Followers

Saturday, January 29, 2011

Kelantan Youth Car Club.

Tgh aku main-main FB tadi, bebudak KYCC post kan gambar-gambar logo, ramai kepala byk la xbetulnya kan..kena alter sana sini kan...pastu apa jadi....haa ni la hasilnya bila dah start mengarut...

Layanzzzz....
Ni gambar first post by Niksetanbaik on KYCC Groups


Ni aku masukkan selepas aku design 1st KYCC logo 

Ni gambar second Nik kedalam Group KYCC



Aku Masukkan gambar ni sebagai pencabar logo nik


Gambar Ni pon aku post gak...tapi aku tgk xcantik pon..cantik gambar atas lagi aku rasa
Wan Langsuyr comment gak pasal "mana de evo or inspira dalam Group kita skunk"...
Sbb dia dah komen aku masukkan gambar edited Nik, aku wat versi aku....
Nik kata "crowded la wei....xcantik..."

Ni yang Nik masukkan selepas xsetuju dengan design aku...
yang ni aku lak xsetuju, aku kata "nak letak kat keta mana cantik camtu"
Wan setuju kata-kata aku dan soh letak gambar profail dia kat situ


Nah amik ko...bermula la pengarutan yang xdibasmi sehabis-habisnya sebelum ini...
cantik la pulak...aku tgk...xboleh jadi ni wan je ada...



Aku pon buat sama untuk diriku... Maaf la Nik, ni baru rare logo....

Haa...bagi korang lak korang pilih yang mana bes...klu nak kata suma xbes pon xpe....aku xkisah pon sbb kitaorang ni bukan designer...buat sekadar mampu sambil bermain-main. tapi klu korang ada idea tinggal la komen korang tu... mana nak taw dengan idea korang leh aku wat logo aku jadi bes kan... Adios



Monday, January 24, 2011

Aisyah dah berjalan...

Video ini Aisyah dedikasi khas untuk Atuk & Opah dan lain-lain sedara-mara di Perak.. Mak kat Tanjung Malim, Mak wa dia kat Pahang, Mak su & Pak ngah sekeluarga kat KL Lumpur,  Pak tam sekeluarga di Melaka, Sedara Mara kat bachok Kelate tu, & lain-lain yang mengenali Aisyah dan keluarga Aisyah... Aisyah dah pandai berjalan sikit-sikit, tapi kena bergantung kat orang lain, bukan apa aisyah takut aisyah jatuh...sakit nanti, Klu dah bergantung dengan orang aisyah lebih confident...hehehe K la semua...tgk la Aisyah berjalan ni..jgn gelak taw...



Sunday, January 23, 2011

Hari ini bermula berniaga tapi.....

Erm...hari ni aku dah mula berniaga di tempat kerja aku, seperti biasa aku akan meletakkan barangan perniagaan aku dikaki lima di tempat aku bekerja dan sebekas kotak duit. Siapa yang berminat untuk membeli dadih aku dan kueh pisang boleh la letak dalam bekas duit tu... Hari ini aku bawa 24 Dadih dan 12 kek pisang aku letakkan dekat office aku, lagi satu tempat aku letak dekat tempat keje kawan aku... 20 dadih dan 15 kek pisang. tempat aku tu lakunya kueh pisang tu sampai habis semua dijual. Dadih kureng sedikit lately ni...mungkin baru kot. erm lepas 2 jam, aku pon pergi la melawat tapak aku tu. Alangkah terkejutnya aku bila duit aku hilang dalam RM 10.00 bagi tinggal 12 hinggit malaysia je. Sedih aku....Meniaga sbb nak tambah sumber rezeki...sekarang aku men jadi kurang sedikit...Masalahnyer sekarang, klu betul ada orang curi duit atau makanan tu tergamak dia curi. Mkn duit haram, patut la belajar susah, hati gelap. xpe-xpe, nanti klu aku jupe pencuri ini aku lanyak cukup-cukup. biar dia taw mencuri ni salah dari segi undang-undang manusia dan ALLAH S.W.T

Friday, January 21, 2011

Kisah Ibu yang Pemarah dan Anak yang Nakal....

Dalam aku tgh menyelesaikan tugasan aku sebagai seorang pelajar ini...aku teringat sebuah kisah yang didendangkan di IKIM.FM kisah dimana seorang ibu yang menyesal dengan perbuatannya memarahi anaknya yang berusia 3 tahun. Didalam kita hidup berkeluarga ni kita perlu banyak bersabar dengan ahli keluarga, memang benar aku sendiri pon merupakan seorang yang tidak sabar namun sekarang aku cuba sebaik mungkin untuk sabar. Aku ini bukanlah seorang pencerita yang baik dan kisah ini sebenarnya telah pon kita dengari jika kita pergi kem-kem motivasi. Aku menyampaikan kembali cerita ini dalam bentuk yang diolah oleh aku untuk simpanan rujukan aku di kemudian hari dan juga untuk berkongsi bersama dengan saudara saudari semua. Semoga kisah ini di ambil iktibar oleh kita semua.

