Followers

Wednesday, November 21, 2012

Chess Games dkt kedai Makan??

 
 
Semua sudah sedia maklumkan klu kedai makan mesti ada papan haji buat hiburan bagi kaum khususnya Melayu... Rata-rata klu pergi kedai kampung-kampung mesti akan ada satu atau dua papan haji dan buahnya dari kulit kerang. Masa penulis update FB tadi penulis ada update pasal penulis teringat tentang sebuah kedai makan ni.... Masa itu penulis baru sahaja sampai dari Kelantan ke Sg. Siput Perak.
 
Apa yang menariknya, penulis tetiba tergerak hati nak ke sekolah wife penulis di Felda Lasah. Dalam keadaan yang letih lesu lagi penulis sampai ke sekolah tersebut dan rakan sekerja wife penulis yang nama pown hampir sama dengan penulis mengajak penulis pergi ke sebuah kedai makan berhampiran bagi melepaskan lelah seketika...
 
Felda Lasah ini agak pedalaman juga lah tempatnya tapi tidaklah kampung sangat. Namun apa yang mengujakan penulis adalah apabila sampai dikedai tersebut, penulis melihat ada papan catur @ lebih dikenali sebagai Chess dikedai tersebut. Penulis menyangkakan mungkin mereka hanya bermain dam aji Noh Motor je la kan sbb kawasan pedalaman, namun sangkaan penulis salah. Rakan penulis memberitahu yang disini mereka lebih gemar untuk bermain catur berbanding dengan Dam Aji Noh Motor tu...
 
Penulis agak teruja dengan kenyataan rakan penulis tu, dan penulis juga ingin bermain dengan orang kampung disitu memandangkan mereka berbakat dalam permainan Chess ini... Penulis xdelah hebat dalam permainan ini... cuma penulis ingin menguji diri penulis dalam permainan catur ini kerana penulis sering juga bermain dulu di school. Dan oleh kerana penulis kenal beberapa pemain ini, maka kadang-kadang penulis pandang rendah dan kadang-kala menjadi terlalu takut bila bertemu dengan pemain yang hebat. Sekarang penulis ingin bertemu dengan seorang yang tidak kenal untuk menguji ketahanan mental penulis. Menang Kalah itu tidak penting bagi menulis, adat bertnding ada yang menang ada yang kalah... tp setakat mana keupayaan penulis, itu yang penulis ingin cabar.
 
Penulis berazam untuk kembali ke kedai itu jika ada masa luang... hanya untuk dapat mencabar seorang dua dikampung itu. Itu pun klu penulis sempat la kan... Harap azam ini dapat ditunaikan.. penulis pown perlu practice balik ni... Practice Make Perfect...YeeeeHaaaa....eh silap... AllahuAkbar...

4 comments:

  1. Kampung Catur...@ Felda Catur???

    Jom test..
    Ada bran... ke?
    hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya...?? sentiasa lawan klu ada yg mencabar... Catur di Felda... siyes, jarang jumpa kedai makan ada catur ni.. dan main catur lak tu.. bukan Aji Noh Motor... ramai kedai2 men dam aji jaa...

      Delete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 159.

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... saya sentiasa berkawan dengan baik klu rakan kita tu sentiasa baik dengan kita...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...