Followers

Tuesday, April 17, 2012

Sembahyang lah...

Benda-benda mcm ni sebenarnya penulis sendiri pon tak berapa tahu... Sekadar tahu berdosa apabila kita meninggalkan solat... Dengan peringatan ini harap aku boleh mengubah diri dari yang baik kepada lebih baik... Harap ia dapat di manafaat kan bersama kekawan

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :

6 SEKSAAN DI DUNIA

~Allah mengurangkan berkat umurnya
~Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
~Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
~Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
~Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
~Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

~Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
~Mati dalam keadaan yang sangat lapar
~Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya


3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

~Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
~Allah akan menggelapkan kuburnya
~Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat


3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

~Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
~Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
~Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras


DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

1)SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

2)ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

3)ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

4)MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

5)ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


~jom kita berSOLAT..:)

Lagi-lagi kes PTPTN

Salam semua...
Tadi aku baru baca sebuah artikel tentang PTPTN ni yang mana menteri Pengajian Tinggi Malaysia suruh bayar balik PTPTN yang semua pelajar pinjam tu... Klu dah sibuk sangat nk bantah PTPTN. Yang aku heran tu semasa belajar apsal la semua nk pinjam dari PTPTN. Semua kan dah tahu klu pinjam ngan PTPTN tu kena byr balik dengan faedahnya sekali...Faedah itu pon sbb dah ramai yang xbayar kan... Masa nk belajar dulu kan senang klu pinjam ngan pak sedara korang... xde la susah-susah nk kena bayar balik kan... kan pak sedara korang tu, mesti diorang leh je pejam mata klu korang tak nak bayar... apsal korang p pinjam ngan PTPTN. Tak pon korang yang kat kampung tu pi pinjam ngan JKKK korang, acu cuba try tanya diorang nk bagi pinjam ke x... Ada diorang bagi duit tu kat korang untuk sambung belajar.... Klu xsilap aku la kan, kan kalau korang ni perform dalam studi kan Pinjaman jadi biasiswa, korang belajar la betul².. xde la nak kena bayar kan? ni x... dah la belajar malas... pointer pon 2.00 jer... pastu sibuk la nk itu nak ini... orang dah bagi duit soh belajar tu pown dah patut syukur satu rahmat tok pelajar yang bergelar mahasiswa ni... bila abih belajar, dah kerja gaji 2-3 ribu xleh pulak nk bayar PTPTN... keta boleh lak beli.. berbini berlaki boleh pulak... buat loan sana-sini hutang lama xleh bayar... eeee ape dar... kesian la generasi bawah nk pinjam pulak, diorang pown nk belajar jugak, jgn jadi bodo la nk buat demo sana-sini... klu dah ada duit sgt nk sekolah pakai duit sendiri... jgn susahkan orang lain yang dok nak pakai PTPTN tu... mcm aku blaja tanpa PTPTN... kan senang... xde nk wat buat demonstrasi bagai tok mansuh itu ini... Satu lagi pikir... klu PTPTN xwujud korang ada duit ke nk blaja der.... ?? Mmg la faedah itu yg menyebabkan isu, tp apsal korang p juga sua kepala kat situ... nk cerita halal haram salah betul, nk tny gak... korang tu wat tindakan betul ke pi pinjam kt situ... bukan hukum dia sama bersubahat dalam perkara yg haram?? Riba tu haram, peminjam p pinjam menjadikan penggalak kepada PTPTN kan, jadi korang yg pinjam pon salah jugak kan?? selamat berfikir dan selamat beramal.... biar jadi mahasiswa yang cerdik, jgn jadi mahasiswa yang sengal kurang cerdik akalnyer ye...