"Ada sebuah keluarga yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak. Si isteri merupakan seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah. Si suami pula seorang yang tidak begitu peduli kan sikap Si isteri yang terlalu kemas itu biar pun kadangkala dia juga serabut dengan sikap isterinya. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran sepasang kelamin ini, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Lukman (bukan nama sebenar) sebagai penambah seri bagi keluarga mereka.

Lukman dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya, namun Ibu Lokman seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah mereka menjadi masalah dengan Lukman. Selaku anak yang berumur 3 tahun sudah menjadi lumrah naluri seorang anak untuk mencuba segala-gala untuk menjadi sebuah kreativiti. Bapa Lukman hanya mengikut rentak si Ibu dan hanya menegur Si Ibu jika Si ibu terlalu marah. Namun biasanya itu hanya seketika sahaja. Lukman biasanya akan meluahkan kreativiti dengan menconteng dinding dan mengoyak segala buku yang dibaca. Bayangkan ibu yang suka melihat keadaan rumah yang kemas dan teratur sentiasa di rosakkan oleh Lukman. Selaku budak yang berumur 3 tahun, apalah yang dia tahu... Baginya semua adalah satu permainan.

Namun pada suatu hari, Si Ayah menelefon Si Ibu memberitahu yang ada kawan mereka yang baru balik dari Luar Negara ingin datang melawat mereka pada waktu petang. Si Ibu yang melihat rumah tunggang langgang di buat oleh Lukman, terus mengemas rumah tersebut dan pergi ke dapur membuat mee goreng untuk menjamu tetamu, Alangkah terkejutnya Si ibu apabila rumah yang baru dikemas tadi telah diselerakkan kembali oleh Lukman. Semua kertas-kertas bertaburan dan dinding diconteng-conteng. Mee yang dipegang untuk dihidangkan kepada pengunjung rumah tadi terlepas dari tangan dan bertaburan di lantai. Dengan keadaan yang sangat marah ibu Lukman memanggil nama Lukman dengan kuat sekali, Lukman tersentak dan dengan hati yang begitu takut kepada ibunya dia berlari ke luar rumah dan ibu lukman mengejar dari belakang. Selang seketika, terbunyi sesuatu yang menyentak hati seorang ibu....."DUMMM..." alangkah terperanjat si ibu melihat wajah kaku seorang budak di hadapan kereta yang sedang berhenti....Ibunya terus mendapatkan budak itu dan terus menghantar ke Hospital.... Didalam keadaan dia sedang memandu, terbayang-bayang satu persatu detik sebelum berlakunya kemalangan antara Lukman dengan sebuah kereta. Setelah sampai ke hospital, Dr terus merawat Lukman yang kritikal dan setelah lama dirawat Dr keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu bahawa Lukman tidak dapat diselamatkan. 

Si ibu balik kerumah bersama-sama dengan jenazah dan melihat rumah nya yang telah dikemas oleh jiran-jiran untuk menyambut jenazah. Hatinya tersentak lagi bila melihat masih ada lukisan terakhir anaknya didinding yang masih belum dicuci. Setelah semua selesai pengebumian anaknya, dan seorang orang kembali kerumah masing-masing, si ibu perlahan-lahan ke dapur dan mencari kertas yang dikoyakkan oleh Lukman. dan mengutip satu persatu dan ditaburkan ke ruang tamu ditempat yang biasa Lukman bermain. Si ayah pelik melihat gelagat si ibu dan bertanya kenapa berbuat demikian, si Ibu menjawab :
Selama ini aku tidak pernah sedar bahawa Cebisan kertas yang dibuat Lukman dan Lukisan dinding ini adalah merupakan seni dan hiasan yang paling indah yang pernah ada didalam hidup aku, Bagaiamana aku boleh terlepas pandang dan memarahinya sehingga timbul kecelakaan didalam keluarga kita." 
Menangis si ibu sambil menaburkan cebisan kertas-kertas tersebut..."

Begitulah kisah yang aku dengar sebelum ini, ketika aku menaip ini aku masih lagi menangis kerana aku terbayangkan situasi yang berlaku. Mungkin tidak menusuk ke kalbu saudara saudari kerana ku bukanlah pencerita yang baik, namun ingatlah bahawa berfikir sebelum bertindak dan kawal lah kemarahan kamu kerana kemarahan biasanya berakhir dengan kecelakaan.

Tuesday, January 18, 2011

Minta Maaf...

Harap maaf la kekawan yang sudi menyinggah di blog teratak buruk ni...Bukan apa byk benda yang hendak dikongsi bersama tetapi aku xsempat nak menulis dan berkongsi cerita-cerita buat 2-3 hari ni. Bukan apa, sibuk dengan assignment yang bertimbun terutama Study Case Mydin Holdings Bhd tu. Nanti dah agak clear sedikit hidup aku, aku berkongsi cerita lagi dengan korang suma...ni pon curi masa sedikit tok hupdate teratak buruk aku ni... K la sesapa yang menyinggah tu bolehlah ringankan tgn korang tu menjadi follower aku ngan tinggal la komen sepatah dua kata dekat entri-entri yang korang minat tu. Nanti bila ada kesempatan masa aku dah k sedikit dengan hidup sebagai pekerja dan pelajar aku ni...aku akan jejak korang kembali InsyaAllah...

Saturday, January 15, 2011

Cubaan mendatang yang pertama....

Hari ini aku berjalan-jalan dating bersama sukeri & azleni ke MYDIN, Kubang Kerian. Mision kami adalah untuk collect the information about IT implementation in MYDIN. Before and after IT implementation. Korang taw pe jadi, kita orang amik sama 20 minit untuk berjumpa dengan incharge MYDIN, Mr Naidu dan dengan pertolongan beliau kami kena tunggu sampai hari isnin ini untuk berjumpa dengan IT manager dia dalam kul 2 petang. Terima kasih la Mr.Naidu sbb sanggup melayan kami ini yang datang senonong jew tanpa surat kebenaran dari UiTM dan tanpa appointment. Klu Mr Naidu xnak melayan kami pon xpe tadi sebenarnya...

Moral of the story, klu korang nak pergi jumpa sesapa, it better korang prepare semua yang korang perlukan dan buat appointment betul2. Klu setakat korang datang terjah mcm RAMBO korang dapat penat je nanti. Tetapi kami puji akan pengurusan MYDIN baik kakitangan bawahan dan atasan. Sanggup meluangkan masa dengan kami untuk buat research yang xseberapa ini dan memberi bantuan kepada kami. Tanpa bantuan mereka kerja kami tidak mampu untuk dibuat dengan sebaik mungkin. TAHNIAH kepada PENGURUSAN MYDIN KUBANG KERIAN.

Friday, January 14, 2011

SAMA KE XSAMA?

Ari ni entri yang ntah apa2...saje je nak update suka2... Aku sebenarnya dah xupdate 2-3 ari dah...ada sebab aku xsempat nak update...assignment bertimbun....Nak kena cari pasal MYDIN, survey MYDIN esok, Nak kena jupe MYDIN IT Department lagi, HR MYDIN pergh.... Pastu nak kena karang artikel pasal MYDIN dalam bahasa Enggeris lak huhhuhu...Minima dalam 12 muka surat....aku ni dah la bahasa inggeris tinggi aku belajar dulu...Orang ckp aku faham, bila aku balas balik percakapan diorang...diorang xpaham hehehe... Pastu aku kena wat Persiapan report untuk sistem lagi, tu satu haram pe aku xsentuh pon lagi.....Pastu assignment pasal cahpter 9, "The Project human resources", aku pon xpaham benda pe la benda tu...Nak taip tapi xbagi buat lagi, nak buat kena call lect dulu nanti dia bg guide line, tapi nak buat pe sebenarnya pon aku xtaw... korang taw ke apa yang aku kena wat ni huhuhu.... Pastu last sekali setakat ni pasal pasal artikel review tentang record management (archive)...ni pon satu hal lagi ni...aku pon xtaw bila aku nak wat artikel review ni....

Sebenarnya tajuk entri kat atas tu pasal benda aku nak tunjuk ni tu je....xde kena mengena pon dengan hal2 diatas...jangan marah aaaa.... sama x gambar aku dengan kasim selamat???? Hehehe




Amacam...hensem x aku bersama OtoSeksefon aku itu..baru belajar main....tiup pon xberapa pandai lagi...


Monday, January 10, 2011

Simati mentalqinkan Sihidup...

Pelik kan bila tgk tajuk tu... Gambar di sebelah diambil dari http://ceritaabi.blogspot.com/. Kisah ini amat menyentuh hati sekiranya kita menghayati betul-betul dan bagi aku sebenarnya kita sudah terlalu alpa dengan kehidupan sekarang sehingga lupa akan kehidupan akhirat... Bacalah kisah ini sejenak :

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi sahabatnya dan menjawabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk untuk mentalqin, aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yang mati (hati yang mati) mentalqin org yang hidup (hati yang hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan org yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati. (Hadis Riwayat Bukhari)

Bagaimanakah anda sekalian, adakah kita sentiasa ingat dengan Allah, atau hanya ketika menimpa musibah sahaja. Adakah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi atau kita megah dengan apa yang kita perolehi...Bagi diri aku sendiri, aku dahulu biasanya sentiasa megah dengan apa yang aku ada, dan dengki dengan apa yang orang lain ada... Bila ditimpa musibah, aku akan berkata "Kenapa Allah bg aku ujian sebegini"... Bila aku berjaya, aku akan berkata "Aku berjaya kerana aku pandai, aku hebat, aku berilmu".... Huh betapa takburnya aku berkata-kata... Sebenarnya hati ini telah mati....Mati dari mengingati Allah ketika berjaya....Aku bertaubat padaMu Yaa...Allah...

Sekadar berkongsi Ilmu pengetahuan & Muhasabah Diri.....

Sunday, January 9, 2011

Bersangka Baik...

Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan tentang bersangka baik... Bila bercerita hal-hal mcm ni biasanya ramai  yang xpuas hati, ye la mcm ne nak bersangka baik klu mmg dia perangai buruk kan...Tapi takkan semuamya buruk, kekadang sebelum menghakimi orang lain kita perlu mengadili diri kita...Sempurnakah kita? Aku teringat satu hal dulu sewaktu aku bekerja dan berkata-kata dengan member aku, aku pernah bersangka buruk dengan rakan sekerja aku...apa jadi selepas itu, rakan aku tu yang tolong aku balik ketika aku ada masalah...xke malu muka time tu... Lepas pada tu, aku nekad xkan bersangka buruk dengan orang lain dah. 

Cuba hayati kisah ni :

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dalam Masjidil Haram dan aku melihat seorang fakir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dalam hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba-tiba dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(Al-Baqarah: 235) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan" (As-Syura: 25) Kemudian dia hilang begitu sahaja dari pandangan.


Ulasan: Firman Allah "Hai orang-orang beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(Al-Hujarat: 12)
 
dari Firman Allah tersebut ternyata dengan bersangka buruk ni boleh memberi dosa. Takde sebab nak bersangka buruk pon... Klu bersangka baik tentu ramai yang suka kat kita kan...Nak-nak kita ni baik, lagi orang baik dengan kita... xkira la dia tu Datuk Seri ke, Dato' ke, Pensyarah, Guru, Bos Besar, Bos Kecik, Juruteknik, PAR, Kerani ,Blogger even Cleaner or "pengampu" sekali pon bersangka baik lah....Xrugi kan?

Sedekah 1 Diganti 10

Assalamualaikum....

Hari ini saya terpanggil untuk bercerita hal kemasyarakatan pulak...Sebelum saya bercerita tentang gambar disebelah, Saya teringat akan program wife saya untuk membantu ibu-ibu tunggal di Kampung Selisik,Hulu Bernam seramai 50 orang pada 15 Jan 2011 ini. Program ini memerlukan sumbangan ikhlas dari semua insan yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan program ini. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, anda bolehlah menghubungi Pn. Shuhaida Mohamed (013-9399335) @ En. Shah Rullizan B Hj Mohd Tarmizi (013-4830425).

Erm...isu ibu tunggal tu dah habis dah, sekarang anda lihat gambar disebelah tu...Apakah anda boleh tafsirkan... bagi aku...Erm.....Sedih aku lihat. Menurut sumber yang aku perolehi, gambar ni diambil di Indon dan mereka sudah tidak mempunyai ibu dan bapa, abang yang memeluk adiknya itu yang mencari rezeki untuk sesuap makanan dan membesarkan adiknya... Erm, korang rasa la kan, bergunakah kita semua untuk hidup bersenang-lenang dimuka bumi ini sedangkan masih ada yang menderita seperti ini. Aku pasti ada yang akan jawab: "Aku senang sebab ilmu aku, orang berilmu akan hidup senang, pemalas belajar & pemalas usaha akan hidup susah selamanya..." Heh...mesti ada yang jawab mcm tu kan? Betul la apa dia cakap tu, itu bg orang mampu berusaha tetapi malas, yang ditakdirkan hidup susah pon ada jugak. Mcm gambar diatas, mcm ne? Mereka ini golongan yang patut ditolong oleh masyarakat. Jgn jadi mcm kisah Qarun yang takbur dengan ilmu dan kekayaan. Pernah aku ingt satu kisah tentang "Sedekah 1 Diganti 10":

Abu Jaafar bin Al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pada isteriku "Apa yang engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telur" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yang mengandungi telor. Aku bertanya kepada isteriku "Ada berapa telur?" Isteriku menjawab "30 biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yang datang hanya 30, macamana ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dari 4 yang diberi itu pecah.


Ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(
Al-Anam: 160)

Dengan kisah seperti diatas, anda semua masih lagi ke ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika anda melihat ada orang yang susah, janganlah ragu-ragu untuk menolong,bersangka-baiklah...sesungguhnya Allah itu Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui....

Entri bersangka baik untuk yang seterusnya....

Saturday, January 8, 2011

Penggunaan Astaghfirullah Al Azim dan MasyaAllah...

Tgh aku walkblogging suma yang aku follow blog sebelum ni...tetiba aku jupe la satu blog ni pengunaan perkataan yang salah bg aku rasanya...Aku cakap salah sebab dah ada orang tegur aku sebelum ni...aku taw ramai yang xtaw penggunaan 2 perkataan ini dengan betul...Ramai yang belasah sebut je mcm aku buat dulu...so sapa2 yang baca entri ni minta la tolong bg taw semua yang korang kenal yang selalu sebut salah time... 

Menegur dan menyampaikan ilmu yang baru dan orang tersebut guna ilmu tu dan menyampaikan kepada yang lain pergh...pahala banyak tu...Mcm business MLM tu...lagi ramai masuk lagi byk pahala...MLM dapat duit bila usaha..tu pon lom tentu dapat duit...pahala? Dah dijanji oleh Allah...ada mau pertikai lagi ke? Comfirm dapat...janji niat kena betul...kerana Allah...

Aku xcite lagi ni mcm ne penggunaan dia kan? Ok la baca ni :

1. Lailahaillallah : Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah...
   (mesti tambah yang layak disembah...kerana tuhan yang batil banyak)
2. Subhanallah : Maha suci Allah
3. Alhamdulillah : Segala pujian bagi Allah
4. Masya-Allah : Apa yang dikehendaki oleh Allah
   (perkataan ini selalu diucapkan juga untuk melahirkan takjub/rasa     respek atau seumpamanya kita pada sesuatu) 
5. Insya-Allah : jika dikehendaki oleh Allah 
   (sangat digalakkan mengucapkan perkataan ini dalam merancang sesuatu)
6. Jazakallah Khuhairan : Dikurniakan ke atas engkau oleh Allah kebaikan 
   (digunak untuk mengucapkan terima kasih)
7. Astaghfirullahalazim : 
   aku memohon pengampunan dari Allah Yang Maha Hebat  
8. Lahaulawalaquwataillabillah : tiada kehebatan dan kekuatan kecuali dengan Allah 
9. Innalillahiwainnailaihirooji'un : Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali

Dua perkataan ni yang selalu kita salah gunakan : 

MasyaAllah : digunakan pada apabila orang buat salah...salah tu...Kita kena guna perkataan MasyaAllah bila takjub terhadap sesuatu yang baik...Orang wat salah...kita bleh rasa takjub ke...betul x? 

Astaghfirullahalazim : Untuk kita gunakan apabila mellihat sesuatu yang kurang elok atau dosa dan terus memohon keampunan kepada Allah...So bila ada orang wat salah, guna la perkataan ni ok...

Aku harap korang tolong la sampaikan kepada orang lain pasal ni sbb kesian salah penggunaan leh jadi salah makna so takut bleh terpesong agama kowt nanti... so harap lepas ni xterjadi benda mcm ni dh dikalangan masyarakat kita...


Banjir @ 2011 (updated)

Adik aku baru balik dari tempat keje dia pagi tadi nak masuk umah dah xboleh dah...kena masuk dengan meranduk air sedalam takat lutut yang mana semalam baru takat buku lali....Umah aku complete dah digenangi dengan air hujan yang melimpah rumah...Skunk aku updated gambar suasana kg aku dilanda banjir... Kredit kepada Amrie sbb tolong amik gambar suasana Kg.


Ni gambar dalam umah aku... aku angkat kerusi letak mcm tu sbb takut reput lak pengikat kerusi tu...rotan tu comfirm xrosak...



Ni lak gambar depadn rumah aku...dalam dia lepas pada lutut,kurang dari pinggang...paha la kan...saje nak bg korang pikir sikit...




Ni kawasan yang paling dalam airnya di kawasan kg aku...orang kompem tenggelam ghaib punya... Ni pon amik gambar atas tebing tinggi....

