Followers

Thursday, January 28, 2016

Zenfone 2 Laser



Assalamualaikum...
Zenfone 2 Laser keluaran snsv ... Dulu aku mmg xsuka dengan keluaran ni.. Dia mmg popular dengan Laptop tetapi telefon ?? What the Fish.... Aku pon pergi kepada Smart Phone Lenovo A850 tetapi malangnya sekarang dengan Internal Memory 2GB Ram 1GB kemudian dengan mudah Hang selepas bermain COC & Whats Up Bro, telefon tu sudah xmampu cacth up dengan penggunaan ku... Hayatnya habis dengan membunuh diri didepan mata ku dengan tidak mahu menerima charging lagi...

Kekecewaan aku di tebus setelah aku telah dirasuk dan di goda oleh Uddin the Minato's acc yang masa tu dia menggunakan smartphone snsv Zenfone 5. Dia kata dengan tidak pernah berlaku hang pada telefonnya aku tergoda dengan kata-katanya...

Aku terus pergi mencari jenama snsv dan tertarik dengan Zenfone 2 Laser nih... Okey Dokey... Jom tgk apa yang aku nak cakap tentang ini... Aku bukan duta Zenfone jadi aku akan cerita baik buruk dari segi PANDANGAN AKU... Diingatkan sekali lagi ini adalah dari sudut pandangan aku.

Kebaikan :

Camera Belakang 13Mp Depan 5Mp... 
Untuk selpiaq bagi aku yang xpakar ni aku rasa dah cukup kot  5Mp untuk aku sekeluarga berselpiaq nanti...

Laser Shot, Malam clear beb klu amik gambor tanpa flash pon. 
Dengan bantuan sedikit cahaya la... klu tempat gelap gelemat tok napok go skaro mu igat dengan 360Mp pong xnapok ugop boh hahaha (maaf berkecek luai sekejap)

dari segi kecekapan untuk "HANG" setakat ni xde lagi... 

Internet?? 
Aku menggunakan ALTEL sebagai medium... Okey ini ada sedikit masalah kadang-kadang dia searching Internet Line... tapi aku xtahu sebab ALTEL atau sebab phone... Dia support 4G LTE.. tp yang aku dia kuar H+ je... aku xtahu yang ini salah sapa.. masa aku guna A850 dulu pon dia kuar H+ tetapi xde lak selalu searching je line.. kadang-kadang putus terus... 

H+ ini yang aku faham dia support High Speed Connection for 3G... 4G LTE pulak lain... sepatut dia kuar simbol 4G... tapi aku ignore sbb aku nak kena periksa dulu nanti aku bagitaw lain dalam entri seterusnya.

16Gb Internal Memory support 128Gb External Memory...
Keperluan aku memerlukan space yang agak besar... Jadi 16Gb agak besar untuk aku kot??

Android baru...5.0.2
Apa yang best dengan android baru?? Okey dulu masa aku pakai kitkat version 4, orang call aku masa aku men COC, COC aku terus akan keluar dan perlu jawab call dulu... Skunk ni semua naik dekat atas tu ja... xkacau app pon... Ini menarik minat aku jugak...

Screen Shot
Haa ... ini pon aku suka jugak... Contoh dulu kita nak buat screenshot kita kena tekan butang power + volume serentak kan ?? Kini tidak perlu lagi semua di screen ja,,, selagi screen xpecah haaa guna la sepuas hati anda...

Unlock Screen... 
dulu klu nak unlock screen kena tekan butang power kan.. Sekarang anda cuma perlu tekan 2 kali pada screen .. then ini dapat menyelamatkan butang power button anda... oooo Yeah.....

Battery 2600 mAH
Nampak kecik kan.. setakat ni klu aku bateri full pada waktu pagi, aku men COC, buka sekejap-sekejap tapi kerap.. Intenet ALTEL sentiasa ON. Whatsap sentiasa masuk,,, Facebook Notification sentiasa masuk battery bertahan sehingga jam 11-12 Malam.... So masih menepati dengan aku....

Yang aku xsuka :

Zenfone ni dia sentiasa update software... klu xupdate xleh buka... yang tu je aku menyampah setakat ni... Lain-lain Alhamdulillah.... aku masih menyukai walaupun aku baru pakai 2 hari... Jika aku ada yang terbaru aku jumpa nnt akan aku update pada entri yang lain.

Sekian...






Pakar Industri Negara : Telekomunikasi
Free Lance Trainer In Communication
Al-Fatih Solution
Juruteknik Komputer UiTM Perak Caw. Seri Iskandar

Thursday, January 21, 2016

Tiada Istilah Terlambat...


Sumber : Google

Sudah terlambat... Itu yang selalu diperkatakan oleh orang kepada kita, penulis juga sentiasa mendengar perkataan ini... Sebenarnya tiada istilah terlambat didalam dunia ini, setiap apa yang kita hendak lakukan, perlu lakukan, lakukan lah sekarang kerana ada bahagian kita didalam setiap perlakuan kita... 

Nabi pernah mengajar kita tentang ini dimana kata Nabi S.A.W "Jika esok pasti berlaku kiamat dan ditangan kamu ada sebiji benih, maka tanam lah benih itu..." Ini menunjukkan bahawa kita lakukan sahaja apa yang perlu kita lakukan dihari ini walaupun kita tahu esok sudah tiada hari utk kita lagi. 

Penulis sekarang ini cuba untuk melibatkan diri didalam dunia mengajar, cuba untuk menyediakan sebuah pusat latihan komputer bagi masyarakat khasnya melayu untuk menerokai bidang komputer secara profesional terutama kepada mereka yang belajar di pusat - pusat kemahiran seperti ILP, Politeknik dan lain-lain pusat kemahiran. 

Penulis pernah merasakan sudah terlambat lagi penulis menerokai perkara-perkara seperti ini dizaman yang penuh mencabar namun, diatas kata-kata Ustz Don hari ini, penulis kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita penulis. InsyaAllah jika diberikan kekuatan dan kesempatan pada 30-31 Jan 2016 ini penulis akan menyertai sebuah kursus INDUKSI utk Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi merealisasikan hasrat penulis. 

Jika kita ingin melihat kita di masa hadapan, kita harus melihat apa tindakan kita sekarang.... 
Lihat kata-kata Master Oogway :-



Jadi inilah motivasi semangat kepada penulis hari ini, Harap apa yang penulis rancang dan lakukan mendapat berkat dari Allah S.W.T dan terus maju kehadapan InsyaAllah.. Harap pembaca mendoakan apa yang penulis rancang dimakbulkan oleh Allah S.W.T Aminnn...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...