Followers

Saturday, August 28, 2010

Gambar Anakku Editing...cover


Gambar bagi percubaan pertama editing untuk cover magazine...Untuk yang seterusnya akan di publish kemudian terima kasih...

Monday, August 23, 2010

Window 8

Windows 8
info mengenai window 8:

Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini :

· Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.

· Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.

· Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.

· Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.

· Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.

Bermula Kembali

Minta maaf kepada semua yang mengikut perkembangan kaishuhaikal.blogspot.com ni...Dah lama rasanya aku xupdate dengan cerita2 yang menarik. Aku rasa pon dah lama aku membisu diam seribu bahasa. Bukan apa aku terlalu sibuk dengan sesuatu yang kurang pasti. Aku tidak sibuk dengan kerja atau apa tetapi aku sibuk dengan keadaan diriku yang tidak diurus dengan baik aku rasa. Aku xmampu untuk mengasingkan mana yang penting atau yang tidak penting dalam diri aku ini. Aku terlalu alpa dengan keseronokan semasa dan tidak menghiraukan apa2 pon. Aku rasa aku dah terlalu jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya terjadi. Adakah ini yang terbaik buat aku....apakah ini yang ditakdirkan untuk aku...Huh salah sebenarnya apa yang aku berfikir...takdir itu terhasil dari apa yang kita usahakan. Takdir yang ditentukan berdasar apa yang selalu kita kerjakan...Masakan kita diajar untuk terus berusaha klu takdir sudah menentukan segala. Takdir ini bagi aku ada 2 keadaan dimana usaha dilakukan namun ianya masih tidak dapat diubah seperti mati, hidup, rezeki....namun bagaimana kita mati, rezeki bagaimana kita dapat, hidup bagaimana yang dipilih merempat atau tetap berdasar pada usaha kita. Sbb itu tuhan sudah berfirman yang mana "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha mengubahnya".... Erm marilah kita berfikir sejenak dan muhasabah diri kita agar tidak terlanjur dalam kehidupan kita ini. InsyaAllah....

Daripada
KaiShu_HaiKaL N Aliah Aisyah 

Tuesday, August 17, 2010

CTU Titas 553

Informasi kepada semua pelajar PLK Titas CTU 553 bagi sesi Julai-Nov 2010 , Assignment anda hendaklah dibuat dalam group antara 3-4 orang dalam satu group dan perlu dibentangkan. Tajuk anda adalah bebas dan mestilah berdasarkan tajuk yang ada didalam buku Teks TITAS Modul hubungan Etnik. Untuk lebih memudahkan anda supaya mendapat maklumat tentang CTU 553 dari masa ke semasa anda dinasihatkan untuk join Yahoo group Titas_553ctu yang mana telah disediakan dikiri web pages ini bagi memudahkan untuk disampaikan maklumat dari masa ke semasa. Harap Maklum.

Email titas group : titas_553ctu@yahoogroups.com

Sekian Terima Kasih....
p/s : tolong support blog ni sama klu rajin...jadilah follower dan isi lah Guest book tu tanda sokongan anda terima kasih....
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...