Followers

Saturday, March 27, 2010

Kisah aku...

Hari ini aku banyak menghabiskan masa aku didepan komputer & internet. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari namun aku masih lagi memetik keyboard dengan perlahan-lahan. Aku tetiba teringat dengan satria merah aku yang masih belum dibawa ke bengkel. Aku melayari website berkenaan dengan satria club dan ternyata hampa. tiada satu pon yang menceritakan tentang satria kelantan. Aku memasang angan2 untuk menubuhkan club satria bergabung dengan YOSATO dan YOSMOC. Mungkin aku boleh menjadi perintis membuka club satria kelantan. Aku cuba mencari bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli MYSAT. Borang sudah ku download namun alamat untuk mendaftar dan menghantar borang tiada. aku menelefon seorang anggota MYSAT dan mendapatkan maklumat daripada beliau, beliau memberikan kepadaku no telefon mr president dan tanpa membuang masa aku terus menghantar borang tersebut...aku mengharapkan supaya borang tu sampai dan aku menjadi ahli yang berdaftar. Masalah sekarang tiada wakil yang lama yang berada dikelantan yang boleh aku hubungi, aku mengharapkan supaya ada event di kelantan dan aku boleh menyertai mereka. mungkin disuatu hari nanti aku boleh bergiat bersama mereka. InsyaAllah....


MYSAT diHatiku...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...