Followers

Thursday, November 22, 2012

Abdul Latip Talib - Kipas Susah Mati


 
Penulis sebenarnya minat giler dengan Pak Latip punya penulisan Novel Sejarah Islam. Bukan hanya kerana penyampaian yang baik, malah mempunyai ilmu yang banyak dan yang paling penulis teruja dengan penulisan Pak Latip adalah penulisannya mampu membawa penulis berada di tempat tersebut dan merasai suasana didalam novel tersebut.
 
Didalam gambar yang penulis ambil ini masih tidak cukup 2 biji koleksi penulis, yang bertajuk Hulagu Khan-Khabar Hitam Dari Timur & Imam-Imam yang Benar... 2 buku ini dipinjam oleh kawan penulis yang bernama Hamidi Awang Cucu Tok Merah & Hafizullah Saad (FiiiiEEEE - No Brain). Penulis memasukkan semua koleksi buku ini khas ditujukan kepada Pak Latip sebagai tanda sokongan penulis kepada usaha beliau dalam menghasilkan karya seperti ini.
 
Penulis berharap Pak Latip boleh menyiapkan karya terbaru beliau dan menerbitkan dengan secepat mungkin yang mana klu penulis tidak silap, sekarang ini beliau dalam proses utk menghasilkan Novel sejarah Islam ang terbaru mengenai Perang Salib. Tidak sabar rasanya penulis menunggu kehadiran karya terbaru beliau itu.
 
Hari ini penulis juga ada mencari buku beliau yang bertajuk Tok Janggut, namun penulis balik ke rumah dengan hampa apabila 5 buah kedai buku penulis pergi namun semuanya tiada didalam simpanan mereka. Walaupun buku itu dihasilkan pada tahun 2010, namun nampaknya permintaan masih ramai sekiranya penulis pergi mencari 5 buah kedai namun tidak dapat menemuinya & memilikinya...
 
Bagi yang belum mengenali Abdul Latip Talib @ Pak Latip ni, apa kata anda layari Blogspot Beliau di ( http://abdullatip.blogspot.com/ ) @ laman sosial FB nya ( https://www.facebook.com/abdul.latip.14?ref=ts&fref=ts )
 
Sekian : KaiSHu_HaiKaL

1 comment:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...