Salam kepada semua...
Sekarang tepat jam 2.52 pagi, aku masih belum dapat tido akibat dari ingatan aku kepada xcident yang berlaku tadi jam 1 pagi lebih kurang kot. Sebuah motor 125 Z bertembung dengan sebuah toyota aku xxpasti model ape...betul-betul dihadapan cabang 3 traffic light Billion Jln Langgar Kelantan. Yang pasti, penunggang motosikal tu mati ditempat kejadian dan difahamkan dari cerita-cerita orang berhampiran, salah kereta tersebut kerana memotong jalan dari 7-11 ke jalan tepi Billion tersebut. Pada mulanya aku nak mengambil gambar kejadian kemudian akibat aku fikir yang aku juga tidak suka sekiranya berlaku pada sanak sedara aku, maka aku putuskan untuk tidak mengambil gambar bagi mengelakkan dari mengaibkan sesiapa.
Apa yang ngerinya adalah fork motosikal terus melekat pada body kereta tersebut dan penunggang motosikal itu tercampak hampir sepuluh kaki merempuh lampu merah traffic light. Sekiranya difikirkan dengan logik akal memang aku tidak percaya. Jika aku tidak melihat sendiri pon aku tidak percaya juga, Oleh kerana aku melihat sendiri kesan darah dan kesan hentakkan yang berlaku baru aku percaya. Motor ini sudah diakui dipandu dengan laju oleh rakannya yang mengikut dari belakang. Namun ketika itu lampu isyarat dibahagiannya masih lagi hijau ketika kejadian berlaku. Hanya kerana kecuaian kereta yang dipandu oleh salah seorang staff TNB mungkin kerana aku hanya melihat baju yang disangkut pada kereta tersebut terlalu gopoh untuk balik cepat kerana hari sudah larut malam, telah mengundang maut.
Aku yang baru balik dari melihat set-up untuk majlis Inovasi dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) UiTM tadi pergi melihat tempat kejadian...dan akibatnya....aku xleh tido...harap2 aku buleh la tido selepas ini...APC UiTM tahun ini bagi USMT diterima oleh aku...Alhamdulillah rezeki anak.... Pointer Sem lepas jugak okey la CGPA 3.31 pon sebab rezeki anak... Dicalonkan sebagai pekerja kreatif juga atas rezeki anak walaupon aku agak tidak menang kot besok...dicalonkan tu dah kira cukup baik pada aku kerana aku fikir aku masih belum layak untuk terima mana-mana anugerah kerana masih ramai yang berkaliber dan berdedikasi dari aku...namun rezeki aku alhamdulillah..aku bersyukur dan menerima seadanya...sebenarnya tanpa bantuan kawan-kawan sejawat, bos-bos yang memahami, keluarga yang menyokong, termasuk mereka yang mengutuk dan mencerca aku dan unit aku.. mereka-mereka yang fikirkan diri mereka bagus sehingga menghina aku, bos-bos aku, kawan-kawan aku, unit aku dan mengatakan kami buat kerja mcm "taik" tu....aku mengucapkan terima kasih bebanyak sebab kebaikan selalunya datang dari kelemahan kita yang kadang-kadang kita tidak sedari. Teguran yang membina tetapi tidak beretika dan tidak profesional itu yang membuat kami lebih baik dari sebelum-sebelum ini.
Yup aku melalut seketika dan keluar dari tajuk sbb aku lagi sedikit gurisan dihati ketika aku melakukan kerja...Gurisan ini tidak akan hilang sampai bila-bila sehingga mereka-mereka ini memohon maaf secara terbuka terhadap aku, unit aku dan bahagian aku. Gurisan dihati ini aku simpan sampai bila-bila dan sekiranya hati aku sakit lagi, Blog aku ini akan jadi luahan pada hati aku. Pasal xcident tu mcm tu je la.....Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment