Assalamualaikum...
Pensyarah, pengajar, cikgu, guru adalah sama, bertugas sebagai pendidik kepada anak bangsa. Tanpa mengenal erti jemu dan putus asa mereka mengajar sehingga anak didik mereka faham sebenar-benarnya. Kita yang belajar dengan seorang guru @ pensyarah kena ingat bahwasanya itu adalah guru kita walaupun guru / pensyarah itu lebih muda dari anak didik mereka. Penulis masih ingt pernah seorang pensyarah cina yang mengajar penulis manderin memberitahu kepada penulis yang masyarakat Cina begitu hormat kepada laushi (guru) nya walaupun yang diajar oleh laushi itu ilmu yang remeh.
Namun begitu sekarang ini penulis lihat ada segelintir pensyarah yang mana penulis tidak pasti adakah kerana mereka begitu inginkan untuk menghabiskan silibus atau syok sendiri dalam mengajar, sehingga satu kelas tidak faham dengan apa yang diajarkan oleh pensyarah itu. Penulis bukan seorang pensyarah atau pengajar tetapi alhamdulillah dengan berkat Allah berikan kepada penulis, penulis faham tentang ilmu yang diajar oleh Dr. Nasir dalam bab Normalization 1NF-3NF.
Penulis masih ingt lagi sewaktu penulis pergi ke sebuah makmal pada waktu pagi, ada seorang pensyarah ini meninggalkan kelas dengan alasan komputer rosak dan ianya tidak boleh mengajar. Erm ok lah komputer rosak nak buat mcm ne kan? Nak repair ambil masa sikit. So dalam 15 minit penulis siap membuat pc itu hidup kembali dan pensyarah itu hilang entah kemana... HAHAHA merajuk lah kononnya... Kalau sepak sesia je, nak merajuk konon...
So sementara menunggu pensyarah itu kembali, penulis berjalan sekeliling students pensyarah tersebut, melihat latihan yang diberikan dan ada seorang student ni mungkin dia pickup sedikit sedang mengajar rakan-rakan yang lain. Penulis mendengar je apa yang diajar dan hasilnya cukup-cukup salah... Rasa nak tergelak pown ada, ko sendiri xfaham nak ajar orang pulak ker? Biar kita faham dulu baru leh ajar orang, so penulis tetiba terpanggil untuk memberi tunjuk ajar sedikit kepada mereka tersebut. Dengan memberi contoh-contoh persekitaran maka secara automatik alhamdulillah dengan bantuan Allah S.W.T mereka faham sangat-sangat dengan apa yang diajar oleh penulis sehingga mereka boleh buat semua soalan itu dengan mudah... Mereka cakap sudah beberapa hari mereka cuba buat dengan mengikut apa yang diajar oleh pensyarah itu tetapi tidak berjaya, dengan penulis xsampai 1 jam mereka sudah faham dengan apa yang diajar oleh penulis.
Bukan penulis nak riak kerana hal begini pown nak bagitau orang tetapi penulis bengang dengan sikap pensyarah yang bongkak tidak boleh mengajar hanya kerana PC tiada... Walaupun sudah prepare dengan power point, sekiranya engkau betul-betul bersedia maka engkau boleh laksanakan tugas walaupun dengan tanpa PC. manja betul pensyarah ni...
No comments:
Post a Comment