Followers

Sunday, August 21, 2011

Pic with Gal Gadot....??

Korang kenal x Gal Gadot.. Seorang wanita mantop dalam The Fast Five a.k.a The Fast and Furious 5. Sebenarnya aku pon xkenal pompuan ni... tp member-member KYCC aku banyak bercerita pasal pompuan ini menyebabkan aku rasa sedikit tercabar dengan kata-kata mereka... So sebagai edisi balas dendam, aku pown menjalankan misi untuk mengedit gambar aku... dan masukkan untuk bergambar bersama dengan Gal Gadot. Wanita seksi...?? Yup mmg seksi pown, tp tu la.. dah nama minah salleh.. lantak la dia...bukan gambar betul dia cium aku bwahahaha... so aku tunjuk kat korang gambar aku guna untuk edit.... Aku pakai Photoshop CS je ni...


Hasil tambah 2 gambar ini maka terhasillah.. gambar seperti dibawah :


Kepada kekawan semua.... jgn marah ar.... sekadar bergurau.....

Saturday, August 20, 2011

Roh di Bulan Ramadhan


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan hal dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.Yang jelas jika anda tidak meneruskan dakwah ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.

Sunday, August 14, 2011

Resepi Begedil

Teringat lak semalam bila kakak ipar aku buat begedil best.... dapat makan... aku seronok-seronok jew tidow sbb aku kurang sihat sikit... tp aku wat jugak murtabak mini... xde la selaku begedil tu... mmg patut laku pown sbb sedap gilew wa ckp lu...
Gambar dia lebih kurang mcm ni :



Bahan-bahan ( 3 orang )


2 biji kentang

segenggam daging cincang ramly

daun sup dicincang halus

5 sudu besar bawang goreng

satu sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah

1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
1.kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2.setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3.kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4.setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
5.gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6.akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Niat jew... pon dapat pahala walaupon xmampu untuk dibuat

Lama dah xupdate blog ni..bukan apa... bosan la, pastu banyak hal yg lagi penting dari blog ni nak kena buat.. nak nak pulak dalam bulan puasa yg penuh mulia ni ada jew orang nak buat aku marah la..mcm-mcm... xpew la..sabar lagi bek dari marah-marah kan? Pape hal pon nak berkongsi dengan korang ilmu ni yg sempat aku amik dari FB. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam/tahajjud tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...