Followers

Monday, February 25, 2013

UBSTYLO Band...

Assalamualaikum....

Hari ini penulis nak berkongsi hobi baru penulis bersama-sama rakan-rakan sekalian tentang hobi baru penulis... Penulis sudah lama berminat dengan gitar ini namun penulis tidak berjumpa dengan mereka yang tidak kisah dengan bakat penulis... Al-maklum lah penulis ni seorang insan yang tidak pandai dalam serba serbi dalam kehidupan namun penulis ingin merasai kesemua benda yang halal yang ada diatas muka bumi ini...

Benda baru yang penulis minat ialah bermain gitar... Alhamdulillah, Allah mempertemukan penulis dengan beberapa orang rakan yang berminat dalam seni musik akustika kampung sama seperti penulis. Walaupun akustika kampung namun Kanda Pok Nik pernah mencipta beberapa lagu sendiri selama beliau mengenali gitar, manakala Cikgu Nik seorang yang hebat pada diri aku kerana mampu lead hanya dengan mendengar chord yang dimainkan, malah mampu membetulkan chord yang kita mainkan sekarang... 

Penulis?? Haha.. baru belajar beb... mana pandai lagi, tp practice make perfect... Dengan gabungan kami bertiga dan mungkin kemasukan bro Apit as drummer di bawah lampu pendaflour di kedai Kanda Pok Nik maka tertubuhlah sebuah kumpulan musik Akustika yang diberi nama  UBSTYLO. 

UBSTYLO adalah nama yang diubah dari sebuah nama ubi yang agak terkenal di kelantan sebagai Ubi Stelo... You all's tahu ke apa ubi stelo tu?? hehehe  nak amik kawwww :

 

Ini la ubi stelo tu atau dekat luar dari Kelantan atau pantai timur ni dikenali sebagai Ubi Keledek... Klu nak letak nama Band UBKELEDEK kan xbest.... so kami sepakat atas idea Kanda Pok Nik UBSTYLO nama diberi... Setakat ini kami hanya menerima tempahan persembahan hanya di D'Nick HardRock Cafe je.... tempat lain kami tidak buat persembahan tempat lain lagi kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing...

Sesi Karoot - Media UBSTYLO Band (Gambar)


Cikgu Nik Otai Lead...


Penulis... Kaki Karooot Media yang tetiba menyelit dalam UBSTYLO


Cikgu Nik with Kanda Pok Nik Berbincang dengan lagu yang bakal didendangkan..


UBSTYLO VIDEO UPLOAD :
ni baru testing ni... belum betul2 kejadian ni... Cikgu Nik & Kanda Pok Nik








Saturday, February 23, 2013

2013 - Penulis adalah Pengajar?

Assalamualaikum...

Pensyarah, pengajar, cikgu, guru adalah sama, bertugas sebagai pendidik kepada anak bangsa. Tanpa mengenal erti jemu dan putus asa mereka mengajar sehingga anak didik mereka faham sebenar-benarnya. Kita yang belajar dengan seorang guru @ pensyarah kena ingat bahwasanya itu adalah guru kita walaupun guru / pensyarah itu lebih muda dari anak didik mereka. Penulis masih ingt pernah seorang pensyarah cina yang mengajar penulis manderin memberitahu kepada penulis yang masyarakat Cina begitu hormat kepada laushi (guru) nya walaupun yang diajar oleh laushi itu ilmu yang remeh.

Namun begitu sekarang ini penulis lihat ada segelintir pensyarah yang mana penulis tidak pasti adakah kerana mereka begitu inginkan untuk menghabiskan silibus atau syok sendiri dalam mengajar, sehingga satu kelas tidak faham dengan apa yang diajarkan oleh pensyarah itu. Penulis bukan seorang pensyarah atau pengajar tetapi alhamdulillah dengan berkat Allah berikan kepada penulis, penulis faham tentang ilmu yang diajar oleh Dr. Nasir dalam bab Normalization 1NF-3NF. 

Penulis masih ingt lagi sewaktu penulis pergi ke sebuah makmal pada waktu pagi, ada seorang pensyarah ini meninggalkan kelas dengan alasan komputer rosak dan ianya tidak boleh mengajar. Erm ok lah komputer rosak nak buat mcm ne kan? Nak repair ambil masa sikit. So dalam 15 minit penulis siap membuat pc itu hidup kembali dan pensyarah itu hilang entah kemana... HAHAHA merajuk lah kononnya... Kalau sepak sesia je, nak merajuk konon...

So sementara menunggu pensyarah itu kembali, penulis berjalan sekeliling students pensyarah tersebut, melihat latihan yang diberikan dan ada seorang student ni mungkin dia pickup sedikit sedang mengajar rakan-rakan yang lain. Penulis mendengar je apa yang diajar dan hasilnya cukup-cukup salah... Rasa nak tergelak pown ada, ko sendiri xfaham nak ajar orang pulak ker? Biar kita faham dulu baru leh ajar orang, so penulis tetiba terpanggil untuk memberi tunjuk ajar sedikit kepada mereka tersebut. Dengan memberi contoh-contoh persekitaran maka secara automatik alhamdulillah dengan bantuan Allah S.W.T mereka faham sangat-sangat dengan apa yang diajar oleh penulis sehingga mereka boleh buat semua soalan itu dengan mudah... Mereka cakap sudah beberapa hari mereka cuba buat dengan mengikut apa yang diajar oleh pensyarah itu tetapi tidak berjaya, dengan penulis xsampai 1 jam mereka sudah faham dengan apa yang diajar oleh penulis.

Bukan penulis nak riak kerana hal begini pown nak bagitau orang tetapi penulis bengang dengan sikap pensyarah yang bongkak tidak boleh mengajar hanya kerana PC tiada... Walaupun sudah prepare dengan power point, sekiranya engkau betul-betul bersedia maka engkau boleh laksanakan tugas walaupun dengan tanpa PC. manja betul pensyarah ni...

Tutorial : Trick win 7 yang agak cool

Assalamualaikum.... 

Penulis rasa ramai antara kita sekarang telah menggunakan win 7 baik pirate mahupun original... Namun ramai juga yang tidak tahu menggunakan full trick win 7 yang boleh dikatakan cool... Shortcut key untuk select win 7 program biasanya yang kita tahu adalah dengan menggunakan alt + tab bukan.Namun adakah anda ingin menggunakan selected program anda berwajah seperti ini :

Cool bukan? Untuk membuat win 7 anda menjadi seperti ini bila kita nak selected program adalah senang sahaja... tidak perlu sebarang installation 3rd Party software tetapi hanya memerlukan anda menekan win logo key + tab key sahaja... mudah bukan sekian...


Tuesday, February 19, 2013

Yang Mana Lagi Haram Jadah...

Assalamualaikum....

Pembaca semua ingat x, pernah tergempar dalam FB dan email tentang cerita 2 pelajar siswi bergambar pose "menarik" dengan babi? Macam-macam tomahan dilemparkan kepada beliau kan? Penulis bukan nak perhangatkan balik cerita ini... cuma penulis tiba-tiba terlintas setelah melihat begitu banyak gambar yang di "LIKE" di Facebook mereka yang berpegangan tangan dan ucapan sweetnyer.... so sweetttt... i liokeeee.... dan macam-macam lagi lah... semua pujian dan jarang² kutukan berlaku...

Namun bila penulis search penulis terjumpa cerita lama 2 siswi sedang bergambar dengan babi tu dikutuk keras oleh semua orang sambil berkata "haram lah pegang babi... xde benda lain ke nak pegang""xde otak la pelajar ni... belajar je di U..." dan macam² jenis kutukan yang kurang membina...

Penulis just nak ingtkan kepada semua pembaca... Pegang Babi tidak haram... cuma ianya najis mughallazah @ najis berat... haram memakan nya... namun tiada larangan untuk memegangnya... Tetapi memegang tangan bukan Muhrim ni jelas haram disisi Islam....

Jadi selamat berfikir dan selamat beramal.....

 

Monday, February 18, 2013

Philco PC

 Assalamualaikum...
 Pada tahun 2009,December .... pernah berlangsung satu pertandingan re-design PC yang mana telah dianjur kan oleh ASGVIS, makers of V-Ray for Rhino. salah satu design yang menjadi satu tarikan dan salah sebuah dari 3 yang terpilih adalah rekaan "SchultzeWORKS designstudio". 

Rekaan ini diambil dari sebuah mesin mixer 1950-an klu penulis tidak silap, dan telah di re invention kan kepada PC. Mesin ini direka oleh Philco Predicta dan berikut adalah gambar mesin tersebut.


Dan bersempena design yang unik dan classic ini SchultzeWORKS Design Studio mengambil model rekaan ini dan mencipta sebuah Personel Computer yang bernadikan window 7 sebagai design beliau dan mendapat tempat top  3 dalam pertandingan tersebut. berikut adalah design ciptaan mereka dengan memberi nama  Philco PC bersempena dengan nama pencipta mesin lama ni Philco Predicta...





Monday, February 4, 2013

Kerana Komuniti Juruteknik Komputer Kelantan - Kena Tembak...Arghhh...

Bila cerita pasal kena tembak ni, penulis semalam cukup² terasa dengan beberapa orang ini... Hari isnin hari tu penulis ada buka satu group dalam FB "KOMUNITI JURUTEKNIK KOMPUTER KELANTAN". Niat penulis cukup baik pada masa tersebut untuk mengumpulkan semua juruteknik komputer kelantan dibawah satu group. Senang nak selesaikan masalah, senang nak berjumpa, senang nak berkawan. Sesiapa sahaja yang berminat boleh sahaja joined group ini. Pada mula penulis invite beberapa kenalan penulis yang cukup baik utk invite rakan-rakan mereka yang berada di kelantan ini. Malangnya benda lain yang berlaku.

