Baru-baru ni computer library UiTM telah diserang malware yang menyebabkan All Programs dan Hard Drive hilang dan juga tertera perkataan “VIRUS ALERT” pada tray bar. Saya syak malware datang dari Download. Tiba-tiba sahaja keluar popup message menyuruh kita untuk scan virus secara online dan menyuruh untuk download perisian antivirus dan antispyware yang ditawarkannya. Jangan sekali-kali percaya dengan mesej-mesej begitu.
Lihatlah screenshot di atas akibat daripada malware durjana:
Lihatlah screenshot di atas akibat daripada malware durjana:
Jika anda pun mengalami masalah yang sama, jangan bimbang. Saya and the geng (En.Nurubaha Salleh dan juga En.Hairi Hassan selaku ketua virus UiTM Kelantan) telah jumpa cara penyelesaiannya. Yang penting, anda mempunyai perisian antivirus yang telah diupdate dan juga perisian TuneUp Utilities (Kapersky adalah terbaik setakat ini).
Mengembalikan Icon Hard Drive
Disconnect dari Internet segera kerana malware jenis ini menyerang komputer anda secara bertubi-tubi. Kemudian, scan komputer anda dengan perisian antivirus dan antispyware. Walaupun anda telah delete bersih segala malware durjana tersebut, namun kesannya masih tertinggal. Caranya adalah dengan mengembalikan apa yang hilang secara manual.
Jangan panik bila anda buka My Computer dan kesemua hard drive anda telah hilang. Sebenarnya ia tidak ke mana, cuma ianya telah menjadi hidden. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan perisian TuneUp Utilities. Ikut langkah seperti di bawah:
- TuneUp Utilities > Customize Windows > Adjust System Appearance
- Folder Options > Pergi ke tab Advanced > klik Settings pada My Computer
- Pada tab Drive Icons, tick pada Drive yang anda inginkan. Ataupun klik je pada Select Existing Drives.
Langkah di atas adalah berpandukan kepada TuneUp Utilities 2008
Membuang VIRUS ALERT pada tray bar
Hanya ikut langkah seperti berikut untuk delete perkataan “VIRUS ALERT” (atau perkataan lain).
- Start > Run > taip regedit
- HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\International
- Double click pada sTimeFormat dan kemudian delete “VIRUS ALERT” pada Value Data.
Restart
Mengembalikan item pada Start Menu
- Klik kanan mouse pada Start button dan pilih Properties.
- Pergi ke tab Start Menu dan kemudian klik pada Customize.
- Klik pada tab Advanced.
- Pada bahagian Start menu items, tick menu yang anda rasakan perlu seperti Control Panel, Search, Run command dan sebagainya.
Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Jangan rasa takut untuk mencuba. Ianya tidak berbahaya untuk merosakkan sistem komputer anda. Tapi jangan gatal-gatal tangan nak cuba-cuba ubah setting yang lain. Saya tak jamin apa-apa Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment