Followers

Friday, November 23, 2012

Lagu Ciptaan Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum Semua....

Penulis agak semua orang kenal dengan Ustaz Azhar Idrus, seorang Ustaz dari terengganu yang naik kerana ceramah yang ringkas dan mudah difahami serta ada berunsurkan lawak jenaka sedikit bagi menarik minat orang-orang muda untuk datang mendengar ceramah-ceramah agama.

Penulis sendiri pown sekarang ini mendengar ceramah-ceramah agama beliau yang berformatkan MP3 didalam kereta penulis setiap masa. Segala jenis siaran radio ERA ke, Hot FM ke, Suria ke, hape ke semua penulis dah tidak layan kecuali terdesak sangat. 

Apa yang penulis tahu tentang sejarah UAI tetapi tidak pasti akan kesahihannya beliau merupakan seorang guru muzik disebuah sekolah di Malaysia, pernah mencipta beberapa lagu sebelum beliau beralih arah ke bidang keagamaan dan menuntut dipondok-pondok. 

Kebanyakan dari kita apabila ingin berubah dari baik kearah yang lebih baik, mesti memerlukan sebab yang cukup kuat untuk kita berhijrah. Bagi UAI, menurut dari sumber-sumber yang kurang dipercayai kesahihannya, UAI beralih arah kerana didalam jiwanya kosong dan masih mencari sesuatu. Apa yang dipertemukan didalam hidup beliau bagi memenuhi jiwa yang kosong adalah ilmu agama. Kerana itulah beliau sanggup berhenti kerja sebagai seorang guru muzik kepada seorang ahli ugama yang tersohor abad ini.

Namun seperti kisah-kisah dahulu, bila ahli ulama ini membuat sesuatu yang berlainan dari orang lain, maka segala jenis kutukan, fitnah, dan caci maki dihamburkan... Penulis tidak nampak akan kesalahan yang UAI cuba perkatakan, betul... buruk adat melayu, klu perkataan BODOH, BENGONG diketengahkan oleh ahli ulama, tp klu xcakap mcm tu xfaham.... Dalam kehidupan kita seharian perkataan seperti itu terpacul atau tidak dari mulut kita?? Mesti ada kan, tidak ia dinama kan sebagai buruk adat?? Namun ia tetap dipertikaikan oleh sesetengah orang yang taksub.... "Ulama kan, tak kan cakap sampai mcm tu, ulama peliharalah sikit agama..." Pulakkkk... penulis tidak nampak pulak hanya ahli ulama sahaja perlu lindung maruah agama... Habis kita cap ayam ni, xyah lindung agama xpe ke?? 

Bukan maksud penulis, klu dengar ceramah UAI mesti dia orang PAS ni... klu penulis UMNO @ BN @ PKR tak kan penulis xleh nak dengar ceramah-ceramah UAI, penulis minat UAI sebab ajaran dia mudah difahamai dan jelas huraiannya.... Kita sebagai insan mulia yang ada otak dan akal untuk berfikir, kita leh ambil yang baik dan tinggal yang buruk, UAI bukan maksum yang terlepas dari segala dosa... namun bukan bermakna kita kena tolak terus segala ceramah agama yang beliau buat. Cuba bandingkan dengan apa yang kita pelajari, klu bercanggah dari 4-5 ahli ulama yang lain dan bahaskan dengan mereka. sekiranya jawapannya sama 4-5 orang itu, dan UAI sahaja berlainan, tinggalkan ajaran itu, ikot ulama yang lain. Tp bukan kerana nak yang mudah, itu haram... klu 4-5 orang guru itu memberi jawapan yang berbeza-beza... ikot kitalah yang mana kita yakin ajaran itu... Asalkan islam semata-mata...

Dah melalut panjang dah ini, penulis nak bagitau yang UAI sudah buat satu lagu kepada Ali XPDC bertajuk " LANGKAH TERAKHIR" dan lirik lagu adalah seperti dibawah.

Langkah Terakhir

Langkah Pertama, telah ku atur
Membuat aku terasa tersenyum
Kerna tiada dihadapan ku
Pagar yang akan menghalang
Indahnya terasa semua keinginan ku
Laju bagaikan angina yang bertiup
Dlam diam ku, langkah terikut
Menjadi laut yang tak bertepi… tak bertepi…..

