Followers

Thursday, November 5, 2009

Windows tidak boleh show explorer..

Sekali lagi saya hadir untuk memberikan pengetahuan tentang ilmu komputer. Saya lihat ramai yang bertanyakan tentang windows tidak dapat "show" kan explorer, ini bermakna windows hanya kelihatan wallpaper @ screen hitam sahaja. Kebanyakan masalah ini terjadi pada windows XP tetapi sekarang ini Vista juga menghadapi effect yang sama.


Jangan bimbang, sekarang ini semua benda sekarang boleh diselesaikan. Apa yang perlu hanya anda memerlukan software unlocker 1.8 dan Geekz. Kedua² software ini diperlukan bagi OS Vista. Untuk OS XP kebiasaan anda hanya perlu membuang beberapa fail sahaja. Bagi OS Vista unlocker dan Geekz diperlukan dan kedua² software ini boleh didapati di laman web seperti softpedia.com dan lain² web.


Bagi OS XP :


Jika anda tidak dapat melihat windows explorer anda apa yang diperlukan adalah
  • Tekan CTRL+ALT+DEL untuk masuk kedalam TASK MANAGER
  • Kemudian pilih New task run dan taip explorer.exe
  • Masuk C dan menu ambil tools-folder option-view dan select show all file.
  • Untick hide extension dan hide protection
  • Pergi drive C dan lihat sama ada atau tidak file recycler.
  • Masuk safemode windows dan deleted kan file recycler tersebut.
  • Restart.

Nescaya boleh masuk windows selepas restart.

Bagi OS Vista dan Windows 7 anda memerlukan 2 software tersebut bagi men"deleted"kan file² tersebut.

Anda perlu buat cara yang sama seperti windows XP cuma untuk membuang file recycler anda perlu menggunakan unlocker 1.8

caranya adalah :

  • Install Unlocker 1.8 dan right click pada folder recycler dan select unlocker.
  • Kemudian select deleted dan kemudian click pada unlock all.
  • file recycler akan di"delete"kan.
  • kemudian guna Geekz untuk betulkan registry
  • Restart.

PC anda sedia untuk digunakan.

Selamat Mencuba.

Ikhlas daripada : Kaishu_Haikal

Monday, November 2, 2009

Virus Romeo dan Seangkatan

Korang mesti pernah dengar dengan Virus Romeo, Virus Mawar dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka. Effect mereka mudah jer... mereka menghilangkan folder option, registry dan task manager. Selalunya apabila kita cuba membuka file yang di hiddenkan tetiba kita tidak dapat untuk membukanya. Namun anda jangan panik...masih ada cara untuk membukanya...

Folder Option Hilang...

#Mulakan langkah seperti dibawah dan restart, Insyaallah Folder Option akan kembali ada

Anda masuk ke dalam "Gpedit.msc" dalam C:/windows/system32

Enable Run dalam Start Menu

  • Masuk gpedit.msc- user configuration-start menu and taskbar – remove run menu from start menu – disable

Enable task manager

  • gpedit.msc - User configuration – administrative template – system – ctrl + alt + del options – remove task manager – disable
Masuk regedit – find romeo,mawar,V3-force, brutal,fuck dan delete kesemua fail tersebut. Cari guna find next @ f3 dan delete.


Masuk hkey current user-software-microsoft-windows-policies-explorer dan deleted semua fail biru seperti diatas. Restart PC.

Malware Virus








Baru-baru ni computer library UiTM telah diserang malware yang menyebabkan All Programs dan Hard Drive hilang dan juga tertera perkataan “VIRUS ALERT” pada tray bar. Saya syak malware datang dari Download. Tiba-tiba sahaja keluar popup message menyuruh kita untuk scan virus secara online dan menyuruh untuk download perisian antivirus dan antispyware yang ditawarkannya. Jangan sekali-kali percaya dengan mesej-mesej begitu.
Lihatlah screenshot di atas akibat daripada malware durjana:

Jika anda pun mengalami masalah yang sama, jangan bimbang. Saya and the geng (En.Nurubaha Salleh dan juga En.Hairi Hassan selaku ketua virus UiTM Kelantan) telah jumpa cara penyelesaiannya. Yang penting, anda mempunyai perisian antivirus yang telah diupdate dan juga perisian TuneUp Utilities (Kapersky adalah terbaik setakat ini).


