Followers

Tuesday, October 25, 2011

Minyak Wangi tanpa Alkohol

soalan dan jawapan adalah dipetik dari Buku "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab" dari penerbit PKS Islamika Sdn Bhd

Soalan : Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil air sembahyang. Apakah Solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?

Jawapan :
Sekiranyanya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang aisr sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu sebelum mengambil wuduk. Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk. Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

Sunday, October 23, 2011

Soalan Jawab Dalam Islam

Soalan Pertama :
Saya tidak dibenarkan berkahwin disebabkan teman saya adalah seorang warga asing dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Apakah Hukum tindakan keluarga saya itu?

Didalam Ceramah beliau "Soal Jawab 600 - Ustaz Azhar Idrus" ada menyatakan bahawa islam membenarkan untuk kita berkahwin berlainan bangsa asalkan ada cukup syarat iaitu ISLAM.Dalam bangsa melayu pun tidak sah akan nikah seseorang klu seseorang melayu itu bukan islam. Sebagai contoh : Melayu-ayah Pin, Melayu hina Nabi @ Al-Quran, Melayu - Murtad,sebab MELAYU adalah bangsa, bukan agama. Tp secara logiknya, didalam masyarakat kita sekarang melayu adalah Islam. Hakikat Melayu bukan Islam, Melayu = bangsa, Islam = Agama.

Didalam Islam, perkahwinan berlainan bangsa, tetapi sama agama adalah sah. Tetapi harus juga diingatkan juga yang didalam Islam terdapat rukun-rukun nikah yang perlu dipatuhi.

Apakah Rukun Nikah?
Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Kepada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan kena menawan hati seorang ayah, iaitu wali kepada seorang perempuan yang ingin dikahwinkan. Berkenan ini maksudnya dari segi agama dan akhlak. Klu berkenan atas sebab naik kereta besar, kaya, tetapi sembahyang xtahu, itu tidak boleh... Sebab seseorang itu langsung tidak takut dengan Allah S.W.T, orang yang tidak takut dengan Allah ini berani ke kita nak ambil duduk dengan kita.

Berkenan atau tidak sebenarnya terletak keatas wali. Wali yang sebenarnya ada kuasa untuk meletakkan kata setuju atau tidak. Sekiranya seorang ayah mencarikan calon yang sekufu @ sama padan dari segi kepandaian, umur, rupa paras, dengan seorang wanita tersebut ditambah pula baik agama dan akhlak, maka wali berhak untuk tidak mendapat persetujuan dari pihak perempuan terlebih dahulu. Namun adalah lebih baiklah mendapat persetujuan dari pengantin perempuan. Tetapi sekarang ini dunia kita terbalik sedikit yang mana Mak @ kaum ibu yang menentukan jadi atau tidak jadi sesuatu perkahwinan. Bapa, ibu akan suruh duduk diam dan dia yang akan membicarakan segala hal bab perkahwinan. Baik dari segi setuju menerima pinangan, hantaran, mas kawin dan sebagainya. Ini adalah bertentangan dengan ajaran islam. Berkenan atau tidak adalah hak seorang ayah, Mak jangan masuk campur, mak duduk senyap-senyap dekat dapur....

Dari segi hukum menghalang itu tidaklah salah dari hukum islam, kerana wali berhak menghalang perkahwinan sekiranya diatas sebab-sebab agama, sebagai contoh, sembahyang xtahu mcm mana, puasa pon xtahu puasa ke tidak... Sebagai seorang anak, wajib untuk kita melaksanakan perintah ibubapa kita. Ibubapa kita memelihara kita dari kecil sehingga dewasa, sakit demam dia xpernah cuai dalam menjaga kita, memenuhi keperluan dan kehendak kita, kita kenal seorang lelaki xsampai 3 tahun dah start nak derhaka. Lelaki tersebut jaga kita mcm mana besok pun kita xtahu lagi, setakat belanja makan nasi goreng ayam $3.50 sepinggan dah sibuk nak lari dengan lelaki tersebut di Siam berwalikan hakim. Kahwin di siam TIDAK SAH, sekiranya pasangan tersebut tahu dimana wali asal mereka berada. Sekiranya tidak mendapatkan persetujuan dari wali asal untuk mewakilkan kepada wali hakim, maka perkahwinan tersebut TIDAK SAH. Melainkan "si wali asal" berkeras tidak mahu mewalikan kepada perempuan ini diatas sebab tertentu yang mana boleh memudaratkan si pengantin perempuan, atau wali mahu kahwinkan dengan seorang penjenayah yang memang tahu kejahatan yang dibuat,maka hakim setempat boleh menghantar persetujuan mewakilkan kepada hakim di Thailand untuk dinikahkan pasangan tersebut. Baru SAH pasangan tersebut bernikah.

Jadi kepada wanita yang rasa menikah di Thailand tu selesai masalah, pikir2 kan lah, menikah anda tidak SAH maksudnya anda bersedudukan dengan pasangan anda. Jadi kalau orang tua tidak setuju xpayah la kecoh-kecoh nak lari rumah, bukan setakat dosa derhaka je boleh, berzina boleh, dosa putus hubungan keluarga lagi, banyak dosa dapat. Banyak lagi kumbang atas muka bumi ini... Sampai masa akan menikah la dia... Walaupun dia mati tidak bernikah... samapai masa akan menikah juga disyurga. Allah yang akan menikahkan dia di syurga kelak dengan Lelaki atau Wanita yang mati belum berkahwin di atas dunia ini... Sekian...

Ada Persoalan, pendapat@ komen sila tinggalkan suara-suara anda di ruangan komen disini... terima kasih.

Thursday, September 15, 2011

Review Blog ==>> Orang Plastik

Mungkin ramai yang tidak tahu.. ada bermacam-macam orang berkarya.. salah satu yang paling unik saya jumpa adalah dengan menggunakan lego... Sangat menarik, mempunyai idea yang tersendiri, unik dan class. Beliau menceritakan sesuatu atau sekadar reka, itu saya tidak pasti, yang pasti dengan menggunakan lego, beliau mencipta satu comic dan ianya sungguh menarik.. Speechless.. anda tgk la sendiri dan nilaikan, Orang plastik ~~>> http://orangplastikuning.blogspot.com/ 

\(*w*)/ <<~~ suka sangat la tu teruterubozu aku tu...

Blog review ==>> mAsZuLL

Hari ini saya nak bercerita dengan anda tentang blogger yang lebih dikenali sebagai mama...
Mama ni seorang blogger yang bagi saya banyak bercerita tentang hal-hal semasa diri beliau. Kenapa saya memilih beliau untuk bercerita pasal beliau. Saja seronok, sbb saya adalah follower dia yang ke-700 hahaha.. Sambil promote blog beliau, saya juga mencari dimana kekurangan blog saya ini. Masih mencari identiti sendiri dan follower tersendiri. Dan bagi saya mama adalah seorang yang ingin berkongsi dengan orang ramai tentang pengalaman diri beliau. Apa yang dia buat sekarang, kisah-kisah lalu, dan juga info-info yang berguna yang boleh dikongsi oleh kita semua. Ini adalah pendapat saya semata-mata. Tahniah mama sebab berjaya mencapai follower yang ke 700, dan selamat datang ke dunia blogger ini.Lepas ini klu blog kawan-kawan di terjah oleh saya dan terpilih untuk di review oleh saya sewaktu walkblogging atau terpilih didalam komen-komen yang ditinggalkan jgn marah ye... Klu kawan-kawan nak tgk blog mama ini, boleh click di sini ~~>> http://maszull.blogspot.com/ 

\(*o*)/ <~~ nama dia "teruterubozu"


