Erm.. Semalam selepas penulis habis kelas dan bermuzakarah dengan rakan-rakan berkenaan islamic record yang dipelajari, penulis ada bertemu dengan dengan seorang rakan sekerja yang ingin bergiat dalam bisnes. Mungkin multi-level marketing tetapi penulis tidak pasti. Beliau mengajak penulis untuk bersembang dengan penulis tentang satu bisnes ini. Seperti biasa, penulis tidak akan melepaskan peluang untuk "mendengar" rugrem (program) cepat kaya ini.
Pada mulanya penulis berpendapat mungkin business ini berkaitan satu tender network atau hal-hal komputer kerana amat jarang penulis ditawarkan dengan multi-level ini. Apabila mendengar mukaqdimah rakan penulis itu, erm... jenis multi-level rupanya... Soalan common yang akan ditanya " Guano pendapatan demo sebulan cukup ko?" "Raya² dah dekat doh.. xse ko beli rantai seutas dua ko anak bini" " Xdop cita-cita ko nak bawak mak ayah g mekah".... apa jawapan saudara semua... mesti nak kan?
Okey² itu perkara biasa la kan... yang menghairankan penulis, apabila penulis memotong untuk dia berterus terang terus dia berkata "kita tidak boleh terangkan sekarang, awak perlu berjumpa dengan team kami dulu untuk mengetahui bisnes ini dengan lebih lanjut"...Alasan sebab mereka bergerak didalam team.
Bagi penulis, beliau harus berterus terang bisnes ini bergerak macam mana, apa keuntungan yang diperolehi, apakah kerugian yang mungkin pelabur hadapi, apa yang perlu kita buat bila cebur diri, barulah kita menilai baik buruk sebelum bergiat dalam bisnes ini kan? Ini tidak... macam nak jual pil ectesy pulak kena pergi ke satu tempat yang dimanakan HQ mereka. Tak ke pelik mcm tu?
Haa mcm ne pendapat anda semua... kemukakan diruangan komen di entry ini yer... Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment