Followers

Wednesday, April 4, 2012

Bedil Buluh Peleting

Assalamualaikum
Hari ini penulis bersembang dengan rakan-rakan pasal permainan lama, dah lama rasanya permainan ini lenyap dibawa arus zaman yang moden dan canggih... Klu ditanya bebudak sekarang permainan perang sekarang pasti akan dijawab Counter Strike, General Zero dan lain-lain yg seangkatan. Cyber Game. Klu budak-budak zaman-zaman dulu, permainan perang yang paling diminati klu xsilap penulis ada 2. Di kelantan mereka memanggil permainan Bedil Buluh Peleting dan Bedil Batang Bemban (ada panggil Bedil Pelepah Sagu). Bedil batang Bemban ni penulis akan cerita di entry yang lain. Bedil buluh peleting ni sudah lama dikenali sejak zaman 80-an lagi. xtahu lah klu zaman sebelum tu pown dah mainkan. Sebab bila ditanya pada orang zaman 70-an ni mereka seolah mcm xberminat nk bercerita. Penulis sendiri main zaman era 80-90an... Bedil ini dibuat dengan buluh peleting klu di negeri kelantan. Tetapi penulis tidak pasti di negeri lain dipanggil apa. Ia seperti gambar dibawah. Sumber Pakcik Google.

Peluru ada 2-3 jenis yang digunakan iaitu buah cenerai ataupun buah tudung puyok orang kelantan panggil. xpasti lah penulis akan hal ini. Namun bg pemain yang kurang agresif, kertas basah juga boleh diguna pakai. permainan ini tidak agresif dan kurang menyakitkan berbanding Bedil batang bemban. Nanti penulis berkongsi cerita bedil batang bemban kepada kalian semua..... Terima Kasih.. Sekiranya boleh ingin menimba dan berkongsi ilmu permainan lain dengan rakan² semua... Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...