KaiSHu_HaiKaL

Saturday, April 7, 2012

Bedil Batang Bemban @ Bedil Pelepah Sagu




Salam semua pembaca,
Korang nampak atau tidak senapang di atas? itu lah dikatakan bedil batang bemban @ Bedil pelepah sagu @ senapang kayu... nama-nama ini diperolehi dari peluru yang digunakan oleh senapang tersebut. Permainan ini sungguh femes dizaman penulis kecil-kecil dahulu. Selain dari lawan sesama sendiri, ada jugak kitaorang buat tournament lawan kampung sebelah.... Penulis masih ingat dimana pernah dulu kitaorang main dekat satu rumah buruk sebelah rumah "Makcik Aji" Kg Pasir Jelatang dulu lawan-lawan sesama geng... kitaorang yang berselindung didalam rumah umpama mcm suasana bukit kepong zaman dahulu kala... Masalah nyer time tu ada la budak-budak nakal yang bermain sekali dengan kita orang bawa keluar sekali meriam buluh... peluru dia tin susu cap teko.... bersepah kita orang lari.. termasuk dengan penulis sekali... pastu datang la orang tua-tua sergah kitaorang sebab men mainan bahaya mcm tu... penulis pown apa lagi berselerak lari dengan diorang semua.... balik rumah orang kampung ada bgtaw dengan mama papa penulis pasal hal ini... padan muka ko kena marah... siap kena rotan lagi sbb 2 kesalahan... 1. Men perang-perang guna meriam buluh (walaupun penulis tidak men meriam tu tp penulis ttp terlibat dalam permainan perang tu) 2. Balik lambat rumah sbb dah lari lintang pukang td takut kena marah ngan orang kg lupa kena balik rumah sebelum kul 7 hehehe... Tp itu la yang best duduk dekat kg... sekarang permainan mcm tu dah xda rasanya.. dah pupus... sayang kan?? Apa pendapat korang? Tinggalkan pendapat anda diruangan komen ini... Follow sekali klu rajin, nanti penulis akan ziarah kembali tempat anda dan mengikut anda juga insyaAllah...

Ditulis oleh :
KaiSHu_HaiKaL

Sumber Gambar:
En. GooGLe yang hebat....
laman dia dah lupa la...sori ek si pemilik gambar...

Wednesday, April 4, 2012

Bedil Buluh Peleting

Assalamualaikum
Hari ini penulis bersembang dengan rakan-rakan pasal permainan lama, dah lama rasanya permainan ini lenyap dibawa arus zaman yang moden dan canggih... Klu ditanya bebudak sekarang permainan perang sekarang pasti akan dijawab Counter Strike, General Zero dan lain-lain yg seangkatan. Cyber Game. Klu budak-budak zaman-zaman dulu, permainan perang yang paling diminati klu xsilap penulis ada 2. Di kelantan mereka memanggil permainan Bedil Buluh Peleting dan Bedil Batang Bemban (ada panggil Bedil Pelepah Sagu). Bedil batang Bemban ni penulis akan cerita di entry yang lain. Bedil buluh peleting ni sudah lama dikenali sejak zaman 80-an lagi. xtahu lah klu zaman sebelum tu pown dah mainkan. Sebab bila ditanya pada orang zaman 70-an ni mereka seolah mcm xberminat nk bercerita. Penulis sendiri main zaman era 80-90an... Bedil ini dibuat dengan buluh peleting klu di negeri kelantan. Tetapi penulis tidak pasti di negeri lain dipanggil apa. Ia seperti gambar dibawah. Sumber Pakcik Google.

Peluru ada 2-3 jenis yang digunakan iaitu buah cenerai ataupun buah tudung puyok orang kelantan panggil. xpasti lah penulis akan hal ini. Namun bg pemain yang kurang agresif, kertas basah juga boleh diguna pakai. permainan ini tidak agresif dan kurang menyakitkan berbanding Bedil batang bemban. Nanti penulis berkongsi cerita bedil batang bemban kepada kalian semua..... Terima Kasih.. Sekiranya boleh ingin menimba dan berkongsi ilmu permainan lain dengan rakan² semua... Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...