Mengembalikan Icon Hard Drive

Disconnect dari Internet segera kerana malware jenis ini menyerang komputer anda secara bertubi-tubi. Kemudian, scan komputer anda dengan perisian antivirus dan antispyware. Walaupun anda telah delete bersih segala malware durjana tersebut, namun kesannya masih tertinggal. Caranya adalah dengan mengembalikan apa yang hilang secara manual.

Jangan panik bila anda buka My Computer dan kesemua hard drive anda telah hilang. Sebenarnya ia tidak ke mana, cuma ianya telah menjadi hidden. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan perisian TuneUp Utilities. Ikut langkah seperti di bawah:

  • TuneUp Utilities > Customize Windows > Adjust System Appearance
  • Folder Options > Pergi ke tab Advanced > klik Settings pada My Computer
  • Pada tab Drive Icons, tick pada Drive yang anda inginkan. Ataupun klik je pada Select Existing Drives.

Langkah di atas adalah berpandukan kepada TuneUp Utilities 2008

Membuang VIRUS ALERT pada tray bar

Hanya ikut langkah seperti berikut untuk delete perkataan “VIRUS ALERT” (atau perkataan lain).

  • Start > Run > taip regedit
  • HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\International
  • Double click pada sTimeFormat dan kemudian delete “VIRUS ALERT” pada Value Data.
    Restart

Mengembalikan item pada Start Menu

  • Klik kanan mouse pada Start button dan pilih Properties.
  • Pergi ke tab Start Menu dan kemudian klik pada Customize.
  • Klik pada tab Advanced.
  • Pada bahagian Start menu items, tick menu yang anda rasakan perlu seperti Control Panel, Search, Run command dan sebagainya.


Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Jangan rasa takut untuk mencuba. Ianya tidak berbahaya untuk merosakkan sistem komputer anda. Tapi jangan gatal-gatal tangan nak cuba-cuba ubah setting yang lain. Saya tak jamin apa-apa Selamat mencuba.

Disable and Remove Windows Genuine Advantage Notifications Nag Screen

Mungkin masih ramai yang mengalami masalah dengan Genuine window. Ramai juga rakan2 saya yang bertanyakan bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan genuine windows. Setelah saya bertapa selama lebih kurang 1 hari dengan pakcik Google dan bersama rakan saya En.Nurubaha Salleh, En.Sukri Mamat yang hebat dalam menyelesaikan masalah berkaitan virus dan "repairing" PC, saya berbesar hati ingin berkongsi dengan rakan2 semua bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Erm..mungkin ramai yang dah pakar dengan masalah ini dan mungkin juga ada yang mengatakan perkara sebegini dah out of date, namun saya pasti ramai juga yang memerlukan maklumat sebegini. Daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan masalah banyak artikel bagi menyelesaikan masalah di "post" kan dalam bahasa Inggeris. Dan org seperti saya yang lemah dalam bahasa inggeris ini byk terlepas daripada ilmu2 yang diberikan akibat daripada batasan tersebut.


Jadi hari ini saya cuba tampil untuk memberi panduan kepada rakan2 supaya saya dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini. Memang benar, ramai yang menganggap semua ini sudah lapuk dan sudah tidak memerlukan tapi bagi saya ramai lagi ingin masih tahu bagaimana untuk menghilangkan notification genuine ini secara manual.

Ini adalah lebih praktikal berbanding menggunakan tools yang ada kerana tools kadangkala tidak dapat digunakan sekiranya terdapat virus atau di block oleh window itu sendiri.

Berikut adalah cara2 untuk menghilangkan notification genuine. Adalah diingatkan bahawa langkah berikut harus dilaksanakan didalam keadaan windows safe mode.


Restart Windows XP in Safe Mode.
Lauch Windows Task Manager.
End wgatray.exe process in Task Manager.
Delete WgaTray.exe from c:\Windows\System32.
Delete WgaTray.exe from c:\Windows\System32\dllcache.
Lauch RegEdit.
Browse to the following location:HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify
Delete the folder ‘WgaLogon’ and all its contents
Reboot Windows XP.

Selamat Mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...