Followers

Sunday, June 27, 2010

The Magic Of Arabic Holy Quran

Hari ini tgh aku belek² email aku tetiba aku jupe lak email ni tok berkongsi dengan korang semua. Apa² pon klu korang berminat untuk baca korang baca la ek...nanti aku masuk kan cerita pasal skulah aku plak nanti..aktiviti aku untuk dikongsi bersama...
salam

may the blessings of Allah be upon you this season.
Could you kindly
Check this out,

Very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:
Dr.Tariq Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an That mention one thing is equal to another, i..e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i..e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Holy Qur'an where it says one thing is like another.
See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Holy Qur'an
Dunia (one name for life) 115.
Aakhirat (one name for the life after this world) 115
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88
Life 145 ...... Death 145
Benefit 50 . Corrupt 50
People 50 .. Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75 . Thanks ! 75
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73
People who are mislead 17 .Dead people 17
Muslimeen 41 .Jihad 41
Gold 8 .Easy life 8
Magic 60 .Fitnah (dissuasion, misleading) ! 60
Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 ....
Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49
Tongue 25 .Sermon 25
Desite 8 .Fear 8
Speaking publicly 18 . Publicising 18
Hardship 114 .... Patience 114
Muhammed 4 .S Sharee'ah ( Muhammed's teachings) 4
Man 24. Woman 24
And amazingly enough have a look how many times the following words appear:
Salat 5, Month 12 , Day 365,
Sea 32, Land 13
Sea + land = 32+ 13= 45
Sea = 32/45*100=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land 100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.
Is this a coincidence?
Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?
Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him.
This as the Holy Qur'an also tells us this.
please pass this on to all your friends
Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia
para 17:
LA ILAHA ILA ANTA
SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN.
During the next 60 seconds,
stop whatever you are doing,
and take this opportunity.
(Literally, it is only 1 minute).
All you have to do is
The following:
PLEASE SEND THIS TO ALL THE PEOPLE YOU KNOW.
Thank you,

Sunday, June 20, 2010

Mentor 4....

Aku malas nak komen lebih2 pasal mentor 4 ni, tetapi apa yang menarik minat aku ari ni adalah lagu yang dibawa oleh Mohd dan Ziana Zain. Dia telah mengimbau kembali cerita-cerita lama yang aku minat. Maria Mariana, aku minat gila kat awie time tu. Apa-apa pon ni lirik lagu maria mariana..korang nak layan layan la ek.. Apa2 komen korang tingai jerk kat situ aku terima jerk suma komen korang. Adios....

Kejujuran hati mu oh... Maria
Melambangkan agungnya seorang wanita
Mencurah kasih
Menabur sayang
Tiada meniti batasan

Di sebalik naluri Mariana
Yang memendam cemburu dan curiga
Walaupun kasih amat mendalam
Hatinya masih jua resah

Maria oh Mariana
Kekalutan masih jua melanda
Walaupun jiwa masih serupa
Di manakah nanti penghujungnya

Maria oh Mariana
Jalinan kasih dua jiwa
Bila gelora ribut kan reda
Bersama tabah menghadapinya

Di suatu hari
Jalanan hidup ini
Akan haluannya sendiri
Di situ nanti kan abadi
Cinta kekal untuk selamanya

Tuesday, June 8, 2010

Maju

"Ayah, Din nak tukar sekolah lain." kata si anak kepada bapanya.
"Kenapa?"Tanya ayah. "Sebab cikgu kat sekolah tu semuanya bodoh!" balas Din.
"Apa sebab kamu cakap begitu?"Tanya ayah.
"Tengoklah, dah 5 tahun Din sekolah kat situ tapi buku rekod Din asyik merah,merah,merah. Takde kemajuan lansung!" Jawab Din dgn selamba.

Friday, June 4, 2010

3 Lawak Lagi..Di Malam Hari...

KELAS BI
Ayah : Apasal BI kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la.Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku
lagi la tak tahu".

Lawak Pak Pandir Beli Durian

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"


Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Wednesday, June 2, 2010

Kemajuan Sekolah atau Hubungan Keluarga...

