Followers

Monday, March 28, 2011

Permainan Gelak Ketawa di malam hari

Malam ini aku nak berkongsi gelak dengan korang, kita cuba permainan ini dan tgk apakah hasilnya...sebagai contoh : hari jadi aku 9 Julai dan aku pakai kaler biru - so hasil dari pilihan dibawah adalah seperti berikut : Aku menari dengan driver bas sebab aku tak tahan.... so korang punya birthday pulak mcm ne...ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... sila post komen anda untuk sama-sama bergelak tawa...

Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari lahir anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Sumber : http://mysatriaclub.com/

Sunday, March 27, 2011

Satria Aku...

Hari ini aku dah habiskan duit aku sebanyak RM 165.00 sbb dia punya wiring sportlight ngan signal aku down. Pada asalnyer 2 benda tu je la,pastu godek tu sikit godek ni sikit dah jadi 95 ringgit. pastu aku pulak wat gila pasang ngan piping air filter dah tambah lagi 50 hinggit...Aircond ngan panel lamp aku plak prob. dah kena godek lagi, buat suma dah ok, lampu aku prob. Last sekali cina tu cakap wiring aku ada prob, sebab dulu auto aku g wat manual. Aku cakap xkisah la, janji ekon ngan lampu aku jalan balik. yang tu aku datang dengan xrosak so korang kena betulkan balik. so dia wat la dengan sungguh2 sebab aku dah bengang kan. Last2 jadi suma sekali dan masalah aku selesai. Dalam perjalanan pulak tadi, lampu spotlight aku xnyala balik...bengang betui. bila aku check memang wiring aku problem, nak betulkan wiring balik dalam 100++ jugak. Malas la aku nak betulkan..esk aku modified je la pape yang patut dekat kedai saberi Mok.Adoiyaiiii...

Sunday, March 20, 2011

updated in kycc blog....

Terbaru di Blog http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ (KYCC). Layari untuk keterangan lebih lanjut.

Monday, March 14, 2011

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

Assalamualaikum

Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 3
2 ,so now secret no adalah 3.



Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14 32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1 4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..
 

Monday, March 7, 2011

Memohon Maaf...

Saya memohon maaf kepada semua yang rajin melawat blog ini...blog ini dah lama berusang kerana saya sekarang telah sibuk dengan blog baru, iaitu blog kelab kereta yang baru ditubuhkan di Kelantan. Kelab ini menghimpun semua jenis kereta dan sekarang ini dalam usaha mengembangkan kewujudan kelab ini maka saya akan sibuk sikit dengan blog tersebut. Sekiranya anda yang datang melawat ke blog ini dan anda berada dikelantan, anda berminat dengan kereta dan ingin menyertai kelab ini anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda berminat anda boleh la email kepada saya no telefon anda kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin insyaAllah di alamat email : khairil_157@yahoo.com / PM saya di FB : Khairil Mysat. Sekiranya anda ingin melihat aktiviti yg dijalankan di kelab ini anda boleh layari : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/ Terima Kasih.
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...