Followers

Friday, November 23, 2012

Lagu Ciptaan Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum Semua....

Penulis agak semua orang kenal dengan Ustaz Azhar Idrus, seorang Ustaz dari terengganu yang naik kerana ceramah yang ringkas dan mudah difahami serta ada berunsurkan lawak jenaka sedikit bagi menarik minat orang-orang muda untuk datang mendengar ceramah-ceramah agama.

Penulis sendiri pown sekarang ini mendengar ceramah-ceramah agama beliau yang berformatkan MP3 didalam kereta penulis setiap masa. Segala jenis siaran radio ERA ke, Hot FM ke, Suria ke, hape ke semua penulis dah tidak layan kecuali terdesak sangat. 

Apa yang penulis tahu tentang sejarah UAI tetapi tidak pasti akan kesahihannya beliau merupakan seorang guru muzik disebuah sekolah di Malaysia, pernah mencipta beberapa lagu sebelum beliau beralih arah ke bidang keagamaan dan menuntut dipondok-pondok. 

Kebanyakan dari kita apabila ingin berubah dari baik kearah yang lebih baik, mesti memerlukan sebab yang cukup kuat untuk kita berhijrah. Bagi UAI, menurut dari sumber-sumber yang kurang dipercayai kesahihannya, UAI beralih arah kerana didalam jiwanya kosong dan masih mencari sesuatu. Apa yang dipertemukan didalam hidup beliau bagi memenuhi jiwa yang kosong adalah ilmu agama. Kerana itulah beliau sanggup berhenti kerja sebagai seorang guru muzik kepada seorang ahli ugama yang tersohor abad ini.

Namun seperti kisah-kisah dahulu, bila ahli ulama ini membuat sesuatu yang berlainan dari orang lain, maka segala jenis kutukan, fitnah, dan caci maki dihamburkan... Penulis tidak nampak akan kesalahan yang UAI cuba perkatakan, betul... buruk adat melayu, klu perkataan BODOH, BENGONG diketengahkan oleh ahli ulama, tp klu xcakap mcm tu xfaham.... Dalam kehidupan kita seharian perkataan seperti itu terpacul atau tidak dari mulut kita?? Mesti ada kan, tidak ia dinama kan sebagai buruk adat?? Namun ia tetap dipertikaikan oleh sesetengah orang yang taksub.... "Ulama kan, tak kan cakap sampai mcm tu, ulama peliharalah sikit agama..." Pulakkkk... penulis tidak nampak pulak hanya ahli ulama sahaja perlu lindung maruah agama... Habis kita cap ayam ni, xyah lindung agama xpe ke?? 

Bukan maksud penulis, klu dengar ceramah UAI mesti dia orang PAS ni... klu penulis UMNO @ BN @ PKR tak kan penulis xleh nak dengar ceramah-ceramah UAI, penulis minat UAI sebab ajaran dia mudah difahamai dan jelas huraiannya.... Kita sebagai insan mulia yang ada otak dan akal untuk berfikir, kita leh ambil yang baik dan tinggal yang buruk, UAI bukan maksum yang terlepas dari segala dosa... namun bukan bermakna kita kena tolak terus segala ceramah agama yang beliau buat. Cuba bandingkan dengan apa yang kita pelajari, klu bercanggah dari 4-5 ahli ulama yang lain dan bahaskan dengan mereka. sekiranya jawapannya sama 4-5 orang itu, dan UAI sahaja berlainan, tinggalkan ajaran itu, ikot ulama yang lain. Tp bukan kerana nak yang mudah, itu haram... klu 4-5 orang guru itu memberi jawapan yang berbeza-beza... ikot kitalah yang mana kita yakin ajaran itu... Asalkan islam semata-mata...

Dah melalut panjang dah ini, penulis nak bagitau yang UAI sudah buat satu lagu kepada Ali XPDC bertajuk " LANGKAH TERAKHIR" dan lirik lagu adalah seperti dibawah.

Langkah Terakhir

Langkah Pertama, telah ku atur
Membuat aku terasa tersenyum
Kerna tiada dihadapan ku
Pagar yang akan menghalang
Indahnya terasa semua keinginan ku
Laju bagaikan angina yang bertiup
Dlam diam ku, langkah terikut
Menjadi laut yang tak bertepi… tak bertepi…..

Bahang derhaka mula terasa
Membakar jiwa  merosak binasa
Dosa terhimpun, penuh cacatan
Hidup hanya menanti balasan….
Takut mula mengusik hati
Inikah suratan aturan Ilahi
Langkah Terakhir, Mesti diatur
Ingatkan janjimu, ingatkan ihsanmu, luas pintu rahmatmu….
(2x)

Terasa kerdilnya diri ternoda
Mengharap makrifat serta redha…
Sebelum pulang ke tempat asalku
Terimalah langkah terahir ini…
Langkah terakhir (3x)

kalau korang nak tahu lagu ni mcm ne.. korang search la utube tu.... cari langkah terakhir ali xpdc... insyaAllah akan jumpa...
Assalamualaikum.....

2 comments:

  1. wah... terbaiklah "Langkah terakhir"

    langkah yang bermula jangan berpaling lagi...

    nanti masukkan lah lagu youtube dalam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm... nak masukkan lagu youtube tu buleh, tp takut lambat lak loading pulak nnt sebab tu last decide xmasukkan lagu tu... sapa2 nak dgr lagu tu search ah Ali XPDC - Langkah Terakhir

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...