Followers

Sunday, June 19, 2011

Crispy Potato Wedges

Hee...tengah walk blogging tetiba terasa nak makan Crispy Potato Wedges, pastu cari-cari internet jupe satu web ni, nampak mcm best. Ni laman dia http://www.myresipi.com/top/detail/6115. tgk gambar dia best kan?



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO

1 sudu teh serbuk cili

1 biji putih telur - dikocok

Tepung gandum secukupnya untuk salut

Garam

Cara-cara
1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
 
2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
 
3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
 
4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
 
5.goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
 
6.Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Smlm aku ngan wife aku buat kentang putar... fuhhh sedap.. ni resepi kentang putar yang aku dapat dari blog alkiram.net, apa yang best nyer aku mampu buat setanding dengan Eddlee Fried Chicken. Ni aku bagi kat korang pulak try Kentang lenyek ni.  Oh ye lupa lak nak bgtaw, susu segar klu korang xde leh jew ganti dengan susu tepung, satu klu korang rasa nak xnak letak lada hitam takut ada yg xsuka dengan lada itam tu korang leh buat sos lada hitam berasingan. Ni aku bagi satu resepi sos lada hitam yang aku dapat dari sahabat baik aku di KL, Allahyarham Razzif a.k.a Along yang meninggal di Mekah. Al-fatihah buat beliau dan diharap kawan-kawan yang membaca blog ini boleh juga menyedekahkan Al-fatihah dan Surah Al-ikhlas 3 kali buat beliau, semoga beliau mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

  1. KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) (Sumber Kaknoormasri)


Bahan-bahan:

1 kg kentang

1/4 cawan susu segar

2 sudu besar mentega

1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa



Cara membuat:



Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.

Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas

Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.

Sedia untuk dihidangkan


      2.     Resepi SOS lada hitam.
Resepi ini disediakan untuk 3 orang makan

1 Kiub Ayam (Pati)
2 sudu besar lada hitam (serbuk berbiji)
1/4 Bawang besar Dicincang halus / tumbuk sehingga lumat sekiranya xnak nampak bawang tu.
(setengah orang tak suka klu nampak bawang)
seulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
Cendawan butang - Dalam tin (sekadar tambahan - xde pon xpe)

Cara penyediaan :

- Panaskan kuali dengan majerin (2 sudu) / minyak masak
- Tumis bawang putih + bawang besar
- Kiub Ayam bancuh dalam air panas 1 gelas
- Tuang Kiub Ayam yang dibancuh dan kacau dalam 5 minit
- Masukkan cendawan butang tu (tambahan je ni - nak potong tu ikot suka hati)
- Tepung jagung dibancuh dgn segelas air
- Tunggu sehingga agak pekat
- Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

***** punya Telekom Malaysia.

Hari ini dah genap rasanya 2 minggu internet dengan telefon rumah aku xboleh pakai... report dah dibuat pada 30 mei 2011, tapi sampai sekarang xboleh guna lagi. Klu nak diikutkan satu hari diorang berjanji boleh siap, tapi xsiap jugak. Alasan diorang kabel kawasan aku kena curi. Itu masalah aku kew? Klu modem rumah aku kena curi ye la menjadi masalah aku kan, aku kena la pikir mcm ne nak prevent pencuri dari masuk dalam rumah aku kan? Tapi klu kabel telekom kena curi, telekom kena la pikir mcm ne nak prevent benda tu.... kerugian dalam bisnes tu biasa la kan, ko dah provide services mcm ni ko kena la bersedia tanggung kerugian. Xkan customers yg kena tanggung kerugian tu. Alasan kabel kena curi tu dah xrelevent dah sekarang. Zaman teknologi mcm ni, pikir la mcm ne nak selesaikan guna teknologi. Ko kan pejabat Telco terbesar malaysia, jangan sedap duduk dengan cara sekarang. xkisah dengan kebajikan pelanggan ko. sekali ramai pelanggan lari, baru nak sedar masa tu sudah terlambat. mungkin 5-6 orang lari dari TM ke services Telco lain ko xrasa, tp klu 5-6 orang sehari lari, sebulan berapa? setahun berapa? 10 tahun ? tutup la company tu nanti.

Ari tu aku melawat umah sedara aku dekat gunung, Kelantan. Dia pakai service Streamyx wireless. xde line telefon pon. aku senyap je la bila aku try jadi lembab internet. aku tny speed internet, 384KB. Erm... aku xkata TM tipu, mmg tu services yg dia tawar. tapi aku leh kata syarikat TM yg pasang dan suggestkan kepada sedara aku ni jahat sikit sbb dia xcerita habis pasal pakej tu... harga betul la RM 68 sama dengan wired. tapi wireless more slow than wired. pastu klu hujan jgn harap la dapat pakai internet. Dia suggestkan line wireless tu sbb dengan alasan kawasan tu kerap kena curi kabel. Laaa... kena curi ke xkena curi ke ko pasang la line telefon tu. Dalam tv iklan gedebuk gedebak pasal steamyx block buster la, itu la, ini la, bila orang soh pasang, xleh pasang sbb kabel sering kena curi. Dalam bandar tu, bukan takat curi kabel, rompak bank, rogol, bakar bangunan, lumba haram, segala jenis jenayah ada, ramai mcm tu jugak orang duduk, boleh lak ko pasang line telefon. xde pon alasan jenayah byk dekat situ. Apsal bila kampung sikit jew mcm-mcm alasan. Klu dah malas rasa nak berniaga, baik berhenti, jgn susahkan orang mcm tu.... Setiap hari aku call 100, tanya status bila boleh siap, jawapan yang sama diorang bagi. kabel kena curi minta sedikit masa, juruteknik masih tengah buat, bila kita mintak estimated time x leh bgtaw. Sbb alasan hanya juruteknik yg tahu bila kerja-kerja boleh siap. Xkan la dalam masa 24 jam buat kerja xleh update dalam report apa yg diorang buat. xde la helpdesk terkapai-kapai nak jawab bila customer tanya. xgitu...
So kepada pengurusan TM, diharap boleh diubah cara pengurusan bg meningkatkan mutu perkhidmatan anda, Terima Kasih
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...