Followers

Thursday, November 11, 2010

Persona R sketches??

Salam dan selamat sejahtera kepada semua,
hari ini aku telah terjumpa satu berita baru pasal keta di Forum MysatriaClub pasal Persona replacement atau lebih dikenali sebagai Persona R. Kereta ini masih dalam development dan katanya 2 pintu sahaja. Samada kereta ini betul2 wujud atau tidak aku tidak pasti namun yang tentu kereta Persona R memang akan menambat hati pemuda-pemudi dinegara ini. Dulu aku selalu perlekehkan model2 kereta Malaysia kerana bukan dari segi performance kereta tetapi kerana rupa model yang agak kurang menarik dari kereta-kereta lain yang diimport dari luar terutama mitsubishi yang terkenal dengan "Evo" nya. Setakat ini, wira, satria, waja and persona elegent yang menarik hati lain2 kena modified dulu baru cantik. Yang xfaham kenapa model-model yang cantik ini dihenti pembuatan dan diganti yang agak kurang menarik? Kan lebih balik buat evolusi bg kereta-kereta tersebut? Tetapi sekarang, dengan kemunculan Inspira dan juga Persona R ini nampak lagi cantik dan elegent serta lebih sporty mungkin... Tahniah buat Proton.

Wednesday, November 10, 2010

Cipta Award untuk blogger...

Memula aku bercadang untuk membuat satu award kepada semua yang sedang melawat laman blog aku yang entah ape-ape ini, sedang aku mereka-reka Blog Award ini tetiba aku terputus idea. Aku xtaw nak letak pe dah dekat Award ini.  Lama gak aku termenung memikirkan pe yang patut aku letak last-last aku pendamkan dahulu award ini setakat ini dahulu dan aku akan "release" kan award ini pada jangka masa terdekat nanti. Bukan pe, nak bg dekat orang biarlah cantik kan. Apa-apa pon si Dhani ko cubalah reka untuk aku satu Blog Award ini. Ko kan banyak idea and design yang cantik. Aku pon nak buat jugak bebila aku ada masa terluang nanti. Sekarang ini aku agak sibuk sikit nak melatih bebudak Chess yang akan bertanding di Shah Alam raya ke-2 nanti. Bukan aku yang latih tetapi aku cuma nak bermain dan beri sedikit tekanan kepada pemain chess wakil cawangan kelantan ini. Aku pandai ke? Hehehe xpandai tapi boleh la beri sedikit cabaran kat diorang. K la nantikan la kemunculan award ini nanti kalau aku rajin touch up nanti. InsyaAllah jangka masa terdekat.

Tuesday, November 9, 2010

Gurun Namib

Salam..
Ari ni aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang pasal Gurun Namib. Aku terbaca majalah ujang dan terlihat info pasal gurun namib ni...aku pon search la dekat google pasal gurun namib ni. Skunk aku nak berkongsi dengan korang lak. Pernah lihat gambar ni :
Mesti pernah tgk kan? Yela rata2 suma orang dah ada PC or note book kan? Ni adalah salah satu fenomena yang terhasil di gurun Namib. Gurun Namib adalah gurun pasir tertua di dunia, gambar dibawah pula menunjukkan gambar bukit pasir tertinggi didunia dengan ketinggian 340 Meter.

Maklumat ini diambil dari Wikipedia - Gurun Namib <= Click Untuk Maklumat lebih lanjut

Monday, November 8, 2010

Adik Angkat

Salam...
Hari ini aku ngan wife aku dah dapat adik angkat nombor 2, dulu waktu aku belajar dekat sebuah institut pengajian tinggi aku dah dapat sorang dah...hari ini aku dah dapat lagi sorang... Mas nama pendeknye.... Mas ni seorang blogger jugak la...aku kenal dia ditempat keje aku..time tu dia wat praktikal dekat dengan tempat keje aku... Dia ni bagi aku ada potensi untuk jadi seorang programer la...sama mcm aku..bercita-cita jadi programmer tapi xkesampaian...maklum lah aku ni bukan reti sangat IT ni...setakat format PC mcm tu boleh lah...lain2 xpandai aku...


Okeylah...setakat itu je dulu aku cerita pasal dapat adik angkat ni...xkan korang nak taw mcm ne leh jadi adik angkat ni lak kan... cukup setakat taw aku dapat adik angkat sudahlah...sbb ini cerita gembira buat aku dan wife aku...wife aku pon suka dengan dia ok la tu kan....nak taw lebih lanjut pasal mas ni sila la click kat nama dia tu ye..... Adios Amigos....

Sunday, November 7, 2010

Setem-setem lama...

Salam kepada semua pembaca...
Aku terlebih dahulu aku meminta maaf kepada semua pembaca yang mengikuti kisah aku ini...bukan apa exam so sibuk la sikit.... Ari ni aku terpanggil untuk berkongsi pasal setem-setem lama. Aku tadi pergi ke sebuah pejabat pos Kota Bharu tepi ASNB. Aku xtaw la nama dia pe kawasan tu. yang pasti pejabat tu ada tanda WAWASAN 2020. Betul-betul depan Nagoya Testil Kota Bharu...aku pon dengan wife aku masuk dalam nak bayar bil letrik....2098 la pulak nombor aku... sekarang baru 2092.... Tgh aku dok penin2 kat situ tetiba aku terlihat dekat dinding papan kenyataan ada la 4 keping setem lama di letakkan disitu sebagai pameran. Dulu aku berminat jugak dengan setem ni sekarang dah bosan dah men stem so malas la skunk.

Berikut adalah gambar-gambar setem yang sempat aku rakam... maaf la 2 keping je sempat aku amik sebab ada makcik yang menghalang pandangan aku dari amik gambar dan satu lagi ada mamat muda koboi melayu yang begitu bangang memakai mcm tu pon halang aku jugak. aku bengang ngan mamat tu sbb dah la pemakaian mcm tu, jalan pon gaya ala-ala samseng jalanan pon ada. K la korang layan la gambar yang ada ni....Salam


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...