Followers

Monday, August 26, 2019

Perjalanan As Motovlogger

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kali ni dalam teratak Kaishuhaikal @lebih dikenali as PaktuaDCM di youtube Channel. Kenapa orang panggil Pak Tua ? Erm.. yang tu xpenting sangat kot, nama jer... ada kisah dia.. nnt lah aku cerita di lain entry... 

Kali ni aku nak mencerita kan perjalanan aku as a Motovlogger x bertauliah ni... Aku mulakan diri aku sebagai motovlogger atau aktif as motovlogger ni dalam masa setahun ni kot.. kalau xsilap lah. Sebelum ni aku buka youtube channel aku untuk aku simpan kenangan aku bermain gitar bersama teman-teman aku. Nak tgk ? haaa.. tgk kat sini >>>








Haaa... ini lah antara yang aku ngan member-member aku dulu cover... tapi sekarang x lagi dah... Diorang pon sekarang dah xterlibat dalam musik ni semua tinggal aku ngan qimie ja... biasa lah kan dalam sebuah band sampai satu masa akan berpecah juga kan... bukan gaduh tetapi dia hilang dengan sendiri.. Aku ngan qimie masih bergiat lagi dalam aktiviti music nih bersama Enco busker tetapi kami tidak selalu rakam. Jadi aku xde lah masukkan dalam youtube nih dah.

Lagi pon Enco busker nih semua geng-geng pro yang main.. aku tak dapat polo sangat cara diorang men sebab aku noob lagi dalam bidang music nih. Rasa diri nih kerdil jika nak banding dengan diorang. Bila diorang men aku lebih seronok nak dengar dari nak main hahaha...

ni gambar latest event Busker di Desa Chemor Makmur Fasa 2 & Sahabat DCMF2 >>>









Jadi inilah channel youtube aku pada awal pembikinan channel aku... kemudian aku membeli kuda liar aku sekitar 2 tahun lepas. Fzian's, itu nama aku berikan pada kuda liar aku nih... ada yang panggil Fauziah, ada yang panggil Fazura, tapi aku gelar kuda liar aku Fzian's. Ni gambar Fzian's aku ni pada 2 tahun lepas... Lepas aku beli terus upgrade atau modi bodypart aku sebab nak ke terengganu punya pasal ... Gathering Fz dan R15 pada masa tu... 


Gambar ni diambil sekitar Lembah Kuala Kangsar


Bersama kawan rapat aku Mr. Qimie Scada


Ni lah rupa motor aku 2 tahun lepas... lepas 2 tahun pon macam ni juga rupenyer... hahahaha

OKeylah... aku ingt setakat ini sahaja dulu aku menulis pasal aku dan dengan permulaan kisah motovlogger... nnt aku update lagi tentang video-video yang aku buat lepas aku bergiat as motovlogger ... hehehehe... adios... 

Subscribe Gais Youtube Channel aku :






Saturday, August 17, 2019

Blogger atau Motovlog ??

Assalamulaikum...

Dah lama penulis tidak menjenguk laman blog penulis nih... Maklum lah penulis dah mula terlibat secara tidak serius dengan Motovlog sekarang ni kan...  Editing video nih memang memenatkan... Mana nak rakam lagi dengan dan edit lagi, nak rancang lagi, tu xkira dengan penulis nak berlakon lagi... ada yang kena berlakon bila wat motovlog nih... rakam xjadi, footage hilang haihhhh... Last penulis update blog penulis nih Jan 2016 ... Sekarang nih dah tahun 2019... August .. Dah 3 tahun berlalu rupenye tinggal dunia penulisan nih... 

Motovlogger 

Motovlogger ni adalah seorang vlogger yang merakam video diatas motor kebiasaannya... tetapi dia juga tidak mewajibkan untuk sentiasa bercakap diatas motor. Tetapi dunia dia banyak berkisar diatas motor dan juga hal-hal berkaitan dengan motosikal. Tak kisah lah baiki motor ke, modified moto ke, review moto ke, event moto ke... apa-pa je lah berkaitan dengan moto... review tayar moto, block head piston semua boleh...

Lawat sini >>>  https://www.youtube.com/c/PakTuaDCM (Channel penulis)
Please subscribe Gais....
Good things Come to those who subscribe my Channel

Penulis membeli sebuah motosikal Yamaha Fz-150i (Fzian) pada tahun 2017 hujung February. Penulis sejak dulu minat dengan moto bertangki sejak penulis menaiki sebuah TZM sepupu penulis pada tahun 1998-1999 lagi. dari situ minat penulis timbul untuk memiliki sebuah moto bertangki dihadapan seperti TZM ini. Jadi pada tahun 2017, moto penulis telah mengalami kerosakan kali ke -5 dan membuatkan penulis terus membeli sebuah motor baru iaitu Fzian...


Ni moto sewaktu dengan member-member aku


Waktu ni kira dah hampir 3 bulan rasanya pakai... dah buat beberapa modifikasi dah dibuat... Nanti Entri lain (mungkin tentang ride) akan dibuat dari masa ke semasa insyaAllah ... Kebanyakan yang terbaru akan dibuat didalam youtube... So jangan lupa untuk 



Terima Kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...