Qimie @Azahari @Megat ... Xsabar tunggu kome guys.... 


Yaa ... dengan apa yang penulis ada sekarang ni penulis dengan degil dan ketegaqnya dan dengan tanpa mengira pendapat kekawan soh cari stamina dulu, penulis terus mem"follow" mereka kepada Off Road kebun jagung & sawit, Apa yang jadi adalah tayar bike penulis okey jer lepas satu round off road... tapi penulis sendiri yang pancit... xde stamina yang mantop derrr.... So skunk ni penulis kena mencari stanima yang baik dahulu pada On Road kemudian baru menjejak kaki kepada Off Road kembali... Gambar masa Off Road ?? Xlalu nak amik Bro sebab masa tu penulis dah penat serupa beruk... Beruk penat pon xserupa macam penulis wakakaka... Any way... nnt penulis cuba utk selpiaq sekali sewaktu offroad len kali... Adios Amigos... dan Assalamualaikum ....



Sunday, January 18, 2015

Cuaca sejuk dan kiamat? mungkinkah?

Assalamualaikum... Dah lama dah penulis xbuka blog n buat entry.. Ok hari ni penulis jumpa org tgh gadoh² pasal kiamat.. Ada yg kata kiamat sudah dekat. Ada yg kata yg jangan memandai² kata kiamat dekat abb nabi pon xtahu kiamat bila.. Ok xpayah nak gaduh ok... Semua jawapan korang tu betul... Kiamat sudah dekat sbb kiamat pasti berlaku dan xtahu bila je ok.. Xde lagi waktu pundur balik ke belakang.. Bila waktu kedepan tu makna nya kiamat semakin dekat dr hari ke hari.... Ok... Nabi pon xtahu bila kiamat... Pon betul jugak sbb hanya Allah yg mengetahui... Tadi tanda² dah ada mcm nabi bgtaw dlm hadis beliau.. Cuba korang google tanda² kecil dan besar kiamat.

Yang penting setakat mana kita beriman kepada 6 perkara dan mematuhi syarat² rukun islam 5 perkara... Sbb korang gaduh benda yg benar tetapi tidak dlm menerima pendapat.. Kisah ini lah terjadinya pelbagai pegangan seperti wahabi dan lain²...  Jadi kita ubahlah pemikiran kita supaya balik kepada yg asal ye kawan².. Xpayah gaduh².. Benda leh setel kita setel je.... Xleh terima pendapat kita senyap.. Senyap itu lebih baik...

Sekian...

Friday, November 7, 2014

Vin Diesel Vs Kaishuhaikal ??

Har har har..
Ni la kerja aku bila xder kerja... xpenting sgt pon cuma saja-saja mencuba... syok juge..
Korang Jangan ingt amran hanya meninggalkan seorang budak je dalam multimedia, aku dah mula menjinakkan diri dengan multimedia... Aku akan cuba bongkarkan rahsia amran yang begitu cepat kesana kemari... Jom kita lihat... kekeke

Ni gambar asal ...


Ni gambar asal vin diesel ...


Digabungkan dengan mamat poyo umpama amran ni maka ni lah hasilnya


 Haaa ni lah gaya amran fans yang femes tu...

Thursday, November 6, 2014

Penafian atau Kebenaran ??



Meh penulis dedahkan satu rahsia...
kita selaku manusia perlukan maklumat...
maklumat itu mesti yang betul...
Jadi dimana kah kita mesti mendapatkan maklumat yang betul itu?

Jawapannya adalah : Dikedai Kopi

Reason :
Bila kita di kedai kopi, kita akan bercerita, dan orang yang bercerita itu pula akan cakap, " tidak... yang sebenarnya .... " kemudian org yang seterusnya akan berkata " bukan mcm tu... Sebenarnya ... " seterusnya akan berkata " Kalau ikotkan yang sebenarnya " ... dan seterusnya sampailah semua orang balik... So kat kedai kopi semuanya adalah cerita benar dan bohong... sebab pencerita akan menceritakan yang sebenar dan dinafikan oleh pihak seterusnya...
Jadi, kebenarannya?


