Assalamualaikum semua... Hari ini nak bercerita tentang satu Segmen dari http://saljuhumairah.blogspot.com/2012/11/segmen-senarai-blog-awal-tahun-1434h-t.html. Dah lama aku xupdate blog ini sbb aku skunk sibuk dengan blog untuk anak-anak aku... Aisyah & Aula .... korang click dekat nama tu nnt dia akan link la dekat blog anak-anak aku tu... aku nak diorang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada waktu kecik-kecik dulu, sebab pernah aku baca satu buku yang kita kena buat satu diari khas tentang diri anak kita then nnt bila besar kita kena suruh dia baca balik tentang diri mereka sewaktu kecil... aku xtahu setakat mana blog ini akan bertahan dan adakah ia mampu bertahan hingga mereka dewasa? Tp yang pasti usaha mesti dibuat kan?
Ok lah... sekarang kita bergerak maju ke Segmen Saljuhumairah ni....
(A)
(B)
Tentang Diri Aku :
Nama sebenar tp separuh sahaja adalah Khairil
Nama pena adalah kaishuhaikal
Nama fb pula Khairil Mysat
Nak berkenalan boleh je berhubung dengan FB @ Blog - pilih yang mana berkenan dihati
Umur : xjejak 30 lagi tp coming soon... hampir tua daaa...
haa aku letak sekali muka aku yang langsung xsmart @ cantik ini.... kowt-kowt ada kawan-kawan yang memilih muka dulu baru nak berkawan kan...
aku pernah jumpa orang mcm tu sbb tu aku cakap mcm tu... dia kata aku dah la x smart... xkaya lak tu... xleh nak tumpang pape... hehee..lantak la bukan habis duit aku klu xkawan ngan ko pown kan?? aku nak berkawan dengan orang yang ikhlas nak kawan je.. yang nak kan kepentingan ko g la kawan ngan menteri pasola tu, itu pown klu diorang layan ko....
(C)
Tujuan Blogging??
Penerbitan kaishuhaikal.blogspot.com adalah untuk berkongsi segala cerita yang terlintas didalam kepala aku ini bersama korang... mcm korang update status FB tu la... tp FB ringkas sangat, dan disebabkan aku sebenarnya mmg suka menulis sejak dari aku bangku sekolah lagi jadi aku bermain dengan blog ini... mula-mula aku berjinak dengan Friendster.com xtahulah korang sempat ke x? Friendster ini tahun 2005-2006 mcm tu kowt, 2007 - aku bermain dengan multiply dengan nama KUTUBUN SITE , lepas pada tu aku beralih kepada wordpress dan lepas 2 entri lebih kurang kowt pasal komputer aku jadi malas sebab xde sambutan, haa..aku menulis kerana nama kah?? Dan bila aku terasa aku menulis sebab nak kejar glamourious, aku berhenti sbb aku xmahu aku menulis kerana itu... aku ingin berblogging sebab aku suka menulis, bukan kerna nama... dan seorang rakan blog aku bernama Dhani memperkenalkan aku tentang blogspot... 2008-2009 aku beralih arah kepada blogspot mengunakan nama kaishuhaikal... Setelah diperkenalkan secara serius oleh Abg Dhani kepada dunia blogspot aku mula mengenali insan yang bernama saljuhumairah yang membuat segmen ini dan juga Citronal - seorang gadis yang comel, mereka berdua yang serius ajar aku tentang dunia blog ini, tp sayang citronal sudah meninggalkan dunia blog buat sementara waktu kerana sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah UiTM Machang sekarang ini... mungkin selepas ini dia akan kembali... Dan sekarang aku menulis kembali secara perlahan jika aku bosan, dan sekarang aku menulis di laman blog anak aku pula... tujuan nya supaya bila anak-anak aku besar nnt mereka tahu sejarah silam mereka. link ada diatas dekat nama anak-anak aku tu... follow la sekali klu rajin ek.. kesian baru seorang dua yang follow blog tu.... Haa yang xhighlight tu sejarah silam aku, yang highlight tu tujuan aku blogging....
(D)
Impian Sebagai Blogger??
Aku mengimpikan dunia blog ini meriah dengan kepelbagaian cerita, namun aku juga harapkan blogger semua tidak menggunakan medium ini sebagai tempat untuk mencaci maki orang lain, tidak menyebarkan fitnah @ mengata-ngata orang lain dan juga melampau dalam menulis. Aku juga ingin berkawan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan oleh kerana itu aku telah mendedahkan nama separuh aku yang benar dan FB aku. Tidak hanya dalam dunia maya tetapi didalam dunia nyata ini.... jadi sebagai blogger yang tidak bertauliah mcm aku ini, aku harap impian aku untuk berkawan dengan blogger lain sudah tercapai, apabila aku sudah mengenali beberapa orang blogger selain aku sebutkan tadi dan impian aku adalah untuk menjaga impian yang aku telah capai ini sebaik mungkin InsyaAllah....
Haa begitulah lebih kurang... mana-mana kekawan yang ingin berkawan dengan saya boleh hubungi melalui laman FB saya search " khairil mysat " InsyaAllah klu berkawan kerana Allah kita akan diberkati dan dikekalkan hingga akhir hayat... Amin....
pergh. ada nama aku. power!
ReplyDeletekita xlupa sifu yang memperkenalkan blogspot pada kita... hehehe
Deletehehe..comey
ReplyDeletemmg comey kan? so mestilah kita akui kecomelan anda...
Delete