Followers

Tuesday, July 13, 2010

Kempen Berilah Peluang Untuk Hidup


Anjuran : Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan
Hal : Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak atau berumur kurang daripada 18 tahun. Mengikut template yang diberi oleh En.Hamka(a.k.a PokKa di laman sosial Facebook) selaku orang kuat di kaunter perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan, Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis:

1. Penderaan Fizikal kanak-kanak
2. Penderaan Emosi/mental kanak-kanak
3. Penderaan seksual kanak-kanak

Penderaan fizikal kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang amat tidak berperikemanusiaan. Pendera tersebut mungkin mengalami masalah mental ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. Penderaan sebegini amat tidak diterima oleh masyarakat walaupun dengan tujuan menyakiti kanak-kanak tersebut agar kanak-kanak tersebut patuh.

Penderaan Emosi / Mental Kanak-kanak

Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikaldan mental dikalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Pada masa kini, 5 kategori sikap tingkah laku buruk ibubapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :

1. Penolakan

2. Pengasingan

3. Menakutkan

4. Sikap tidak peduli

5. Sikap merasuah fikiran


Penderaan Seksual Kanak-kanak

Merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunyahubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Berikut adalah institusi yang boleh dirujuk :
Rumah Kanak-Kanak (RKK)
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

  • Rumah Tengku Ampuan Fatimah Kuantan.

Asrama Akhlak

  • Asrama Rusila, Marang, Terengganu (Lelaki)

  • Asrama Kampung Pandan, Kuala Lumpur (Perempuan)

Sekolah Tunas Bakti (STB)

  • STB Marang, Terengganu

  • STB Jerantut, Pahang

Taman Seri Puteri (TSP)

  • Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak

  • Rumah Sinar Kasih Batu Gajah, Perak

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...