Followers

Tuesday, July 13, 2010

Kasih Sayang seorang Ibu...


Sekarang tepat jam 1:10 pagi...Aku menulis ini bagi memperingati semua kaum lelaki khasnya untuk sentiasa menghargai seorang isteri yang amat kamu kasihi..Jgn sia-sia mereka kerana mereka bukannya mahukan harta kekayaan tetapi mahukan kasih sayang dari seorang suami...Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa hari ini "kaishuHaikaL" tetiba ingin menceritakan hal sebegini dimalam hari...
Sebenarnya sebelum ini aku tidak mengerti apakah pengorbanan seorang isteri dan kepayahan seorang isteri menjaga anaknya...Mengapakah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya terlalu mendalam sehingga diangkat oleh Allah darjat seorang ibu...Adakah kerana perit melahirkan anak maka syurga dikatakan terletak dibawah telapak kaki ibu..Apakah seorang ayah tidak memberi sumbangan kepada anaknya.. Hari ini dan dimalam ini aku mengerti segalanya.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya lebih mendalam dari seorang ayah..Keperitan dari saat mengandung, melahirkan anak, menjaga anak diwaktu kecil sehingga mampu berdikari rasanya tidak mampu ditanggung oleh seorang ayah. Hanya ibu yang mampu merasa gembira dan seronok secara mendalam apabila mendapat tahu ada satu lagi nyawa yang dibawa ketika mengandung.Hanya ibu sahaja yang mampu menanggung alahan ketika mengandung. Hanya ibu sahaja yang hanya fikirkan tentang keselamatan anak dan tidak dirinya ketika melahirkan seorang insan baru. Hanya ibu sahaja yang mampu berjaga malam demi anaknya ketika kecil dan meneruskan tugas sebagai isteri dan pekerja disiang harinya. Ayah hanya sebagai pembantu bagi memberikan semangat pada si isteri.
Hari ini setelah hampir seminggu anak aku si Aisyah berada disamping aku tanpa ibunya benar-benar membuat aku mengerti keperitan dan kegembiraan yang dialami oleh isteriku....Aku terpaksa berjaga malam demi anak aku, walau mengantuk aku tidak marah..wal hal aku ini seorang yang cukup panas baran orangnya..Malah aku gembira bila dia meragam dan aku berjaya mententeramkan dirinya..Aku dapat rasakan akan kasih sayang yang disalurkan oleh anak ku ketika aku memeluknya. Aku begitu menjaga sehingga sekiranya aku dapat menghalang nyamuk dari mengigitnya akan aku halang sepenuh hati aku. Bila aku terpaksa handle anak aku sendiri aku baru tahu nikmat menjaga anak sebenar-benarnya...
Mungkin ramai si suami yang tidak setuju akan pandangan ini, namun aku berani mencabar mana-mana lelaki yang tidak terdesak untuk menjaga anak kecil sendiri untuk menjaga secara ikhlas hati selama sebulan dan bekerja. Aku yakin dia akan menjaga tetapi tidak seikhlas ibu yang menjaganya. Seperti aku, aku menjaga ikhlas dari hati aku namun kadang kala terdetik juga dihati bagaimana isteri aku menjaga anak ku ini sewaktu aku tidak berada disampingnya...adakah selama ini dia asyik berjaga malam seperti aku sekarang ini dan seterusnya keesokan paginya diawal pagi 6:30 sudah bergerak kesekolah untuk profesion sebagai guru. Aku sekarang ini kadang kala ngantuk ketika memandu adakah seperti ini juga yang dialami oleh nya? Aku benar-benar mengerti dan sekiranya dia melakukan kesalahan yang dibuat secara tidak sengaja, pendamkan lah marah mu itu kerana pengorbanan yang di buat olehnya jauh mengatasi dari kesalahan yang dibuat olehnya. Andai salah bimbing la dia kerana itu amanah yang telah diberi kepada kita selaku ketua keluarga...
Cukup la setakat ini dahulu aku membebel...Nanti aku masukkan hal-hal terbaru tentang aisyah dan juga hasil-hasil department AD yang sempat aku rakamkan...Assalamualaikum....

2 comments:

  1. seronok nya kalo hubby aku berfikiran sama macam ko...:(

    ReplyDelete
  2. Dia fikir tu... tapi kekadang xluahkan secara terang..ayah tempat bergantung dan perisai untuk perlindungan dari bahaya..ibu sebagai pendidik dibawah perlindungan tersebut...sama-sama penting...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...