Followers

Wednesday, May 30, 2012

Berita baik buat kaum wanita...


Penulis baru sahaja mendengar satu ceramah agama melalui pen drive menulis sewaktu penulis membawa kereta tadi tentang kelebihan wanita yang menjadi suri rumah. Menurut ustaz yang penulis dengar sebentar tadi ada seorang muslimah mewakili muslimah di Arab datang bertemu dengan Nabi S.A.W bertanya kepada nabi tentang pahala bagi kaum wanita. Kaum lelaki mendapat pahala pergi berjihad, berdakwah ke jalan Allah, bekerja mencari rezeki halal, sedangkan kaum wanita byk berada didalam rumah. 
 
Nabi menjawab wanita boleh mendapat banyak pahala dengan menjadi surirumah kerana wanita ditugaskan dengan satu tugas yang berat iaitu melayan suami dengan baik dan menjaga harta suami dengan baik, dengan mengikut segala perintah suami yang tidak bertentangan dengan syarak akan dikurniakan Syurga baginya di Akhirat nanti. Setiap tugasan menjaga rumah & anak, menjaga keperluan suami makan pakai suami akan diberi pahala yang besar baginya. Selain itu dengan tidak keluar bekerja telah menyebabkan secara tidak langsung mereka telah mengelakkan fitnah dan dosa bergaul dengan bukan muhrim dan telah menjaga maruah mereka. Dan yang paling besar sekali adalah mereka telah pun mengikut sunnah nabi iaitu para isteri nabi tidak bekerja atau keluar berdakwah tetapi berbakti dengan Nabi dengan menjadi suri rumah

Wallahua'lam... sekira ada pendapat yang lebih kuat dari ini sila kemukakan di ruangan komen entry ini untuk dikongsi bersama....
Sekian...

4 comments:

  1. As-Salam.
    Boleh baca catatan ini juga, mungkin ada kaitan:

    http://seribusatuadamhawa.blogspot.com/2012/05/jalan-ke-syurga-iman-serta-cinta.html

    ReplyDelete
  2. serius? wah nak jadi suri rumah lah macam ni :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah boleh mendapat banyak pahala sbb Nabi S.A.W pernah berkata "Sekiranya bukan Allah S.W.T sahaja yang harus disembah nescaya aku akan memerintahkan umatku untuk sujud kepada para suami mereka" - Jadi dengan melayani suami dan menjadi suri rumah, pahala dan keberkatan akan menjadi lebih besar.

    ReplyDelete
  4. alamak... saya bekerja la... cane ni? huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...