Okey tu je kot setakat ari ni yang dikongsi....haa soalan tekateki tu masih boleh dijawab lagi tu...sapa nak newsclip tu jawab dengan tepat ye....dibuka sehingga aku bosan...>> http://kaishuhaikal.blogspot.com/2011/01/soalan-teka-teki-untuk-newsclip-blogger.html

Banjir II

Aku nak update lagi tentang hal banjir... Tepat jam 12 mlm...aku turun tgk sekali lagi kat bawah rumah aku...hehehe complete dilindungi oleh air...Gambar esok pagi la ek...aku malas nak bawa camera turun amik gambar pastu nak upload dalam blog. Esok InsyaAllah aku buat. Haa mcm ne ngan teka-teki aku hadiah kurang menarik ke @ soalan susah sgt? xpe aku bg masa kat korang lagi... sapa yang xtaw tu leh click sini

Friday, January 7, 2011

Soalan Teka teki untuk NewsClip Blogger Yang Paling Arif.......

Hai Kawan-kawan...Sekarang tibalah masanya soalan bg "Blogger Yang Paling Arif diantara Yang Arif"....Apa yang perlu anda buat adalah jawab 3 soalan ini dengan tepat diruangan komen dan tinggalkan link anda...Mereka yang paling cepat dan tepat sahaja yang akan menjadi Yang paling Arif.... Korang digalakkan untuk promote dalam blog korang entri ini dan link kan ke entri ini....Hadiah dia dah dinyatakan disini click klu nak taw...... Korang dah memang arif dah cuma nak cari yang paling arif diantara anda semua....Selamat mencuba.....

Soalan 1
Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln terhencut2... kenapa?

Soalan 2
Dimanakah tempat yang anda akan bertemu Jumaat dahulu baru Khamis?

Soalan 3
Ada benda yang orang buat, Tapi dia xguna untuk diri sendiri, Di akan jual benda tu pada orang lain, Orang yang beli tu pon dia xpakai,tapi bagi orang lain pakai, orang pakai benda tu, dia xleh tgk benda tu, tapi orang lain yang boleh tgk....apa kah bendanya...

Ingt...terbuka untuk semua pembaca, tetapi blogger adalah digalakkan untuk menjawab....Ingt taw, terpantas dan tertepat adalah pemenang....

Contoh Hadiah Yang Bakal anda perolehi :

Bosan menunggu masa ....

Aku ni sebenarnya nak tungu masa untuk lihat kul berapa air akan masuk kedalam rumah aku ni. Dah 4-5 kali aku turun bawah untuk tgk keadaan semasa rumah aku tu nak kuar jalan-jalan pon xboleh...sebenarnya aku ada meeting KYCC mlm ni..pon xleh joint...Nik dah call aku tadi huhuhu...Petang tadi pon sepatutnya aku meeting gak dekat Ridel Hotel pasal aktiviti Ikan Hiasan pon aku xpegi jugak. Mcm ne la nak buatkan...klu aku kuar aku kena harung air takat lutut aku wooo...
Dalam tgh menunggu ni aku ada la mintak kawan aku si Hairi (Tok SiOk) tolong buatkan satu newsclip tok aku... Dia buat dah ini lah hasilnya :


....Terima Kasih SioK... Jasa mu dikenang...Harap-harap mimpi ini menjadi kenyataan.....

Haa...aku Offer untuk menganugerahkan korang NewsClip ini dengan tajuk yang best bagi aku....
"Blogger yang paling Arif diantara Yang Arif"

Nak ke? Klu nak korang kena jawab soalan ni selaku hakim blogger yang arif lagi bijaksana....Tujuan dia untuk meningkatkan ketajaman fikiran sambil berhibur hahaha....Senang je...xyah nak wat entri link ke apa ke... Korang jawab je kat komen tok entri soalan ni pada jam (9) mlm nanti dan yang terpantas jawab dengan betul aku akan buat kan News Clip ni untuk beliau...dengan syarat korang tinggalkan link korang tu supaya senang aku nak jejak...tarikh tutup dia lepas ada orang jawab dengan betul....ni bukan segmen ke apa..cuma untuk berhibur dengan korang suma je.... Soalan dia? hehehe...di entri yang seterusnya nanti.... Apsal aku xnak buat link entri mcm orang len buat dalam segmen diorang suma tu...Boleh uptraffic tu... Nak taw kenapa...pertama sekali "Hadiah aku xbes pon", yang keduanya "Malu.....blog bese-bese mcm aku ni nak tumpang glamour blog korang....xpayah...lagi pon nak berhibur je pon....

Banjir dan Aku....

Tahun ini 2011 adalah tahun buat aku merasai banjir besar dekat rumah aku, sebelum ini xpernah pon sampai dekat rumah aku pon selain tahun 2000 dan 2004. Tapi time tu semuanya aku xde dekat rumah, Tetapi hari ini aku dah dapat merasai keseronokan dan keperitan banjir besar huhuhu..... Nah tgk gambar sambil aku bagi penerangan sikit-sikit. Sori la kualiti gambar xbes sangat sbb hp aku ni camera VGA je. xde megapixel bagai... So xde la cantik sgt. Lagi pon mmg aku nak camera ni khas untuk blog je. dah nampak kira ok la kot ye...

Ni la gambar keadaan kampung aku...tempat aku amik gambar ni memang centre untuk penduduk kampung aku...nak buat majlis ke, kenduri kampung ke, majlis bubur asyura ke suma buat kat sini...lepas dilanda banjir ni...kawasan ni air dah sampai paras tengkuk orang dewasa kot...Dalam gak la...

Ni aku amik gambar dekat umah paksu aku...Paksu Mat...rumah dia ni dekat la dengan centre of our village la....xpe kan cakap omputih sikit...mcm Radio Era cakap " Can I Help U = belajar english dengan cara ringan.." Biasanya klu umah dia tenggelam satu kampung tingai bumbung je...rumah dia jarang nek air tinggi...Skunk tgk la paras air tu...Bata pecah tu xde kena mengena dengan air banjir ni ye...


Ni lak kawasan rumah mama papa aku...rumah aku xde lagi... Air dah naik huhuhu...ni aku amik kul 12.00 tgh hari tadi, dan dijangka akan masuk rumah aku mlm nanti sebab hujan xbenti-benti lagi ni.

Ini la aku (KaiSHu_HaiKaL) tgh menagih bantuan banjir di kedai paksu aku tadi....Amacam smart, bergaya x aku posing dalam banjir...

Tgk la sekali lagi ni rumah aku...malas nak buang sbb dah tersilap upload hehehe... Oh ye depan rumah aku atas jalan dah sampai paras lutut aku mcm gamabar diatas tu....cuma tanah aku tu agak sikit tinggi...

Gedik ke Manja ke So Apa masalahnyer?

Aku ada jelajah blog-blog yang aku follow kejap tadi than aku jupe la satu entri tentang pompuan gedik... Ayat dia mcm ni :

"Sebaik habis video itu, Pokcik agak kecewa. Lantas muka ditarik masam ke bawah. Rupa-rupanya Cik Fatin seorang yang gedik. Oh tidak!!
Memang wajahmu ayu mengenakan tudung sedemikian. Memang selama ini Pokcik selalu menjenguk blog kamu. Tapi seribu kali sayang. Kamu seorang yang GEDIK!"

Yang jadi hairan tu apa la yang ko susah dia gedik ke apa...Setiap orang ada hak masing-masing, nak gedik ke nak manja ke apa ke lagi pon tu laman dia yang buat . dia wat untuk peminat-peminat dia. Untuk yang xminat xyah la tgk. yang nak tgk dan komplen tu apa hal. Ni jenis mkn nasi umah orang,pastu cakap xsedap tapi bertambah-tambah....kesian Fatin Liyana kena terjah mcm tu... xpe Fatin anggap yang mangkuk tingkat tu dah buat promo free blog fatin...mana taw untung-untung leh up traffic. K la adios...

Saya Blogger Kelantan

Blog Pilihan Malaysia @ BPM telah menganjurkan satu segmen la plak....Tajuk dia Kategori Sahabat Blog...Nak taw apa benda tu haa click la >> BPM atau klu rasa nak joint tu buat mcm saya buat kat bawah ni...Ok la p la terjah tgk kat BPM tu.

Tajuk entri : "Saya Blogger Kelantan"

Link ke blog ini : Blog BPM entri >> "Kategori Sahabat Blogger mengikut Negeri" << Click la kat situ...

Nama anda - KaiSHu_HaiKaL

Status anda - bujang 3, anak 1,

Cara hubungi - facebook : http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=1304563842 @ search je "Khairil Mysat"
email : khairil_157@yahoo.com

Daerah/Jajahan - Kota Bharu, tapi keje kat Machang

Tempat tinggal - Kg Pasir Jelatang, Kubang Kerian
Apa yang menarik di tempat anda - Kubang Kerian - Bandar Diraja...dulu klu 31 /3 setiap tahun akan ada pesta lampu sempena tahun lahir Sultan. Kota Bharu - Muzium, Pasar Siti Khadijah, wakaf che yeh, River Front, Bachok - Pantai-pantai je. tapi tempat makan kebanyakan bes. Nak promote sekali : Aku suka makan dekat kedai area Kedai Lalat @ skunk dikenali sebagai Kota Jembal. Nama Kedai tu "Cerana Beach Village"...tempat dia nak taw mcm ne? hehehe tgk gambar bawah ni >>


Lebih Kurang mcm ni la suasana dia di Cerana Restoran Beach Resort tu...atas sungai....panorama yang indah diwaktu malam. datang dan nikmati lah sendiri keseronokan nya. 