Wednesday, September 14, 2011

Tukar style Penulisan

Dah lama aku xbergiat aktif dalam berblogging ni.. Kenapa? sbb aku xrasa xsemeriah dulu dah.. dulu sewaktu aku masih newbie dalam berblogging, aku nampak kemeriah yang mana senior akan mempromote newbie dalam blog diorang, tp aku xnampak dah benda tu sekarang, masing-masing akan bercerita dalam blog sendiri.. Ini just pendapat aku, sbb aku sendiri pown mcm tu.. skunk aku nak tukar style aku berblogging. aku nak cuba hidupkan dunia blog ini balik mcm aku rasa dulu-dulu... aku akan baca artikel korang sambil blogwalking, jejak tgk la klu aku rajin aku tinggal la ..klu x, x la..  pastu yg mana aku seronok aku baca.. aku akan ambil link artikel tu.. aku review sedikit, pastu aku masukkan link korang.. Orang akan ckp, "heh.. follower ko pown xramai.. berlagak otai kew".. aku sebenarnya bukan nak berlagak, aku nak memeriahkan suasana blog ikot cara aku... Aku rasa seronok cara dulu-dulu, sebenarnya semakin ramai blogger, semakin xterbaca... so bek dengan cara ini, aku leh baca artikel korang.. nk aku soh aku g melawat? boleh jerk.. senang je cara.. datang blog aku, tinggal jejak dekat komen, pasal artikel korang - link korang.. aku melawat, aku review pasal cite korang tu... pastu aku promote link korang.. dekat blog ni.. klu boleh korang tinggal jejak dekat FB aku terus lagi bes.. senang aku nk tgk.. korang search la Khairil Mysat. invite friends - pm aku dan mention as blogger senang nk buat list friends. Harap apa yg aku rencana ni jadi...

Saturday, September 10, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Kaishuhaikal Sekadar menyampai :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَم...ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”. Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Sumber dari: Studio.muslim

Friday, September 9, 2011

Rumah Gangster


Pada seketika waktu..aiman sedang bermain-main sambil meniru aksi KL gangster sensorang diri sewaktu adiknya sedang nyenyak tido... Kemudian berlaku la insiden ini :-

Mak : aiman ! Diam la . Adik tengah tido nie !

Aiman : lu kasi gua mati dulu lah bru gua diam !

Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau tak !

Aiman : sekarang gua x kira lu mak long ka ,mak ngah ka , ni rumah gua pegang !



Tak lama kemudian,adik bangun dari tido...



Aiman : mainan ni abang punya lah , bak sini mainan abang !

Adik : abang x abang ! sape kacau aku pecah !

(pastu mak menyampuk)

Mak :Hey!!!Kalau aku sembelih ko 18 bru ko tau tentang penyesalan tau x??!!!
 
p/s : Nak terpengaruh pown agak2 la.. mcm ne la anak xikot.. mak nyer pown sama naik...

Wednesday, September 7, 2011

Barang Kemas??


Bila korang tgk gambar ni siapa yang korang akan nampak?? Tokei Emas? Perompak? Penyamun? Peragut? atau Perempuan? Serius bagi aku, aku nampak perempuan klu aku tgk gambar ni... Percaya atau tidak... sebenarnya tidak hanya perempuan sahaja yang berminat dengan barang kemas... Lepas aku ponteng satu kursus jabatan aku (lupa sebenarnya nak pergi kursus tu), kawan aku berkata dekat aku... "aku ingt Pompuan je suka kat barang kemas, Lelaki sebenarnya lebih suka dan bahagia klu dapat barang kemas.. untung kita jadi lelakikan?"... Korang faham? xfaham pown xpe.. dah faham senyap2 jew...hehehe..

Sunday, August 21, 2011

Pic with Gal Gadot....??

Korang kenal x Gal Gadot.. Seorang wanita mantop dalam The Fast Five a.k.a The Fast and Furious 5. Sebenarnya aku pon xkenal pompuan ni... tp member-member KYCC aku banyak bercerita pasal pompuan ini menyebabkan aku rasa sedikit tercabar dengan kata-kata mereka... So sebagai edisi balas dendam, aku pown menjalankan misi untuk mengedit gambar aku... dan masukkan untuk bergambar bersama dengan Gal Gadot. Wanita seksi...?? Yup mmg seksi pown, tp tu la.. dah nama minah salleh.. lantak la dia...bukan gambar betul dia cium aku bwahahaha... so aku tunjuk kat korang gambar aku guna untuk edit.... Aku pakai Photoshop CS je ni...


Hasil tambah 2 gambar ini maka terhasillah.. gambar seperti dibawah :


Kepada kekawan semua.... jgn marah ar.... sekadar bergurau.....

Saturday, August 20, 2011

Roh di Bulan Ramadhan


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan hal dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.Yang jelas jika anda tidak meneruskan dakwah ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.

Sunday, August 14, 2011

Resepi Begedil

Teringat lak semalam bila kakak ipar aku buat begedil best.... dapat makan... aku seronok-seronok jew tidow sbb aku kurang sihat sikit... tp aku wat jugak murtabak mini... xde la selaku begedil tu... mmg patut laku pown sbb sedap gilew wa ckp lu...
Gambar dia lebih kurang mcm ni :



Bahan-bahan ( 3 orang )


2 biji kentang

segenggam daging cincang ramly

daun sup dicincang halus

5 sudu besar bawang goreng

satu sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah

1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
1.kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2.setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3.kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4.setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
5.gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6.akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Niat jew... pon dapat pahala walaupon xmampu untuk dibuat

Lama dah xupdate blog ni..bukan apa... bosan la, pastu banyak hal yg lagi penting dari blog ni nak kena buat.. nak nak pulak dalam bulan puasa yg penuh mulia ni ada jew orang nak buat aku marah la..mcm-mcm... xpew la..sabar lagi bek dari marah-marah kan? Pape hal pon nak berkongsi dengan korang ilmu ni yg sempat aku amik dari FB. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam/tahajjud tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

Sunday, June 19, 2011

Crispy Potato Wedges

Hee...tengah walk blogging tetiba terasa nak makan Crispy Potato Wedges, pastu cari-cari internet jupe satu web ni, nampak mcm best. Ni laman dia http://www.myresipi.com/top/detail/6115. tgk gambar dia best kan?



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO

1 sudu teh serbuk cili

1 biji putih telur - dikocok

Tepung gandum secukupnya untuk salut

Garam

Cara-cara
1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
 
2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
 
3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
 
4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
 
5.goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
 
6.Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Smlm aku ngan wife aku buat kentang putar... fuhhh sedap.. ni resepi kentang putar yang aku dapat dari blog alkiram.net, apa yang best nyer aku mampu buat setanding dengan Eddlee Fried Chicken. Ni aku bagi kat korang pulak try Kentang lenyek ni.  Oh ye lupa lak nak bgtaw, susu segar klu korang xde leh jew ganti dengan susu tepung, satu klu korang rasa nak xnak letak lada hitam takut ada yg xsuka dengan lada itam tu korang leh buat sos lada hitam berasingan. Ni aku bagi satu resepi sos lada hitam yang aku dapat dari sahabat baik aku di KL, Allahyarham Razzif a.k.a Along yang meninggal di Mekah. Al-fatihah buat beliau dan diharap kawan-kawan yang membaca blog ini boleh juga menyedekahkan Al-fatihah dan Surah Al-ikhlas 3 kali buat beliau, semoga beliau mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

  1. KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) (Sumber Kaknoormasri)


Bahan-bahan:

1 kg kentang

1/4 cawan susu segar

2 sudu besar mentega

1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa



Cara membuat:



Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.

Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas

Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.

Sedia untuk dihidangkan


      2.     Resepi SOS lada hitam.
Resepi ini disediakan untuk 3 orang makan

1 Kiub Ayam (Pati)
2 sudu besar lada hitam (serbuk berbiji)
1/4 Bawang besar Dicincang halus / tumbuk sehingga lumat sekiranya xnak nampak bawang tu.
(setengah orang tak suka klu nampak bawang)
seulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
Cendawan butang - Dalam tin (sekadar tambahan - xde pon xpe)

Cara penyediaan :

- Panaskan kuali dengan majerin (2 sudu) / minyak masak
- Tumis bawang putih + bawang besar
- Kiub Ayam bancuh dalam air panas 1 gelas
- Tuang Kiub Ayam yang dibancuh dan kacau dalam 5 minit
- Masukkan cendawan butang tu (tambahan je ni - nak potong tu ikot suka hati)
- Tepung jagung dibancuh dgn segelas air
- Tunggu sehingga agak pekat
- Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

***** punya Telekom Malaysia.

Hari ini dah genap rasanya 2 minggu internet dengan telefon rumah aku xboleh pakai... report dah dibuat pada 30 mei 2011, tapi sampai sekarang xboleh guna lagi. Klu nak diikutkan satu hari diorang berjanji boleh siap, tapi xsiap jugak. Alasan diorang kabel kawasan aku kena curi. Itu masalah aku kew? Klu modem rumah aku kena curi ye la menjadi masalah aku kan, aku kena la pikir mcm ne nak prevent pencuri dari masuk dalam rumah aku kan? Tapi klu kabel telekom kena curi, telekom kena la pikir mcm ne nak prevent benda tu.... kerugian dalam bisnes tu biasa la kan, ko dah provide services mcm ni ko kena la bersedia tanggung kerugian. Xkan customers yg kena tanggung kerugian tu. Alasan kabel kena curi tu dah xrelevent dah sekarang. Zaman teknologi mcm ni, pikir la mcm ne nak selesaikan guna teknologi. Ko kan pejabat Telco terbesar malaysia, jangan sedap duduk dengan cara sekarang. xkisah dengan kebajikan pelanggan ko. sekali ramai pelanggan lari, baru nak sedar masa tu sudah terlambat. mungkin 5-6 orang lari dari TM ke services Telco lain ko xrasa, tp klu 5-6 orang sehari lari, sebulan berapa? setahun berapa? 10 tahun ? tutup la company tu nanti.

Ari tu aku melawat umah sedara aku dekat gunung, Kelantan. Dia pakai service Streamyx wireless. xde line telefon pon. aku senyap je la bila aku try jadi lembab internet. aku tny speed internet, 384KB. Erm... aku xkata TM tipu, mmg tu services yg dia tawar. tapi aku leh kata syarikat TM yg pasang dan suggestkan kepada sedara aku ni jahat sikit sbb dia xcerita habis pasal pakej tu... harga betul la RM 68 sama dengan wired. tapi wireless more slow than wired. pastu klu hujan jgn harap la dapat pakai internet. Dia suggestkan line wireless tu sbb dengan alasan kawasan tu kerap kena curi kabel. Laaa... kena curi ke xkena curi ke ko pasang la line telefon tu. Dalam tv iklan gedebuk gedebak pasal steamyx block buster la, itu la, ini la, bila orang soh pasang, xleh pasang sbb kabel sering kena curi. Dalam bandar tu, bukan takat curi kabel, rompak bank, rogol, bakar bangunan, lumba haram, segala jenis jenayah ada, ramai mcm tu jugak orang duduk, boleh lak ko pasang line telefon. xde pon alasan jenayah byk dekat situ. Apsal bila kampung sikit jew mcm-mcm alasan. Klu dah malas rasa nak berniaga, baik berhenti, jgn susahkan orang mcm tu.... Setiap hari aku call 100, tanya status bila boleh siap, jawapan yang sama diorang bagi. kabel kena curi minta sedikit masa, juruteknik masih tengah buat, bila kita mintak estimated time x leh bgtaw. Sbb alasan hanya juruteknik yg tahu bila kerja-kerja boleh siap. Xkan la dalam masa 24 jam buat kerja xleh update dalam report apa yg diorang buat. xde la helpdesk terkapai-kapai nak jawab bila customer tanya. xgitu...
So kepada pengurusan TM, diharap boleh diubah cara pengurusan bg meningkatkan mutu perkhidmatan anda, Terima Kasih

Thursday, May 12, 2011

Dah dapat beli keta idaman aku...


Ini la kereta idaman aku sewaktu aku main Need 4 Speed Most Wanted (NFSMW)... Ye la kan nak beli betul-betul mana nak mampu... keje pon juruteknik jew mana la mampu nak pakai keta mahal-mahal...So berangan dalam games pown jadi la... Kereta ini sudah pown di modified untuk stages 1...duit xcukup ngan level xcukup untuk unlock item Expert. Setakat ini dulu pown aku dah xmampu nak kawal kereta ini.. Spec kereta ini :
  • Engine Modification
    • Greddy --> Forged Pistons
    • Venom --> Racing Throttle Body
    • Skunk2 Racing --> Racing Crankshaft
  • Transmission
    • Advance Clutch Technology (ACT) --> Upgraded Differential
    • Clucth Master --> High Perfomance Clutch
  • Nitrous
    • Dry Shot of Nitrous (Pro Stages)
    • Wet Shot of Nitrous (Expert Stages) - Current NOS
  • Brakes
    • Brembo --> Cross Drilled Rotors
    • KVR Performance --> Sport Compound Pad
  • Suspension
    • H&R --> Large Diameter Sway Pad
    • Koni Suspension --> Racing Shock
Korang xfaham apa yang aku tulis ni ke? Xfaham xpe sbb aku pown xfaham...aku xpandai pown bab-bab keta ini... saje je aku masukkan spec keta ini sbb aku seronok pandu keta ini dalam games NFSMW ini... Sekarang mission aku memburu semua kereta Blacklist dalam NFSMW ini... Sekarang aku berjaya mendapat 5 biji kereta .... 10 lagi akan menyusul. Baron yang memandu Cayman S adalah blacklist #10. dapat kah aku menawan keretanya dalam perlumbaan ini dengan Ford Mustang GT aku ini? Dah dapat nanti aku cite lagi dalam ni.... xdapat pown aku cite gak nanti...nantikan episod seterusnya...Cikui (Mustang GT) VS Baron (Cayman S)

Sunday, April 24, 2011

Vacuum & Other Gauge Meter

camni cara senangnya, dlm bahasa melayu pasar kite...intake manifold, dlm tu ade vacuum from inside, and outside untuk berfungsi, vacuum ni diukur dlm Hg (merkuri, dari aras laut). bile piston tu gerak atas bawah, dia akan tarik/buang pressure dlm enjin, so kalo ade sumthin yg x kena pada enjin, nilai vacuum tu akan berubah2... paham? bende yg x kena pada enjin tu dtg dr byk faktor, x semestinya piston sahaja. contoh kalo leaking pada ekzos gasket la katakan, so pressure keluar x akan sama dengan pressure masuk.... ni indication "enjin", dengan kata lain, lebih spesifik dlm contoh td gasket ekzos bocor... contohnye la... ok?so bile ko pasang vaccum meter ni, jarum dia dok geli2 tu tunjukkan segala info pada enjin ko. tu sebab aku kata 1st, simplest diagnostic tools yg boleh dipakai pada keta.lebih paham lagi kalo ko tgk chart bawah ni, nilai2 vacuum meter dan ape maknanya:





so, kalo idle lepas start enjin stay jarum tu 17-22 = maknanya enjin seme ok, kalo ade slight difference kat meter ko, bawah 15 ke, cek chart tu, tgk ape x kena. early detection akan selamatkan
kalo nak buat additional untuk set rev yang tepat...beli ar cap bagus sket....apexi ke...hks ke...baru bacaan tepat......vacum tuh...die akan bace bacaan vacum enjin kita......kalo susut bacaan vacum tuh maksud die...enjin kite de problem...leaking kot.....kalo ok je...bacaan sekitar 22....maksud die enjin cantik....voltage meter plak untuk kita baca ngan tengok ade over voltage tak...atau susut voltage.....over sangat piston bocor......low plak kete lagging.....boost....untuk kite tengok tekanan air preasure yang masuk kat injap pembakaran.....lagi tinggi lagi bagus.....tapi memadai ngan ketahanan blok enjin.....kalo turbo tuh....kalo leh g 3 bar.....aku suspek laa.....heheheheheheh......auto timer plak....meter nie plak bagi kite nak matikan enjin.....tujuan utama untuk soh kita tak matikan enjin dengan mengejut...nak jage enjin la kan........bagi running dulu sebelum matikan......bagi pengawalan minyak itam tuh edha sket sebelum mati......pastuh bagi pembuangan total....air preasure yang tinggi yang tersimpan lagi dalam kete turbo.....bagi normal balik......hehehehehehe.....