Hari ini aku xpuas hati dengan sebuah sekolah.. Apa tidaknya,sekolah tu tetiba je mengajar kelas tambahan time cuti sekolah.. Apa yang aku bengang sekali kenapa waktu cuti sekolah yang mesti dibuat kelas tambahan. Sekolah tu sekolah berasrama penuh dan bebudak sentiasa akan ada kelas prep di waktu petang... Kenapa nak mesti ganggu waktu cuti sekolah. Aku nyaris2 xcident 2 kali kerana asik memikirkan hal ini sahaja. Aku menjadi gangguan emosi bila fikir hal ini dan ini sahaja aku dapat lepas kan untuk menghilangkan tekanan dalam perasaan aku tu. Esok aku kena berjalan jauh lagi.
Aku dapat mengagak ini mesti ada kena-mengena dengan prestasi sekolah yang kononnya kena dijaga...Alasan yang akan diberikan sudah semestinya pelajaran adalah perkara terpenting didalam kehidupan kerana ianya akan menjamin masa depan hidup...c'mon la... Jgn la pikir sebelah pihak jer. Klu pikir pasal reputasi sekolah je mmg la korang betul. Sapa yang nafi pelajaran penting dalam kehidupan. Tapi harus juga diingat bahawa kekeluargaan juga penting. Budak yang duduk diasrama,harus mempunyai masa juga dengan keluarga. Bersosial dengan keluarga adalah satu ibadah yang dituntut didalam agama.
Guru juga mempunyai keluarga, ada yang berkahwin jarak jauh demi tugas dan mencari rezeki. Peluang bersama keluarga agak terhad berbanding dengan yang duduk bersama. Andai duduk bersama,kemungkinan anak2 mereka berada jauh di sekolah atau kolej. Hanya dengan cuti sahaja mereka dapat bersosial dengan keluarga. Andai perkara seperti ini belaku sentiasa...bila agaknya kita dapat bersosial dengan keluarga apatah lagi masyarakat.
Kita sering berkata-kata di kedai kopi bahawa remaja sekarang begitu ramai rosak akhlak... punca sudah pasti mereka akan saling tuduh menuduh...sekolah dan ibubapa. Rempit, dadah bohsia dan gejala2 lain terjadi semua adalah disebabkan kekurangan sosial bersama keluarga. Sekolah mengambil kesempatan untuk memberi ilmu kepada anak2 bangsa, anak2 sendiri berkurung didalam bilik dan sering bersosial dengan kekawan. Cuba lihat kebanyakan rempit, lumba haram kereta, bohsia dan lain2 kebanyakan daripada ibubapa yang tidak sempat untuk mengambil tahu hal2 anak2 mereka di rumah. Bagaimana nak ambil tahu, sekolah mengambil masa terlalu banyak hingga tiada masa untuk berbual dirumah.
Contoh pengambilan masa :
1. Kerja sekolah diberi sehingga tiada masa ruang berehat langsung @ untuk mengulang kaji pelajaran.
2. Masa sekolah telah pon habis pada kul 2 ptg, campur kelas tambahan sampai kul 5, mlm buat kerja sekolah, masa untuk membaca @ belajar Al-quran bila nyer pulak. Masa bersama keluarga dimana? Esk awal pagi da sekolah balik, klu ada masa ruang waktu hari lain sukan la itu la ini la...
3.Time cuti sekolah seminggu dua pon nak amik juga ke? Time itu kenduri kendara keluarga, bercuti bersama keluarga dan aktiviti2 lain..betul la ada cuti minggu, apa ibubapa ni mesti ke cuti time tu...ibubapa kena cari rezeki untuk keluarga, kekadang kena OT la,program la pastu bila nye nak bersama anak2 dan isteri.

