Followers

Thursday, May 31, 2012

Mana lagi cantik...??





Assalamualaikum...
Sekarang ini penulis tengah gila sangat-sangat nak deco blog KaiSHu_HaiKaL ini. Semalam penulis download satu software khas untuk buat template blogspot. Malangnya disebabkan kekurangan pengetahuan didalam ilmu komputer ini menyebabkan penulis hilang mood dalam membuat template tersebut. Akibat dari kekecewaan itu penulis beralih arah kepada photoshop untuk mencipta satu banner baru bagi blog ini dan hasilnya adalah seperti diatas.

Mana lagi cantik??
Pada pendapat penulis, tentu la penulis suka yang no 1. Tapi terdapat sedikit kekangan bila memasukkan banner itu kerana dekat header tu nanti 1/4 lagi ia tidak penuhi... adala sekerat jugak tinggal... No.2 penulis xsuka.. tetapi penuh header la plak....itu telah memenuhi krateria yang penulis nak... tp dari segi cantik xpulak huhu...

Jadi penulis memohon pendapat rakan-rakan penulis dan rakan-rakan blogger sekalian tentang masalah ini... Diharap dapatlah anda semua tinggalkan komen anda untuk membantu sedikit sebanyak diri penulis yang banyak kekurangan ini...

Sekian


Wednesday, May 30, 2012

Berita baik buat kaum wanita...


Penulis baru sahaja mendengar satu ceramah agama melalui pen drive menulis sewaktu penulis membawa kereta tadi tentang kelebihan wanita yang menjadi suri rumah. Menurut ustaz yang penulis dengar sebentar tadi ada seorang muslimah mewakili muslimah di Arab datang bertemu dengan Nabi S.A.W bertanya kepada nabi tentang pahala bagi kaum wanita. Kaum lelaki mendapat pahala pergi berjihad, berdakwah ke jalan Allah, bekerja mencari rezeki halal, sedangkan kaum wanita byk berada didalam rumah. 
 
Nabi menjawab wanita boleh mendapat banyak pahala dengan menjadi surirumah kerana wanita ditugaskan dengan satu tugas yang berat iaitu melayan suami dengan baik dan menjaga harta suami dengan baik, dengan mengikut segala perintah suami yang tidak bertentangan dengan syarak akan dikurniakan Syurga baginya di Akhirat nanti. Setiap tugasan menjaga rumah & anak, menjaga keperluan suami makan pakai suami akan diberi pahala yang besar baginya. Selain itu dengan tidak keluar bekerja telah menyebabkan secara tidak langsung mereka telah mengelakkan fitnah dan dosa bergaul dengan bukan muhrim dan telah menjaga maruah mereka. Dan yang paling besar sekali adalah mereka telah pun mengikut sunnah nabi iaitu para isteri nabi tidak bekerja atau keluar berdakwah tetapi berbakti dengan Nabi dengan menjadi suri rumah

Wallahua'lam... sekira ada pendapat yang lebih kuat dari ini sila kemukakan di ruangan komen entry ini untuk dikongsi bersama....
Sekian...

Ingin Cepat Kaya? | Apa pendapat para Businessman dan Student Business...


Erm.. Semalam selepas penulis habis kelas dan bermuzakarah dengan rakan-rakan berkenaan islamic record yang dipelajari, penulis ada bertemu dengan dengan seorang rakan sekerja yang ingin bergiat dalam bisnes. Mungkin multi-level marketing tetapi penulis tidak pasti. Beliau mengajak penulis untuk bersembang dengan penulis tentang satu bisnes ini. Seperti biasa, penulis tidak akan melepaskan peluang untuk "mendengar" rugrem (program) cepat kaya ini.

Pada mulanya penulis berpendapat mungkin business ini berkaitan satu tender network atau hal-hal komputer kerana amat jarang penulis ditawarkan dengan multi-level ini. Apabila mendengar mukaqdimah rakan penulis itu, erm... jenis multi-level rupanya... Soalan common yang akan ditanya " Guano pendapatan demo sebulan cukup ko?" "Raya² dah dekat doh.. xse ko beli rantai seutas dua ko anak bini" " Xdop cita-cita ko nak bawak mak ayah g mekah".... apa jawapan saudara semua... mesti nak kan?

Okey² itu perkara biasa la kan... yang menghairankan penulis, apabila penulis memotong untuk dia berterus terang terus dia berkata "kita tidak boleh terangkan sekarang, awak perlu berjumpa dengan team kami dulu untuk mengetahui bisnes ini dengan lebih lanjut"...Alasan sebab mereka bergerak didalam team.

Bagi penulis, beliau harus berterus terang bisnes ini bergerak macam mana, apa keuntungan yang diperolehi, apakah kerugian yang mungkin pelabur hadapi, apa yang perlu kita buat bila cebur diri, barulah kita menilai baik buruk sebelum bergiat dalam bisnes ini kan? Ini tidak... macam nak jual pil ectesy pulak kena pergi ke satu tempat yang dimanakan HQ mereka. Tak ke pelik mcm tu?

Haa mcm ne pendapat anda semua... kemukakan diruangan komen di entry ini yer... Terima Kasih.


Laman Blog bagi Peserta kursus pembinaan blog di UiTM Kelantan


Erm.. Alhamdulillah dipagi ini ramai peserta kursus dapat membina blog mereka sendiri dan diharapkan kehadiran mereka akan menceriakan lagi dunia blog kita dihari ini. Ada blog yang biasa-biasa, ada blog yang power walau baru semalam mereka belajar dalam membina dan menghidupkan dunia blog... Bagaimana dengan penulis??

Blog penulis adalah blog yang biasa-biasa sahaja, tidaklah hebat dan terkenal didalam dunia blog, namun bak kata Ben Ashaari yang juga salah seorang follow yang ke-96 penulis kalau xsilap, "Dunia Blog adalah dunia yang untuk berkongsi apa sahaja, bukan untuk popular." Penulis setuju dengan pendapat ini kerana untuk popular jadilah artis @ ahli ulama seperti Ustaz Azhar Idrus (walaupun setengah orang mengecam dan tidak mengiktiraf UAI sebagai ustaz).

Sebelum penulis mengarut tidak tentu pasal dengan lebih jauh, mari kita lihat ahli-ahli baru para blogger yang baru membuat blog masing-masing semalam. SAKSIKANLAHHHHH:


Kepada yang tiada nama itu jangan berkecil hati kerana laman blog anda tiada dalam senarai penulis pada waktu ini... Sekiranya ingin memasukkan laman anda didalam blog ini maka bolehlah hubungi penulis dan penulis akan update kan didalam laman blog penulis nanti.

Tuesday, May 29, 2012

2 hero dalam satu masa??




Pelik kan... tadi penulis ada bermain facebook dan click la aplikasi  "SIAPAKAH HERO ANDA MASA KECIL?" Penulis cuba la click 2 kali aplikasi tersebut nak tgk adakah result dia sama? Dan hasilnya adalah seperti diatas... Sakit taya betul.... Penulis boleh jadi Goku dan Kesatria Baja Hitam. Rasanya kalau penulis click 800-900 kali habis semua superhero boleh jadi ni... wakakakka...

P/s : Siapa pula Superhero Anda? Goku dan Satria baja Hitam ni memang superhero tahun 80-an...


Yang ni pulak mana best??


Ari ini penulis cuba untuk mempelajari pasal blogger yang lebih mendalam dari seorang blogger hebat Mr gemetti yang mengajar ilmu yang lebih mendalam didalam dunia blogspot. Disamping itu beliau juga ada mengajar tentang Joomla. Apa itu Joomla penulis pown xtahu sbb tu penulis cuab nak belajar ni... Namun dipagi yang indah mulia ini penulis disuapkan dengan blogspot dulu. 

Mana lagi best?
Kalau tanya pendapat penulis, untuk belajar mcm ne nk reka cipta web, tahu dan kreatif dalam design, sanggup nak penin kepala dengan macam-macam komponen... pilih la JOOMLA. Tetapi kalau setakat blogger yang hampeh macam penulis ini, update blog sekali sebulan pown payah, Blogspot adalah yang terbaikkk...

Jadi yang mana lagi best adalah mengikut citarasa pengguna sendiri. Bak kata Ustaz Azhar Idrus : "Ikot Panda Mung La......"


Ceritera Cinta...


Cinta...
Berakhir ke jinjang pelamin... Pemilihan pasangan ikot citarasa masing-masing kan? Bila ditanya semua nak yang baik, yang sayang kita hingga ke syurga... Bahagia kan bunyi dia...
"HINGGA KE SYURGA"...

Macam mana kita nak kekal hingga ke syurga? Syurga kan dicipta untuk orang yang beriman? orang yang beriman ini adalah orang yang tidak menyekutukan Allah dan mengamalkan "AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR"... masalah sekarang berapa ramai yang tidak menutup aurat.. berapa ramai yang tidak solat? Dalam FB bersepah gambar tidak pakai tudung, pastu mengharapkan orang menyayangi mereka setulus hati...

Cara paling baik untuk menguji tahap keagamaan mereka cuba tny pasal doa-doa harian, doa bgn tido dan sebelum tido, doa makan, doa selepas makan, doa masuk tandas, keluar tandas, klu ini semua doa ini tidak boleh dijawab, mcm ne nak bg amanah untuk jaga zuriat kita nanti kan? klu doa-doa ini boleh jawab maksudnya InsyaAllah solat pown tidak tinggal... sebab hal yang jarang diberi perhatian oleh manusia diambil tahu oleh seorang lelaki @ perempuan tersebut maksudnya yang wajib keatas dirinya mesti dilakukan dengan lebih baik lagi InsyaAllah.... Namun kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya.... kita hanya redha dengan kehendaknya.....cinta dengan orang yang mengambil berat tentang hal-hal agama baru lah cinta "HINGGA KE SYURGA"...





Monday, May 28, 2012

Mana lagi Best?


Entry ini saja je penulis tuju khas dekat rakan-rakan blogger dan juga rakan sekerja penulis yang sedang mengikuti kursus Photoshop dan juga yang mengikuti latihan Sony Vegas Pro 11. Kedua-dua cikgu bagi kedua-dua kursus ini sama hebat orang nya... En. Nurubaha Salleh selaku pengajar Sony Vegas 11, dan Ahmad Noor Rashidi selaku pengajar Photoshop CS 5. Penulis sekadar fasilitator bagi Sony Vegas sbb penulis sgt cetek ilmu di dada... Apa-apa pown gud luck kepada semua peserta kursus.

Nadia, Maria - kongsilah gambar editing anda di blog masing-masing ya..
Sabri, Tok siak, Pok bang, Miji - klu ada buat video editing tu kongsi la sama yer... (mereka semua ni xtahu dah blog dia apa huhuhu)

Pakcik Google...

Erm... benci betul la, apabila penulis tgh syok2 layan FB, masuk group itu ini untuk berkongsi ilmu, tetiba ada laa seorang rakan kita bertanyakan sesuatu dalam group tu... Ada yang memberikan jawapan yang positif, berkongsi ilmu yang dimiliki dan menambahkan ilmu yang kurang. Dan yang kurenggggnya adalah apabila ada diantara mereka itu memberikan jawapan yang kurang bernas atau erti kata lain "BODOH PIANG"... Tapi klu perkataan bodoh ni bila digunakan ramai yang marah pulak....

Cuba pembaca bayangkan apabila kita bertanya di FB tentang sesuatu masalah, mereka akan kata "tanya la pakcik Google... Pakcik Google tahu semua, dah test cari google?" Wei..come on la, klu ko tahu ko jawab la dengan cara yang elok, klu xtahu diam-diam suda la wei... Pantang betul penulis bila benda mcm ni berlaku...


Lagu mano... sero biso lagi ko pakcik GOOGLE... without electricity u r nothing....

Monday, May 21, 2012

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran ata...u seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...