Monday, April 11, 2011

PDP aku

Dah lama aku nak up sikit power keta aku ini, bukan nak laju sgt pown cuma aku nak sikit pickup supaya leh bawa dengan sedap dekat bukit Grik - Jeli, Jeli - Grik tu nanti... Setelah aku selidik dengan blog orang ramai pasal keta ni, aku tertarik dengan 2 buah blog yang aku kira aku leh cilok sikit2 ilmu pasal kereta ni dari diorang. Blog yang dimaksudkan adalah


&


Dengan 2 laman blog ini aku berjaya dapat ilmu sikit2 dan cuba mendalami ilmu permotoran ini. terutama dalam menentukan dan memastikan kebangkitan satria aku. Untuk kebangkitan pertama aku, apa yang aku buat adalah dengan menukar air filter asal dengan open port air filter. Ada sikit pickup la untuk enjin standart aku 4G15 tu...kemudian dengan ditambah compressor M3 sedap la sikit tarik... dari asal aku punya top speed 140 KM/J skunk naik la 160 KM/J. Keadaana enjin aku tu seperti dibawah.


Korang nampak benda alah kecik warna biru dekat dengan compressor aircond tu..itu compressor M3 yang aku bgtaw tu. Nak cerita lebih aku pown xtaw mende sebenarnya. Kawan aku ckp ko pergi masukkan compressor tu kompem kete ko pickup sikit. Mmg pickup sikit, top speed pown nek sikit, ok la kan. nak cerita sebenarnya malu sbb baru belajar bab modification keta ni. Newbies la bab-bab modification ini. Baik luaran or enjin. Skunk baru nak jinak-jinak. Maybe klu setakat enjin carb 4G15 ni xlaju kan, xmcm enjin 4G93 ke atas...tapi bg aku enjin NA mcm ni pown dah cukup untuk menyusuri jalan-jalan di Malaysia ni. Nanti aku nak buat ekzos pulak... Member aku NikSetanBaik dari Mysat & KYCC club ada bgtaw aku untuk buat ekzos, dari nenas piping straight 1.8" terus ke Muffler. Erm nanti tambah lagi pickup. So next projek untuk keta aku tu adalah ekzos la plak yeah.....Dibawah adalah keta aku yang xberapo lawo...



Monday, April 4, 2011

Wat keje yang membosankan....

Keje keje keje....bes sebenarnya bila bekerja ni. Dapat duit, dapat kawan-kawan...tapi aku nak keje tanpa tekanan...bila tekanan mmg xjadi keje aku. Skunk ni aku tgh bertungkus lumus buang virus shortcut yang menyerang organisasi aku keje. Library department ni ada banyak PC. Skunk ni aku tgh wat sensorang jew. Member-member aku malas nak Hallo hallo... Kenapa? Sbb aku malas nak menyusahkan orang dan mengelakkan dari rasa xpuas hati dari kalangan kawan-kawan. sekarang ni xde la lagi yang xpuas hati...cuma untuk mengelakkan dari benda tu berlaku baik aku elak dulu. Penat la keje mcm tu? Aah memang la penat...lagipon ari tu aku masuk keje kat sini sbb aku mintak keje. So orang dah bg keje jgn wat songel nak menggatal dok rehat. Nak rehat ko pencen. Selagi duit gaji ada dalam slip gaji tu ko kena la wat keje. Bos besar aku ada cakap, korang dok kat sini selain dari keje hakiki korang xde helah untuk mengelak dari buat kerja bukan hakiki...xde istilah kerja bukan hakiki...kenapa korang taw... sbb korang dalam skop tugas ada tulis kena buat kerja sekiranya terdapat arahan dari semasa ke semasa... Yang aku heran, bila kerja bos @ Pengarah bagi kerja kat bos kitaorang, kenapa bos kitaorang bg dekat kitorang lak..ko buat la tu keje ko..arahan dari semasa ke semasa. xde lah kitaorang bos mana leh buat keje mcm ni. Pengurusan lagi penat dari korang taw. Hekkkkk kamu.... yang kitaorang ni keje audit kena wat, jaga stor kena wat, kerani kena wat, keje bos kena wat, keje kitaorang kena wat, makmal kena jaga, yang bes sekali bila kena bambu....suma bos lari...xde sorang pown bos yang tampil bela kitaorang, baik start dari Koordinator sampai ker PARgawai...semua kecut telor pistol masuk sarang...lepas dalam meeting bangkit hal itu ini..ckp dia bela la, itu la, ini la... Kami juruteknik ni dah jadi mcm kura-kura dalam perahu dah..."dah kena wat tak tahu jew"...ari ini baru nak luah balik lepas sekian lama...nak marah? Marah la klu berani..aku sekarang ni xheran dah apa nak jadi....bukan sombong atau apa...bila pihak atasan aku tahu hal sebenarnya...Audit patut datang check... rasuah keje yang berlaku dalam organisasi aku...Rasuah duit aku xtaw la ada ke x..xde la kowt. Rasuah keje gila mcm ni byk berlaku...konon bos pandai segalanya kan...tapi sepatutnya Bos kekadang kena amik kira pandangan anak buah, baru anak buah leh buat keje dengan senang hati. Ni x..harap pangkat ada DR la Prof la tapi buat-buat pandai sedangkan hal tu anak buah yang buat. dah la klu nak taip sampai esk pagi xabih ni....K selamat membaca bagi mereka nak baca hal luahan hati aku ini.... Assalamualaikum...

Aku semakin xfaham...

assalamualaikum....
Aku jadi semakin xfaham dengan dunia blog ni sebenarnya... Apakah tujuan ia? dulu ada blog jew, skunk ada vlog... lepas tu follower semakin ramai..bagus la tu kan sebab ada kemajuan, tapi aku ada dengan satu vlog dari Cik epal 06 pasal blog pompuan vs blog lelaki... Blog pompuan byak bercerita pasal cinta itu yg cepat dapat perhatian... Blog lelaki plak byk bercerita pasal gajet dan hal2 yg dah ada dalam akhbar...betul kew? Mcm ne dengan Ben Ashaari lak? Sbb dia hensome kew? Atau sbb dia punya entri bagus2...
Aku xkisah pown popular ke xpopular dalam dunia blog ni, blog ni aku wujudkan untuk dunia aku..dan aku rela berkongsi dengan orang yg ingin berkongsi...xjeles kew orang punya follower riban-riban ko 20-30 orang jew.. Jawapan aku : "Gila ko xjeles...jeles woo...tapi aku suka orang follow aku ikhlas untuk berkawan dengan aku".. aku juga akan follow orang yang aku suka untuk berkawan dengan diorang..biasanya aku suka tgk entri diorang.... Lambat la ko femes dalam dunia blog ni...Lantak la lambat ke cepat ke femes, aku bukan nak femes dari dunia blog ni..aku nak berkawan dalam dunia blog ni...Tentang entri aku yang serabai..aah memang serabai pown sbb aku masih mencari gaya yang seswai dengan diri aku.. masih mencuba dan masih belajar dari orang-orang lama... Sekiranya kamu ingin mengetahui akan sesuatu maka bergaul lah dengan golongan-golongan yang mengetahuinya..so sekarang aku nak berkawan dengan kawan-kawan blogger itu jew...pasal femes tu letak la tepi dulu...fokus kepada tujuan asal blogging melainkan blog untuk femes...xleh wat apa ar..
Ok la..ngantuk ah..assalamualaikum....
Blog pasal anak aku : http://nuraliahaisyah.blogspot.com/
Blog pasal club Kelantan Youth Car Club (KYCC) : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/

Monday, March 28, 2011

Permainan Gelak Ketawa di malam hari

Malam ini aku nak berkongsi gelak dengan korang, kita cuba permainan ini dan tgk apakah hasilnya...sebagai contoh : hari jadi aku 9 Julai dan aku pakai kaler biru - so hasil dari pilihan dibawah adalah seperti berikut : Aku menari dengan driver bas sebab aku tak tahan.... so korang punya birthday pulak mcm ne...ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... sila post komen anda untuk sama-sama bergelak tawa...

Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari lahir anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Sumber : http://mysatriaclub.com/

Sunday, March 27, 2011

Satria Aku...

Hari ini aku dah habiskan duit aku sebanyak RM 165.00 sbb dia punya wiring sportlight ngan signal aku down. Pada asalnyer 2 benda tu je la,pastu godek tu sikit godek ni sikit dah jadi 95 ringgit. pastu aku pulak wat gila pasang ngan piping air filter dah tambah lagi 50 hinggit...Aircond ngan panel lamp aku plak prob. dah kena godek lagi, buat suma dah ok, lampu aku prob. Last sekali cina tu cakap wiring aku ada prob, sebab dulu auto aku g wat manual. Aku cakap xkisah la, janji ekon ngan lampu aku jalan balik. yang tu aku datang dengan xrosak so korang kena betulkan balik. so dia wat la dengan sungguh2 sebab aku dah bengang kan. Last2 jadi suma sekali dan masalah aku selesai. Dalam perjalanan pulak tadi, lampu spotlight aku xnyala balik...bengang betui. bila aku check memang wiring aku problem, nak betulkan wiring balik dalam 100++ jugak. Malas la aku nak betulkan..esk aku modified je la pape yang patut dekat kedai saberi Mok.Adoiyaiiii...

Sunday, March 20, 2011

updated in kycc blog....

Terbaru di Blog http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ (KYCC). Layari untuk keterangan lebih lanjut.

Monday, March 14, 2011

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

Assalamualaikum

Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 3
2 ,so now secret no adalah 3.



Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14 32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1 4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..
 

Monday, March 7, 2011

Memohon Maaf...

Saya memohon maaf kepada semua yang rajin melawat blog ini...blog ini dah lama berusang kerana saya sekarang telah sibuk dengan blog baru, iaitu blog kelab kereta yang baru ditubuhkan di Kelantan. Kelab ini menghimpun semua jenis kereta dan sekarang ini dalam usaha mengembangkan kewujudan kelab ini maka saya akan sibuk sikit dengan blog tersebut. Sekiranya anda yang datang melawat ke blog ini dan anda berada dikelantan, anda berminat dengan kereta dan ingin menyertai kelab ini anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda berminat anda boleh la email kepada saya no telefon anda kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin insyaAllah di alamat email : khairil_157@yahoo.com / PM saya di FB : Khairil Mysat. Sekiranya anda ingin melihat aktiviti yg dijalankan di kelab ini anda boleh layari : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ Terima Kasih.

Thursday, February 24, 2011

LNK file

Pernah x korang terjumpa semua file anda ditukar dari exe kepada LNK file...xmengapa jgn risau dan jgn format pc anda...apa yang perlu anda buat adalah buka notepad anda, kemudian copy ayat dibawah dan save kepada namafile.reg Kemudian letakkan kepada desktop anda, right click dan click Merge. Restart Pc anda....:

Windows Registry Editor Version 5.00


[-HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk]

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk]
@="lnkfile"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellEx]

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellEx\{000214EE-0000-0000-C000-000000000046}]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellEx\{000214F9-0000-0000-C000-000000000046}]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellEx\{00021500-0000-0000-C000-000000000046}]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellEx\{BB2E617C-0920-11d1-9A0B-00C04FC2D6C1}]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellNew]
"Handler"="{ceefea1b-3e29-4ef1-b34c-fec79c4f70af}"
"IconPath"=hex(2):25,00,53,00,79,00,73,00,74,00,65,00,6d,00,52,00,6f,00,6f,00,\
74,00,25,00,5c,00,73,00,79,00,73,00,74,00,65,00,6d,00,33,00,32,00,5c,00,73,\
00,68,00,65,00,6c,00,6c,00,33,00,32,00,2e,00,64,00,6c,00,6c,00,2c,00,2d,00,\
31,00,36,00,37,00,36,00,39,00,00,00
"ItemName"="@shell32.dll,-30397"
"MenuText"="@shell32.dll,-30318"
"NullFile"=""

[HKEY_CLASSES_ROOT\.lnk\ShellNew\Config]
"DontRename"=""

[-HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile]

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile]
@="Shortcut"
"EditFlags"=dword:00000001
"FriendlyTypeName"="@shell32.dll,-4153"
"IsShortcut"=""
"NeverShowExt"=""

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\CLSID]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex]

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\ContextMenuHandlers]

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\ContextMenuHandlers\Compatibility]
@="{1d27f844-3a1f-4410-85ac-14651078412d}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\ContextMenuHandlers\OpenContainingFolderMenu]
@="{37ea3a21-7493-4208-a011-7f9ea79ce9f5}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\ContextMenuHandlers\{00021401-0000-0000-C000-000000000046}]
@=""

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\DropHandler]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\lnkfile\shellex\IconHandler]
@="{00021401-0000-0000-C000-000000000046}"

[HKEY_CLASSES_ROOT\InternetShortcut]
"IsShortcut"=""

[HKEY_CLASSES_ROOT\piffile]
"IsShortcut"=""

[HKEY_CLASSES_ROOT\WSHFile]
"IsShortcut"=""

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Shell Icons]
"29"=-

[-HKEY_CLASSES_ROOT\SystemFileAssociations\.lnk]

[HKEY_CLASSES_ROOT\SystemFileAssociations\.lnk]
"FileOperationPrompt"="prop:System.ItemTypeText;System.FileOwner;System.Author;System.Title;System.Subject;System.Comment;System.DateModified;System.Link.TargetParsingPath"
"FullDetails"="prop:System.PropGroup.Description;System.ItemTypeText"

[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\FileExts\.lnk]

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\FileExts\.lnk]

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\FileExts\.lnk\OpenWithProgids]
"lnkfile"=hex(0):

p/S : penulis tidak betanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan PC anda sekiranya berlaku apa² kepada PC anda. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada mereka yang lebih pakar bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Terima Kasih

Sunday, February 20, 2011

Aku semakin xfaham..

Terus teerang aku cakap...aku semakin xfaham dengan dunia permotoran...aku semakin rasa betapa kerdilnya aku setelah join MYSAT dan KYCC. Dulu aku rasa aku dah pandai pasal keta ni...tapi hari ni, bila dah makin ramai bergaul makin kerdil diri aku rasanya..bila diorang cerita pasal TURBO kancil TD04 somethings ataupon RHF4 dah aku semakin xfaham...

Apa yang aku tahu, TD04 adalah turbine yang dicipta oleh Greddy yang mana telah dimodifieds daripada Mitsubishi turbo, sebab tu TD04-15C dan TD05-16G digunapakai oleh enjin mitsubishi. Manakala RHF4 diguna pakai oleh subaru impreza... namun performance antara TD04 dan RHF4 adalah lebih kurang sama cuma lihat bagaimana anda setting enjin anda...

Saturday, February 19, 2011

KYCC or Kelantan Youth Car Club

penubuhan blog bagi club KYCC...sila layari http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ dan kepada sesiapa peminat kereta kelantan...xkira lah jenis kereta apa sekali pon, boleh lah menyertai KYCC ini...tujuan bersosial secara sihat, dan berkongsi pedapat.

Wednesday, February 16, 2011

Patut ke xpatut...

Huh pening rasa nye bila nak layan karenah orang... Patut ke tak bila dia sendiri xtahu nak guna sesuatu, tetapi komplen mcm-mcm...buat-buat mcm tahu... pastu ajar kita yang tahu pasal benda ni... sekiranya kita tak taw nak buat, admit la benda yang kita bgtaw.. jgn banyak songel pulak... dah la ulang ayat kita, pastu bgtaw kat orang lak tu depan kita gak...xpatut.....

Nak buang virus, sekiranya orang tu expert dalam maintenance pc ok la kan, taw la you tu orang computer science, tapi klu xtaw nak buat jgn ajar orang tu nak buat. Sbb akan menyusahkan orang tu pulak nanti, nak kena format pc balik, duit la tu... Lain la klu ko pandai buat...yes aku akui la ko pandai, lain pada tu senyap sudah... sakit ati dollll klu dah xpandai tapi cuba untuk buat-buat pandai...bila ada benda baru je konon mcm nak belajar...tapi baca buku malas.... apa2 pon kena baca... Al-Quran pon kena baca gak, baru pandai...setakat dengar orang baca mana leh pandai...nak baca quran tu kena belajar dulu... belajar, baca dan praktis baru expert....

Sama gak la concept untuk benda lain pon, baik dari segi pelajaran biasa di sekolah atau IPT...atau pon dalam bidang lain-lain seperti komputer. Nak pandai kena belajar dulu paham selok belok komputer, pastu kena selalu baca hal-hal berkaitan komputer kemudian kena selalu praktis baru leh expert... Ada Pahammmmmmm.....

Saturday, February 5, 2011

Aisyah berjalan 3

NI SEWAKTU AISYAH MULA-MULA BERMAIN AIR DI PANTAI...SETELAH DIA PANDAI BERJALAN... TAKUT TAPI NAK MAIN...

Wednesday, February 2, 2011

Saturday, January 29, 2011

Kelantan Youth Car Club.

Tgh aku main-main FB tadi, bebudak KYCC post kan gambar-gambar logo, ramai kepala byk la xbetulnya kan..kena alter sana sini kan...pastu apa jadi....haa ni la hasilnya bila dah start mengarut...

Layanzzzz....
Ni gambar first post by Niksetanbaik on KYCC Groups


Ni aku masukkan selepas aku design 1st KYCC logo 

Ni gambar second Nik kedalam Group KYCC



Aku Masukkan gambar ni sebagai pencabar logo nik


Gambar Ni pon aku post gak...tapi aku tgk xcantik pon..cantik gambar atas lagi aku rasa
Wan Langsuyr comment gak pasal "mana de evo or inspira dalam Group kita skunk"...
Sbb dia dah komen aku masukkan gambar edited Nik, aku wat versi aku....
Nik kata "crowded la wei....xcantik..."

Ni yang Nik masukkan selepas xsetuju dengan design aku...
yang ni aku lak xsetuju, aku kata "nak letak kat keta mana cantik camtu"
Wan setuju kata-kata aku dan soh letak gambar profail dia kat situ


Nah amik ko...bermula la pengarutan yang xdibasmi sehabis-habisnya sebelum ini...
cantik la pulak...aku tgk...xboleh jadi ni wan je ada...



Aku pon buat sama untuk diriku... Maaf la Nik, ni baru rare logo....

Haa...bagi korang lak korang pilih yang mana bes...klu nak kata suma xbes pon xpe....aku xkisah pon sbb kitaorang ni bukan designer...buat sekadar mampu sambil bermain-main. tapi klu korang ada idea tinggal la komen korang tu... mana nak taw dengan idea korang leh aku wat logo aku jadi bes kan... Adios



Monday, January 24, 2011

Aisyah dah berjalan...

Video ini Aisyah dedikasi khas untuk Atuk & Opah dan lain-lain sedara-mara di Perak.. Mak kat Tanjung Malim, Mak wa dia kat Pahang, Mak su & Pak ngah sekeluarga kat KL Lumpur,  Pak tam sekeluarga di Melaka, Sedara Mara kat bachok Kelate tu, & lain-lain yang mengenali Aisyah dan keluarga Aisyah... Aisyah dah pandai berjalan sikit-sikit, tapi kena bergantung kat orang lain, bukan apa aisyah takut aisyah jatuh...sakit nanti, Klu dah bergantung dengan orang aisyah lebih confident...hehehe K la semua...tgk la Aisyah berjalan ni..jgn gelak taw...



Sunday, January 23, 2011

Hari ini bermula berniaga tapi.....

Erm...hari ni aku dah mula berniaga di tempat kerja aku, seperti biasa aku akan meletakkan barangan perniagaan aku dikaki lima di tempat aku bekerja dan sebekas kotak duit. Siapa yang berminat untuk membeli dadih aku dan kueh pisang boleh la letak dalam bekas duit tu... Hari ini aku bawa 24 Dadih dan 12 kek pisang aku letakkan dekat office aku, lagi satu tempat aku letak dekat tempat keje kawan aku... 20 dadih dan 15 kek pisang. tempat aku tu lakunya kueh pisang tu sampai habis semua dijual. Dadih kureng sedikit lately ni...mungkin baru kot. erm lepas 2 jam, aku pon pergi la melawat tapak aku tu. Alangkah terkejutnya aku bila duit aku hilang dalam RM 10.00 bagi tinggal 12 hinggit malaysia je. Sedih aku....Meniaga sbb nak tambah sumber rezeki...sekarang aku men jadi kurang sedikit...Masalahnyer sekarang, klu betul ada orang curi duit atau makanan tu tergamak dia curi. Mkn duit haram, patut la belajar susah, hati gelap. xpe-xpe, nanti klu aku jupe pencuri ini aku lanyak cukup-cukup. biar dia taw mencuri ni salah dari segi undang-undang manusia dan ALLAH S.W.T

Friday, January 21, 2011

Kisah Ibu yang Pemarah dan Anak yang Nakal....

Dalam aku tgh menyelesaikan tugasan aku sebagai seorang pelajar ini...aku teringat sebuah kisah yang didendangkan di IKIM.FM kisah dimana seorang ibu yang menyesal dengan perbuatannya memarahi anaknya yang berusia 3 tahun. Didalam kita hidup berkeluarga ni kita perlu banyak bersabar dengan ahli keluarga, memang benar aku sendiri pon merupakan seorang yang tidak sabar namun sekarang aku cuba sebaik mungkin untuk sabar. Aku ini bukanlah seorang pencerita yang baik dan kisah ini sebenarnya telah pon kita dengari jika kita pergi kem-kem motivasi. Aku menyampaikan kembali cerita ini dalam bentuk yang diolah oleh aku untuk simpanan rujukan aku di kemudian hari dan juga untuk berkongsi bersama dengan saudara saudari semua. Semoga kisah ini di ambil iktibar oleh kita semua.

"Ada sebuah keluarga yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak. Si isteri merupakan seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah. Si suami pula seorang yang tidak begitu peduli kan sikap Si isteri yang terlalu kemas itu biar pun kadangkala dia juga serabut dengan sikap isterinya. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran sepasang kelamin ini, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Lukman (bukan nama sebenar) sebagai penambah seri bagi keluarga mereka.

Lukman dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya, namun Ibu Lokman seorang yang begitu mementingkan kekemasan rumah mereka menjadi masalah dengan Lukman. Selaku anak yang berumur 3 tahun sudah menjadi lumrah naluri seorang anak untuk mencuba segala-gala untuk menjadi sebuah kreativiti. Bapa Lukman hanya mengikut rentak si Ibu dan hanya menegur Si Ibu jika Si ibu terlalu marah. Namun biasanya itu hanya seketika sahaja. Lukman biasanya akan meluahkan kreativiti dengan menconteng dinding dan mengoyak segala buku yang dibaca. Bayangkan ibu yang suka melihat keadaan rumah yang kemas dan teratur sentiasa di rosakkan oleh Lukman. Selaku budak yang berumur 3 tahun, apalah yang dia tahu... Baginya semua adalah satu permainan.

Namun pada suatu hari, Si Ayah menelefon Si Ibu memberitahu yang ada kawan mereka yang baru balik dari Luar Negara ingin datang melawat mereka pada waktu petang. Si Ibu yang melihat rumah tunggang langgang di buat oleh Lukman, terus mengemas rumah tersebut dan pergi ke dapur membuat mee goreng untuk menjamu tetamu, Alangkah terkejutnya Si ibu apabila rumah yang baru dikemas tadi telah diselerakkan kembali oleh Lukman. Semua kertas-kertas bertaburan dan dinding diconteng-conteng. Mee yang dipegang untuk dihidangkan kepada pengunjung rumah tadi terlepas dari tangan dan bertaburan di lantai. Dengan keadaan yang sangat marah ibu Lukman memanggil nama Lukman dengan kuat sekali, Lukman tersentak dan dengan hati yang begitu takut kepada ibunya dia berlari ke luar rumah dan ibu lukman mengejar dari belakang. Selang seketika, terbunyi sesuatu yang menyentak hati seorang ibu....."DUMMM..." alangkah terperanjat si ibu melihat wajah kaku seorang budak di hadapan kereta yang sedang berhenti....Ibunya terus mendapatkan budak itu dan terus menghantar ke Hospital.... Didalam keadaan dia sedang memandu, terbayang-bayang satu persatu detik sebelum berlakunya kemalangan antara Lukman dengan sebuah kereta. Setelah sampai ke hospital, Dr terus merawat Lukman yang kritikal dan setelah lama dirawat Dr keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu bahawa Lukman tidak dapat diselamatkan. 

Si ibu balik kerumah bersama-sama dengan jenazah dan melihat rumah nya yang telah dikemas oleh jiran-jiran untuk menyambut jenazah. Hatinya tersentak lagi bila melihat masih ada lukisan terakhir anaknya didinding yang masih belum dicuci. Setelah semua selesai pengebumian anaknya, dan seorang orang kembali kerumah masing-masing, si ibu perlahan-lahan ke dapur dan mencari kertas yang dikoyakkan oleh Lukman. dan mengutip satu persatu dan ditaburkan ke ruang tamu ditempat yang biasa Lukman bermain. Si ayah pelik melihat gelagat si ibu dan bertanya kenapa berbuat demikian, si Ibu menjawab :
Selama ini aku tidak pernah sedar bahawa Cebisan kertas yang dibuat Lukman dan Lukisan dinding ini adalah merupakan seni dan hiasan yang paling indah yang pernah ada didalam hidup aku, Bagaiamana aku boleh terlepas pandang dan memarahinya sehingga timbul kecelakaan didalam keluarga kita." 
Menangis si ibu sambil menaburkan cebisan kertas-kertas tersebut..."

Begitulah kisah yang aku dengar sebelum ini, ketika aku menaip ini aku masih lagi menangis kerana aku terbayangkan situasi yang berlaku. Mungkin tidak menusuk ke kalbu saudara saudari kerana ku bukanlah pencerita yang baik, namun ingatlah bahawa berfikir sebelum bertindak dan kawal lah kemarahan kamu kerana kemarahan biasanya berakhir dengan kecelakaan.

Tuesday, January 18, 2011

Minta Maaf...

Harap maaf la kekawan yang sudi menyinggah di blog teratak buruk ni...Bukan apa byk benda yang hendak dikongsi bersama tetapi aku xsempat nak menulis dan berkongsi cerita-cerita buat 2-3 hari ni. Bukan apa, sibuk dengan assignment yang bertimbun terutama Study Case Mydin Holdings Bhd tu. Nanti dah agak clear sedikit hidup aku, aku berkongsi cerita lagi dengan korang suma...ni pon curi masa sedikit tok hupdate teratak buruk aku ni... K la sesapa yang menyinggah tu bolehlah ringankan tgn korang tu menjadi follower aku ngan tinggal la komen sepatah dua kata dekat entri-entri yang korang minat tu. Nanti bila ada kesempatan masa aku dah k sedikit dengan hidup sebagai pekerja dan pelajar aku ni...aku akan jejak korang kembali InsyaAllah...

Saturday, January 15, 2011

Cubaan mendatang yang pertama....

Hari ini aku berjalan-jalan dating bersama sukeri & azleni ke MYDIN, Kubang Kerian. Mision kami adalah untuk collect the information about IT implementation in MYDIN. Before and after IT implementation. Korang taw pe jadi, kita orang amik sama 20 minit untuk berjumpa dengan incharge MYDIN, Mr Naidu dan dengan pertolongan beliau kami kena tunggu sampai hari isnin ini untuk berjumpa dengan IT manager dia dalam kul 2 petang. Terima kasih la Mr.Naidu sbb sanggup melayan kami ini yang datang senonong jew tanpa surat kebenaran dari UiTM dan tanpa appointment. Klu Mr Naidu xnak melayan kami pon xpe tadi sebenarnya...

Moral of the story, klu korang nak pergi jumpa sesapa, it better korang prepare semua yang korang perlukan dan buat appointment betul2. Klu setakat korang datang terjah mcm RAMBO korang dapat penat je nanti. Tetapi kami puji akan pengurusan MYDIN baik kakitangan bawahan dan atasan. Sanggup meluangkan masa dengan kami untuk buat research yang xseberapa ini dan memberi bantuan kepada kami. Tanpa bantuan mereka kerja kami tidak mampu untuk dibuat dengan sebaik mungkin. TAHNIAH kepada PENGURUSAN MYDIN KUBANG KERIAN.

Friday, January 14, 2011

SAMA KE XSAMA?

Ari ni entri yang ntah apa2...saje je nak update suka2... Aku sebenarnya dah xupdate 2-3 ari dah...ada sebab aku xsempat nak update...assignment bertimbun....Nak kena cari pasal MYDIN, survey MYDIN esok, Nak kena jupe MYDIN IT Department lagi, HR MYDIN pergh.... Pastu nak kena karang artikel pasal MYDIN dalam bahasa Enggeris lak huhhuhu...Minima dalam 12 muka surat....aku ni dah la bahasa inggeris tinggi aku belajar dulu...Orang ckp aku faham, bila aku balas balik percakapan diorang...diorang xpaham hehehe... Pastu aku kena wat Persiapan report untuk sistem lagi, tu satu haram pe aku xsentuh pon lagi.....Pastu assignment pasal cahpter 9, "The Project human resources", aku pon xpaham benda pe la benda tu...Nak taip tapi xbagi buat lagi, nak buat kena call lect dulu nanti dia bg guide line, tapi nak buat pe sebenarnya pon aku xtaw... korang taw ke apa yang aku kena wat ni huhuhu.... Pastu last sekali setakat ni pasal pasal artikel review tentang record management (archive)...ni pon satu hal lagi ni...aku pon xtaw bila aku nak wat artikel review ni....

Sebenarnya tajuk entri kat atas tu pasal benda aku nak tunjuk ni tu je....xde kena mengena pon dengan hal2 diatas...jangan marah aaaa.... sama x gambar aku dengan kasim selamat???? Hehehe




Amacam...hensem x aku bersama OtoSeksefon aku itu..baru belajar main....tiup pon xberapa pandai lagi...


Monday, January 10, 2011

Simati mentalqinkan Sihidup...

Pelik kan bila tgk tajuk tu... Gambar di sebelah diambil dari http://ceritaabi.blogspot.com/. Kisah ini amat menyentuh hati sekiranya kita menghayati betul-betul dan bagi aku sebenarnya kita sudah terlalu alpa dengan kehidupan sekarang sehingga lupa akan kehidupan akhirat... Bacalah kisah ini sejenak :

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi sahabatnya dan menjawabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk untuk mentalqin, aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yang mati (hati yang mati) mentalqin org yang hidup (hati yang hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan org yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati. (Hadis Riwayat Bukhari)

Bagaimanakah anda sekalian, adakah kita sentiasa ingat dengan Allah, atau hanya ketika menimpa musibah sahaja. Adakah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi atau kita megah dengan apa yang kita perolehi...Bagi diri aku sendiri, aku dahulu biasanya sentiasa megah dengan apa yang aku ada, dan dengki dengan apa yang orang lain ada... Bila ditimpa musibah, aku akan berkata "Kenapa Allah bg aku ujian sebegini"... Bila aku berjaya, aku akan berkata "Aku berjaya kerana aku pandai, aku hebat, aku berilmu".... Huh betapa takburnya aku berkata-kata... Sebenarnya hati ini telah mati....Mati dari mengingati Allah ketika berjaya....Aku bertaubat padaMu Yaa...Allah...

Sekadar berkongsi Ilmu pengetahuan & Muhasabah Diri.....

Sunday, January 9, 2011

Bersangka Baik...

Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan tentang bersangka baik... Bila bercerita hal-hal mcm ni biasanya ramai  yang xpuas hati, ye la mcm ne nak bersangka baik klu mmg dia perangai buruk kan...Tapi takkan semuamya buruk, kekadang sebelum menghakimi orang lain kita perlu mengadili diri kita...Sempurnakah kita? Aku teringat satu hal dulu sewaktu aku bekerja dan berkata-kata dengan member aku, aku pernah bersangka buruk dengan rakan sekerja aku...apa jadi selepas itu, rakan aku tu yang tolong aku balik ketika aku ada masalah...xke malu muka time tu... Lepas pada tu, aku nekad xkan bersangka buruk dengan orang lain dah. 

Cuba hayati kisah ni :

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dalam Masjidil Haram dan aku melihat seorang fakir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dalam hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba-tiba dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(Al-Baqarah: 235) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan" (As-Syura: 25) Kemudian dia hilang begitu sahaja dari pandangan.


Ulasan: Firman Allah "Hai orang-orang beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."(Al-Hujarat: 12)
 
dari Firman Allah tersebut ternyata dengan bersangka buruk ni boleh memberi dosa. Takde sebab nak bersangka buruk pon... Klu bersangka baik tentu ramai yang suka kat kita kan...Nak-nak kita ni baik, lagi orang baik dengan kita... xkira la dia tu Datuk Seri ke, Dato' ke, Pensyarah, Guru, Bos Besar, Bos Kecik, Juruteknik, PAR, Kerani ,Blogger even Cleaner or "pengampu" sekali pon bersangka baik lah....Xrugi kan?

Sedekah 1 Diganti 10

Assalamualaikum....

Hari ini saya terpanggil untuk bercerita hal kemasyarakatan pulak...Sebelum saya bercerita tentang gambar disebelah, Saya teringat akan program wife saya untuk membantu ibu-ibu tunggal di Kampung Selisik,Hulu Bernam seramai 50 orang pada 15 Jan 2011 ini. Program ini memerlukan sumbangan ikhlas dari semua insan yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan program ini. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, anda bolehlah menghubungi Pn. Shuhaida Mohamed (013-9399335) @ En. Shah Rullizan B Hj Mohd Tarmizi (013-4830425).

Erm...isu ibu tunggal tu dah habis dah, sekarang anda lihat gambar disebelah tu...Apakah anda boleh tafsirkan... bagi aku...Erm.....Sedih aku lihat. Menurut sumber yang aku perolehi, gambar ni diambil di Indon dan mereka sudah tidak mempunyai ibu dan bapa, abang yang memeluk adiknya itu yang mencari rezeki untuk sesuap makanan dan membesarkan adiknya... Erm, korang rasa la kan, bergunakah kita semua untuk hidup bersenang-lenang dimuka bumi ini sedangkan masih ada yang menderita seperti ini. Aku pasti ada yang akan jawab: "Aku senang sebab ilmu aku, orang berilmu akan hidup senang, pemalas belajar & pemalas usaha akan hidup susah selamanya..." Heh...mesti ada yang jawab mcm tu kan? Betul la apa dia cakap tu, itu bg orang mampu berusaha tetapi malas, yang ditakdirkan hidup susah pon ada jugak. Mcm gambar diatas, mcm ne? Mereka ini golongan yang patut ditolong oleh masyarakat. Jgn jadi mcm kisah Qarun yang takbur dengan ilmu dan kekayaan. Pernah aku ingt satu kisah tentang "Sedekah 1 Diganti 10":

Abu Jaafar bin Al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pada isteriku "Apa yang engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telur" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yang mengandungi telor. Aku bertanya kepada isteriku "Ada berapa telur?" Isteriku menjawab "30 biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yang datang hanya 30, macamana ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dari 4 yang diberi itu pecah.


Ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(
Al-Anam: 160)

Dengan kisah seperti diatas, anda semua masih lagi ke ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika anda melihat ada orang yang susah, janganlah ragu-ragu untuk menolong,bersangka-baiklah...sesungguhnya Allah itu Yang Maha Hebat Lagi Maha Mengetahui....

Entri bersangka baik untuk yang seterusnya....

Saturday, January 8, 2011

Penggunaan Astaghfirullah Al Azim dan MasyaAllah...

Tgh aku walkblogging suma yang aku follow blog sebelum ni...tetiba aku jupe la satu blog ni pengunaan perkataan yang salah bg aku rasanya...Aku cakap salah sebab dah ada orang tegur aku sebelum ni...aku taw ramai yang xtaw penggunaan 2 perkataan ini dengan betul...Ramai yang belasah sebut je mcm aku buat dulu...so sapa2 yang baca entri ni minta la tolong bg taw semua yang korang kenal yang selalu sebut salah time... 

Menegur dan menyampaikan ilmu yang baru dan orang tersebut guna ilmu tu dan menyampaikan kepada yang lain pergh...pahala banyak tu...Mcm business MLM tu...lagi ramai masuk lagi byk pahala...MLM dapat duit bila usaha..tu pon lom tentu dapat duit...pahala? Dah dijanji oleh Allah...ada mau pertikai lagi ke? Comfirm dapat...janji niat kena betul...kerana Allah...

Aku xcite lagi ni mcm ne penggunaan dia kan? Ok la baca ni :

1. Lailahaillallah : Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah...
   (mesti tambah yang layak disembah...kerana tuhan yang batil banyak)
2. Subhanallah : Maha suci Allah
3. Alhamdulillah : Segala pujian bagi Allah
4. Masya-Allah : Apa yang dikehendaki oleh Allah
   (perkataan ini selalu diucapkan juga untuk melahirkan takjub/rasa     respek atau seumpamanya kita pada sesuatu) 
5. Insya-Allah : jika dikehendaki oleh Allah 
   (sangat digalakkan mengucapkan perkataan ini dalam merancang sesuatu)
6. Jazakallah Khuhairan : Dikurniakan ke atas engkau oleh Allah kebaikan 
   (digunak untuk mengucapkan terima kasih)
7. Astaghfirullahalazim : 
   aku memohon pengampunan dari Allah Yang Maha Hebat  
8. Lahaulawalaquwataillabillah : tiada kehebatan dan kekuatan kecuali dengan Allah 
9. Innalillahiwainnailaihirooji'un : Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali

Dua perkataan ni yang selalu kita salah gunakan : 

MasyaAllah : digunakan pada apabila orang buat salah...salah tu...Kita kena guna perkataan MasyaAllah bila takjub terhadap sesuatu yang baik...Orang wat salah...kita bleh rasa takjub ke...betul x? 

Astaghfirullahalazim : Untuk kita gunakan apabila mellihat sesuatu yang kurang elok atau dosa dan terus memohon keampunan kepada Allah...So bila ada orang wat salah, guna la perkataan ni ok...

Aku harap korang tolong la sampaikan kepada orang lain pasal ni sbb kesian salah penggunaan leh jadi salah makna so takut bleh terpesong agama kowt nanti... so harap lepas ni xterjadi benda mcm ni dh dikalangan masyarakat kita...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...