Wednesday, April 16, 2014

Kolam Ikan

Erm... Dah lama tidak bermain dengan laman blog ni... Kenapa penulis dah lama xmain yer... Sbb penulis lepas ddk di perak ni banyak project yang penulis buat. Ok lah... Salah satu project yang penulis buat sekarang adalah project kolam ikan murah. Memula penulis beli la pasu dengan air terjun bajet kurang 2 ratus... Dapat la air terjun berlatarkan kebanggaan perak iaitu labu sayung... Memula penulis masukkan ikan mcm koi tetapi malangnya semua mati... Termasuklah ikan bandaran ... Penulis pon kompius mcm ne ikan bandaran yg hebat tu buleh jugak mati... What the fish... Penulis xputus asa... Beli ikan gapi... Erm lompat pulak... Dari 10 tinggal 2... Penulis xpuas hati... Jadi penulis pergi beli lagi... 10 ekor 6 jantan 4 betina... Sebab 2 yang tingai tu semua betina... So dpt la 3 pengantin baru... Penulis tny tuan kedai tu, kenapa ikan gapi lompat? Jawapan dia mudah... Ni mesti sbb pakai air terjun tinggi kan... Bubble kuat... Klu xkuat dia xkan lompat... Erm... Penulis terus balik rumah dah sumpah air terjun tu jadi pendek hahaha... Amik kaw... Lihat la gambar ini...::::

Saturday, December 7, 2013

3M courses

Assalamualaikum...
Lama dah rasanya x update blog ni.. sebenarnya banyak benda nk cerita tp bila guna phone ni mcm malas nk tulis panjang² sbb xreti sgt sebenarnya nk guna smart phone yg xberapa smart ni... dah la tangan besar.. taip asik salah je kojenyeee...
Ari tu penulis pergi shah alam untuk belajar serba sedikit tentang network ni... penulis pergi dengan kawan penulis minato namikaze bapak kepada naruto tu... yang hokage ke 4 tu... nnt kome tgk le muka yg hokage la sgt tu...
Banyak juga ilmu baru yg penulis dapat dan penulis xsangka yang 3M sebenarnya punyai banyak product yang baik dan bermutu tinggi. Selain itu mereka juga mempunyai pusat RnD sendiri dan apa yang mereka hasilkan cukup memuaskan hati penulis...
Antara ilmu yang penulis dapat adalah seperti ilmu utp cat 6a dan fiber... macam mana nk terminated fiber dengan cara mudah dan lain². Ikot hati penulis mau ja penulis beli termination kit tu tetapi dgn harga 7000 penulis rasa mcm xmampu je. Xpe nnt klu ada rezeki penulis beli sebijik utk buat kerja luar bersama hokage la sgt tu har har har...
Ok lah layan la lebih kurang gambar penulis di 3M.

Wednesday, September 11, 2013

Tutorial - Duplicate Network...

As-salam...Bertemu kembali kita didalam ruangan ini, pernah x sewaktu kita sibuk menggunakan win 7 dikala ini kita berjumpa dengan duplicate network atau tanda seru pada connection network pada penjuru belah kanan bawah pada monitor anda? Biasanya kita akan "disable"kan network connection dan "enable"kan kembali. Namun apabila anda "shutdown" PC anda, kes yang sama berulang kembali.

Namun ada cara lain untuk mengatasi masalah ini... anda boleh cuba cara ini :

tekan lambang bulat di penjuru bawah kiri monitor anda, dekat search anda taip "regedit.exe"

Keluar apa-apa popup just tekan "yes" je, xpayah gatai nk baca... bukan faham pon, penulis sendiri pown xpernah baca...

kemudian cari : "HKEY_LOCAL_MACHINE\system\CurrentControlSet\Services\tcpip6\parameters" ...... Kemudian anda cari "Disabled Component" = dword: fffffff

Kemudian, 

pergi lagi dekat search macam mula-mula kita buat tadi dan taip "cmd", right click pada cmd dan pilih run as administrator dan tekan enter....

type dalam kotak hitam itu :
 netsh interface tcp set global rss=disabled

kemudian,
 netsh interface tcp set global autotuninglevel=disabled

ok dan restart...

kemudian;
 dekat button search mcm yang mula-mula kita buat tadi taip "services.msc" cari "Idstring" click kanan dan select "properties" cari "startup fight" dan "disabled"kan.... Ini adalah optional, kerana ada sesetengah pc tu tiada pown idstring ni.... 
Kemudian restart, try & find some error....

Sekian Terima Kasih.

Tutorial -Sekiranya tiada password utk access Switch Cisco 2950, Using Console



Sekiranya tiada password untuk access switch.. Reset password…
Utk switch 2950
@Tekan mode + Pasang power cord
Nnt dia akan keluar :
Switch : flash_init
-
-
-
Switch :Load_helper
-
-
-
Switch:
-
-
-
Switch: dir flash:
Switch: rename flash: config.text flash: config.old
-
-
-
Switch: boot
-
-
-
(Type “n” for no)

Switch>
Switch>en
Switch #
Switch # rename flash:config.old flash:config.text
Switch # copy flash:config.text system:running-config
 
Untuk create new password (sw1 adalah nama switch… depend pada yang dah create pada masa lalu)
Yang dalam kurungan <> anda boleh masukkan apa-apa sahaja mengikut citarasa anda. Itu adalah password anda.

Sw1# conf t
Sw1(config)# enable secret
Sw1(config)#enable password
Sw1(config)#line vty 0 15
Sw1(config-line)#password
Sw1(config-line)#login
Sw1(config-line)#line con 0
Sw1(config-line)#password
Sw1(config-line)#end
Sw1# wr mem

Testing console, telnet … using new password.




Tutorial - Reset Tab address Pada Firefox

Assalamualaikum...

Pernah terjadi x apabila anda membuka new tab pada firefox, anda akan mengalami pembukaan address selain dari default address anda... sebagai contoh yang penulis berikan disini adalah web (mixidj.delta-search.com/?babsrc=NT_ss&mntrId=E29990B11C969C44&affID=121136&tsp=5002)... contoh adalah seperti gambar dibawah.


Jangan susah hati, ada cara untuk reset... apa yang anda perlu buat adalah dengan cara ini sahaja... taip pada address bar firefox "about:config", kemudian pada address bar taipkan "browser.newtab.url". Right click pada "browser.newtab.url" dan reset kan. Itu sahaja yang anda perlukan... Terima Kasih dan selamat mencuba...


Saturday, June 29, 2013

Persijilan Etika Internet 1Citizen

As-salamualaikum...
Dah lama rasanya penulis membiarkan laman blog ini bersawang dengan dunia lebar sesawangnya... penulis bukan apa, penulis sekarang sibuk dengan macam-macam hal, rumah yang baru dibeli, dengan pemindahan penulis pada 1 Julai ini, dengan kursus persijilan, dengan Juri kepada tender main-main yang students IM buat, dan lain-lain hal lagi...

Namun penulis telah menjadi Trainer Assistance untuk persijilan 1Citizen anjuran kementerian pengajian Tinggi bersama Prestariang dan UiTM Kelantan. Dengan bayaran bagi penulis cukup lah buat standard penulis yang kurang pandai ini,dengan kadar 9 x 30 .... penulis berasa bersyukur dengan apa yang penulis perolehi.

Sementara penulis mencari mood dalam membaca nota-nota untuk persediaan esok hari ini saya paparkan gambar-gambar sewaktu Kursus Persijilan 1Citizen ini. 





Yang mana gambar penulis tu korang cari la sendiri ek. Penulis ni kali ini xde nak bergambar sgt dan banyak gambar dari card Memory camera digital penulis telah hilang bersama arus zaman. Penulis pown tidak tahu dekat mana penulis letak gambar tu... huhuhuhu... xpe lah itu x penting... sekarang penulis nak masukkan pula sijil penulis dapat setelah berjaya attend kursus tu dengan mendedahkan markah ujian penulis yang cukup-cukup makan huhuhu....

Okeylah... korang semua tgk dulu 1Citizen Poster ini... Bila bercakap dengan portfolio ini 1Citizen poster ini adalah contoh portfolio terbaik lah... so masing-masing boleh buat mcm-mcm kategori dan yang terbaik dari setiap IPTA akan dipertandingkan dan bakal mendapat hadiah. 



Tapi penulis buat sesuatu klu tgk mungkin akan menyentuh sensetiviti dan sentimen sesetengah orang. Penulis bukannye saje-saje nak buat poster mcm ni... bukan kerana seronok-seronok kerana sexy nye gambar kartun ini tetapi penulis buat kerana hampir majority anak-anak kita minat dengan online games yang berciri-cirikan keganasan dan kita sebagai ibubapa tidak sedar akan masalah ini. Kita membiarkan mereka bermain komputer games seperti Sleeping Dogs, GTA, HiT MAN, dan lain-lain yang bercirikan gangsterisme dan ini membolehkan untuk mengundang padah kepada anak-anak muda. Mereka membayangkan kalau jadi mcm ini kan seronok, dan dengan bayangan inilah berkemungkinan mereka akan usaha untuk merealisasikan impian mereka. So disebabkan idea dan sebab musabab ini maka penulis mengedit muka penulis sendiri kepada HiTMAN poster dan hasil nya mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. Namun tujuan dan niat sebenarnya adalah disebabkan ini. Saya memohon maaf dengan semua saudara pembaca jika gambar yang dibuat ini menyinggung akan perasaan saudara saudari pembaca semua....



 
Begitu lah hasil editing yang telah penulis buat dalam masa 1/2 jam.... lepas penulis buat gambar ni, ramai yang suruh penulis edit... antara nya Kekanda Poknik Adeq, 4 Abang Besar, dan lain-lain lagi tetapi penulis hanya buat kepada salah seorang dari 4 abg besar je.... Cikgu Nik... jangan nak komen pasal rokok tu sbb penulis mmg seorang perokok dan penulis ni dalam proses nak cuba untuk berhenti. So tunggulah dan harap semua boleh mendoakan supaya penulis cepat-cepat berhenti merokok itu. tapi jangan nk comment pape sbb penulis ni cpt bengang dengan komentar yg tidak membina ni...tolong ek.. tolong bantu penulis menjadi orang yang baik... hehehe

Ok sekarang penulis nak tunjukkan pula sijil-sijil penulis dapat ketika menjalani kursus 1 citizen ini.. Agak sayang juga lah kerana sepatutnya penulis sempat mengajar pada 28-29 Jun 2013 dengan bayaran lumayan... tetapi rupanya time penulis nk mengajar, diorang stop kan pula... erm, mungkin rezeki penulis xde lah ni... tak mungkin nak sabotaj pula kan... tp penulis je la xpuas hati atas sbb :

1. Cancel course time penulis dah ready utk mengajar.
2. Masa kita jadi trainer asst, call utk suruh kita masuk kelas, tp time cancel kelas xde pulak bgtaw kita
3. Masa cancel tu masa penulis nak berpindah ke perak, penulis cancel utk balik awal semata utk kelas ni, tp cancel xbgtaw, kita call xangkat, lepas tu return call pown xde..

Sbb tu penulis bengang, penulis rasakan mcm diorang ni kekadang anggap juruteknik ni x berkaliber nak mengajar students, diorang yang mungkin lebih arif dalam mengajar, tp byk ilmu sulit hanya juruteknik yang tahu. Tp yelah, dimuka bumi sudah termaktub, orang kaya akan terus kaya, dan yang miskin, tidak berpelajaran akan terus ditindas, penulis xdelah nk ckp yang trainers tu tindas penulis, tp penulis kecewa sbb pembatalan kelas tu penulis hanya tahu pukul 3.30 petang hari khamis, dan penulis call nk comfirm dengan pensyarah yang janji dengan penulis nk bg students dia dekat penulis xangkat dan xde return call balik. Sebab tu penulis bengang.
 
Tp sbb penulis dah nak pindah penulis dah maafkan semua orang yang telah bersalah dengan penulis, dan penulis anggap penulis mmg sentiasa tidak bernasib baik, so kenapa nak kecewa dah kan?

ok lah tgk lah sijil penulis yang tidak seberapa ni, dah langsung tidak bermakna selagi tidak dapat mengajar dan mendapat nilai kewangan diatas sijil ini...choiiiiii....







Sunday, June 9, 2013

9/10 Punca Rezeki ?

Assalamualaikum

Lama dah xupdate blog ni... bukan apa... xtahu nak tulis pe disamping sibuk kepada sesuatu yang xpasti... hari ini sewaktu penulis sibuk ber facebooking, penulis terlintas suatu status tentang 9/10 punca rezeki...Memang benar ada riwayat menyatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan... namun penulis teringat tentang ada juga Ustaz menyatakan 9/10 bukan hanya berlandaskan kepada kekayaan semata... Ianya membawa banyak maksud dimana ia menyatakan 9 kali cuba dalam perniagaan dan 1 makan gaji...

sekiranya sudah mencuba 9 kali jatuh bangun didalam dunia perniagaan maka ia menunjukkan kita bukan termasuk dalam seorang ahli perniagaan... ada yang menyatakan 9 itu merujuk kepada usaha tanpa mengenal erti putus asa didalam dunia perniagaan ini... ianya sama seperti ada riwayat yang menyatakan setiap dalam 10 umatku seorang yang masuk syurga... ianya dikatakan bukan menyatakan 9 akan masuk neraka tetapi ramai yang akan masuk neraka berbanding dengan syurga. Jadi 9 didalam punca rezeki ini juga dikatakan banyak rezeki akan masuk melalui perniagaan.

Nabi S.A.W didalam sejarah manusia agung juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun Baginda juga pernah memakan gaji sebagai pengembala kambing. Jadi jika merujuk kepada sunnah Nabi, makan gaji juga antara sunnah Nabi S.A.W... Hanya dengan niat kerana ALLAH dan Rasulullah maka kita akan mendapat berkat didunia dan diakhirat.

Antara benda lain yang kita memandang remeh tetapi sebenarnya besar dan kita terlepas pandang adalah kerja suri rumah. Sebenarnya, mengikut dari seorang ustaz yang berceramah di IKIM.FM tetapi penulis lupa namanya, suri rumah juga adalah sunnah dari Rasulullah S.A.W kerana isteri Nabi S.A.W adalah seorang suri rumah. Malahan ianya lebih mendapat pahala kerana dengan menjadi suri rumah, dengan suri rumah, aurat terjaga, pergaulan dengan muhrim terbatas, dan lain-lain yang boleh menjejaskan rumah tangga itu sendiri. 

Itu kalau kita ambil makna Rezeki itu dalam bentuk material. Rezeki juga boleh datang dalam bentuk:
Kesihatan
Kelapangan
Ketenangan
Kebahagiaan
Banyak anak
Kehormatan
Kemahsyuran
Pujian

Dan lain-lain seumpama dengannya itulah klu kita merujuk kepada 9/10 punca rezeki iaitu bukan duit semata, tetapi dalam segala jenis bentuk. 9 itu merujuk kepada banyak... Namun yang pasti Allah akan melipatkan ganda rezeki kita dengan bersedekah... InsyaAllah... Ini hanya pendapat saya semata... segala kesalahan datang dari kecuaian saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan insyaAllah... Wa billah Hitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...