Kepada cikgu2 yang berpangkat dan mempunyai kuasa tu, sila la pikir balik sebelum buat keputusan...jgn sampai jadi "BODOH" dalam buat pertimbangan. Klu rasa rajin sgt nak buat kelas ke apa ke...ko bukak tuisyen pastu yang mana yang ingin dapat lebih tu dia p cari ko. Bukan wat paksaan macam ini. Tanya orang pon tidak, buat jadual ikot sesuka hati. Pikir la sama kita hidup dalam dunia bukan sekadar menuntut ilmu sahaja, banyak lagi pelajar seperti mereka belajar. Kehidupan remaja yang tidak hormatkan ibubapa dan lebihkan kawan bukan hanya ibubapa sahaja bertanggungjawab, malah sekolah yang banyak mempengaruhi pembentukan kehidupan mereka

Daripada :
Khairil_157 MYSAT

Lawak Hari Ini


Tak sah kalau tak share sama korang..lawak lah beb

Amat, Daud dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.
Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan.. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutanbersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itukemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebutkedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalamlubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli.Belum sempatepal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Daud pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Daud. Daud merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat dari dalam kawah mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Daud ketawa terbahak-bahak.

Beberapa minit kemudian Daud diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar."Weiii yang ko gelak apehal???... ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat kepada DaudDaud jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak durian 10 bijik"..

p/s : Kalau tak de senyuman terukir mmg korang hati batu la..

Sunday, May 30, 2010

Hari ini aku terkejut melihat Journal Mentor 4 Si ZZ dengan M. Apa tidaknya, Si Z bagitau pada Malaysia, klu nak jadi penyanyi tidak boleh malu... Memang patut malu pon M apabila disuruh pegang pipi pompuan yang nyanyi dengan dia tu. ZZ tidak boleh ar buat mcm tu even itu dikatakan sebagai profesional. Profesional kita sebagai seorang Islam harus dijaga juga. Sudah la aurat tidak dijaga, disuruh pula bersentuhan antara lelaki dan wanita.

Tidak boleh begitu saya rasa kerana kita sebagai seorang yang profesional juga harus menghormati kehendak dan kebebasan orang lain. Pernah dinyatakan oleh seorang artis terkenal bahawa artis sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai idola...ramai yang marah dengan kenyataan itu. Tetapi hari ini telah terbukti sekali lagi bahawa artis memang jelas tidak boleh dijadikan sebagai idola. Kerana apa, kerana dia dengan sewenang-wenangnya telah menghalalkan cara yang terbukti haram disisi agama.

Mungkin dia akan menyatakan penulis ini adakah dia benar-benar mengikut islam sehingga boleh memberi pendapat itu betul dan ini salah...Memang benar saya bukan lah seorang yang alim tentang agama malah bukan sempurna pun hidup ini. Namun apabila ianya boleh ditegur maka ianya wajib ditegur. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk membaiki apa yang salah. Saya rasa ianya tidak salah jika menegur, kerana ZZ sebagai mentor juga menegur M jika M buat salah. Pendapat saya ZZ perlu berubah sedikit pendekatan dan meletakkan islam diatas kehidupan kita. Dalam meletakkan hukum saya tidak tahu menyanyi berada dimana, yang pasti menyanyi adalah haram sekiranya ia boleh melalaikan diri @ orang lain. Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita jelas haram disisi Islam melainkan suami isteri atau dimasa keadaan-keadaan tertentu. So ZZ, beringat la sebelum melakukan sesuatu...

Daripada :

Khairil_157 MYSAT

Saturday, May 29, 2010

The Guardian "Compelling And Heroic"

Ari ni aku baru jer lepas layan cerita The Guardian yang dibintangi oleh Kevin Costner dan Ashton Kutcher. Best giler layan citer mcm nih. Selain dari jalan cerita yang menarik, aku juga nampak bagaimana gigih dan kuatnyer semangat yang ditampilkan oleh Guardian sebenar di seluruh dunia. Misi yang sama dimana cuba untuk menyelamatkan nyawa seramai yang mungkin.
Aku xtau bagaimana dan samada ada atau tidak Penyelamat seperti mereka ini di Malaysia, yang pasti pasukan penyelamat seperti ini khasnya bomba dan seangkatan dengannya pasti merasai apa yang dilalui oleh Kevin Costner yang membawa watak Cif Ben Randall yang gagal menyelamat 22 orang yang lemas selepas helicopternya terhempas & hanya di sahaja yang terselamat menjadi igauan ngeri kepada beliau. Beliau seterusnya menjadi trainer Coast Guard Rescue Swimmers School dan menggunakan tekniknya yang tersendiri bagi mengelakkan daripada ramai yang mati ketika menjalankan tugas menyelamat.
Dalam ramai-ramai Recruit, Jake Fisher yang dilakonkan oleh Ashton Kutcher merupakan seorang yang berbakat dalam menyelamat. Ada banyak kisah yang berlaku dimana misi menyelamat sebuah kapal nelayan yang mengakibatkan Jake terperangkap dan Ben yang sudah bersara secara tidak sengaja kembali ke Laut untuk menyelamatkan Jake telah jatuh dan mati ketika misi untuk menyelamatkan Jake. Beliau tepaksa mengorbankan diri demi menyelamatkan Jake kerana kabel penyelamat hampir putus dan tidak mampu untuk menampung 2 orang dalam satu masa.
Begitulah sinopsis cerita yang aku mampu huraiankan di saat ini. Aku masih teringat pertanyaan Jake kepada Ben sekiranya perlu untuk membuat keputusan dalam menyelamat, bagaimana Ben akan putuskan? Ben menjawab "Tgk pada keadaan, pada masa sekarang, aku menyelamat yang paling dekat dengan aku, seterusnya yang cedera dan lemah, kemudian barulah yang lain-lain, diri aku adalah yang paling terakhir". Begitulah aku rasa apa pasukan penyelamat fikirkan setiap kali dalam Misi. Diri sendiri adalah yang terakhir.
Terima Kasih Anggota Penyelamat Negara....

Daripada :
Khairil_157 (KaiShu_HaiKaL)
MYSAT

Friday, May 28, 2010

PERJUMPAAN DENGAN BLOGGER CHITRONAL

Aku sebenarnya dah xsabar nak jupe ngan chitronal nih...seorang blooger yang telah membawa aku kepersada blogs nih. Walaupon aku ni orang IT namun masih byk memerlukan pertolongan orang lain.
Aku begitu mengharapkan kedatangan beliau kerana ada byk yang aku ingin bertanya dengan beliau bagi mengindahkan dan menaikkan traffic aku di persada blog ni. Biar pon xmampu untuk bersaing dengan en.Ben Ashaari @ SaljuHumairah @ Ahmad Dhani, dapat melintasi diorang pon ok ah..hahaha..
Apa2 pon kita tunggu esk kedatangan beliau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni dan melihat hasilnya keatas blog aku nanti. Klu aku ikot ckp dia dan berjaya, pergh bes la aku. Klu xberjaya maksudnya aku xbuat la tu. Bukan salah dia. Klu cikgu mengajar hebat pon tetapi pelajar pemalas nak mampus pon xde guna jugak kan..apa2 pon harap aku dapat mempelajari sesuatu yang berguna nanti. Adios.

KITA DAN INSAN DIPANGGIL IBU,MAMA,MAK,MUMMY DLL..


Kita Dan Ibu

Ketika berusia 1 TAHUN, ibu suapkan makanan dan mandikan kita.

Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 TAHUN, ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 TAHUN, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 TAHUN, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 TAHUN, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 TAHUN, ibu meminpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: Tak nak! Tak nak!

Apabila berusia 7 TAHUN, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 TAHUN, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 TAHUN, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 TAHUN, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 TAHUN, ibu membawa menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan.

Apabila berusia 12 TAHUN, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 TAHUN, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 TAHUN ibu terpaksa mengikat perut untuk mem bayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 TAHUN, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 TAHUN, ibu mengajar memandu kereta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 TAHUN, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 TAHUN, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 TAHUN, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 TAHUN, ibu bertanyakan sama ada kita ada teman istimewa, kita kata,"...itu bukan urusan ibu. "

Setelah berusia 21 TAHUN, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, " Saya tak mahu jadi seperti ibu. "

Apabila berusia 22-23 TAHUN, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan... " perabot pilihan ibu aku tak cantik , tak berkenan akuuuu! "

Menjelang usia 24 TAHUN, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "Ibuuuu,tooooolonglahhh. "
Ketika berusia 25 TAHUN, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 TAHUN, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai> panjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"...itu dulu, sekarang zaman moden. "

Ketika berusia 40 TAHUN, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, " Kami sibuk, tak ada masa nak datang."

Apabila berusia 50 TAHUN, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal, ingatlah Kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.

**Wahai sahabat semua, marilah sama-sama kita selami dan renungkan Mutiara dan permata yang dapat kita kutip dari coretan di atas. Tanpa disedari, inilah perjalanan atau roda kehidupan yang kita alami sebelum, sekarang dan akan datang.Tanpa disangka, telah banyak dosa dan
kesilapan yang telah dilakukan sama ada dalam sedar atau tidak.

Hanya padamu Ya Allah aku memohon keampunan. yang perlu diterima dan ditelan biarpun pahit.

*SAYANGILAH IBU KAMU* ...SEBAB SAYA SYG MAMA & MAK

Thursday, May 27, 2010

Keretaku rosak lagi....

Hari ni aku cuba membaiki kereta aku lagi, panel ekon aku dah patah..lampu panel aku dah pecah. setelah aku siap membaiki kereta aku tu semua dah jalan ngan elok dah tetapi meter aku lak jadi problem tension toi...xpe la esok aku akan cuba wat lagi repair keta aku tuh tgk apa jadi lek nanti. Harap2 xrosak ngan terok la... Xper la aku dah tension dah aku ni..ingt nak tdo la. esok aku cerita lagi apa yang aku leh wat nanti..k adios amigos

Tuesday, May 25, 2010

Keris Hitam Bersepuh Emas


Korang pernah ingat x cerita Keris Hitam Bersepuh Emas ni. Hero dia Eman Manan, Ebby Yus dan ramai lagi...Semalam aku bercerita dengan member² aku pasal cerita pendekar yang pernah menggemparkan Drama Tanah Air kita. So aku search la dalam youtube jupe la cerita ni. Yang xsyoknyer cerita pasal Keris Hitam Bersepuh Emas ni hanya sedikit jer dalam Youtube tu. Aku amat berharap cerita itu dapat ditayangkan oleh TV Tanah Air Kita kerana klu xsilap aku la cerita ini sekali tayang jer dalam TV.

Ada satu lagi cerita yang best dalam cerita Pendekar ni...iaitu Cerita Pendekar Kundur... Itu pon best gak, senasib dengan cerita Keris Hitam Bersepuh Emas yang mana ceritanya hanay ditayangkan sekali sahaja dan terus senyap hingga sekarang. Klu la ada staff TV 1, 2, 3, 7, 9 yang baca artikel ni mintak la korang "suggest"kan kepada penerbit supaya menayangkan kembali cerita ini. Aku yakin dan pasti hits korang akan naik gila² sbb cerita ni sudah terbukti akan kehebatan dan best nye.

Sapa² yang bersetuju atau tidak bersetuju atau ingin menambah cerita yang telah hilang ditelan dek zaman tu sila la tinggalkan komen anda okesh... Adios.

Monday, May 24, 2010

Aktiviti Perah Otak

Ada benda yang orang buat, Tapi dia xguna untuk diri sendiri, Di akan jual benda tu pada orang lain, Orang yang beli tu dia pon xpakai,tapi bagi orang lain pakai, orang pakai dia xleh tgk benda tu, tapi orang lain yang boleh tgk....apa kah bendanya....

jawapan seperti biasa...sila komen untuk memberikan jawapannya...

Teka-Teki di Pagi hari

Hari ini tetiba aku rasa nak menguji semua pemikiran blogger yang datang melawat blog aku ini... Aku hanya igin menguji secara ringkas dan hanya sekadar hiburan dipagi hari ini...
Soalan nyer adalah berbunyi :
1. Mengapa Anjing biasanya apabila berlari dia akan melihat ke belakang ?

2.Dimanakah tempat yang anda akan bertemu Jumaat dahulu baru Khamis?

Jawapan Anda bolehlah ditulis di bahagian komen di bawah ini... Dan jawapan akan diberi nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...