Followers

Saturday, January 9, 2010

Evolusi Rangkaian Komputer

Sistem Terminal dan Komputer Kerangka Utama (1960an-1980)

Terminal ‘bodoh’ (dumb terminals) digunakan oleh pengguna untuk mencapai maklumat pada komputer kerangka utama (mainframe). Kesemua pemprosesan dilakukan pada mainframe. Penghantaran data menggunakan komunikasi serial melalui dawai tembaga.

Komputer Mikro dan LAN (1980an-terkini)

Kegunaan PC telah meningkat sejak 1980an dan merupakan sistem pemprosesan data yang paling biasa digunakan. Ciptaan LAN dalam 1980an membolehkan beberapa PC mencapai pelayan ataupun peranti seperti pencetak (printer) yang disambung melalui LAN.
Komputer Mikro dan Internet (1990an-terkini)

Sambungan komputer kepada sistem komputer mainframe melalui sistem telefon telah dilakukan sejak permulaan 1970an secara ad hoc. Namun, perkembangan pesat Internet sejak tahun 1990an memudahkan pencapaian maklumat dan servis melalui rangakaian Internet. Pada masa ini, sistem PC disambung kepada sesebuah ISP (Internet Service Provider) yang mempunyai sambungan kelajuan tinggi (high speed connection) kepada Internet.

Sambungan antara LAN (1980an-terkini)

Setelah LAN dijadikan sistem rangkaian piawai dalam organisasi dan kampus, keperluan menyambungkan LAN yang terdapat dalam berbagai pejabat telah wujud. Titi (bridge) dan Penghala (Router) digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Maklumat dalam sesuatu LAN itu hanya dituju kepada LAN lain sekiranya destinasinya terdapat di luar LAN asal sahaja. Ini mengurangkan trafik yang dijana dalam keseluruhan rangkaian organisasi tersebut.



Sambungan LAN ke WAN (1980an-terkini)
Sesuatu organisasi yang mempunyai beberapa pejabat di merata tempat yang berjarak jauh juga memerlukan penghantaran data antara pejabat. Ini dicapai melalui kegunaan Penghala untuk menyambungkan LAN yang terpencil. Hanya trafik yang dituju kepada LAN yang lain akan dihantar oleh Penghala melalui sambungan talian sewaan (leased line).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...