Assalamualaikum
Lama dah xupdate blog ni... bukan apa... xtahu nak tulis pe disamping sibuk kepada sesuatu yang xpasti... hari ini sewaktu penulis sibuk ber facebooking, penulis terlintas suatu status tentang 9/10 punca rezeki...Memang benar ada riwayat menyatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan... namun penulis teringat tentang ada juga Ustaz menyatakan 9/10 bukan hanya berlandaskan kepada kekayaan semata... Ianya membawa banyak maksud dimana ia menyatakan 9 kali cuba dalam perniagaan dan 1 makan gaji...
sekiranya sudah mencuba 9 kali jatuh bangun didalam dunia perniagaan maka ia menunjukkan kita bukan termasuk dalam seorang ahli perniagaan... ada yang menyatakan 9 itu merujuk kepada usaha tanpa mengenal erti putus asa didalam dunia perniagaan ini... ianya sama seperti ada riwayat yang menyatakan setiap dalam 10 umatku seorang yang masuk syurga... ianya dikatakan bukan menyatakan 9 akan masuk neraka tetapi ramai yang akan masuk neraka berbanding dengan syurga. Jadi 9 didalam punca rezeki ini juga dikatakan banyak rezeki akan masuk melalui perniagaan.
Nabi S.A.W didalam sejarah manusia agung juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun Baginda juga pernah memakan gaji sebagai pengembala kambing. Jadi jika merujuk kepada sunnah Nabi, makan gaji juga antara sunnah Nabi S.A.W... Hanya dengan niat kerana ALLAH dan Rasulullah maka kita akan mendapat berkat didunia dan diakhirat.
Antara benda lain yang kita memandang remeh tetapi sebenarnya besar dan kita terlepas pandang adalah kerja suri rumah. Sebenarnya, mengikut dari seorang ustaz yang berceramah di IKIM.FM tetapi penulis lupa namanya, suri rumah juga adalah sunnah dari Rasulullah S.A.W kerana isteri Nabi S.A.W adalah seorang suri rumah. Malahan ianya lebih mendapat pahala kerana dengan menjadi suri rumah, dengan suri rumah, aurat terjaga, pergaulan dengan muhrim terbatas, dan lain-lain yang boleh menjejaskan rumah tangga itu sendiri.

Itu kalau kita ambil makna Rezeki itu dalam bentuk material. Rezeki juga boleh datang dalam bentuk:
Kesihatan
Kelapangan
Ketenangan
Kebahagiaan
Banyak anak
Kehormatan
Kemahsyuran
Pujian
Kesihatan
Kelapangan
Ketenangan
Kebahagiaan
Banyak anak
Kehormatan
Kemahsyuran
Pujian
Dan lain-lain seumpama dengannya itulah klu kita merujuk kepada 9/10 punca rezeki iaitu bukan duit semata, tetapi dalam segala jenis bentuk. 9 itu merujuk kepada banyak... Namun yang pasti Allah akan melipatkan ganda rezeki kita dengan bersedekah... InsyaAllah... Ini hanya pendapat saya semata... segala kesalahan datang dari kecuaian saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan insyaAllah... Wa billah Hitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
No comments:
Post a Comment