Followers

Tuesday, October 25, 2011

Minyak Wangi tanpa Alkohol

soalan dan jawapan adalah dipetik dari Buku "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab" dari penerbit PKS Islamika Sdn Bhd

Soalan : Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil air sembahyang. Apakah Solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?

Jawapan :
Sekiranyanya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang aisr sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu sebelum mengambil wuduk. Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk. Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

Sunday, October 23, 2011

Soalan Jawab Dalam Islam

Soalan Pertama :
Saya tidak dibenarkan berkahwin disebabkan teman saya adalah seorang warga asing dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Apakah Hukum tindakan keluarga saya itu?

Didalam Ceramah beliau "Soal Jawab 600 - Ustaz Azhar Idrus" ada menyatakan bahawa islam membenarkan untuk kita berkahwin berlainan bangsa asalkan ada cukup syarat iaitu ISLAM.Dalam bangsa melayu pun tidak sah akan nikah seseorang klu seseorang melayu itu bukan islam. Sebagai contoh : Melayu-ayah Pin, Melayu hina Nabi @ Al-Quran, Melayu - Murtad,sebab MELAYU adalah bangsa, bukan agama. Tp secara logiknya, didalam masyarakat kita sekarang melayu adalah Islam. Hakikat Melayu bukan Islam, Melayu = bangsa, Islam = Agama.

Didalam Islam, perkahwinan berlainan bangsa, tetapi sama agama adalah sah. Tetapi harus juga diingatkan juga yang didalam Islam terdapat rukun-rukun nikah yang perlu dipatuhi.

Apakah Rukun Nikah?
Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Kepada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan kena menawan hati seorang ayah, iaitu wali kepada seorang perempuan yang ingin dikahwinkan. Berkenan ini maksudnya dari segi agama dan akhlak. Klu berkenan atas sebab naik kereta besar, kaya, tetapi sembahyang xtahu, itu tidak boleh... Sebab seseorang itu langsung tidak takut dengan Allah S.W.T, orang yang tidak takut dengan Allah ini berani ke kita nak ambil duduk dengan kita.

Berkenan atau tidak sebenarnya terletak keatas wali. Wali yang sebenarnya ada kuasa untuk meletakkan kata setuju atau tidak. Sekiranya seorang ayah mencarikan calon yang sekufu @ sama padan dari segi kepandaian, umur, rupa paras, dengan seorang wanita tersebut ditambah pula baik agama dan akhlak, maka wali berhak untuk tidak mendapat persetujuan dari pihak perempuan terlebih dahulu. Namun adalah lebih baiklah mendapat persetujuan dari pengantin perempuan. Tetapi sekarang ini dunia kita terbalik sedikit yang mana Mak @ kaum ibu yang menentukan jadi atau tidak jadi sesuatu perkahwinan. Bapa, ibu akan suruh duduk diam dan dia yang akan membicarakan segala hal bab perkahwinan. Baik dari segi setuju menerima pinangan, hantaran, mas kawin dan sebagainya. Ini adalah bertentangan dengan ajaran islam. Berkenan atau tidak adalah hak seorang ayah, Mak jangan masuk campur, mak duduk senyap-senyap dekat dapur....

Dari segi hukum menghalang itu tidaklah salah dari hukum islam, kerana wali berhak menghalang perkahwinan sekiranya diatas sebab-sebab agama, sebagai contoh, sembahyang xtahu mcm mana, puasa pon xtahu puasa ke tidak... Sebagai seorang anak, wajib untuk kita melaksanakan perintah ibubapa kita. Ibubapa kita memelihara kita dari kecil sehingga dewasa, sakit demam dia xpernah cuai dalam menjaga kita, memenuhi keperluan dan kehendak kita, kita kenal seorang lelaki xsampai 3 tahun dah start nak derhaka. Lelaki tersebut jaga kita mcm mana besok pun kita xtahu lagi, setakat belanja makan nasi goreng ayam $3.50 sepinggan dah sibuk nak lari dengan lelaki tersebut di Siam berwalikan hakim. Kahwin di siam TIDAK SAH, sekiranya pasangan tersebut tahu dimana wali asal mereka berada. Sekiranya tidak mendapatkan persetujuan dari wali asal untuk mewakilkan kepada wali hakim, maka perkahwinan tersebut TIDAK SAH. Melainkan "si wali asal" berkeras tidak mahu mewalikan kepada perempuan ini diatas sebab tertentu yang mana boleh memudaratkan si pengantin perempuan, atau wali mahu kahwinkan dengan seorang penjenayah yang memang tahu kejahatan yang dibuat,maka hakim setempat boleh menghantar persetujuan mewakilkan kepada hakim di Thailand untuk dinikahkan pasangan tersebut. Baru SAH pasangan tersebut bernikah.

Jadi kepada wanita yang rasa menikah di Thailand tu selesai masalah, pikir2 kan lah, menikah anda tidak SAH maksudnya anda bersedudukan dengan pasangan anda. Jadi kalau orang tua tidak setuju xpayah la kecoh-kecoh nak lari rumah, bukan setakat dosa derhaka je boleh, berzina boleh, dosa putus hubungan keluarga lagi, banyak dosa dapat. Banyak lagi kumbang atas muka bumi ini... Sampai masa akan menikah la dia... Walaupun dia mati tidak bernikah... samapai masa akan menikah juga disyurga. Allah yang akan menikahkan dia di syurga kelak dengan Lelaki atau Wanita yang mati belum berkahwin di atas dunia ini... Sekian...

Ada Persoalan, pendapat@ komen sila tinggalkan suara-suara anda di ruangan komen disini... terima kasih.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...