Followers

Saturday, December 29, 2012

Buku Jalanan Kota Bharu

Assalamualaikum...
Ada yang mengetahui dan ada yang masih samar-samar dengan Konsep Buku Jalanan Kota Bharu (BJKB). Penulis sendiri masih hairan masih ada orang yang sanggup menjaja untuk menganjur perpustakaan lambak seperti ini. Namun begitu penulis juga amat teruja dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda bagi sebuah program seperti ini. Langsung tidak mendapat apa-apa keuntungan malah mungkin akan menjadi bertambah rugi sekiranya ada yang ingin khianat dan tiada perasaan tanggungjawab, namun ianya tidak menjadi masalah bagi aktivis BJKB ini...

Penulis sudah lama mengetahui perihal BJ ini dari seorang blogger Dhani Ahmad hal aktivis BJ ini namun penulis belum lagi terpanggil untuk pergi merasai suasana BJKB ini. Namun hari ini di waktu Jumaat terakhir pada 2012 ini, ketika penulis tidak dapat kembali ke Perak bersama keluarga ini, penulis terpanggil untuk merasai suasana di BJKB ini. Anda boleh layari http://bilik.blogspot.com/2012/12/bjkb.html untuk mengetahui lebih lanjut perihal kewujudan BJKB ini.

Ada Apa dengan BUKU JALANAN?

Konsep yang mudah untuk difahami ianya adalah perpustakaan terbuka atau street library dan unformal... Ianya lebih bersifat santai bagi aktiviti membaca dan mampu untuk memupuk minat membaca dikalangan warga Kota Bharu.

Apa Aktiviti BJKB ni?

Ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh BJKB ini dan ianya bersifat santai.... Antaranya adalah :
# Peminjaman Bahan Bacaan Secara Percuma
# Conteng-Conteng
# Diskusi Perihal buku
# Berkongsi Idea bagi mengembangkan lagi BJKB
# Deklamasi Sajak atau Puisi
Itu antara aktiviti yang disajikan di BJKB ini... rasanya tiada lagi di Kelantan ini yang memperkenalkan konsep seperti ini. Namun di belah luar dari Kelantan ianya sudah pun terkenal seantero Malaysia...

Lokasi ?

BJKB ini beroperasi di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada hari JUMAAT, setiap 2 MINGGU SEKALI dari Jam 4 Petang hingga 7 Malam...

Gambar Kenangan?
Berikut adalah Gambar-Gambar sewaktu Penulis ke Aktiviti BUKU JALANAN KOTA BHARU (BJKB) Peace Yooooo.... Yang mana satu penulis KaiSHu_HaiKaL ini ya? Erm.. Seorang lelaki, memakai Jaket Hitam seolah pegawai tu (walhal kuli pencacai jaa), berkaca mata dan yang paling ketara sekali yang paling temukkkkk antara rakan-rakan aktivis BJKB disana... sebelah penulis yang setia menemani penulis adalah abe Dhani Ahmad, blogger http://bilik.blogspot.com .... Selamat melayan....















Dalam penulis menilik dan menilai karya-karya yang dipersembahkan, penulis sempat meminjam sebuah Zine bertajuk " Dek Neh" - (Zine Punk Rock budok kelate ni boh).    ~p(*-*)q~ KaiSHu_HaiKaL

6 comments:

  1. Macam best je ni khairil. Lepas tu bley piknik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Best Kak Shima... Buleh Piknik sambil2 baca buku.. lepas tu anak2 leh main dekat taman permainan depan tu... xde la bosan kita termenung jaa dekt taman... KL klu xsilap dekat Tasik titiwangsa ada Aktiviti Buku Jalanan ni....

      Delete
    2. Oloh, kalau nak pegi sana si Raquib tu bukan boleh duk diam pun. Kang begolek plak dia kat atas rumput tu kang. :)

      Delete
    3. Kak Shima, nnt insyaAllah saya nk buat di kuala kangsar pulak... aktiviti minguan bersama keluarga hehehe.. aisyah ngan aula men di taman, sy nk promote buku jalanan ni di Kuala kangsar... hehehe

      Delete
  2. Assalam, saya backlink entri blog anda dari blog saya, untuk berkongsi maklumat mengenai Buku Jalanan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Alyn Amalyn kerana sudi berkongsi maklumat. Tp sayang saya tidak boleh access blog anda.. harap boleh tinggalkan link blog anda terima kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...