Thursday, January 6, 2011

Offer dari Zati dan Lappy...

Oppsss... Ni ada segment terbaru dari zati dan lappy yang mengofferkan diri kepada blogger-blogger yang ingin mengemas bilik2 yang korang menaip tu bersepah-sepah... Aku join ke? Hehehe xjoin pon sbb aku nak cuba sendiri dengan belajar dengan tutorial dan bertanya dengan orang...termasuk ngan zati dan lappy ni...Klu aku xmampu nak buat aku akan bertanya dengan beliau dan harap beliau sudi untuk mengajar aku nanti. Tapi untuk blogger yang ingin kemaskan lagi blog korang... Apa kata korang join segment Zati dan Lappy tu..Untung2 blog korang kemas kan? Sapa la yang rajin skunk ni nak kemaskan blog orang lain...Contoh aku ni, nak blog walking pon nek malas, xsempat punya hal lagi nak kemaskan blog. Ni dah cukup rahmat Zati dan Lappy nak tolong korang yang terpilih. Apa lagi join la...click >> http://zakmalstory.blogspot.com/2011/01/korang-nak-blog-korang-kemas-tak.html

Wednesday, January 5, 2011

General Dan Baha

Sebelum ini...aku kena belasah dengan dahyudeen, tapi xkisah la sebab aku baru-baru nak try. Masa tu baha pon masih peringkat percubaan mcm aku gak. Hari ni aku kena belasah dengan Baha la plak...huhuhu...Dan dengar citer men tag team pon menang baha jugak nih...So secara automatik dalam loghat kelantan berkata "Yudeen mari denge molek, Kelik denge ngesot". HAHAHAHA...erm yang xpaham tu buat-buat paham la ye...klu nak faham jugak korang cari la bebudak kelantan yang dekat ngan korang tanya dia okesh...So diatas kemenangan Baha terhadap aku, aku hadiahkan ini, Untuk lain-lain ahli medan perang sekalian, kita lawan dulu pastu baru leh masuk ini blog ye.... :


Terus terang  aku cakap...kekalahan hari ini bukan kekalahan selamanya....
KaiSHu_HaiKaL revenge....

KELANTAN YOUTH CAR CLUB (KYCC)

Pada tahun baru ini, alhamdulillah telah dirancang untuk penubuhan kelab kereta bagi negeri kelantan, dibawah naungan Nik dan dibantu oleh Wan... Setelah hasil perbincangan tadi, Kelantan Youth Car Club (KYCC) telah diberi nama dan akan diusahakan untuk berada  dibawah Belia Sukan Negeri Kelantan. Tujuan utama untuk kelab ini adalah untuk mengumpul orang ramai, tidak sahaja belia kelantan yang berminat dengan kereta untuk bersosial secara sihat antara satu sama lain dan berkongsi idea mengenai apa sahaja tentang kereta.

Kelab ini terbuka kepada semua jenis kereta dan tidak mengira CC yang digunakan dimana program akan dijalankan tidak mengira jenis kereta yang digunapakai. Antara program yang akan dijalankan nanti adalah TT Official dan Unofficial, forum, program yang melibatkan anjuran belia dan sukan dan lain-lain. Perlumbaan haram dibawah nama kelab adalah salah sama sekali dan pihak kelab tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kesalahan undang-undang negara.

Setakat ini owner yang sanggup untuk menyertai KYCC ini adalah :

- Kancil (Group)
- Satria (Group)
- Proton Saga
- Honda (Group)
- BMW
- Myvi
- Wira (Group)

Setakat perbincangan hari ini adalah nama kelab dan logo akan direkabentuk oleh Mohd Hafizullah (Art & Design) dan akan dibentangkan pada jumaat malam nanti untuk di"proceed" kedalam bentuk sticker. Semoga penubuhan kelab ini akan berjalan lancar insyaAllah.

So kepada owner kereta kelantan yang berminat untuk menyertai kelab ini, boleh menunggu kemunculan KYCC ini dan penubuhan kelab ini secara rasmi akan diumumkan di dalam blog ini nanti. 


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...