Semakin ramai yang masuk, maka keluar la insan yang tidak begitu digemari ramai... Mereka mengutuk admin yang buat group tu iaitu penulis lah dengan perkataan yang tidak begitu sopan. Kerana orang² seperti mereka lah maka juruteknik komputer akan sentiasa di pandang rendah oleh orang lain. Kerana mereka jugalah orang kelantan akan dihina oleh orang negeri lain... Kerana mereka yang buat "taik", semua orang kelantan dan khususnya juruteknik komputer kelantan terpaksa menghidu bau yang kurang senang itu.

Antara perkataan yang penulis xdapat terima :

1. admin ni ore klate ko.. sbb, tgk ko komen2 sume gna bhsa baku.. Komuniti Juruteknik Komputer "Kelantan"

Meh nak jawap : 

- Penulis ini orang kelantan, dengan makna lain penulis ni buleh bercakap loghat Kelantan dengan baik. Tapi bukan bermakna klu penulis orang kelantan mesti kena cakap kelantan kan... Hanya mereka yang poyo dan kampung akan berfikiran demikian... Kita orang kelantan ni versatile, bila dalam majlis yang atau group yang mmg xde masalah nak taip pe pown pakai je la... xkan nak guna bahasa baku atau KayEL ni xboleh, klu berjumpa kawan-kawan klate tu kita kecek la klate...

"KITO ORE KLATE NI JANGE DOK MANGGOK BODO XTENTU HALA GAK... SEKSOK MU MATI KAY EL, MU NAK BGN MAROH KO TOK IME KO...TALQIN KO MU IKOT LOGHAT KAY EL BODO"...

2.  K:E:T:O:L:O:L:A:N APA ADMIN GROUP NI...
-   Admin ni ore Klate baru balik klate ko? Sero nak jadi admin selalu ni....

- Meh mari nak bagitau lagi, Penulis ni terlibat dengan komputer ni bermula tahun 2004 lagi, bermula di secara serius di Selangor sungai buluh... awal 2005 penulis pindah kerja ke KELANTAN dan terlibat dengan komputer dengan jawatan Asst Engineer di sebuah Syarikat Komputer. Penulis mula terlibat secara serius dalam pemasangan A-Z network di Renaissance Hotel Kota Bharu dan juga repairing komputer, Printer dan Network di kebanyakan kilang dan industri di NEGERI KELANTAN. Pada 2007 Penulis mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan (UiTM Machang KELANTAN) dengan jawatan FT17. Walaupun ini memerlukan sijil komputer, dengan pengalaman yang penulis ada dan DIPLOMA dalam TEKNOLOGI ELEKTRONIK penulis mampu menjawat jawatan sebagai FT17... Kemudian penulis menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Degree in Information Management (IM) major in System, sambung ni pown di negeri KELANTAN juga. Dengan kata lain, penulis ada ilmu dalam membuat system dan penulis ingin menambah ilmu dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain yang hebat. Dan sekarang ini insyaAllah dengan rezeki yang Allah bagi penulis bakal menyambung pelajaran ke peringkat sarjana atau kepada "hop bodo kepal" ni nak oyat MASTER.... di ulangi MASTER....dalam bidang IM sekali lagi... 

Penulis bukan nak bongkak diri dengan apa yang penulis ada, tapi ayat mereka ini tersangat kurang ajar... Dia ingt penulis ni siapa... Ko tu patut pikir ko tu sapa? Kalau setakat baru jadi juruteknik Sekolah dengan Kolej yg kecil-kecil jgn nak tunjuk hebat lah... Aku respect mereka yang jadi juruteknik sekolah yang tidak berlagak...ada la antara rakan-rakan dalam tu...tapi korang mempertikaikan aku dan kat aku berlagak nak conquer... Korang kan CEO dalam juruteknik sekolah @ lebih tepat FT 17 Kelantan dan korang nak tahu qualification aku kan? ini lah qualification aku... klu boleh challenge silakan lah..... bagitahu korang punya qulification dan pengalaman korang... Kenapa aku xleh set up group ini.... Untuk mereka yang cakap penulis tolol ini : Setolol penulis dalam create group ini, penulis ada usaha murni... xsuka just leave... penulis xmarah... penulis buat apa kat korang sampai perkataan mcm tu kuar... nak tunjuk handalan... orang sekarang bawa otak bukan bawa pisau... ko bermula jadi juruteknik bila, apa kelebihan ko? Jgn mulut je naik tocang suruh buat banyak alasan... itu orang KL panggil "BULL SHIT BRO".... ore klate kato "mu ni supo tahik beruk"...

Banyak lagi yang lain-lain yang menyakitkan hati.... tapi biarlah... nak buat mcm ne... Penulis ni kan T:O:L:O:L .... so kepada semua yang menyertai group Komuniti Juruteknik Kelantan yang masih setia, penulis ucapkan terima kasih, jadikan kita sebuah Keluarga yang harmoni dan saling bekerja sama... Kepada kekawan yang benci dengan penulis, penulis memohon maaf, sila leave group... and everybody stay happy... masalah berkaitan komputer kita kongsi bersama, sama-sama dapat ilmu dan sama-sama jurus kepada kebaikan... InsyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...