Bahang derhaka mula terasa
Membakar jiwa  merosak binasa
Dosa terhimpun, penuh cacatan
Hidup hanya menanti balasan….
Takut mula mengusik hati
Inikah suratan aturan Ilahi
Langkah Terakhir, Mesti diatur
Ingatkan janjimu, ingatkan ihsanmu, luas pintu rahmatmu….
(2x)

Terasa kerdilnya diri ternoda
Mengharap makrifat serta redha…
Sebelum pulang ke tempat asalku
Terimalah langkah terahir ini…
Langkah terakhir (3x)

kalau korang nak tahu lagu ni mcm ne.. korang search la utube tu.... cari langkah terakhir ali xpdc... insyaAllah akan jumpa...
Assalamualaikum.....

Thursday, November 22, 2012

Alhamdulillah... Abdul Latip Talib

 
 
 
Alhamdulillah segala usaha penulis dalam menarik perhatian Novelis tersohor Abdul Latip tercapai, bukan untuk memberitahu yang penulis ini cuba mendapat perhatian Pak Latip tetapi penulis ingin memberitahu pada pak Latip yang penulis menyokong usaha Pak Latip dan penulisan penulis telah dibaca dan ini sungguh mengujakan penulis. Terima Kasih kembali Pak Latip....
 
Sekian: KaiSHu_HaiKaL

Abdul Latip Talib - Kipas Susah Mati


 
Penulis sebenarnya minat giler dengan Pak Latip punya penulisan Novel Sejarah Islam. Bukan hanya kerana penyampaian yang baik, malah mempunyai ilmu yang banyak dan yang paling penulis teruja dengan penulisan Pak Latip adalah penulisannya mampu membawa penulis berada di tempat tersebut dan merasai suasana didalam novel tersebut.
 
Didalam gambar yang penulis ambil ini masih tidak cukup 2 biji koleksi penulis, yang bertajuk Hulagu Khan-Khabar Hitam Dari Timur & Imam-Imam yang Benar... 2 buku ini dipinjam oleh kawan penulis yang bernama Hamidi Awang Cucu Tok Merah & Hafizullah Saad (FiiiiEEEE - No Brain). Penulis memasukkan semua koleksi buku ini khas ditujukan kepada Pak Latip sebagai tanda sokongan penulis kepada usaha beliau dalam menghasilkan karya seperti ini.
 
Penulis berharap Pak Latip boleh menyiapkan karya terbaru beliau dan menerbitkan dengan secepat mungkin yang mana klu penulis tidak silap, sekarang ini beliau dalam proses utk menghasilkan Novel sejarah Islam ang terbaru mengenai Perang Salib. Tidak sabar rasanya penulis menunggu kehadiran karya terbaru beliau itu.
 
Hari ini penulis juga ada mencari buku beliau yang bertajuk Tok Janggut, namun penulis balik ke rumah dengan hampa apabila 5 buah kedai buku penulis pergi namun semuanya tiada didalam simpanan mereka. Walaupun buku itu dihasilkan pada tahun 2010, namun nampaknya permintaan masih ramai sekiranya penulis pergi mencari 5 buah kedai namun tidak dapat menemuinya & memilikinya...
 
Bagi yang belum mengenali Abdul Latip Talib @ Pak Latip ni, apa kata anda layari Blogspot Beliau di ( http://abdullatip.blogspot.com/ ) @ laman sosial FB nya ( https://www.facebook.com/abdul.latip.14?ref=ts&fref=ts )
 
Sekian : KaiSHu_HaiKaL

Wednesday, November 21, 2012

Chess Games dkt kedai Makan??

 
 
Semua sudah sedia maklumkan klu kedai makan mesti ada papan haji buat hiburan bagi kaum khususnya Melayu... Rata-rata klu pergi kedai kampung-kampung mesti akan ada satu atau dua papan haji dan buahnya dari kulit kerang. Masa penulis update FB tadi penulis ada update pasal penulis teringat tentang sebuah kedai makan ni.... Masa itu penulis baru sahaja sampai dari Kelantan ke Sg. Siput Perak.
 
Apa yang menariknya, penulis tetiba tergerak hati nak ke sekolah wife penulis di Felda Lasah. Dalam keadaan yang letih lesu lagi penulis sampai ke sekolah tersebut dan rakan sekerja wife penulis yang nama pown hampir sama dengan penulis mengajak penulis pergi ke sebuah kedai makan berhampiran bagi melepaskan lelah seketika...
 
