Followers

Wednesday, June 2, 2010

Kemajuan Sekolah atau Hubungan Keluarga...

Hari ini aku xpuas hati dengan sebuah sekolah.. Apa tidaknya,sekolah tu tetiba je mengajar kelas tambahan time cuti sekolah.. Apa yang aku bengang sekali kenapa waktu cuti sekolah yang mesti dibuat kelas tambahan. Sekolah tu sekolah berasrama penuh dan bebudak sentiasa akan ada kelas prep di waktu petang... Kenapa nak mesti ganggu waktu cuti sekolah. Aku nyaris2 xcident 2 kali kerana asik memikirkan hal ini sahaja. Aku menjadi gangguan emosi bila fikir hal ini dan ini sahaja aku dapat lepas kan untuk menghilangkan tekanan dalam perasaan aku tu. Esok aku kena berjalan jauh lagi.
Aku dapat mengagak ini mesti ada kena-mengena dengan prestasi sekolah yang kononnya kena dijaga...Alasan yang akan diberikan sudah semestinya pelajaran adalah perkara terpenting didalam kehidupan kerana ianya akan menjamin masa depan hidup...c'mon la... Jgn la pikir sebelah pihak jer. Klu pikir pasal reputasi sekolah je mmg la korang betul. Sapa yang nafi pelajaran penting dalam kehidupan. Tapi harus juga diingat bahawa kekeluargaan juga penting. Budak yang duduk diasrama,harus mempunyai masa juga dengan keluarga. Bersosial dengan keluarga adalah satu ibadah yang dituntut didalam agama.
Guru juga mempunyai keluarga, ada yang berkahwin jarak jauh demi tugas dan mencari rezeki. Peluang bersama keluarga agak terhad berbanding dengan yang duduk bersama. Andai duduk bersama,kemungkinan anak2 mereka berada jauh di sekolah atau kolej. Hanya dengan cuti sahaja mereka dapat bersosial dengan keluarga. Andai perkara seperti ini belaku sentiasa...bila agaknya kita dapat bersosial dengan keluarga apatah lagi masyarakat.
Kita sering berkata-kata di kedai kopi bahawa remaja sekarang begitu ramai rosak akhlak... punca sudah pasti mereka akan saling tuduh menuduh...sekolah dan ibubapa. Rempit, dadah bohsia dan gejala2 lain terjadi semua adalah disebabkan kekurangan sosial bersama keluarga. Sekolah mengambil kesempatan untuk memberi ilmu kepada anak2 bangsa, anak2 sendiri berkurung didalam bilik dan sering bersosial dengan kekawan. Cuba lihat kebanyakan rempit, lumba haram kereta, bohsia dan lain2 kebanyakan daripada ibubapa yang tidak sempat untuk mengambil tahu hal2 anak2 mereka di rumah. Bagaimana nak ambil tahu, sekolah mengambil masa terlalu banyak hingga tiada masa untuk berbual dirumah.
Contoh pengambilan masa :
1. Kerja sekolah diberi sehingga tiada masa ruang berehat langsung @ untuk mengulang kaji pelajaran.
2. Masa sekolah telah pon habis pada kul 2 ptg, campur kelas tambahan sampai kul 5, mlm buat kerja sekolah, masa untuk membaca @ belajar Al-quran bila nyer pulak. Masa bersama keluarga dimana? Esk awal pagi da sekolah balik, klu ada masa ruang waktu hari lain sukan la itu la ini la...
3.Time cuti sekolah seminggu dua pon nak amik juga ke? Time itu kenduri kendara keluarga, bercuti bersama keluarga dan aktiviti2 lain..betul la ada cuti minggu, apa ibubapa ni mesti ke cuti time tu...ibubapa kena cari rezeki untuk keluarga, kekadang kena OT la,program la pastu bila nye nak bersama anak2 dan isteri.

Kepada cikgu2 yang berpangkat dan mempunyai kuasa tu, sila la pikir balik sebelum buat keputusan...jgn sampai jadi "BODOH" dalam buat pertimbangan. Klu rasa rajin sgt nak buat kelas ke apa ke...ko bukak tuisyen pastu yang mana yang ingin dapat lebih tu dia p cari ko. Bukan wat paksaan macam ini. Tanya orang pon tidak, buat jadual ikot sesuka hati. Pikir la sama kita hidup dalam dunia bukan sekadar menuntut ilmu sahaja, banyak lagi pelajar seperti mereka belajar. Kehidupan remaja yang tidak hormatkan ibubapa dan lebihkan kawan bukan hanya ibubapa sahaja bertanggungjawab, malah sekolah yang banyak mempengaruhi pembentukan kehidupan mereka

Daripada :
Khairil_157 MYSAT

1 comment:

  1. BETUL!! aku stuju sgt ngn ko...cian aku tgk bdk2 skg asyik kna blaja jer..time kita dlu relax jer...stat je cuti skolah, buku ntah ke mane..main dr pg smpai ptg...tp pndai gak smpai msk u...btl x?hehehe....aku yg tgk bdk2 skg ni pun rs cm xptt la syik kna pksa blaja jer..bgla dorg ms rehatkn otak...kang giler budak tuh jadinya...hahaha

    rohamizah(knl lg kn?hehe)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...