Followers

Friday, December 31, 2010

Gembira Ke Kecewa Part 2

Semalam aku kecewa dan gembira bila Malaysia menang bola dengan Indo. Maklum la dah menang mesti gumbira hahaha... sedih lak sbb cuti diumumkan jatuh pada hari jumaat. Namun sebentar tadi aku dikejutkan dengan berita gembira buat semua negeri yang bercuti jumaat dimana semuanya telah dianjakkan ke hari ahad... Sedih bertukar gembira... So buat mereka yang bercuti hari jumaat pada waktu biasa tidak lagi nganga seperti entri semalam malah semuanya senyum dengan gembira....Untuk mengukuhkan lagi bukti cuti peristiwa pada ahad ini aku attach sekali la gambar surat dari setiausaha kerajaan negeri yang aku dapat dari FB dan sumber ini boleh dipercayai.....



P/s : Tiada lagi kesedihan dihati....mari kita bergumbira....

Thursday, December 30, 2010

Gembira ke Kecewa...Kemenangan Malaysia dengan Indonesia.

Aku sebenarnya aku gembira dengan kemenangan Malaysia menentang Indo dan menang agregat 4-2 tu. Bangga sekali tetapi aku masih tetap kecewa... nak taw mengapa... tepat jam 12.14 mlm, aku melihat satu pengumuman di Utusan Malaysia dimana PM Najib mengumumkan seperti ini di tulis oleh utusan :

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat (31/12/2010) ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010."
source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm

Pastu mengapa lak aku kecewa... mau xkecewa aku rakyat kelantan, so jumaat memang dah cuti. PM pegi umum cuti pada jumat...so apa rakyat Kelantan, Terengganu, Kedah dapat. Haa aku taw kami semua dapat apa.... Dpt

"LETIH SORAK PASTU DAPAT RUGI BELI AIR TEA AIS KAT KEDAI SBB NAK TGK SKRIN BESAR KEDAI MAMAK SAMA SEPERTI PENONTON NEGERI LAIN, BONUS NYER 3 NEGERI INI DAPAT TGK ORANG NEGERI-NEGERI LAIN YANG BEKERJA HARI JUMAAT BERCUTI....KAMI NI NGANGA JAAAA..."

Tuesday, December 28, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)

 500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)








soalan 1


http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com +http://piqasweety.blogspot.com = http://www.jzbusinessworld.com

70 + 104 = 174

234 - http://masammaniskelat.blogspot.com = Mat Gebu ,

234- 215 = 19

renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = ?
jawapan : http://anisfarhanaaliman.blogspot.com/

485/5 = 97


SOALAN ( 2b )

Berdasarkan blog ini , http://familymoza.blogspot.com
" Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. "

Ntah dia xleh nak kira dah....

http://familymoza.blogspot.com/ wrote :

Tak jugak jadi jeruk. Teka apa kah itu? Okey. Korang dah nampak kan? Tak payah teka-teka...hihi... Dah tak tau hasil yang ke berapa. Tak terkira. Tapi dah lama mama buat ni. Seminggu atau dua minggu lepas. Lupa lagi. Amnesia.



Pendapat :
Pada pendapat saya la, segment ini amat mencabar sikit, bagi yang xfaham pe yang dia nak memang la xdapat nak jawab...Abg Ben punya idea amat menarik kerana siapa yang sangka senarai itu yang jadi jawapan bagi semua soalan setakat ini. Selain itu ia juga dapat menguji minda aku yang dah berkarat ini. Kira seronok jugak la bila dah dapat jawab. Pakai nombor ye tambah sana sini bahagi bagai untuk dapat jawapan. Pergh...seronok². Solaan dua ini kira payah jugak la. Ni pon dah xtaw senarai no berapa dah ni. Tahniah la abg ben sbb dah buat aku penin-penin lalat dekat sini. Abih aku kerah rakan sekerja aku untuk pikir En.Ben punya soalan huhuhu.

Monday, December 27, 2010

Permintaan seorang Blogger

Hari ini aku ingin memenuhi permintaan seorang blogger untuk add dia punya link kedalam blog aku. So aku memperkenankan permintaan beliau... Animator : Ideas of Animation. Aku sebenarnya xfaham sgt dengan blog dia sbb english. maklumlah Aku ni belajar english tinggi, bila aku cakap je english semua orang xfaham (berterabur la maksudnya). Tapi apa yang pasti aku amati kebanyakan entri dia berkisarkan karektor animasi tersohor didunia. So siapa yang berminat boleh la  click di sini >> http://ideasofanimation.blogspot.com/

aku nak masukkan dia punya header tetapi sayang xde la plak header dia... So kepada yang berminat dengan animasi sila la ke tempat beliau ek.

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN

TAJUK : 500 BLOG MENCARI HARTA KARUN









Soalan 1
Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ...  Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan :

Jawapan :

no 10-http://jantankeparat.blogspot.com/ (mari kenal blogger baru)

no 100-http://aainaa4a.blogspot.com// (saya blogger penang)

no 200-http://safiyahezora.blogspot.com// (chantekknya jadual class aku)

no 300-http://sweetdyba.blogspot.com// (500 blog)

no 500-http://symuzzamir.blogspot.com/ (500 blog)

Soalan 2
Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ )  ..

Jawapan
aku ni xreti la nak komen blog orang sbb blog aku pon macam ntah apa-apa...bg aku setiap orang ada agenda dan motif tersendiri untuk blog mereka...so bagi aku blog saudara Roy ini simple dan menarik...xterlalu berat untuk dibaca, banyak bermotifkan pendapat sendiri namun berinfomasi...itu la pendapat aku... so "Roy" selamat berkunjung kembali ketempat aku ni dan komen la plak aku punya....Kita xkan nampak kelemahan diri melainkan orang lain yang nampak...

Adios...

Sunday, December 26, 2010

List 241

Terima kasih kepada En.Ben kerana telah menyenaraikan aku didalam 500 list Blogs beliau. Aku berada di tempat 241. Erm, ok la tu... at least tersenarai juga. lepas ni bermula kisah national treasure aku untuk mencari harta karun...huhuhu. Dapat ke? xkisah la dapat ke x, janji ada permainan dan boleh walk blogging  sambil-sambil, orang tua2 kata sambil menyelam sambil minum air pastu lemas pastu mampus pastu kena tanam pastu kena pukul ngan mungkar-nangkir,huhuhu xnak la aku kena pukul ngan mungkar-nangkir takut....

500 Blogs

"500 Blog"...itu la segmen yang Ben Ashaari senaraikan dalam blog dia yang terbaru, Aku sebenarnya teruja bila tgk blog en Ben ni...dah la rajin update pastu ramai lak tu masuk blog dia...aku sendiri pon follow gak blog dia... Segmen ni aku try la masuk juga kot2 boleh sertai acara harta karun....Ok la en Ben...klu rajin baca la kat bawah ni...

Siapa Aku?
Aku ini seorang blogger yang baru nak belajar dan sekarang tgh dok karut pasal macam-macam dalam dunia blog ini...dikenali sebagai kaishuhaikal di dalam dunia maya ini dan sekarang tgh berjinak juga dengan business pasta cookies maker, juga secara maya... Selain itu aku juga seorang juruteknik komputer yang xberapa pandai repair...menjahanamkan komputer aku expert...hahaha...nak kenal dengan lebih lanjut haa.... baca blog aku dan klu boleh follow la sekali...

Apa Tujuan Aku jadi Blogger...?
Sebenarnya aku ini suka menulis, suka berkongsi dengan orang tetapi bakat xde. Ingat dulu nak jadi novelis tapi sbb bakat xde so pendam sorang2...lepas tu skunk men2 la menulis dalam blog,sekadar suka2 asalnyer tetapi sekarang seronok pulak...so stay la dalam blogspot ni sampai sekarang...nak cerita pasal tujuan blog ni panjang sgt la...klu nak taw jugak click kat sini >> http://kaishuhaikal.blogspot.com/search/label/Multiply

Ok la...arap2 blog ini tersenarai dalam 500 Blog Ben Ashaari ni...Kepada pembaca yang nak sertai juga click la sini >> 500 Blog Ben Ashaari


Gambar Kenangan APC 2010

Pada 16 Disember 2010, Aku telah pon dianugerahkan untuk pekerja cemerlang USMT 2009. Alhamdulillah, dibawah adalah gambar2 kenangan aku ketika waktu majlis tersebut. Aku juga mengucapkan tahniah kepada Nurubaha Salleh selaku staff contoh dan Sukri Mamat pemenang Anugerah Kreatif Dan Inovasi 2 tahun berturut-turut. Tahniah kepada staff-staff USMT yang banyak membantu dan TERIMA KASIH semua.








Saturday, December 25, 2010

Result Sem 5 PLK 2010

Alhamdulillah bersyukur keHadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya berjaya juga aku meraih kejayaan didalam peperiksaan final UiTM-PLK ini. Walaupun aku sedar yang aku byk main daripada belajar namun aku mampu juga untuk mendapat result seperti ini. Rasanya mcm xlayak kerana aku sememangnya pemalas untuk semester 5 ini, dan berkat dari kawan-kawan yang menyokong, lecturer yang memberi bimbingan yang baik aku berjaya juga sehingga setakat ini. Yaaa...mungkin result aku xsebagus korang yang membaca, namun aku berbangga sebab ini atas usaha aku sendiri dan aku langsung tidak meniru didalam peperiksaan, walaupun hajat hati ingin meniru bg mendapatkan result yang lebih bagus. Berapa result aku? Korang tgk la sendiri...korang nak komen apa2 ikut korang la aku xkisah...aku dapat mcm tu padan dengan usaha aku selama 5 bulan tu.... dibawah adalah result aku :
Memang aku xdapat Dean List sem ni tetapi aku tetap gembira sebab aku masih lagi dalam range 3.00-4.00. Dulu aku seorang yang kurang pandai sewaktu aku sekolah dulu. Aku diperlekehkan...skunk aku cuba untuk ubah nasib aku tu...aku xmau jadi bodoh lagi, Terima kasih semua yang terlibat dalam mengajar dan menyokong aku.

Friday, December 17, 2010

Apabila Doraemon di"custom"kan....

Hari ini aku nak tergelak lagi apabila aku membuka forum "MYSAT".... Kredit to ShaJohan sbb dah bagi kat aku gambar-gambar Doraemon yang di"custom"kan menjadi kiut mcm ni...Seronok lak aku tgk hehehe... layan ar gambar-gamabr kat bawah ni....




















Thursday, December 16, 2010

APC Dan Xcident....

Salam kepada semua...
Sekarang tepat jam 2.52 pagi, aku masih belum dapat tido akibat dari ingatan aku kepada xcident yang berlaku tadi jam 1 pagi lebih kurang kot. Sebuah motor 125 Z bertembung dengan sebuah toyota aku xxpasti model ape...betul-betul dihadapan cabang 3 traffic light Billion Jln Langgar Kelantan. Yang pasti, penunggang motosikal tu mati ditempat kejadian dan difahamkan dari cerita-cerita orang berhampiran, salah kereta tersebut kerana memotong jalan dari 7-11 ke jalan tepi Billion tersebut. Pada mulanya aku nak mengambil gambar kejadian kemudian akibat aku fikir yang aku juga tidak suka sekiranya berlaku pada sanak sedara aku, maka aku putuskan untuk tidak mengambil gambar bagi mengelakkan dari mengaibkan sesiapa.

Apa yang ngerinya adalah fork motosikal terus melekat pada body kereta tersebut dan penunggang motosikal itu tercampak hampir sepuluh kaki merempuh lampu merah traffic light. Sekiranya difikirkan dengan logik akal memang aku tidak percaya. Jika aku tidak melihat sendiri pon aku tidak percaya juga, Oleh kerana aku melihat sendiri kesan darah dan kesan hentakkan yang berlaku baru aku percaya. Motor ini sudah diakui dipandu dengan laju oleh rakannya yang mengikut dari belakang. Namun ketika itu lampu isyarat dibahagiannya masih lagi hijau ketika kejadian berlaku. Hanya kerana kecuaian kereta yang dipandu oleh salah seorang staff TNB mungkin kerana aku hanya melihat baju yang disangkut pada kereta tersebut terlalu gopoh untuk balik cepat kerana hari sudah larut malam, telah mengundang maut.

Aku yang baru balik dari melihat set-up untuk majlis Inovasi dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) UiTM tadi pergi melihat tempat kejadian...dan akibatnya....aku xleh tido...harap2 aku buleh la tido selepas ini...APC UiTM tahun ini bagi USMT diterima oleh aku...Alhamdulillah rezeki anak.... Pointer Sem lepas jugak okey la CGPA 3.31 pon sebab rezeki anak... Dicalonkan sebagai pekerja kreatif juga atas rezeki anak walaupon aku agak tidak menang kot besok...dicalonkan tu dah kira cukup baik pada aku kerana aku fikir aku masih belum layak untuk terima mana-mana anugerah kerana masih ramai yang berkaliber dan berdedikasi dari aku...namun rezeki aku alhamdulillah..aku bersyukur dan menerima seadanya...sebenarnya tanpa bantuan kawan-kawan sejawat, bos-bos yang memahami, keluarga yang menyokong, termasuk mereka yang mengutuk dan mencerca aku dan unit aku.. mereka-mereka yang fikirkan diri mereka bagus sehingga menghina aku, bos-bos aku, kawan-kawan aku, unit aku dan mengatakan kami buat kerja mcm "taik" tu....aku mengucapkan terima kasih bebanyak sebab kebaikan selalunya datang dari kelemahan kita yang kadang-kadang kita tidak sedari. Teguran yang membina tetapi tidak beretika dan tidak profesional itu yang membuat kami lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Yup aku melalut seketika dan keluar dari tajuk sbb aku lagi sedikit gurisan dihati ketika aku melakukan kerja...Gurisan ini tidak akan hilang sampai bila-bila sehingga mereka-mereka ini memohon maaf secara terbuka terhadap aku, unit aku dan bahagian aku. Gurisan dihati ini aku simpan sampai bila-bila dan sekiranya hati aku sakit lagi, Blog aku ini akan jadi luahan pada hati aku. Pasal xcident tu mcm tu je la.....Assalamualaikum....

Friday, December 10, 2010

Hakikat Pernikahan...Yang manakah anda pilih??

Sekarang ini adalah musim pernikahan berlangsung...atau dengan erti kata lain majlis "berlaga pusat" berlaku atau dengan bahasa inggerisnya "belly button crashing"...hahaha "just kidding"... Kita lihat semakin ramai artis contohnya berkahwin dan bercerai... Apakah hakikat pernikahan sebenarnya.... Apa-apa pon kredit kepada Anisz dari mysatriaclub yang telah post kan artikel ini didalam forum Helloladies mysat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.




Thursday, December 2, 2010

Jika mereka bermain FB?

Agak-agak la kan mcm ni ke klu mereka main FB? Layan.....
Kredit kepada Ahmad Dhani kerana menghantar email ini kepada ku...

Wednesday, December 1, 2010

Kayu Ramalan??

Kini untuk mengetahui cuaca sudah boleh dibuat di rumah....Dengan menggunakan kaedah zaman purba kala, anda boleh mengetahui cuaca dirumah anda... Apa yang perlu anda ada adalah sebatang kayu dah dipacakkan keatas tanah dihalan rumah anda dengan keadaan terdedah kepada persekitaran, Kemudian dengan melihat pada kayu tersebut anda merujuklah kepada gambar dibawah bagi mengetahui keadaan dirumah anda.....Selamat mencuba....








There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...