Felda Lasah ini agak pedalaman juga lah tempatnya tapi tidaklah kampung sangat. Namun apa yang mengujakan penulis adalah apabila sampai dikedai tersebut, penulis melihat ada papan catur @ lebih dikenali sebagai Chess dikedai tersebut. Penulis menyangkakan mungkin mereka hanya bermain dam aji Noh Motor je la kan sbb kawasan pedalaman, namun sangkaan penulis salah. Rakan penulis memberitahu yang disini mereka lebih gemar untuk bermain catur berbanding dengan Dam Aji Noh Motor tu...
 
Penulis agak teruja dengan kenyataan rakan penulis tu, dan penulis juga ingin bermain dengan orang kampung disitu memandangkan mereka berbakat dalam permainan Chess ini... Penulis xdelah hebat dalam permainan ini... cuma penulis ingin menguji diri penulis dalam permainan catur ini kerana penulis sering juga bermain dulu di school. Dan oleh kerana penulis kenal beberapa pemain ini, maka kadang-kadang penulis pandang rendah dan kadang-kala menjadi terlalu takut bila bertemu dengan pemain yang hebat. Sekarang penulis ingin bertemu dengan seorang yang tidak kenal untuk menguji ketahanan mental penulis. Menang Kalah itu tidak penting bagi menulis, adat bertnding ada yang menang ada yang kalah... tp setakat mana keupayaan penulis, itu yang penulis ingin cabar.
 
Penulis berazam untuk kembali ke kedai itu jika ada masa luang... hanya untuk dapat mencabar seorang dua dikampung itu. Itu pun klu penulis sempat la kan... Harap azam ini dapat ditunaikan.. penulis pown perlu practice balik ni... Practice Make Perfect...YeeeeHaaaa....eh silap... AllahuAkbar...

Tuesday, November 20, 2012

Rugikan kita tahu lambat




Besarnya nilai DOA ini yang selama ini kita kurang ambil perhatian:


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju..Tahukah kamu MAKSUDNYA? 


✿Ü“ Rabbighfirli ( Tuhanku, ampuni aku )
✿Ü“ Warhamni ( Sayangi aku ) 
✿Ü“ Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku )
✿Ü“ Warfa’nii ( Angkatlah darjatku )
✿Ü“ Warzuqnii (berilah aku rezeki )
✿Ü“ Wahdinii ( Berilah aku penunjuk )
✿Ü“ Wa’Aafinii ( Sihatkan aku )
✿Ü“ Wa’fuainii ( Maafkan aku )

Zoo Taiping

Al-Kisah lah disuatu hari cuti yang agak lama, penulis pergi ke Zoo Taiping bersama keluarga, cerita tentang hari memula pergi ada di blog Aula (http://nuraliahaula.blogspot.com/2012/11/makan-angin.html) dan cerita di Zoo Taiping ada dalam Blog Aisyah (http://nuraliahaisyah.blogspot.com/2012/11/zoo-taiping.html) follow lah dua blog ini klu ada yang boleh follow. Dalam blog ini penulis hanya nak tunjuk gambar penulis bersama keluarga sahaja. Sila lah lihat dan komen sekiranya anda mahu terima kasih.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekian cerita dan gambar dari penulis.


Sunday, November 18, 2012

Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H

Assalamualaikum semua... Hari ini nak bercerita tentang satu Segmen dari http://saljuhumairah.blogspot.com/2012/11/segmen-senarai-blog-awal-tahun-1434h-t.html. Dah lama aku xupdate blog ini sbb aku skunk sibuk dengan blog untuk anak-anak aku... Aisyah & Aula .... korang click dekat nama tu nnt dia akan link la dekat blog anak-anak aku tu... aku nak diorang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada waktu kecik-kecik dulu, sebab pernah aku baca satu buku yang kita kena buat satu diari khas tentang diri anak kita then nnt bila besar kita kena suruh dia baca balik tentang diri mereka sewaktu kecil... aku xtahu setakat mana blog ini akan bertahan dan adakah ia mampu bertahan hingga mereka dewasa? Tp yang pasti usaha mesti dibuat kan?

Ok lah... sekarang kita bergerak maju ke Segmen Saljuhumairah ni....

(A)


(B)
 Tentang Diri Aku :
Nama sebenar tp separuh sahaja adalah Khairil
Nama pena adalah kaishuhaikal
Nama fb pula Khairil Mysat
Nak berkenalan boleh je berhubung dengan FB @ Blog - pilih yang mana berkenan dihati
Umur : xjejak 30 lagi tp coming soon... hampir tua daaa...
haa aku letak sekali muka aku yang langsung xsmart @ cantik ini.... kowt-kowt ada kawan-kawan yang memilih muka dulu baru nak berkawan kan... 
 
aku pernah jumpa orang mcm tu sbb tu aku cakap mcm tu... dia kata aku dah la x smart... xkaya lak tu... xleh nak tumpang pape... hehee..lantak la bukan habis duit aku klu xkawan ngan ko pown kan?? aku nak berkawan dengan orang yang ikhlas nak kawan je.. yang nak kan kepentingan ko g la kawan ngan menteri pasola tu, itu pown klu diorang layan ko....

(C)
Tujuan Blogging??

Penerbitan kaishuhaikal.blogspot.com adalah untuk berkongsi segala cerita yang terlintas didalam kepala aku ini bersama korang... mcm korang update status FB tu la... tp FB ringkas sangat, dan disebabkan aku sebenarnya mmg suka menulis sejak dari aku bangku sekolah lagi jadi aku bermain dengan blog ini... mula-mula aku berjinak dengan Friendster.com xtahulah korang sempat ke x? Friendster ini tahun 2005-2006 mcm tu kowt, 2007 - aku bermain dengan multiply dengan nama KUTUBUN SITE , lepas pada tu aku beralih kepada wordpress dan lepas 2 entri lebih kurang kowt pasal komputer aku jadi malas sebab xde sambutan, haa..aku menulis kerana nama kah??  Dan bila aku terasa aku menulis sebab nak kejar glamourious, aku berhenti sbb aku xmahu aku menulis kerana itu... aku ingin berblogging sebab aku suka menulis, bukan kerna nama... dan seorang rakan blog aku bernama Dhani memperkenalkan aku tentang blogspot... 2008-2009 aku beralih arah kepada blogspot mengunakan nama kaishuhaikal... Setelah diperkenalkan secara serius oleh Abg Dhani kepada dunia blogspot aku mula mengenali insan yang bernama saljuhumairah yang membuat segmen ini dan juga Citronal - seorang gadis yang comel, mereka berdua yang serius ajar aku tentang dunia blog ini, tp sayang citronal sudah meninggalkan dunia blog buat sementara waktu kerana sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah UiTM Machang sekarang ini... mungkin selepas ini dia akan kembali... Dan sekarang aku menulis kembali secara perlahan jika aku bosan, dan sekarang aku menulis di laman blog anak aku pula... tujuan nya supaya bila anak-anak aku besar nnt mereka tahu sejarah silam mereka. link ada diatas dekat nama anak-anak aku tu... follow la sekali klu rajin ek.. kesian baru seorang dua yang follow blog tu.... Haa yang xhighlight tu sejarah silam aku, yang highlight tu tujuan aku blogging....

(D)
Impian Sebagai Blogger??
Aku mengimpikan dunia blog ini meriah dengan kepelbagaian cerita, namun aku juga harapkan blogger semua tidak menggunakan medium ini sebagai tempat untuk mencaci maki orang lain, tidak menyebarkan fitnah @ mengata-ngata orang lain dan juga melampau dalam menulis. Aku juga ingin berkawan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan oleh kerana itu aku telah mendedahkan nama separuh aku yang benar dan FB aku. Tidak hanya dalam dunia maya tetapi didalam dunia nyata ini.... jadi sebagai blogger yang tidak bertauliah mcm aku ini, aku harap impian aku untuk berkawan dengan blogger lain sudah tercapai, apabila aku sudah mengenali beberapa orang blogger selain aku sebutkan tadi dan impian aku adalah untuk menjaga impian yang aku telah capai ini sebaik mungkin InsyaAllah....

Haa begitulah lebih kurang... mana-mana kekawan yang ingin berkawan dengan saya boleh hubungi melalui laman FB saya search " khairil mysat " InsyaAllah klu berkawan kerana Allah kita akan diberkati dan dikekalkan hingga akhir hayat... Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...