Followers

Sunday, April 14, 2013

Contest : Umrah Percuma bersama Pak Latip

Assalamualaikum....

 

Makkah, menjadi idaman setiap umat islam bagi menunaikan haji @ umrah. Sesungguhnya dalam hati penulis begitu teringin untuk pergi ke Makkah namun penulis masih lagi kekurangan dari segi harta dan ilmu. Ya lah klu percutian dalam negeri pown penulis tidak mampu untuk sampai walaupun ke Cameron Highland ini kan Makkah yang menjadi idaman setiap umat Islam. Sebuah negara kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan besar umat Islam, seorang pemimpin yang hebat yang memimpin paling ramai umat manusia akhir zaman.

Hati penulis membuak-buak untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Pak Latip & PTS ini adalah kerana hadiahnya begitu lumayan iaitu UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP dan berkebetulan penulis mempunyai koleksi Novel Sejarah Islam yang agak banyak jugalah... Tarikh tutup penyertaan pada 25 February yang lepas dan penulis telah pown menghantar penyertaan. Cuma bila tertengok balik gambar lama-lama yang penulis ambil, teringat nak buat entri untuk tatapan sendiri khasnya dan juga kepada para pembaca sekalian.

Sehingga sekarang penulis belum dapat sebarang keputusan adakah penulis dapat bersama dengan Pak Latip untuk ke Tanah suci Mekah dan juga penulis sekarang ini menghadapi masalah masa dengan penulis masih lagi dalam sambung belajar... Penulis rasa ada baiknya penulis biarkan seketika untuk Umrah dan InsyaAllah penulis akan pergi ke Tanah Suci Mekah dengan Anak-Anak dan Isteri -Isteri....Aippp marah kak ayu karang... hehhe begitu lah hal penulis dengan UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP ini... tengok lah rezeki mcm ne, Allah dah sediakan kepada kita sejak kita berusia 120 hari dalam kandungan lagi...

Assalamualaikum....

PUNDAK-MERDEKA,SETERIKA,KATHRIKA




INilah keje penulis apabila penulis malas nak buat assignment.... Penulis tetiba berhubung dengan otai PUNDAK ni yg bernama ermmm... Pazuzu Jr. Penulis pown sebenarnya xkenal pown sapa Pazuzu Jr. ni...Penulis like page "PUNDAK" FB ni... then Pazuzu Jr. tawar utk jadi calon... hahaha penulis pown ambil peluang ini mengedit gambar penulis dan meletakkan diri sebagai calon Pundak P.054 - Gerik... Lawan dengan siapa tunggu penamaan calon pada 20.04 ni nnt.

"Merdeka, Seterika, Kathrika" adalah slogan yang dipegang selama ini... manifiesto? ntah la... tapi bagi penulis "biar rosak undi, jangan rosak akhlak".... Kekadang bila stress buat assignment yg belum disentuh lagi ni, permainan mcm ni seronok jugak. Nampak semua nk gaduh hal politik, kita pown sama menyibuk juga la.... tp hujah kita mesti tidak berlandaskan fakta... utk PUNDAK kita mesti berlandaskan auta semata... Ahli2 tertinggi PUNDAK tidak menerima orang yg berlandaskan fakta... Seperti penulis yang berjawatan FT17 berpangkat Prof Emeritus di FB, mmg layak untuk memegang Grik sebagai calon disitu... Misi kami hanya 2, pertama, memastikan semua mereka di grik pergi membuat undi rosak, dan yang kedua mengorat misi-misi hospital grik sampai dapat...

Harap semua pembaca boleh like gambar saya tanda menyokong kehadiran saya di Grik... semua gajah dan harimau bersetuju dengan kehadiran saya.... Utk rakan-rakan like anda menentukan segala.... LiKE disini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=135520686632803&set=pb.132428356942036.-2207520000.1365877652&type=3&theater 

Terima Kasih....

Saturday, April 13, 2013

Kursus Binaan Blog Bersama Mr. Mazlam Gemeti

Assalamualaikum...

Hari ini berlangsung satu kursus bersama Mr Mazlam Gemeti di UiTM Machang bersama Aura Merah Group (AMG). Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bagaimana dunia blog atau lebih dikenali sebagai social network ini boleh menjana kewangan dan juga mempromosikan product masing-masing kedalam dunia maya ini. Penulis hanya membantu mr.mazlam untuk mengajar beberapa perkara berkaitan dalam dunia blog ini. Okeylah... berikut adalah suasana tempat pembelajaran blog ini.... saksikan lahhhhhh (ikot nada iwan dangdut taw) :











Begitulah suasana ketika berlangsung seminar pembinaan laman blog ini. Diharap para peserta AMG berpuashati dengan pembelajaran dan juga kemudahan yang telah disediakan ini. Terima Kasih.
Terima Kasih


Wednesday, April 3, 2013

Review Jujur En Ruby

Assalamualaikum
Lama dah sertai segmen... so ada orang buat segmen macam ni penulis tetiba rasa mcm nak join walaupun sebenarnya assignment berlambak xsiap lagi... xpe.. nnt siap gak assignment tu... Erm pasal blog En.Ruby ni yer... korang click la dekat banner dia tu baca sendiri la ek... Sebab en ruby nak review pasal blog penulis ni.. bukan penulis nk review blog dia hehehe.. tapi nk tahu gak click la dekat banner En.Ruby tu hehehe...


Ok lah.. nk buat assignment pulak ni... so harap en Ruby leh review sejujurnya blog saya dan i'm also no heart feeling.... No prob, xbagus, xseronok, personal blog ke, syok sendiri ke just bgtahu... sebab kekadang kita seronok menulis, tetapi sebenarnya kita tidak bagus dalam menulis. Jadi bila orang tengok, jadi kita leh tahu dimana kelemahan kita utk diperbaiki... kelebihan nk dikekalkan... erm .. begitu lah... Assalamualaikum


Tuesday, April 2, 2013

Buku Jalanan Kota Bharu kali ke -2

Assalamualaikum...

Hari ni penulis nak berkongsi dengan rakan blogger dan rakan pembaca semua tentang Buku Jalanan Kota Bharu. Kali ini diupgrade sikit dengan street learning... Kemudian alhamdulillah, dikatakan juga yang Perpustakaan Negeri Kelantan juga menyertai BJKB ini sewaktu selang waktu BJKB tiada disana. Ini membolehkan setiap minggu Taman Reakreasi Tengku Anis meriah dengan budaya membaca setiap minggu hari jumaat dari jam 4 ptg hingga 7 ptg bersilih ganti dengan BJKB dan Perpustakaan Negeri Kelantan.

Selain itu, di Taman rekreasi ini juga disediakan taman permainan kanak-kanak yang agak besar. Disamping itu juga taman ini juga menyediakan kolam renang untuk kegunaan pengunjung dengan kadar bayaran yg rendah. Ok lah.. jom kita lihat suasana disana....





 



 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...