Hari ini dah genap rasanya 2 minggu internet dengan telefon rumah aku xboleh pakai... report dah dibuat pada 30 mei 2011, tapi sampai sekarang xboleh guna lagi. Klu nak diikutkan satu hari diorang berjanji boleh siap, tapi xsiap jugak. Alasan diorang kabel kawasan aku kena curi. Itu masalah aku kew? Klu modem rumah aku kena curi ye la menjadi masalah aku kan, aku kena la pikir mcm ne nak prevent pencuri dari masuk dalam rumah aku kan? Tapi klu kabel telekom kena curi, telekom kena la pikir mcm ne nak prevent benda tu.... kerugian dalam bisnes tu biasa la kan, ko dah provide services mcm ni ko kena la bersedia tanggung kerugian. Xkan customers yg kena tanggung kerugian tu. Alasan kabel kena curi tu dah xrelevent dah sekarang. Zaman teknologi mcm ni, pikir la mcm ne nak selesaikan guna teknologi. Ko kan pejabat Telco terbesar malaysia, jangan sedap duduk dengan cara sekarang. xkisah dengan kebajikan pelanggan ko. sekali ramai pelanggan lari, baru nak sedar masa tu sudah terlambat. mungkin 5-6 orang lari dari TM ke services Telco lain ko xrasa, tp klu 5-6 orang sehari lari, sebulan berapa? setahun berapa? 10 tahun ? tutup la company tu nanti.
Ari tu aku melawat umah sedara aku dekat gunung, Kelantan. Dia pakai service Streamyx wireless. xde line telefon pon. aku senyap je la bila aku try jadi lembab internet. aku tny speed internet, 384KB. Erm... aku xkata TM tipu, mmg tu services yg dia tawar. tapi aku leh kata syarikat TM yg pasang dan suggestkan kepada sedara aku ni jahat sikit sbb dia xcerita habis pasal pakej tu... harga betul la RM 68 sama dengan wired. tapi wireless more slow than wired. pastu klu hujan jgn harap la dapat pakai internet. Dia suggestkan line wireless tu sbb dengan alasan kawasan tu kerap kena curi kabel. Laaa... kena curi ke xkena curi ke ko pasang la line telefon tu. Dalam tv iklan gedebuk gedebak pasal steamyx block buster la, itu la, ini la, bila orang soh pasang, xleh pasang sbb kabel sering kena curi. Dalam bandar tu, bukan takat curi kabel, rompak bank, rogol, bakar bangunan, lumba haram, segala jenis jenayah ada, ramai mcm tu jugak orang duduk, boleh lak ko pasang line telefon. xde pon alasan jenayah byk dekat situ. Apsal bila kampung sikit jew mcm-mcm alasan. Klu dah malas rasa nak berniaga, baik berhenti, jgn susahkan orang mcm tu.... Setiap hari aku call 100, tanya status bila boleh siap, jawapan yang sama diorang bagi. kabel kena curi minta sedikit masa, juruteknik masih tengah buat, bila kita mintak estimated time x leh bgtaw. Sbb alasan hanya juruteknik yg tahu bila kerja-kerja boleh siap. Xkan la dalam masa 24 jam buat kerja xleh update dalam report apa yg diorang buat. xde la helpdesk terkapai-kapai nak jawab bila customer tanya. xgitu...
So kepada pengurusan TM, diharap boleh diubah cara pengurusan bg meningkatkan mutu perkhidmatan anda, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment