Followers

Sunday, August 14, 2011

Resepi Begedil

Teringat lak semalam bila kakak ipar aku buat begedil best.... dapat makan... aku seronok-seronok jew tidow sbb aku kurang sihat sikit... tp aku wat jugak murtabak mini... xde la selaku begedil tu... mmg patut laku pown sbb sedap gilew wa ckp lu...
Gambar dia lebih kurang mcm ni :



Bahan-bahan ( 3 orang )


2 biji kentang

segenggam daging cincang ramly

daun sup dicincang halus

5 sudu besar bawang goreng

satu sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah

1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
1.kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2.setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3.kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4.setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
5.gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6.akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Niat jew... pon dapat pahala walaupon xmampu untuk dibuat

Lama dah xupdate blog ni..bukan apa... bosan la, pastu banyak hal yg lagi penting dari blog ni nak kena buat.. nak nak pulak dalam bulan puasa yg penuh mulia ni ada jew orang nak buat aku marah la..mcm-mcm... xpew la..sabar lagi bek dari marah-marah kan? Pape hal pon nak berkongsi dengan korang ilmu ni yg sempat aku amik dari FB. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam/tahajjud tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

Sunday, June 19, 2011

Crispy Potato Wedges

Hee...tengah walk blogging tetiba terasa nak makan Crispy Potato Wedges, pastu cari-cari internet jupe satu web ni, nampak mcm best. Ni laman dia http://www.myresipi.com/top/detail/6115. tgk gambar dia best kan?



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO

1 sudu teh serbuk cili

1 biji putih telur - dikocok

Tepung gandum secukupnya untuk salut

Garam

Cara-cara
1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
 
2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
 
3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
 
4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
 
5.goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
 
6.Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Smlm aku ngan wife aku buat kentang putar... fuhhh sedap.. ni resepi kentang putar yang aku dapat dari blog alkiram.net, apa yang best nyer aku mampu buat setanding dengan Eddlee Fried Chicken. Ni aku bagi kat korang pulak try Kentang lenyek ni.  Oh ye lupa lak nak bgtaw, susu segar klu korang xde leh jew ganti dengan susu tepung, satu klu korang rasa nak xnak letak lada hitam takut ada yg xsuka dengan lada itam tu korang leh buat sos lada hitam berasingan. Ni aku bagi satu resepi sos lada hitam yang aku dapat dari sahabat baik aku di KL, Allahyarham Razzif a.k.a Along yang meninggal di Mekah. Al-fatihah buat beliau dan diharap kawan-kawan yang membaca blog ini boleh juga menyedekahkan Al-fatihah dan Surah Al-ikhlas 3 kali buat beliau, semoga beliau mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

  1. KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) (Sumber Kaknoormasri)


Bahan-bahan:

1 kg kentang

1/4 cawan susu segar

2 sudu besar mentega

1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa



Cara membuat:



Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.

Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas

Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.

Sedia untuk dihidangkan


      2.     Resepi SOS lada hitam.
Resepi ini disediakan untuk 3 orang makan

1 Kiub Ayam (Pati)
2 sudu besar lada hitam (serbuk berbiji)
1/4 Bawang besar Dicincang halus / tumbuk sehingga lumat sekiranya xnak nampak bawang tu.
(setengah orang tak suka klu nampak bawang)
seulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
Cendawan butang - Dalam tin (sekadar tambahan - xde pon xpe)

Cara penyediaan :

- Panaskan kuali dengan majerin (2 sudu) / minyak masak
- Tumis bawang putih + bawang besar
- Kiub Ayam bancuh dalam air panas 1 gelas
- Tuang Kiub Ayam yang dibancuh dan kacau dalam 5 minit
- Masukkan cendawan butang tu (tambahan je ni - nak potong tu ikot suka hati)
- Tepung jagung dibancuh dgn segelas air
- Tunggu sehingga agak pekat
- Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

***** punya Telekom Malaysia.

Hari ini dah genap rasanya 2 minggu internet dengan telefon rumah aku xboleh pakai... report dah dibuat pada 30 mei 2011, tapi sampai sekarang xboleh guna lagi. Klu nak diikutkan satu hari diorang berjanji boleh siap, tapi xsiap jugak. Alasan diorang kabel kawasan aku kena curi. Itu masalah aku kew? Klu modem rumah aku kena curi ye la menjadi masalah aku kan, aku kena la pikir mcm ne nak prevent pencuri dari masuk dalam rumah aku kan? Tapi klu kabel telekom kena curi, telekom kena la pikir mcm ne nak prevent benda tu.... kerugian dalam bisnes tu biasa la kan, ko dah provide services mcm ni ko kena la bersedia tanggung kerugian. Xkan customers yg kena tanggung kerugian tu. Alasan kabel kena curi tu dah xrelevent dah sekarang. Zaman teknologi mcm ni, pikir la mcm ne nak selesaikan guna teknologi. Ko kan pejabat Telco terbesar malaysia, jangan sedap duduk dengan cara sekarang. xkisah dengan kebajikan pelanggan ko. sekali ramai pelanggan lari, baru nak sedar masa tu sudah terlambat. mungkin 5-6 orang lari dari TM ke services Telco lain ko xrasa, tp klu 5-6 orang sehari lari, sebulan berapa? setahun berapa? 10 tahun ? tutup la company tu nanti.

Ari tu aku melawat umah sedara aku dekat gunung, Kelantan. Dia pakai service Streamyx wireless. xde line telefon pon. aku senyap je la bila aku try jadi lembab internet. aku tny speed internet, 384KB. Erm... aku xkata TM tipu, mmg tu services yg dia tawar. tapi aku leh kata syarikat TM yg pasang dan suggestkan kepada sedara aku ni jahat sikit sbb dia xcerita habis pasal pakej tu... harga betul la RM 68 sama dengan wired. tapi wireless more slow than wired. pastu klu hujan jgn harap la dapat pakai internet. Dia suggestkan line wireless tu sbb dengan alasan kawasan tu kerap kena curi kabel. Laaa... kena curi ke xkena curi ke ko pasang la line telefon tu. Dalam tv iklan gedebuk gedebak pasal steamyx block buster la, itu la, ini la, bila orang soh pasang, xleh pasang sbb kabel sering kena curi. Dalam bandar tu, bukan takat curi kabel, rompak bank, rogol, bakar bangunan, lumba haram, segala jenis jenayah ada, ramai mcm tu jugak orang duduk, boleh lak ko pasang line telefon. xde pon alasan jenayah byk dekat situ. Apsal bila kampung sikit jew mcm-mcm alasan. Klu dah malas rasa nak berniaga, baik berhenti, jgn susahkan orang mcm tu.... Setiap hari aku call 100, tanya status bila boleh siap, jawapan yang sama diorang bagi. kabel kena curi minta sedikit masa, juruteknik masih tengah buat, bila kita mintak estimated time x leh bgtaw. Sbb alasan hanya juruteknik yg tahu bila kerja-kerja boleh siap. Xkan la dalam masa 24 jam buat kerja xleh update dalam report apa yg diorang buat. xde la helpdesk terkapai-kapai nak jawab bila customer tanya. xgitu...
So kepada pengurusan TM, diharap boleh diubah cara pengurusan bg meningkatkan mutu perkhidmatan anda, Terima Kasih

Thursday, May 12, 2011

Dah dapat beli keta idaman aku...


Ini la kereta idaman aku sewaktu aku main Need 4 Speed Most Wanted (NFSMW)... Ye la kan nak beli betul-betul mana nak mampu... keje pon juruteknik jew mana la mampu nak pakai keta mahal-mahal...So berangan dalam games pown jadi la... Kereta ini sudah pown di modified untuk stages 1...duit xcukup ngan level xcukup untuk unlock item Expert. Setakat ini dulu pown aku dah xmampu nak kawal kereta ini.. Spec kereta ini :
  • Engine Modification
    • Greddy --> Forged Pistons
    • Venom --> Racing Throttle Body
    • Skunk2 Racing --> Racing Crankshaft
  • Transmission
    • Advance Clutch Technology (ACT) --> Upgraded Differential
    • Clucth Master --> High Perfomance Clutch
  • Nitrous
    • Dry Shot of Nitrous (Pro Stages)
    • Wet Shot of Nitrous (Expert Stages) - Current NOS
  • Brakes
    • Brembo --> Cross Drilled Rotors
    • KVR Performance --> Sport Compound Pad
  • Suspension
    • H&R --> Large Diameter Sway Pad
    • Koni Suspension --> Racing Shock
Korang xfaham apa yang aku tulis ni ke? Xfaham xpe sbb aku pown xfaham...aku xpandai pown bab-bab keta ini... saje je aku masukkan spec keta ini sbb aku seronok pandu keta ini dalam games NFSMW ini... Sekarang mission aku memburu semua kereta Blacklist dalam NFSMW ini... Sekarang aku berjaya mendapat 5 biji kereta .... 10 lagi akan menyusul. Baron yang memandu Cayman S adalah blacklist #10. dapat kah aku menawan keretanya dalam perlumbaan ini dengan Ford Mustang GT aku ini? Dah dapat nanti aku cite lagi dalam ni.... xdapat pown aku cite gak nanti...nantikan episod seterusnya...Cikui (Mustang GT) VS Baron (Cayman S)

