Followers

Monday, February 4, 2013

Kerana Komuniti Juruteknik Komputer Kelantan - Kena Tembak...Arghhh...

Bila cerita pasal kena tembak ni, penulis semalam cukup² terasa dengan beberapa orang ini... Hari isnin hari tu penulis ada buka satu group dalam FB "KOMUNITI JURUTEKNIK KOMPUTER KELANTAN". Niat penulis cukup baik pada masa tersebut untuk mengumpulkan semua juruteknik komputer kelantan dibawah satu group. Senang nak selesaikan masalah, senang nak berjumpa, senang nak berkawan. Sesiapa sahaja yang berminat boleh sahaja joined group ini. Pada mula penulis invite beberapa kenalan penulis yang cukup baik utk invite rakan-rakan mereka yang berada di kelantan ini. Malangnya benda lain yang berlaku.

Semakin ramai yang masuk, maka keluar la insan yang tidak begitu digemari ramai... Mereka mengutuk admin yang buat group tu iaitu penulis lah dengan perkataan yang tidak begitu sopan. Kerana orang² seperti mereka lah maka juruteknik komputer akan sentiasa di pandang rendah oleh orang lain. Kerana mereka jugalah orang kelantan akan dihina oleh orang negeri lain... Kerana mereka yang buat "taik", semua orang kelantan dan khususnya juruteknik komputer kelantan terpaksa menghidu bau yang kurang senang itu.

Antara perkataan yang penulis xdapat terima :

1. admin ni ore klate ko.. sbb, tgk ko komen2 sume gna bhsa baku.. Komuniti Juruteknik Komputer "Kelantan"

Meh nak jawap : 

- Penulis ini orang kelantan, dengan makna lain penulis ni buleh bercakap loghat Kelantan dengan baik. Tapi bukan bermakna klu penulis orang kelantan mesti kena cakap kelantan kan... Hanya mereka yang poyo dan kampung akan berfikiran demikian... Kita orang kelantan ni versatile, bila dalam majlis yang atau group yang mmg xde masalah nak taip pe pown pakai je la... xkan nak guna bahasa baku atau KayEL ni xboleh, klu berjumpa kawan-kawan klate tu kita kecek la klate...

"KITO ORE KLATE NI JANGE DOK MANGGOK BODO XTENTU HALA GAK... SEKSOK MU MATI KAY EL, MU NAK BGN MAROH KO TOK IME KO...TALQIN KO MU IKOT LOGHAT KAY EL BODO"...

2.  K:E:T:O:L:O:L:A:N APA ADMIN GROUP NI...
-   Admin ni ore Klate baru balik klate ko? Sero nak jadi admin selalu ni....

- Meh mari nak bagitau lagi, Penulis ni terlibat dengan komputer ni bermula tahun 2004 lagi, bermula di secara serius di Selangor sungai buluh... awal 2005 penulis pindah kerja ke KELANTAN dan terlibat dengan komputer dengan jawatan Asst Engineer di sebuah Syarikat Komputer. Penulis mula terlibat secara serius dalam pemasangan A-Z network di Renaissance Hotel Kota Bharu dan juga repairing komputer, Printer dan Network di kebanyakan kilang dan industri di NEGERI KELANTAN. Pada 2007 Penulis mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan (UiTM Machang KELANTAN) dengan jawatan FT17. Walaupun ini memerlukan sijil komputer, dengan pengalaman yang penulis ada dan DIPLOMA dalam TEKNOLOGI ELEKTRONIK penulis mampu menjawat jawatan sebagai FT17... Kemudian penulis menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Degree in Information Management (IM) major in System, sambung ni pown di negeri KELANTAN juga. Dengan kata lain, penulis ada ilmu dalam membuat system dan penulis ingin menambah ilmu dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain yang hebat. Dan sekarang ini insyaAllah dengan rezeki yang Allah bagi penulis bakal menyambung pelajaran ke peringkat sarjana atau kepada "hop bodo kepal" ni nak oyat MASTER.... di ulangi MASTER....dalam bidang IM sekali lagi... 

Penulis bukan nak bongkak diri dengan apa yang penulis ada, tapi ayat mereka ini tersangat kurang ajar... Dia ingt penulis ni siapa... Ko tu patut pikir ko tu sapa? Kalau setakat baru jadi juruteknik Sekolah dengan Kolej yg kecil-kecil jgn nak tunjuk hebat lah... Aku respect mereka yang jadi juruteknik sekolah yang tidak berlagak...ada la antara rakan-rakan dalam tu...tapi korang mempertikaikan aku dan kat aku berlagak nak conquer... Korang kan CEO dalam juruteknik sekolah @ lebih tepat FT 17 Kelantan dan korang nak tahu qualification aku kan? ini lah qualification aku... klu boleh challenge silakan lah..... bagitahu korang punya qulification dan pengalaman korang... Kenapa aku xleh set up group ini.... Untuk mereka yang cakap penulis tolol ini : Setolol penulis dalam create group ini, penulis ada usaha murni... xsuka just leave... penulis xmarah... penulis buat apa kat korang sampai perkataan mcm tu kuar... nak tunjuk handalan... orang sekarang bawa otak bukan bawa pisau... ko bermula jadi juruteknik bila, apa kelebihan ko? Jgn mulut je naik tocang suruh buat banyak alasan... itu orang KL panggil "BULL SHIT BRO".... ore klate kato "mu ni supo tahik beruk"...

Banyak lagi yang lain-lain yang menyakitkan hati.... tapi biarlah... nak buat mcm ne... Penulis ni kan T:O:L:O:L .... so kepada semua yang menyertai group Komuniti Juruteknik Kelantan yang masih setia, penulis ucapkan terima kasih, jadikan kita sebuah Keluarga yang harmoni dan saling bekerja sama... Kepada kekawan yang benci dengan penulis, penulis memohon maaf, sila leave group... and everybody stay happy... masalah berkaitan komputer kita kongsi bersama, sama-sama dapat ilmu dan sama-sama jurus kepada kebaikan... InsyaAllah...


4 comments:

  1. ada jugak ore klate hok berfikiran cetek macam ni..hmmm...saya pun orang kelantan jugak dan sangat bersetuju dengan kenyataan penulis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la alyn.. kecewa jap sy dengan perangai puok2 berok mcm tu... kerana nila setitik rosak susu sebelanga... orang jadi xrespect dekat dia klu dah jadi mcm ni...

      Delete
  2. Slm penulis, ado ft17 kosong kat klate ko? Kito loni duk kuante dkt 5 tahun, payoh nk ejah tukar, minta jasa baik penulis kalu ado ft17 kosong atau nk tukar msk kuante oyakla ko kito..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk sini : https://www.facebook.com/groups/JTKKelantan/ dan post disini...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...