Followers

Sunday, April 14, 2013

Contest : Umrah Percuma bersama Pak Latip

Assalamualaikum....

 

Makkah, menjadi idaman setiap umat islam bagi menunaikan haji @ umrah. Sesungguhnya dalam hati penulis begitu teringin untuk pergi ke Makkah namun penulis masih lagi kekurangan dari segi harta dan ilmu. Ya lah klu percutian dalam negeri pown penulis tidak mampu untuk sampai walaupun ke Cameron Highland ini kan Makkah yang menjadi idaman setiap umat Islam. Sebuah negara kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan besar umat Islam, seorang pemimpin yang hebat yang memimpin paling ramai umat manusia akhir zaman.

Hati penulis membuak-buak untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Pak Latip & PTS ini adalah kerana hadiahnya begitu lumayan iaitu UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP dan berkebetulan penulis mempunyai koleksi Novel Sejarah Islam yang agak banyak jugalah... Tarikh tutup penyertaan pada 25 February yang lepas dan penulis telah pown menghantar penyertaan. Cuma bila tertengok balik gambar lama-lama yang penulis ambil, teringat nak buat entri untuk tatapan sendiri khasnya dan juga kepada para pembaca sekalian.

Sehingga sekarang penulis belum dapat sebarang keputusan adakah penulis dapat bersama dengan Pak Latip untuk ke Tanah suci Mekah dan juga penulis sekarang ini menghadapi masalah masa dengan penulis masih lagi dalam sambung belajar... Penulis rasa ada baiknya penulis biarkan seketika untuk Umrah dan InsyaAllah penulis akan pergi ke Tanah Suci Mekah dengan Anak-Anak dan Isteri -Isteri....Aippp marah kak ayu karang... hehhe begitu lah hal penulis dengan UMRAH PERCUMA BERSAMA PAK LATIP ini... tengok lah rezeki mcm ne, Allah dah sediakan kepada kita sejak kita berusia 120 hari dalam kandungan lagi...

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...