Sunday, April 24, 2011

Vacuum & Other Gauge Meter

camni cara senangnya, dlm bahasa melayu pasar kite...intake manifold, dlm tu ade vacuum from inside, and outside untuk berfungsi, vacuum ni diukur dlm Hg (merkuri, dari aras laut). bile piston tu gerak atas bawah, dia akan tarik/buang pressure dlm enjin, so kalo ade sumthin yg x kena pada enjin, nilai vacuum tu akan berubah2... paham? bende yg x kena pada enjin tu dtg dr byk faktor, x semestinya piston sahaja. contoh kalo leaking pada ekzos gasket la katakan, so pressure keluar x akan sama dengan pressure masuk.... ni indication "enjin", dengan kata lain, lebih spesifik dlm contoh td gasket ekzos bocor... contohnye la... ok?so bile ko pasang vaccum meter ni, jarum dia dok geli2 tu tunjukkan segala info pada enjin ko. tu sebab aku kata 1st, simplest diagnostic tools yg boleh dipakai pada keta.lebih paham lagi kalo ko tgk chart bawah ni, nilai2 vacuum meter dan ape maknanya:





so, kalo idle lepas start enjin stay jarum tu 17-22 = maknanya enjin seme ok, kalo ade slight difference kat meter ko, bawah 15 ke, cek chart tu, tgk ape x kena. early detection akan selamatkan
kalo nak buat additional untuk set rev yang tepat...beli ar cap bagus sket....apexi ke...hks ke...baru bacaan tepat......vacum tuh...die akan bace bacaan vacum enjin kita......kalo susut bacaan vacum tuh maksud die...enjin kite de problem...leaking kot.....kalo ok je...bacaan sekitar 22....maksud die enjin cantik....voltage meter plak untuk kita baca ngan tengok ade over voltage tak...atau susut voltage.....over sangat piston bocor......low plak kete lagging.....boost....untuk kite tengok tekanan air preasure yang masuk kat injap pembakaran.....lagi tinggi lagi bagus.....tapi memadai ngan ketahanan blok enjin.....kalo turbo tuh....kalo leh g 3 bar.....aku suspek laa.....heheheheheheh......auto timer plak....meter nie plak bagi kite nak matikan enjin.....tujuan utama untuk soh kita tak matikan enjin dengan mengejut...nak jage enjin la kan........bagi running dulu sebelum matikan......bagi pengawalan minyak itam tuh edha sket sebelum mati......pastuh bagi pembuangan total....air preasure yang tinggi yang tersimpan lagi dalam kete turbo.....bagi normal balik......hehehehehehe.....

Monday, April 11, 2011

PDP aku

Dah lama aku nak up sikit power keta aku ini, bukan nak laju sgt pown cuma aku nak sikit pickup supaya leh bawa dengan sedap dekat bukit Grik - Jeli, Jeli - Grik tu nanti... Setelah aku selidik dengan blog orang ramai pasal keta ni, aku tertarik dengan 2 buah blog yang aku kira aku leh cilok sikit2 ilmu pasal kereta ni dari diorang. Blog yang dimaksudkan adalah


&


Dengan 2 laman blog ini aku berjaya dapat ilmu sikit2 dan cuba mendalami ilmu permotoran ini. terutama dalam menentukan dan memastikan kebangkitan satria aku. Untuk kebangkitan pertama aku, apa yang aku buat adalah dengan menukar air filter asal dengan open port air filter. Ada sikit pickup la untuk enjin standart aku 4G15 tu...kemudian dengan ditambah compressor M3 sedap la sikit tarik... dari asal aku punya top speed 140 KM/J skunk naik la 160 KM/J. Keadaana enjin aku tu seperti dibawah.


Korang nampak benda alah kecik warna biru dekat dengan compressor aircond tu..itu compressor M3 yang aku bgtaw tu. Nak cerita lebih aku pown xtaw mende sebenarnya. Kawan aku ckp ko pergi masukkan compressor tu kompem kete ko pickup sikit. Mmg pickup sikit, top speed pown nek sikit, ok la kan. nak cerita sebenarnya malu sbb baru belajar bab modification keta ni. Newbies la bab-bab modification ini. Baik luaran or enjin. Skunk baru nak jinak-jinak. Maybe klu setakat enjin carb 4G15 ni xlaju kan, xmcm enjin 4G93 ke atas...tapi bg aku enjin NA mcm ni pown dah cukup untuk menyusuri jalan-jalan di Malaysia ni. Nanti aku nak buat ekzos pulak... Member aku NikSetanBaik dari Mysat & KYCC club ada bgtaw aku untuk buat ekzos, dari nenas piping straight 1.8" terus ke Muffler. Erm nanti tambah lagi pickup. So next projek untuk keta aku tu adalah ekzos la plak yeah.....Dibawah adalah keta aku yang xberapo lawo...



Monday, April 4, 2011

Wat keje yang membosankan....

Keje keje keje....bes sebenarnya bila bekerja ni. Dapat duit, dapat kawan-kawan...tapi aku nak keje tanpa tekanan...bila tekanan mmg xjadi keje aku. Skunk ni aku tgh bertungkus lumus buang virus shortcut yang menyerang organisasi aku keje. Library department ni ada banyak PC. Skunk ni aku tgh wat sensorang jew. Member-member aku malas nak Hallo hallo... Kenapa? Sbb aku malas nak menyusahkan orang dan mengelakkan dari rasa xpuas hati dari kalangan kawan-kawan. sekarang ni xde la lagi yang xpuas hati...cuma untuk mengelakkan dari benda tu berlaku baik aku elak dulu. Penat la keje mcm tu? Aah memang la penat...lagipon ari tu aku masuk keje kat sini sbb aku mintak keje. So orang dah bg keje jgn wat songel nak menggatal dok rehat. Nak rehat ko pencen. Selagi duit gaji ada dalam slip gaji tu ko kena la wat keje. Bos besar aku ada cakap, korang dok kat sini selain dari keje hakiki korang xde helah untuk mengelak dari buat kerja bukan hakiki...xde istilah kerja bukan hakiki...kenapa korang taw... sbb korang dalam skop tugas ada tulis kena buat kerja sekiranya terdapat arahan dari semasa ke semasa... Yang aku heran, bila kerja bos @ Pengarah bagi kerja kat bos kitaorang, kenapa bos kitaorang bg dekat kitorang lak..ko buat la tu keje ko..arahan dari semasa ke semasa. xde lah kitaorang bos mana leh buat keje mcm ni. Pengurusan lagi penat dari korang taw. Hekkkkk kamu.... yang kitaorang ni keje audit kena wat, jaga stor kena wat, kerani kena wat, keje bos kena wat, keje kitaorang kena wat, makmal kena jaga, yang bes sekali bila kena bambu....suma bos lari...xde sorang pown bos yang tampil bela kitaorang, baik start dari Koordinator sampai ker PARgawai...semua kecut telor pistol masuk sarang...lepas dalam meeting bangkit hal itu ini..ckp dia bela la, itu la, ini la... Kami juruteknik ni dah jadi mcm kura-kura dalam perahu dah..."dah kena wat tak tahu jew"...ari ini baru nak luah balik lepas sekian lama...nak marah? Marah la klu berani..aku sekarang ni xheran dah apa nak jadi....bukan sombong atau apa...bila pihak atasan aku tahu hal sebenarnya...Audit patut datang check... rasuah keje yang berlaku dalam organisasi aku...Rasuah duit aku xtaw la ada ke x..xde la kowt. Rasuah keje gila mcm ni byk berlaku...konon bos pandai segalanya kan...tapi sepatutnya Bos kekadang kena amik kira pandangan anak buah, baru anak buah leh buat keje dengan senang hati. Ni x..harap pangkat ada DR la Prof la tapi buat-buat pandai sedangkan hal tu anak buah yang buat. dah la klu nak taip sampai esk pagi xabih ni....K selamat membaca bagi mereka nak baca hal luahan hati aku ini.... Assalamualaikum...

