Smlm aku ngan wife aku buat kentang putar... fuhhh sedap.. ni resepi kentang putar yang aku dapat dari blog alkiram.net, apa yang best nyer aku mampu buat setanding dengan Eddlee Fried Chicken. Ni aku bagi kat korang pulak try Kentang lenyek ni. Oh ye lupa lak nak bgtaw, susu segar klu korang xde leh jew ganti dengan susu tepung, satu klu korang rasa nak xnak letak lada hitam takut ada yg xsuka dengan lada itam tu korang leh buat sos lada hitam berasingan. Ni aku bagi satu resepi sos lada hitam yang aku dapat dari sahabat baik aku di KL, Allahyarham Razzif a.k.a Along yang meninggal di Mekah. Al-fatihah buat beliau dan diharap kawan-kawan yang membaca blog ini boleh juga menyedekahkan Al-fatihah dan Surah Al-ikhlas 3 kali buat beliau, semoga beliau mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
- KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) (Sumber Kaknoormasri)
Bahan-bahan:
1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan
2. Resepi SOS lada hitam.
Resepi ini disediakan untuk 3 orang makan
1 Kiub Ayam (Pati)
2 sudu besar lada hitam (serbuk berbiji)
1/4 Bawang besar Dicincang halus / tumbuk sehingga lumat sekiranya xnak nampak bawang tu.
(setengah orang tak suka klu nampak bawang)
seulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
Cendawan butang - Dalam tin (sekadar tambahan - xde pon xpe)
Cara penyediaan :
- Panaskan kuali dengan majerin (2 sudu) / minyak masak
- Tumis bawang putih + bawang besar
- Kiub Ayam bancuh dalam air panas 1 gelas
- Tuang Kiub Ayam yang dibancuh dan kacau dalam 5 minit
- Masukkan cendawan butang tu (tambahan je ni - nak potong tu ikot suka hati)
- Tepung jagung dibancuh dgn segelas air
- Tunggu sehingga agak pekat
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment