Followers

Friday, July 6, 2012

APA ITU RAKAN COP (RC)?


RAKAN COP (Community Oriented Policing) adalah bererti rakan Polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan slogan "Bersama Memerangi Jenayah". Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam melalui perkhidmatan telefon (hotline, SMS, MMS) dan komputer (e-mail dan website). Sehubungan itu, maklumat mengenai kemalangan jalan raya, kesalahan lalulintas atau kesesakan lalulintas juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis.

Menghantar Maklumat melalui SMS:

POLIS[negeri] [maklumat/aduan]
hantar ke DAPAT|32728

Untuk mendapat maklumat taip:
POLIS[negeri]

Pendaftaran Individu:
POLIS[negeri] DAFTAR [nama pengenalan]

Pendaftaran Unit(Kumpulan):
RAKANCOP UNIT WUJUD [nama unit]

Menyertai Unit:
RAKANCOP UNIT SERTAI [nama unit]

Menyemak pendaftaran:
RAKANCOP SEMAK

Berchat dengan RakanCOP lain:
RAKANCOP CHAT [nama/no ahli] [mesej]

Ubah nama:
RAKANCOP UBAH [nama pengenalan baru]

Tukar telefon
RAKANCOP TUKAR [no tel lama] [no tel baru] [no keahlian RakanCOP]

Menghantar MMS, mulakan mesej dengan:
POLIS[negeri] [mesej] hantar ke mms@dapat.com

HANTAR SEMUA SMS KE : DAPAT / 32728

SMS ID Negeri

Negeri SMS ID Negeri
KUALA LUMPUR KL
SELANGOR SL
PERLIS PL
KEDAH KD
PENANG PP
PERAK PK
MELAKA MLK
JOHOR JHR
TERENGGANU TRG
KELANTAN KN
PAHANG PHG
SABAH SBH
SARAWAK SWK

Sumber yang penulis ambil ni dari pages FB Rakan Cop (RC). Penulis dah masuk semalam Rakan Cop. Selain dari kita dapat membantu polis, Dengan menyertai RC ni, kita juga boleh mendapat bantuan polis dengan lebih cepat. Sebagai contoh, klu kita ni jenis traveller mcm penulis, kereta breakdown di dalam hutan grik, atau berlaku excident kereta lain disana, kita hanya Msg RC dan polis terdekat akan memberi bantuan dengan segera. So xperlu lah nak masuk persatuan yang mengarut-mengarut yg konon je nak jaga kita itu. Polis dah cukup. Tp penulis xde la try lagi sms RC ni tgk tahap efficient RC ni... Klu penulis tgk RC ni xefficient nnt penulis review balik. Setakat ini... mengikut maklumat penulis terima dari pegawai tinggi  mereka di depan Bank Rakyat semlm sewaktu hari bersama pelanggan, apa yang ditawar oleh RC ini amat baik sekali. 

TAHNIAH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA. Semoga RC ni efficient dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sejajar dengan Objektif PDRM untuk RC ni, untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...