Followers

Saturday, June 29, 2013

Persijilan Etika Internet 1Citizen

As-salamualaikum...
Dah lama rasanya penulis membiarkan laman blog ini bersawang dengan dunia lebar sesawangnya... penulis bukan apa, penulis sekarang sibuk dengan macam-macam hal, rumah yang baru dibeli, dengan pemindahan penulis pada 1 Julai ini, dengan kursus persijilan, dengan Juri kepada tender main-main yang students IM buat, dan lain-lain hal lagi...

Namun penulis telah menjadi Trainer Assistance untuk persijilan 1Citizen anjuran kementerian pengajian Tinggi bersama Prestariang dan UiTM Kelantan. Dengan bayaran bagi penulis cukup lah buat standard penulis yang kurang pandai ini,dengan kadar 9 x 30 .... penulis berasa bersyukur dengan apa yang penulis perolehi.

Sementara penulis mencari mood dalam membaca nota-nota untuk persediaan esok hari ini saya paparkan gambar-gambar sewaktu Kursus Persijilan 1Citizen ini. 





Yang mana gambar penulis tu korang cari la sendiri ek. Penulis ni kali ini xde nak bergambar sgt dan banyak gambar dari card Memory camera digital penulis telah hilang bersama arus zaman. Penulis pown tidak tahu dekat mana penulis letak gambar tu... huhuhuhu... xpe lah itu x penting... sekarang penulis nak masukkan pula sijil penulis dapat setelah berjaya attend kursus tu dengan mendedahkan markah ujian penulis yang cukup-cukup makan huhuhu....

Okeylah... korang semua tgk dulu 1Citizen Poster ini... Bila bercakap dengan portfolio ini 1Citizen poster ini adalah contoh portfolio terbaik lah... so masing-masing boleh buat mcm-mcm kategori dan yang terbaik dari setiap IPTA akan dipertandingkan dan bakal mendapat hadiah. 



Tapi penulis buat sesuatu klu tgk mungkin akan menyentuh sensetiviti dan sentimen sesetengah orang. Penulis bukannye saje-saje nak buat poster mcm ni... bukan kerana seronok-seronok kerana sexy nye gambar kartun ini tetapi penulis buat kerana hampir majority anak-anak kita minat dengan online games yang berciri-cirikan keganasan dan kita sebagai ibubapa tidak sedar akan masalah ini. Kita membiarkan mereka bermain komputer games seperti Sleeping Dogs, GTA, HiT MAN, dan lain-lain yang bercirikan gangsterisme dan ini membolehkan untuk mengundang padah kepada anak-anak muda. Mereka membayangkan kalau jadi mcm ini kan seronok, dan dengan bayangan inilah berkemungkinan mereka akan usaha untuk merealisasikan impian mereka. So disebabkan idea dan sebab musabab ini maka penulis mengedit muka penulis sendiri kepada HiTMAN poster dan hasil nya mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. Namun tujuan dan niat sebenarnya adalah disebabkan ini. Saya memohon maaf dengan semua saudara pembaca jika gambar yang dibuat ini menyinggung akan perasaan saudara saudari pembaca semua....



 
Begitu lah hasil editing yang telah penulis buat dalam masa 1/2 jam.... lepas penulis buat gambar ni, ramai yang suruh penulis edit... antara nya Kekanda Poknik Adeq, 4 Abang Besar, dan lain-lain lagi tetapi penulis hanya buat kepada salah seorang dari 4 abg besar je.... Cikgu Nik... jangan nak komen pasal rokok tu sbb penulis mmg seorang perokok dan penulis ni dalam proses nak cuba untuk berhenti. So tunggulah dan harap semua boleh mendoakan supaya penulis cepat-cepat berhenti merokok itu. tapi jangan nk comment pape sbb penulis ni cpt bengang dengan komentar yg tidak membina ni...tolong ek.. tolong bantu penulis menjadi orang yang baik... hehehe

Ok sekarang penulis nak tunjukkan pula sijil-sijil penulis dapat ketika menjalani kursus 1 citizen ini.. Agak sayang juga lah kerana sepatutnya penulis sempat mengajar pada 28-29 Jun 2013 dengan bayaran lumayan... tetapi rupanya time penulis nk mengajar, diorang stop kan pula... erm, mungkin rezeki penulis xde lah ni... tak mungkin nak sabotaj pula kan... tp penulis je la xpuas hati atas sbb :

1. Cancel course time penulis dah ready utk mengajar.
2. Masa kita jadi trainer asst, call utk suruh kita masuk kelas, tp time cancel kelas xde pulak bgtaw kita
3. Masa cancel tu masa penulis nak berpindah ke perak, penulis cancel utk balik awal semata utk kelas ni, tp cancel xbgtaw, kita call xangkat, lepas tu return call pown xde..

Sbb tu penulis bengang, penulis rasakan mcm diorang ni kekadang anggap juruteknik ni x berkaliber nak mengajar students, diorang yang mungkin lebih arif dalam mengajar, tp byk ilmu sulit hanya juruteknik yang tahu. Tp yelah, dimuka bumi sudah termaktub, orang kaya akan terus kaya, dan yang miskin, tidak berpelajaran akan terus ditindas, penulis xdelah nk ckp yang trainers tu tindas penulis, tp penulis kecewa sbb pembatalan kelas tu penulis hanya tahu pukul 3.30 petang hari khamis, dan penulis call nk comfirm dengan pensyarah yang janji dengan penulis nk bg students dia dekat penulis xangkat dan xde return call balik. Sebab tu penulis bengang.
 
Tp sbb penulis dah nak pindah penulis dah maafkan semua orang yang telah bersalah dengan penulis, dan penulis anggap penulis mmg sentiasa tidak bernasib baik, so kenapa nak kecewa dah kan?

ok lah tgk lah sijil penulis yang tidak seberapa ni, dah langsung tidak bermakna selagi tidak dapat mengajar dan mendapat nilai kewangan diatas sijil ini...choiiiiii....







No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...