Aku semakin xfaham...

assalamualaikum....
Aku jadi semakin xfaham dengan dunia blog ni sebenarnya... Apakah tujuan ia? dulu ada blog jew, skunk ada vlog... lepas tu follower semakin ramai..bagus la tu kan sebab ada kemajuan, tapi aku ada dengan satu vlog dari Cik epal 06 pasal blog pompuan vs blog lelaki... Blog pompuan byak bercerita pasal cinta itu yg cepat dapat perhatian... Blog lelaki plak byk bercerita pasal gajet dan hal2 yg dah ada dalam akhbar...betul kew? Mcm ne dengan Ben Ashaari lak? Sbb dia hensome kew? Atau sbb dia punya entri bagus2...
Aku xkisah pown popular ke xpopular dalam dunia blog ni, blog ni aku wujudkan untuk dunia aku..dan aku rela berkongsi dengan orang yg ingin berkongsi...xjeles kew orang punya follower riban-riban ko 20-30 orang jew.. Jawapan aku : "Gila ko xjeles...jeles woo...tapi aku suka orang follow aku ikhlas untuk berkawan dengan aku".. aku juga akan follow orang yang aku suka untuk berkawan dengan diorang..biasanya aku suka tgk entri diorang.... Lambat la ko femes dalam dunia blog ni...Lantak la lambat ke cepat ke femes, aku bukan nak femes dari dunia blog ni..aku nak berkawan dalam dunia blog ni...Tentang entri aku yang serabai..aah memang serabai pown sbb aku masih mencari gaya yang seswai dengan diri aku.. masih mencuba dan masih belajar dari orang-orang lama... Sekiranya kamu ingin mengetahui akan sesuatu maka bergaul lah dengan golongan-golongan yang mengetahuinya..so sekarang aku nak berkawan dengan kawan-kawan blogger itu jew...pasal femes tu letak la tepi dulu...fokus kepada tujuan asal blogging melainkan blog untuk femes...xleh wat apa ar..
Ok la..ngantuk ah..assalamualaikum....
Blog pasal anak aku : http://nuraliahaisyah.blogspot.com/
Blog pasal club Kelantan Youth Car Club (KYCC) : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/

Monday, March 28, 2011

Permainan Gelak Ketawa di malam hari

Malam ini aku nak berkongsi gelak dengan korang, kita cuba permainan ini dan tgk apakah hasilnya...sebagai contoh : hari jadi aku 9 Julai dan aku pakai kaler biru - so hasil dari pilihan dibawah adalah seperti berikut : Aku menari dengan driver bas sebab aku tak tahan.... so korang punya birthday pulak mcm ne...ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... sila post komen anda untuk sama-sama bergelak tawa...

Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari lahir anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Sumber : http://mysatriaclub.com/

Sunday, March 27, 2011

Satria Aku...

Hari ini aku dah habiskan duit aku sebanyak RM 165.00 sbb dia punya wiring sportlight ngan signal aku down. Pada asalnyer 2 benda tu je la,pastu godek tu sikit godek ni sikit dah jadi 95 ringgit. pastu aku pulak wat gila pasang ngan piping air filter dah tambah lagi 50 hinggit...Aircond ngan panel lamp aku plak prob. dah kena godek lagi, buat suma dah ok, lampu aku prob. Last sekali cina tu cakap wiring aku ada prob, sebab dulu auto aku g wat manual. Aku cakap xkisah la, janji ekon ngan lampu aku jalan balik. yang tu aku datang dengan xrosak so korang kena betulkan balik. so dia wat la dengan sungguh2 sebab aku dah bengang kan. Last2 jadi suma sekali dan masalah aku selesai. Dalam perjalanan pulak tadi, lampu spotlight aku xnyala balik...bengang betui. bila aku check memang wiring aku problem, nak betulkan wiring balik dalam 100++ jugak. Malas la aku nak betulkan..esk aku modified je la pape yang patut dekat kedai saberi Mok.Adoiyaiiii...

Sunday, March 20, 2011

updated in kycc blog....

Terbaru di Blog http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ (KYCC). Layari untuk keterangan lebih lanjut.

Monday, March 14, 2011

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

Assalamualaikum

Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 3
2 ,so now secret no adalah 3.



Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14 32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1 4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..
 

Monday, March 7, 2011

Memohon Maaf...

Saya memohon maaf kepada semua yang rajin melawat blog ini...blog ini dah lama berusang kerana saya sekarang telah sibuk dengan blog baru, iaitu blog kelab kereta yang baru ditubuhkan di Kelantan. Kelab ini menghimpun semua jenis kereta dan sekarang ini dalam usaha mengembangkan kewujudan kelab ini maka saya akan sibuk sikit dengan blog tersebut. Sekiranya anda yang datang melawat ke blog ini dan anda berada dikelantan, anda berminat dengan kereta dan ingin menyertai kelab ini anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda berminat anda boleh la email kepada saya no telefon anda kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin insyaAllah di alamat email : khairil_157@yahoo.com / PM saya di FB : Khairil Mysat. Sekiranya anda ingin melihat aktiviti yg dijalankan di kelab ini anda boleh layari : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...