Followers

Friday, March 2, 2012

Kelebihan Hari Jumaat الجمعة

Assalamualaikum

 Jumaat @ الجمعة

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang hari jumaat ini. Pembaca semua tahu atau tidak apa yang membezakan antara hari jumaat dengan hari-hari lain, Hari Jumaat merupakan adalah hari pernikahan antara Nabi Adam A.S dengan Siti Hawa seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah S.A.W.

Klu dilihat dari sudut perkataan itu sendiri, mengikut dari penceramah Ust yang memberi tazkirah sebentar tadi di Masjid Mukim Jelatang, Ahad bermaksud 1, Isnin bermaksud 2, Selasa bermaksud 3 dan seterusnya sehingga Jumaat = Jemaah iaitu berhimpun, Jumaat merupakan hari berlakunya kiamat dan kita semua akan dibangkitkan untuk dihitung untuk dimasukkan kedalam syurga atau neraka. Disitu kita akan dihimpunkan, Jumaat juga dikurniakan satu fardhu jumaat yang mana kita diwajibkan untuk bersembahyang di Masjid dimana kita umat islam akan dihimpunkan tidak kira tua muda miskin kaya. Jumaat atau malam jumaat juga adalah disunatkan untuk dilakukan majlis pernikahan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, Majlis nikah kahwin juga merupakan satu majlis menghimpunkan saudara mara sahabat handai jiran tetangga sekalian.

Hari jumaat juga dikatakan merupakan hari yang paling baik dibuat amal ibadat sunat dimana ianya adalah untuk memenuhi tuntutan hak-hak amalan kita seharian. Amalan-amalan seperti Puasa, sembahyang, zakat, membaca Al-quran ada hak-hak mereka yang mana mereka akan menuntut dari kita di hari akhirat kelak. Apakah hak-hak tersebut?

Amalan Yang Wajib dilakukan Amalan tambahan yang memenuhi tuntutan Amalan yang wajib
Sembahyang Fardhu 12 rakaat sembahyang sunat setiap hari
Puasa di Bulan Ramadhan 3 hari puasa setiap bulan
Pembacaan Al-Quran 100 ayat Setiap hari
Zakat Amalan bersedekah sehingga tangan kiri tidak mengetahui akan amalan tangan kanan yang bersedekah

Dengan memenuhi tuntutan amalan wajib ini, doa kita akan lebih diterima oleh Allah S.W.T. Ada sesetengah ulama menyatakan bahawa pada hari Jumaat adalah dimana hari Allah S.W.T akan menerima dan memperkenankan segala doa dan begitu besarlah hari Jumaat ini sebenarnya kepada manusia.

Jadi... pada pendapat penulis, adalah lebih baiklah pemerintah menukar akan cuti mingguan dari hari Ahad kepada hari JUMAAT supaya umat islam khasnya dapat membuat ibadat dengan lebih baik bagi memenuhi makna JUMAAT itu sendiri... Ahad merupakan adalah hari beribadat bagi kaum kafir terutama kristian. Kenapa kita selaku negara yang mendokong ISLAM sebagai agama rasmi memberi ruang kepada Kaum Kafir ini beribadat sedangkan UMAT ISLAM sendiri perlu bekerja dihari JUMAAT. sayangkan?  Benar, semua ini terletak pada hati, klu diberi peluang pun, sedangkan hati belum mahu untuk beribadat sama juga, tapi klu tidak diberi peluang... langsung tiada peluang kan? Jadi Ahad kepada Jumaat adalah lebih baik kan?

Wallahua'lam.... Penulis memohon maaf sekiranya ada salah dari penulisan ini dan yang baik semua nya datang dari Allah dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri...
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...